Monday, December 31, 2007

Bye Bye 2007..Welcome 2008

Tahun 2007 membawa banyak kenangan pada diri aku, mahupun family aku. Ada yang suka, dan ada yang sedih. Kalau teringat yang suka, rasa tak mo bagi tahun 2008 muncul. Aci gitu? heheheh. Bermula dengan awal tahun 2007, bestnya dapat buat birthday bash utk hadif, (tahun 2008 nanti rasanya hadif celebrate dgn kawan2 kat skul aje la...) pas tu babah bawak pi Cameron Highland, Pas tu pi Langkawi... 2 kali setahun ( cam balik kg. pulak rasanyer..ngehngehngeh..Pastu tu pi mana lagi ek? heheheh Pas tu tahun ni hubby beli umah untuk kami anak beranak, insyaallah tahun bulan januari atau february boleh pindah masuk..p/s: thanks yang...Happy sangat rasanya...
Yang sedih, ada lah a few..tapi sedih sekali time hadif sakit gigi, pas tu kena operate buang sumer gigi dia...aduh..sedih sangat bila lepas operation tu dia mintak nak makan carrot, pas tu aku sedih sebab misscarriage ari tu, tak dapatlah nak kasi adik kat hadif..huhuhu Sedih lagi? biarlah jadi nostalgia dalam hidup ini..huhuhu..
Tahun 2008? yang pastinya tak sabar nak tunggu pindah rumah sendiri..tak sabar nak pi bercuti ke Sarawak ...pas tu nak tunggu hubby nak bawak pi bercuti ke mana pulak lepas ni, pasai dia selalu bawak kami anak beranak bercuti 2 kali setahun ...(yang..tak pe la kalau tak dapat pi bercuti setahun dua kali..janji dah pindah umah ku syorga ku) pas tu lepas ni angah hadif nak kawin, so dapatlah kami ahli keluarga baru (suka ke aku nih? kekekeek)
Semoga tahun 2008 ini memberikan keberkatan, kebahagiaan, kejayaan buat aku mahupun family ku. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini...dan sudah semestinya hari ini lebih baik dari semalam.
Time lunch tadi tak lalu makan nasi, sms hubby cakap teringin nak makan cake. pas tu dia balas " ptg ni k" yes..yes..yes.. so petang ni nak pi makan cake ler kat secret recipes..yummy..manalah tak beso..heheheheh
Till then, jumpa lagi tahun depan...
soksek: Dalam hidup ini, sebenarnya kita akan lebih bahagia jika tidak meminta2!!

Sunday, December 30, 2007

Ini blog!!!

Time aku dgn hubby bukan blog ni, Hadif pun menyibuk tanya itu ini...pas tu aku tanya dia balik, "Ni hadif tau ke apa?" Pas tu dia jawab " ini blog, tau..." Sudahnya aku yang tergelak dgn hubby. Aku tanya hubby, awak bagitau dia ke? Hubby aku angguk. Budak umo 3 tahun reti perkataan blog eh? aku time umo hadif usahkan blog, computer pun aku tak pernah tengok kot...
Aku terima call, opismate accident kat kota kemuning..so kami tiga beranak pun pi la ke SMC. Sampai kat sana terus tuju ward yang opismate aku duduk, Alhamdulillah keadaan dia stabil, tapi kat kepala cedera, dan perlu di operate. Mujurlah baby dia yang berusia 6 bulan tak ada apa2. Hadif pun amik kesempatan interview mak kawan aku. Boleh gitu? Apa pun, semoga kak Hasz cepat sembuh..
Lepas kuar dari SMC kami terus tuju tesco. Gi beli barang dapo. Umat punyalah ramai, tapi dek kerana bawang kat umah aku tu pun dah tak de, kami redah jugaklah kesesakan lalulintas kat Tesco Shah Alam tu, Nak ke Tesco Extra, aku segan la pulak kat budak casher Kluang Station tu..kekekkekeek...aci gitu? After finish a quick groceries, kami pun balik, tapi tak terus balik umah, singgah umah opah hadif. Layan malam kemuncak sehati berdansa...yihaaa...pasangan fav. aku menang, semestinya V dan Shidi ke bintang..aku tanya hubby; kalau aku dgn dia masuk rancangan ni macam mana? pas tu aku gelak sendiri....matilah patah pinggang hubby aku kalau nak buat aksi macam Anne dgn wafi tu selalu buat..wakakakakaka
Balik umah, aku kemas dan simpan barang2 yang dibeli, hadif apa lagi ...layan CD Gogo's dia..sejak babah dia dah belikan dia TV kecik tu, aman Malaysia sikit. Bolehlah aku layan Spa-Q aku tu..kalau tak..memanjang je aku meng'khalwat'kan diri aku menonton rancangan Spa-Q aku tu menerusi lawan web kat bilik tido. Thanks yang. sebab you safe my life..kekekek
Sekian sahaja aku mengarut, pada pukul 4 pagi ni.., bangun makan ubat terus tak boleh tido, tension sey. Tengok hubby dan hadif yang lena tido. aku jeles. Nak tido jugak lah!
soksek: Untuk menjadi tabah, kita harus bersedia untuk diuji. Mungkin dek pengalaman yang pernah aku lalui, menjadikan air mata ini terlalu mahal nilainya...semoga kak hasz dan family bersama dgn dugaan dari Allah ini, amin..

