Wednesday, June 15, 2011

Yo Kilogram, pergi jauh-jauh!

Pernah tak anda rasa rendah diri? Rendah diri dengan penampilan diri sendiri. Saya pernah. Bila baca blog Ibu Qhaleef Qaisara, saya tergelak sendiri. Saya pernah melalui fasa yang pelbagai dalam hidup. Dari pernah punyai berat badan 45kg, sampai bertukar jadi 83 kg masa mengandung kan Raisa, lepas tu merasalah hilang berat badan berkilo-kilo... :)

Sebelum mengandungkan Raisa, berat badan saya memang dah sedia berat. Nak kata makan banyak, rasanya makan macam orang lain makan je, tak de la jadi hamba makanan sangat. Saya sedar badan saya naik selepas mengambil beberapa jenis hormon. Rupanya lama juga nak keluarkan hormon dari badan...bertahun-tahun saya simpan perasaan rendah diri. Kadang-kadang timbul pertanyaam...malu ke suami aku beristerikan perempuan gemuk ini? hahahah. Saya pun tak tahu apa yang ada disudut hati hubby masa tu..cumanya dia selalu cakap " tak kira mcm mana pun awak, saya terima awak seadaanya..." itu aje la pengubat perasaan masa tu. Bukan tak usaha nak kurangkan berat badan, tetapi kalau tak makan pun berat statik aje. hahahah

Apabila mengandungkan Raisa, saya jadi tak lalu makan. Berat badan pun naik 3 kg sahaja, mujur Raisa lahir 3.65kg. Cumanya masa pantangkan Raisa, saya cuba untuk disiplinkan diri, nak juga masuk ke pejabat selepas pantang dengan perubahan yang drastik..kakakakaka.

Ok, mari kita layan gambar-gambar yang akan buat anda terperanjat. Sesiapa yang ada sakit jantung lebih baik jangan tengok ye. Semuanya atas risiko anda sendiri tau...

Masa ni belum mengembang sangat...tapi naik banyak sangat dari berat asal sebelum kawin

Time ni dah menembam...hahahah amik...habis semua baju tak muat...


Time ni turun sikit sebab penat mengejar hadif yang meligat...

Hahahahah gelak lagi besar....sebab makin lama makin Hadif membesar, mamanya pun sama membesar... keh keh keh..

Masyaallah..masa ni paling haror... tengok gambar ni rasa macam nak pitam...

Masa ni nak kata kuat makan, tidak. Nak kata releks sangat pun tidak..masa ni tengah melalui fasa sibuk dalam hidup...


ni tahun 2009 - tengok pipi tu...macam buah epal..kakakakka

ini sebelum mengandung...masa ni saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 8 kg, tapi still tambun lagi..hahahahah

Raisa dalam perut - 5 bulan


Masa ni muka cengkung sikit sebab baru keluar hospital

Tadaaaa....time inilah berat saya 83 kg :)


Selepas melahirkan Raisa...dalam pantang lagi ni


2 Bulan selepas kelahiran Raisa Khadija

They change my life, completely... time ni rasa happy, sebab ada semua dalam hidup, dan dapat turunkan berat badan..hahaha



ok...sekian sahaja, terima kasih kerana sudi layan gambar2 montel saya... walaupun montel tetapi saya sihat ok... tak de penyakit. Itu penting. hahahaha


p/s: ada banyak lagi gambar-gambar yang mendebarkan perasaan bila menengoknya, sampai saya tak sanggup nak letak..hahahah terima kasih kak shilla kerana sentiasa memberi sokongan dan selalu tolong mengingatkan saya supaya bersyukur dengan pencapaian diri saya...hahahha...
Yang pasti, buat masa sekarang program diet2 terpaksa dihentikan sebab saya nak pastikan Raisa dapat khasiat dari susu saya, nak kena pastikan pengeluaran susu tak terganggu buat masa ini. Insyaallah, selepas ini, saya tidak akan berhenti berusaha untuk dapatkan berat badan yang ideal. Saya sudah letih dikutuk dan dikeji. Sudah letih rasa rendah diri.

Monday, June 13, 2011

Di saat aku mencintai mu - Dadali

mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

reff:
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

repeat reff

semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta

repeat reff

aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

Layan lagu ni pagi2 on the way pergi kerja...not bad huh..

Tuesday, June 7, 2011

Mati itu pasti

Mati itu pasti. Yang hidup pasti kembali menemui pencipta.

Takziah buat keluarga Allahyarhamah Zarina Abu. Rakan sepejabat saya yang telah kembali ke rahmatullah pada hari jumaat, 10.35 mlm. Masih terbayang-bayang wajah arwah bersembang dengan kami yang menziarahinya di rumah minggu lepas. Arwah masih boleh tersenyum, bersembang menceritakan perihal sakit yang dia tanggung. Walaupun Arwah tidak rapat dengan saya, tetapi sebagai rakan sepejabat, saya turut merasa sedih. Bila melalui lobi, hati akan hiba...jadi untuk sementara ini saya tak mahu lalu di depan tu. Sangat-sangat mengusik hati. Arwah sangat ceria orangnya.


