Hubby dah balik offshore, so tinggallah kami dua beranak. Alhamdulillah, Hadif nampak good mood. Pergi sekolah pun nampak happy, tapi mulut macam biasa akan tanya "babah mana? bila babah balik?" gitulah anak bujangku. Dari umur tiga bulan sampai dah masuk 5 tahun, setiap cukup haul babah dia akan kembali ke offshore, pergi kerja, cari rezeki. Mula2 dulu, payah jugak, babah akan tinggalkan kain pelikat dia utk hadif. Dan hadif, biasanya minggu kedua je mula buat perangai, agaknya nak bagitau dia rindu dia tak tau, jadi dia tunjuk la perangai pelik kat mama dia. Ada masa siap demam lagi tu. Mama Hadif? macam biasa, mentally and physically well prepared. Dan, rindu nak terima email yang kat bawah tu tulis salam sayang dari laut china selatan... hiks.
Petang ni plan nak bawak hadif ke klinik, batuk dan selsema dia tak baik2 lagi. Kesian tengok dia lemas idung gitu. Mama dia pun nak jumpa doktor. Cerry berry dah tak de, tapi sometimes sakit kepala tu menjadi2. Selsema pun turut bertandang. tapi sakit tu anugerah Allah, kan. Tanda Allah ingat dan sayang kat kita. Apalah sangat sakit aku kalau nak dibanding dengan apa yang harus Ayu lalui. Semoga Ayu cepat sembuh. Amin.
oklah, till then, need to settle something before going out for lunch. tata.
1 comment:
Damia pun tgh cerry berry + batuk2 + selsema. Tapi sian dia, dpt mak bapak yg tak gheti nak dok diam. angkut dia sana sini, dia lak yg flu and such :-)
Post a Comment