Friday, December 28, 2007

Only God know why

Hari ni terkenangkan seorang sahabat baik ku yang terlantar sakit di utara tanahair. Ayu, my best buddy..yang selalu berkongsi cerita dari gembira sampailah yang ke sedihnya. Dah hampir 3 minggu ayu masuk wad. Bila aku call tak dapat cakap pun dgn Ayu, makan pun ayu kena pakai tiub. Masalah saraf. Semoga Ayu segera sembuh. Bila aku kenangkan dugaan yang Ayu kena tempuhi, air mata aku pasti bergenang. Only God know why. Bahagian masing2. Inilah dugaan Allah, lagi berat dugaan Allah, Lagi besar ganjaran pahala yang dijanjikan.
Sekiranya Ayu membaca blog aku ini, sila baca begini
"Ayu, semoga cepat sembuh, semoga terus tabah dan semoga terus berusahan untuk sembuh. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kau...."
soksek: Kalau lah aku punya sayap!!

Thursday, December 27, 2007

Apa ada dengan cerita???

Tiba2 dapat sms dari hubby; Jerat arif dah bingkas. Dengan bendulnya aku terbayang perangkap tikus kat belakang umah. huhuhu..ropanya bukan itu..result PMR kuar hari ni, alhamdulillah anak buah dapat 5A 3B..fuh..rasa lega cam Hadif yang amik PMR. Aci tak? Mama terlebih excited.

Bila teringat anak yang bakal menduduki peperiksaan, rasa cam senak perut pulak walaupun hadif hanya akan menduduki UPSR pada tahun 2016 nanti..long way to go! but insyaallah I will make sure hadif score the best. :)

Dua tiga hari ni boring giler. Nak tengok Spa-Q pun kena tengok ikut web. Mana taknya, anak dan bapak dok main PS2. Tak cukup main dgn anak, bila anak dgn mak dah lena pun bapaknya masih layan PS2. Boring tul. Betul la cakap member, PS2 tu, baru2 je tak memberi masalah...lama kelamaan, boleh naik hangin jadiknya. Yelah, masa untuk berbual dah diganti dgn layan PS2. (mencik..mencik..mencik...) agak2nya, kalau aku jadi pemain tetap untuk PS2 kat umah macam mana? heheheh dapat ku bayangkan wajah2 anak dan bapak yang keboringan tahap dugong...abis...mama ni tak boring ker... huhuhu

dapat ni bestkan..lega kot masalah yang aku alami hari ini.


soksek: tak cukup air mata..air idung ku pulak meleleh2....syahdu sungguh kena seleseme ni...


Wednesday, December 26, 2007

Salam Pantai Timur

Just arrived from hubby's hometown. Musim Tengkujuh baru nak berlalu. Oklah, suam2 kuku. Tak panas..dan tak sejuk. Hadif balik kali ni semakin "keabang2an". Boleh dah beralah dgn adik sepupu dia. Tanda2 dah sedia jadi abang, kan hadif? kakakaka
Badan tak berapa nak sihat la...malasnya nak keje..time ni terbayang je katil dan bantal...oh bestnya kalau cuti panjang lagi sampai ujung tahun ni...errr..boleh??
soksek: bila la nak dapt kunci umah ni...so closed yet so far lah....