Saya sempat menziarahi jenazah di Puchong pada hari Sabtu. Tak tertahan air mata ini turun bagai hujan apabila melihat wajah mulus anak arwah, Thaqif yang baru berusia 6 tahun. Terus terbayang wajah anak-anak di rumah. Bagaimanalah kalau saya yang pergi dulu. Bagaimana Hadif dan Raisa harus melalui fasa kehilangan saya. Mungkin hubby mampu menjaga, tetapi bagaimana dengan kasih sayang seorang ibu...akan samakah kasih sayang seorang ibu kandung kalau dibandingkan dengan ibu tiri? ish.. jauh sungguh saya berfikir. Teringat kata-kata suami "yang..kalau awak mati saya pun mati juga" eh..bagaimana pula kan? andai ditakdir tibanya ajal maut itu..biarlah saya yang pergi dulu... saya mohon pada Allah. Tak sanggup rasanya kehilangan separuh dari jiwa saya. Nadi hidup saya. Tak boleh bayang bagaimana.

cukuplah cerita sedih ini. Hanya doa yang dapat saya kirimkan buat mereka-mereka yang telah pergi terdahulu.

Hari Sabtu perlu bekerja, Hari Ahad hadif ikut opah, atuk dan mak lang ke Melaka. Beriya-iya atuk dan opah minta nak bawa Hadif. Kalau ikutkan saya, memang saya tak kasi..hahahah saya ni payah sikit nak berenggang dengan anak. Hadif dulu, walaupun opah yang jaga, tetapi tak pernah opah dapat peluang tidur malam dengan cucu dia. Biarlah siang dah bersama opah. Malam adalah masa saya dan anak. Sampai lah ada raisa ini. Walaupun dah ada anak dua, tetapi tetap tak boleh pinjamkan seorang pada opah dan atuk..naheeeee...naheee.... tapi kali ni, bila saya call hubby tanya boleh atau tidak Hadif ikut opah dan atuk, hubby kata boleh. Adoi... parah rasa hati. hahahhaha.

Lepas hadif & gang bertolak ke Melaka, saya call nani, kengkonon nak berjalan2 area putrajaya. Tanya Nani unnie Nily mana...unnie Nily puan fatimahnya datang dari Terengganu. hahahha. Nily, suka buat orang gabra tau. Tak pasal akak terkenal dengan suara kakak angkat Nily. hahahaha. So sempatlah kami jalan-jalan di Alamanda; tapi tak beli apa pun. Tak best abang Hadif tak ada..hahahah.
Lepas makan tengahari kami ke Masjid Besi...masa ni boleh pula bertemu dgn Cik Semah Uitm Perak yang dah hampir 10 tahun tak bersua muka, dan jumpa juga dgn Heda yang berhajat nak dukung raisa masa kenduri tapi tak dapat dukung. Raisa yang mulanya tersengih-sengih, tergelak-gelak, bila time nak balik sudah bertukar. Jenuh auntie Nani nak pujuk, baru auntie nani tau bagaimana rupanya Raisa kalau mengamuk. hahahahah

Balik dari putrajaya sempat pula singgah rumah auntie Shilla. Raisa sempat la kasi senyuman dia kat kakak Nabila, abang Danial dan kakak Aiesha. Kesian kakak iesha yang tak puas nak main dgn Raisa. Next time ye sayang, nanti auntie bawa adik Raisa datang lagi.

Raisa 6 bulan - gambar captured by: auntie Nani


Sampai aje di rumah Raisa buli saya dengan tak mahu ditinggalkan. Sementara mama nak mandi dia punya menangis mcm kena cubit..hahaha adik...adik...

Thursday, June 2, 2011

Hadif dan kunjungan dari tok cik dan bibik

Minggu ini rumah kembali senyap dan kami tiga beranak meneruskan rutin biasa. Hujung minggu lepas makcik dan bibik datang berkunjung. Saya bawa mereka ke kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak kerana passport bibik tak sampai 6 bulan dah nak tamat tempoh dan dia akan pulang ke Indonesia hujung bulan Ogos nanti.

Pengalaman berurusan dgn Kedutaan Indonesia sangat amat berharga buat saya. Mana tidaknya, dari pukul 10 pagi, sampai pukul 6.30 petang baru selesai urusan. Seharian kami berpuasa jadinya. Dalam hati ni cuma teringatkan anak-anak di rumah aje yang kena tinggal. Apapun, alhamdulillah semua urusan dah selesai.

Bila ada bibik di rumah, aduh..seronoknya saya kerana bibik makcik memang seorang yang rajin dan cekap. Bila balik dari rumah, tengok rumah yang tersusun kemas, rasa seronok sangat perasaan. Hadif paling happy sebab ada orang nak melayan dia. Selain dari tok chik dia, bibiklah jadi peneman bila dia nak naik ke tingkat atas. Dasar abang yang menakut...hahahahah.

