I received a call from somebody yesterday. Pity her. She married an old friend of mine. Tak sedar air mata menjejeh2. Kenapalah lelaki itu tidak pernah belajar dari pengalaman? Kenapalah lelaki itu sungguh tamak bila berdepan dengan isu perasaan..isu cinta..? Sang Isteri pun tidak tahu. Apatah lagi aku. Yang menambah lagi kesedihan, bila si isteri sedang mengandungkan zuriatnya. Tergamaknya? Lari dari masalah pasti tidak dapat menyelesaikan masalah. Masalahnya lelaki itu terlalu tamak. Tamakkan cinta dari dua wanita. Masalahnya dia tak mampu. Mana aku tahu dia tak mampu yek? Adalah!
Bila aku 'rewind' balik cerita2 yang berlaku disekeliling aku, betapa aku bersyukur bersuamikan suami ku ini. Untuk suami ku, sila baca begini " yang, ini bukan bodek..ini benar..ini memang benar". Segala apa yang aku terima sepanjang bergelar isteri sangat membahagiakan aku. Segala yang baik aku terima, yang 'masam2' walaupun adakala memberontak tapi akhirnya aku terima juga kerana aku yakin dia begitu kerana dia adalah begitu..tak mungkin aku dapat mencari kesempurnaan sedangkan aku sendiri pun tidak sempurna. Setakat ini, aku ulangi. Setakat ini, aku tahu suami ku itu amat sayang kepada keluarganya (aku dan anak) dgn caranya tersendiri. Semoga Allah terus memberkati keluarga kami. Dan untuk adikku Ros, sabar dan cekalkan hati..jangan berhenti berdoa dan jangan berhenti berharap. Aku betul2 harap dia akan terus kuat.
Selamat Hari Raya Aidiladha...selamat berkorban...seperti hubby yang beraya di atas pelantar..berkorban demi petronas carigali...huhuhu
soksek: Berfikir sebelum melakukan...meskipun cinta itu satu anugerah, jangan lah pulak fikir jatuh cinta banyak kali tu satu anugerah jugak!!
No comments:
Post a Comment