Wednesday, December 19, 2007

Cerita tentang CINTA

I received a call from somebody yesterday. Pity her. She married an old friend of mine. Tak sedar air mata menjejeh2. Kenapalah lelaki itu tidak pernah belajar dari pengalaman? Kenapalah lelaki itu sungguh tamak bila berdepan dengan isu perasaan..isu cinta..? Sang Isteri pun tidak tahu. Apatah lagi aku. Yang menambah lagi kesedihan, bila si isteri sedang mengandungkan zuriatnya. Tergamaknya? Lari dari masalah pasti tidak dapat menyelesaikan masalah. Masalahnya lelaki itu terlalu tamak. Tamakkan cinta dari dua wanita. Masalahnya dia tak mampu. Mana aku tahu dia tak mampu yek? Adalah!
Bila aku 'rewind' balik cerita2 yang berlaku disekeliling aku, betapa aku bersyukur bersuamikan suami ku ini. Untuk suami ku, sila baca begini " yang, ini bukan bodek..ini benar..ini memang benar". Segala apa yang aku terima sepanjang bergelar isteri sangat membahagiakan aku. Segala yang baik aku terima, yang 'masam2' walaupun adakala memberontak tapi akhirnya aku terima juga kerana aku yakin dia begitu kerana dia adalah begitu..tak mungkin aku dapat mencari kesempurnaan sedangkan aku sendiri pun tidak sempurna. Setakat ini, aku ulangi. Setakat ini, aku tahu suami ku itu amat sayang kepada keluarganya (aku dan anak) dgn caranya tersendiri. Semoga Allah terus memberkati keluarga kami. Dan untuk adikku Ros, sabar dan cekalkan hati..jangan berhenti berdoa dan jangan berhenti berharap. Aku betul2 harap dia akan terus kuat.
Selamat Hari Raya Aidiladha...selamat berkorban...seperti hubby yang beraya di atas pelantar..berkorban demi petronas carigali...huhuhu
soksek: Berfikir sebelum melakukan...meskipun cinta itu satu anugerah, jangan lah pulak fikir jatuh cinta banyak kali tu satu anugerah jugak!!

Tuesday, December 18, 2007

I miss him badly...

When I wake-up this morning, rasa mcm missing something. Perasaan yang sangat dalam. Rindu giler. Pada sang suami yang berada nun jauh di tengah lautan. Tambahan tengah musim tengkujuh. Tambahan dekat2 nak raya qurban ni..adoi..rindunya yang! sangat2. Semalam layan astro cerita dgn hadif, tengok Adi dan Ayah, saje aku ckp dekat hadif "hadif tak de ayah" pas tu dia jawab balik " ye la mama..hadif tak de ayah..hadif ada babah je" tergelak aku lepas tu. Ha amik. Malam tadi ke Tesco Extra, amik spec mata baru ku..huhuhu..pergi berdua aje dgn hadif, lepas tu mamat tu ajak masuk tempat mainan..adoi la..tak layan, kesian pulak. Tapi dek kerana layan..kopak RM20 beli token. aci dak? anak..anak... after all, proceed to Kluang Station, my fav. place to go, bukan makan apa pun, just bought a slice toast dgn champ (kopi campur teh) wallah..rasanya dari hari jumaat, sabtu, ahad and hari semalam, tiap2 hari aku gi situ, sampai mamat casher tu cakap " I can recognize your face already mam, " hahahahhaha ni semua salah hubby. Dia yang memperkenalkan Kluang Station pada isterinya ini..psst: yang..awaklah lah ni...dari Kluang Station yang jauh di Ikano tu sampai dah dekat kat shah alam..lepas ni I will pray yang Kluang Station bukak cawangan kat Kota Kemuning la pulak..hihihi..

One the way balik tu, hadif tanya "mama..ni nak balik umah hadif ke?" sedih hati aku...ye la cuti sekolah ni while hubby di offshore, kenalah kami anak beranak nomad kat umah opah hadif..hadif pun dah rindu nak balik umah dia, mama ni..lagilah..harap2 hubby dapat balik this thursday. Harap sangat. Walaupun aku tahu "chances" nye amatlah tipis. Inilah perkara yang aku dah belajar terima sejak awal perkenalan kami dulu. Dah biasa cinta EPJJ. Tapinya bila banyak benda yang berlaku pada diri aku ni time2 hubby jauh dari aku, tetiba rasa emosional. Harap2 perasaan ni kejap je la..sebabnya aku dah ajar diri aku untuk hadapi semua yang datang dgn tenang. Insyaallah.

Ni la tempat babah hadif cari rezeki

Inilah wajah yang kami rindui...

soksek: speechless! sob...sob...

