Time aku dgn hubby bukan blog ni, Hadif pun menyibuk tanya itu ini...pas tu aku tanya dia balik, "Ni hadif tau ke apa?" Pas tu dia jawab " ini blog, tau..." Sudahnya aku yang tergelak dgn hubby. Aku tanya hubby, awak bagitau dia ke? Hubby aku angguk. Budak umo 3 tahun reti perkataan blog eh? aku time umo hadif usahkan blog, computer pun aku tak pernah tengok kot...
Aku terima call, opismate accident kat kota kemuning..so kami tiga beranak pun pi la ke SMC. Sampai kat sana terus tuju ward yang opismate aku duduk, Alhamdulillah keadaan dia stabil, tapi kat kepala cedera, dan perlu di operate. Mujurlah baby dia yang berusia 6 bulan tak ada apa2. Hadif pun amik kesempatan interview mak kawan aku. Boleh gitu? Apa pun, semoga kak Hasz cepat sembuh..
Aku terima call, opismate accident kat kota kemuning..so kami tiga beranak pun pi la ke SMC. Sampai kat sana terus tuju ward yang opismate aku duduk, Alhamdulillah keadaan dia stabil, tapi kat kepala cedera, dan perlu di operate. Mujurlah baby dia yang berusia 6 bulan tak ada apa2. Hadif pun amik kesempatan interview mak kawan aku. Boleh gitu? Apa pun, semoga kak Hasz cepat sembuh..
Lepas kuar dari SMC kami terus tuju tesco. Gi beli barang dapo. Umat punyalah ramai, tapi dek kerana bawang kat umah aku tu pun dah tak de, kami redah jugaklah kesesakan lalulintas kat Tesco Shah Alam tu, Nak ke Tesco Extra, aku segan la pulak kat budak casher Kluang Station tu..kekekkekeek...aci gitu? After finish a quick groceries, kami pun balik, tapi tak terus balik umah, singgah umah opah hadif. Layan malam kemuncak sehati berdansa...yihaaa...pasangan fav. aku menang, semestinya V dan Shidi ke bintang..aku tanya hubby; kalau aku dgn dia masuk rancangan ni macam mana? pas tu aku gelak sendiri....matilah patah pinggang hubby aku kalau nak buat aksi macam Anne dgn wafi tu selalu buat..wakakakakaka
Balik umah, aku kemas dan simpan barang2 yang dibeli, hadif apa lagi ...layan CD Gogo's dia..sejak babah dia dah belikan dia TV kecik tu, aman Malaysia sikit. Bolehlah aku layan Spa-Q aku tu..kalau tak..memanjang je aku meng'khalwat'kan diri aku menonton rancangan Spa-Q aku tu menerusi lawan web kat bilik tido. Thanks yang. sebab you safe my life..kekekek
Sekian sahaja aku mengarut, pada pukul 4 pagi ni.., bangun makan ubat terus tak boleh tido, tension sey. Tengok hubby dan hadif yang lena tido. aku jeles. Nak tido jugak lah!
soksek: Untuk menjadi tabah, kita harus bersedia untuk diuji. Mungkin dek pengalaman yang pernah aku lalui, menjadikan air mata ini terlalu mahal nilainya...semoga kak hasz dan family bersama dgn dugaan dari Allah ini, amin..
No comments:
Post a Comment