Tuesday, June 28, 2011

Take a break

Setelah melalui peristiwa sedih, kami rehat-rehatkan minda ke Bukit Fraser. Saya? suka, walaupun jalan nak sampai ke atas tu boleh buat saya muntah hijau. Apabila tiba di atas, terlupa semuanya sebab rasa tenang, rasa nyaman. Tempat ini memang sesuai untuk merehatkan perasaan yang penat. Rasa lega dapat melupakan perihal pencuri yang membuat onar tempohari...hahahaha. Cerita lainnya adalah Raisa demam. Kasihan anak dara itu, cumanya adik juga seperti abang yang tak banyak kerenah ketika demam, cuma apabila nampak syringe nak kasi ubat dia dah geleng-geleng kepala...kasihan awak dik...mama tetap kasi ubat juga...hahahha

Tak banyak kisah nak dikongsi, jadinya layan gambar sahaja lah ye. Saya sebenarnya sedang menyiapkan entry bagaimana kereta kami cuba dicuri, tetapi mood tak ada nak menulis atau bercerita tentang kisah itu, nampaknya entry ke FH melangkau ke hadapan la ya..






saya jatuh cinta dengan Fraser's Hill. Benar sekali kata kak Shilla, nice place to go, dan saya amat-amat menyukai suasananya walaupun ada masa rasa horor juga..kekekekek.
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!