Monday, December 17, 2007

Jiwa Kacau

Lama sungguh tak up date (lame ker? ), jiwa kacau. Macam2 hal. Naper ntah sekarang ni rasa malas pulak nak pi keje. Atas sebab apa, biarlah aku simpan sendiri. Sungguh aku tak sangka, cempedak jadi nangka.

Weekend tak de yang menarik pun. Pi wedding invitation kat Saujana Puchong. Ex-neigbour mak aku dulu. Tapinya kenduri dia sunyi sepi je..tak meriah cam kenduri kawin. Ada suara sumbang dok kata "macam kenduri orang mati je" hish..laser sungguh mulut mak cik tu, ternganga aku. Hadif semakin baaaikkk...senang bawak pi wedding sekarang, dah besar che abang ku itu..

Cepatlah kol 5.30 petang. Aku nak balik!!

soksek: Nyampah giler aku dgn seseorang ni, pagi2 dah bad mood. Aku bkn minta sesaje dokumen tu..boss yang nak ler, haper ingat aku ni busy body punya orang ke??? dah boss mintak, aku pun mintak la.. chait..

Thursday, December 13, 2007

Untuk diri sendiri

Buat renungan untuk diri ku...

Persoalan yang mungkin selalu berputar di minda kita ....dan Al-Quran sudah menjawabnya.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

AL-QURAN MENJAWAB: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA :KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

AL-QURAN MENJAWAB"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat

Kesedihan bukan pengakhirannya. Semoga Allah berikan apa yang kami pohonkan..amin.
soksek: cuba dan cuba lagi..yes kak shilla..you are right!

Tuesday, December 11, 2007

Windunya pada blog ku ini

Cuti panjang okeh. Kebetulan hari Selasa negeri Selangor cuti. Mama pun apply la cuti hari Isnin. Ikut babah gi kursus kat Kerteh, tapi mama dgn hadif dok lepak kat umah abang ipar kat Kuantan. Musim tengkujuh datang lagi. Dari pagi hujan turun tak berhenti. Sepanjang hari. Kain baju menimbum tak kering. Akhirnya aku balik ke KL pakai baju kurung. Hehehehe baik sangat hari ni okeh? Kononnya on the way balik Shah Alam nak singgah kedai lampu kat sg. besi. jem berat. Sana sini pak polisi buat road-block. Nyampah giler. Nak visit kawan kat HUKM pun tak sempat. Sampai kat depan HUKM dah kol 2:25 pm, waktu melawat 12:30 tghari sampai kol 2 ptg. sakit ati ku..huhuhu, pas tu konon nak gi makan kat Anuar Tomyam kg. Baru, sampai2 tutup, hubby terus lajak ke keramat, layan nasik ayam own. Nak tau kol berapa kami makan tengahari? pukul 4:30 petang!! Lepas makan mood jadi mondom. Ada letak kas2 kot dalam nasik tu? hehehehhe. Esok dah kena keje mcm biasa. Bestnya kalau cuti je memanjangkan. Rasa tak puas cuti. Esok Hubby dah nak balik offshore. Tinggal la kami dua beranak balik. Sure pening kepala aku layan hadif main PS2.
Soksek: Masik teringat muka polis trafik yang saman kami malam Sabtu yang lalu...huhuhu.. cerita tu nantilah, masuk entry esok aje la...sedih...huhuhu... * first time in my life tengok hubby tenyeh autograph dgn polis trafik...kekekkekek

Thursday, December 6, 2007

Biasa-biasa aje

Pagi ni hujan. Kerja pulak melambak2, maklumlah, semalam MC. akhirnya aku MC jugak setelah hampir 3 hari menahan sakit kepala yang amat. Huhuhu sedihnya. Tapi nak buat cam ne, dah tak tertahan. Hari ni belum ada apa2 yang menarik selain dari melakukan kerja2 rutin. Cepat lah berlalu hari Khamis, segeralah muncul hari Jumaat, pasal aku dah tak sabar nak cuti.. :)
Soksek: Hairan dengan sikap manusia yang suka mencari publisiti dah merasa diri tu cantik. Heran...heran..tak tau ke kalau Allah nak tarik semua tu sekejap aje?

Sunday, December 2, 2007

Sakit Kepala

Dah dua hari sakit kepala. Tak tau kenapa. Rasanya banyak yang nak ditulih. Tapi tak terkeluar la pulak. Rehat sebentar okeh.

soksek: Sakit itu anugerah Allah..
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!