Thursday, June 2, 2011

Hadif dan kunjungan dari tok cik dan bibik

Minggu ini rumah kembali senyap dan kami tiga beranak meneruskan rutin biasa. Hujung minggu lepas makcik dan bibik datang berkunjung. Saya bawa mereka ke kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak kerana passport bibik tak sampai 6 bulan dah nak tamat tempoh dan dia akan pulang ke Indonesia hujung bulan Ogos nanti.

Pengalaman berurusan dgn Kedutaan Indonesia sangat amat berharga buat saya. Mana tidaknya, dari pukul 10 pagi, sampai pukul 6.30 petang baru selesai urusan. Seharian kami berpuasa jadinya. Dalam hati ni cuma teringatkan anak-anak di rumah aje yang kena tinggal. Apapun, alhamdulillah semua urusan dah selesai.

Bila ada bibik di rumah, aduh..seronoknya saya kerana bibik makcik memang seorang yang rajin dan cekap. Bila balik dari rumah, tengok rumah yang tersusun kemas, rasa seronok sangat perasaan. Hadif paling happy sebab ada orang nak melayan dia. Selain dari tok chik dia, bibiklah jadi peneman bila dia nak naik ke tingkat atas. Dasar abang yang menakut...hahahahah.

Hari ni makcik dan bibik dah bertolak pulang ke Pahang. Rasa sedih pulak..hahahah mama yang tak sedar diri, bibik pinjam aje kan..hahahah. Tapi sungguhlah, kalau la semua pembantu rumah seperti bibik makcik...senanglah majikan. Tak payah nak dicakap atau disuruh, kerja tip top. Dengan anak-anak pun penyayang. Anak-anak saya suka aje pada bibik. Bila cerita pada hubby, dia kata "seronok ye ada bibik?" hahahahah.

Tentu ada pros and cons. Untuk saya yang suami cuti 2 minggu di rumah, tentu dia tak selesa ada orang lain di rumah. Nak main kejar2 suami isteri pun susah..keh keh keh..tapi bila melihat keadaan rumah yang sangat teratur, saya jadi sedih balik. Maklumlah, bila bekerja ni rumah tidak la sekemas rumah orang yang tidak bekerja. Hati nak buat, tetapi badan tak larat. Sudahnya buatlah apa yang mampu dek badan. Teringat pujukan suami bila kasihankan saya yang tak sihat nak mengurus rumah.... maaa jom kita ambil bibiklah.. hahahhaa.

Hari ni mesti Hadif dan Raisa tercari-cari suara tok chik dan bibik. Tak pe Hadif, nanti bibik datang lagi pasal mama yang kena hantar bibik ke airport nanti...boleh la kita berbibik lagi..hahahhaha.

Ini kisah Hadif semasa tok chik dia dan bibik ada.

Hadif: tok chik minum air apa tu?
tok chik: tok chik minum jus manggis
Hadif: ooo patutlah muka macam manggis.

Mama yang ada di situ rasa nak pitam dengar ayat Hadif...hahahhaha

Malam Rabu saya bawak makcik dan bibik ke AEON Bukit tinggi, makcik nak cari handbag. Sedang saya temankan makcik memilih, bibik dukung Raisa sambil layan Hadif. Masa balik bibik cerita

Bibik: cik intan, tadi masa di jusco ada orang usik pipi Raisa, dimarahi si Hadif.
mama: Hadif cakap apa bik?
Bbik: dia cakap "kalau nak usik adik saya kena bayar tahu... ini bibik..dia tukang masak!"

eh, sekarang baru pukul 11.45 pagi, kenapa dah rindu pada anak-anak ni?

4 comments:

Effyliani's Life said...

cayang tul hadif ngan adik dia .. very protective ler dia .. mcm manalah danish anak saudara orang tu kalau ada adik .. hehehe .. sampai skrg bila teringat mesti dia kata dekat mummy dia "mummy, bila danish nak ada adik nie.. mummy dah promise byk kali dah". hehehe tp dia nak adik gurl je .. :d

Ibu Darwisy said...

keh..keh..a'ah kan x yok la x dpt main kejar2..nyway..hadif mmg abg yg bijak..pe lagi kak intan, abg dah green light suh amik bibik tu..

Intanaziela said...

suei: hahahha sayang tapi kadang2 over protective sgt..hahahha

Ibu Double Q said...

makin beso makin comey anak dara akk ni...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!