Lama tak menulis, tak ada kesempatan. Banyak perkara nak dicerita tapi tersekat didalam kepala sahaja. Bermula dengan aktiviti makan-makan di Seoul Garden, Menghadiri majlis hari jadi dan yang terbaru percubaan kereta kami dicuri pencuri.
Bila tiba-tiba diduga dengan percubaan kereta hendak dicuri, saya duduk diam-diam. Saya cuba pujuk hati. Kena bersyukur pada Allah, sekurang-kurangnya jodoh kami dengan cik city itu masih ada walaupun kos untuk membaikinya mencecah RM5 ribu ringgit...huhuhu. Tak apa, kita serah bulat-bulat pada Allah, hanya Allah yang mengetahui apa yang dia beri kepada kita. Alhamdulillah saya dan hubby ok sahaja, mungkin sebab kereta masih di depan mata, kalau si pencuri durjana tu bawa pergi mungkin kami melengu juga..hihihi. Teringat kata-kata hubby pada saya "sekurang-kurangnya kita masih punya sebiji kereta lagi, motor pun ada kalau nak bergerak ke mana-mana, cuba bayangkan orang lain yang kereta mereka dicuri, dan mereka cuma punya satu kereta, kan susah mereka nak bergerak ke mana-mana" itulah penguat semangat walaupun hati rasa sedih.
Cukuplah cerita sedih tentang cik City kami itu. Hati pun dah rasa rindu padanya yang jauh nun di pusat service. Lama lagi baru siap tu. Paling koman dua minggu lagi.
Saya kongsi gambar semasa makan-makan dan makan di Seoul Garden, IOI Mall bersama geng GBS sempena hari lahir kak. Selamat Hari Lahir, kak. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Ucapan standard untuk mereka yang menyambut hari lahir..keh keh keh. Ini pertama kali saya dan keluarga makan di SG, dan saya menyukainya. Terima kasih cikgu-cikgu GBS yang mengajar cara-cara makan masakan korea dengan betul terutamanya cikgu Nilly dan cikgu Nani. Pannnnnndai makan...hehehhee.
Lepas sesi makan-makan sampai tak boleh jalan, kami ke Kemuning Utama, menghadiri birthday party Ammar Khilfie, kawan sekelas hadif. Enjoy abang Hadif pi party hari jadi, dengan mama dan babah pun tumpang enjoy sekali.
No comments:
Post a Comment