Friday, June 17, 2011

Selamat Hari Babah Incik SK...

Entry ini saya tujukan buat hubby, sempena Hari Bapa bagi pihak anak-anak.

Untuk Babah,
Terima Kasih di atas kasih sayang babah...
yang tak ada penghujungnya...
Terima kasih kerana sentiasa memberi yang terbaik
Sentiasa menjadi penyelamat bila mana mama marahkan abang...
Menjadi Chef Babah yang terhebat
dengan menyajikan maggie goreng yang sungguh lazat


Babah...
Abang janji...
Abang akan cuba belajar rajin-rajin
dan lebih tekun
supaya babah tak perlu tunggu lama-lama bila
abang siapkan homework

Terima Kasih babah,
Sebab sentiasa jadi hero abang,
bawa abang tengok ultraman show di bukit bintang..
mama dgn icha pun kena tinggalkan babah...?
terima kasih juga babah, sebab belikan toy ultraman
walaupun abang dah darjah satu babah....

Babah...
Sempena Hari Bapa ni,
abang nak ucapkan Selamat Hari Bapa
adik Raisa pun nak ucapakan selamat Hari Babah...
tambah2 lepas babah belikan dia walker yang cantik tu...
walaupun selalu Raisa tak mahu bila babah nak dukung
tapi bukan bermakna Raisa tak sayang babah, cumanya
misai babah tu tajam sangat bila babah cium pipi Raisa
itu yang buat Raisa gerun tu..

Babah
Mama pun nak ucapkan Selamat hari Bapa...
Terima Kasih kerana sentiasa menjadi yang terbaik, terhebat, terkuat (kuat ke babah?)
Buat kami anak beranak
Sebelum mama terlupa
Terima kasih sebab belanja makan steak semalam
sampai meleleh-leleh air mata mama hahahahhaha

Doa kami semoga Babah sentiasa diberi kesihatan yang baik,
murah rezeki dan..... semoga Allah buka pintu hati babah untuk berhenti merokok.

Amin.

Lagu ni Abang & Adik tujukan khas buat babah...babah suka tak?

I love you,
You love me,
We're a happy family,
with a great big hug,
and a kiss from me to you,
Won't you say you love me TOO!

1 comment:

Ibu Darwisy said...

hapy paders day tu babah abg hadif & adik raisa

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!