Hari ni makcik dan bibik dah bertolak pulang ke Pahang. Rasa sedih pulak..hahahah mama yang tak sedar diri, bibik pinjam aje kan..hahahah. Tapi sungguhlah, kalau la semua pembantu rumah seperti bibik makcik...senanglah majikan. Tak payah nak dicakap atau disuruh, kerja tip top. Dengan anak-anak pun penyayang. Anak-anak saya suka aje pada bibik. Bila cerita pada hubby, dia kata "seronok ye ada bibik?" hahahahah.

Tentu ada pros and cons. Untuk saya yang suami cuti 2 minggu di rumah, tentu dia tak selesa ada orang lain di rumah. Nak main kejar2 suami isteri pun susah..keh keh keh..tapi bila melihat keadaan rumah yang sangat teratur, saya jadi sedih balik. Maklumlah, bila bekerja ni rumah tidak la sekemas rumah orang yang tidak bekerja. Hati nak buat, tetapi badan tak larat. Sudahnya buatlah apa yang mampu dek badan. Teringat pujukan suami bila kasihankan saya yang tak sihat nak mengurus rumah.... maaa jom kita ambil bibiklah.. hahahhaa.

Hari ni mesti Hadif dan Raisa tercari-cari suara tok chik dan bibik. Tak pe Hadif, nanti bibik datang lagi pasal mama yang kena hantar bibik ke airport nanti...boleh la kita berbibik lagi..hahahhaha.

Ini kisah Hadif semasa tok chik dia dan bibik ada.

Hadif: tok chik minum air apa tu?
tok chik: tok chik minum jus manggis
Hadif: ooo patutlah muka macam manggis.

Mama yang ada di situ rasa nak pitam dengar ayat Hadif...hahahhaha

Malam Rabu saya bawak makcik dan bibik ke AEON Bukit tinggi, makcik nak cari handbag. Sedang saya temankan makcik memilih, bibik dukung Raisa sambil layan Hadif. Masa balik bibik cerita

Bibik: cik intan, tadi masa di jusco ada orang usik pipi Raisa, dimarahi si Hadif.
mama: Hadif cakap apa bik?
Bbik: dia cakap "kalau nak usik adik saya kena bayar tahu... ini bibik..dia tukang masak!"

eh, sekarang baru pukul 11.45 pagi, kenapa dah rindu pada anak-anak ni?

Wednesday, June 1, 2011

Hanging by a moment

Saya buat spring clenaning email. Lama betul email yahoo saya tak berjenguk. Email yahoo ini saya create bila mula berhubung dengan hubby. Bila saya baca balik email lama-lama, saya senyum dan gelak sorang2. Mana tidaknya, kami bercinta dengan istilah PJJ. Percintaan jarak jauh, tapi tak de la ayat jiwang-jiwang. Paling jiwang pun I love u. keh keh keh...

Hubby seorang yang kalau menulis cair jugalah dibuatnya. Saya? Saya rasa saya separa romantik aje. Mungkin sebab saya anak sulung, walaupun jiwa saya halus (mcm iklan nescafe tu...halussss), tapi saya seorang yang tegas. Susah nak tengok saya ni bermanja-manja. Leweh-leweh... ya ampun, tapi semasa proses mengenali hati budi, saya suka buat-buat kreatif walaupun saya tak kreatif. Saya akan hantar surat tulis dgn cara yang saya rasa kreatif, ambil keratan dari majalah lah, saya pernah hantar poster berserta lirik lagu N'syc guna pos laju. Terperanjat kakak ipar saya yang menerima bungkusan..hahahha. Tak tau lah sama ada hubby ingat lagi atau tidak.


Tadi masa baca email lama-lama, jumpa lirik lagu yang hubby hantar. Senyum simpul bila baca lirik lagu ni. Terus feeling in love...terus call hubby kat offshore.

Hanging By A Moment

Desperate for changing
Starving for truth
Closer to where I started
Chasing after you

I'm falling even more in love with you
Letting go of all I've held onto
I'm standing here until you make me move
I'm hanging by a moment here with you

Forgetting all I'm lacking
Completely incomplete
I'll take your invitation
You take all of me

I'm living for the only thing I know
I'm running and not quite sure where to go
I don't know what I'm diving into
I'm hanging by a moment here with you

There is nothing else to lose
There is nothing else to find
There is nothing in the world
That could change my mind

There is nothing else

Agggggggghhh... apa kes la mama hadif dan raisa yang layan feeling ni yek... layan aje la yek, sementara mood nak menulis masih ada.

bila tengok gambar ni saya gelak sorang2... kurusnya masa ni, entah bila dapat figure mcm ni balik...aduh.... gambar ni masa saya belajar di UiTM Perak, time ni hubby datang melawat sambil melamar kui kui kui... nak tengok gambar orang yang melamar saya tu?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


heehehe bukan yang sebelah kiri tu okeh..yang sebelah kanan tu... :)


Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!