Dah dua hari tak update blog. Mujur tak sampai bersawang. Bukan tak mo update, cerita banyak sangat nak dikongsi, tapinya masa tak mengizinkan. Hahahah macam la sibuk sangat. Sebenarnya, hujung minggu hari tu ada beberapa aktiviti kami 3 beranak buat.
Sabtu - Ke pejabat Imegresen Kompleks PKNS. Apa lagi, urusan pasport ler. Nak pi mana? tunggu....yang pasti mood nak bercuti nak berbunga2. Thanks to hubby menaja pasport aku dan hadif.
Ahad - Gotong royong penduduk Berjaya Park. Aku dgn hubby je yang usung anak utk bergotong royong. Yang sweetnya, hadif rajin sungguh menolong. siap pergi kat auntie2 dan uncle2 tu...dan tanya "auntie..boleh saya tolong?" sejuk perut ibu mengandung..harharhar... nak tergelak pun ada bila tengok kerajinan Hadif tu. Cumanya aku hairan...dari ratusan penduduk berjaya park tu...punyalah ciput yang keluar utk join gotong royong tu... dan yang pelik, kawasan Mulberry yang kami bersihkan tu sangatlah kotor. Tapi, penduduknya boleh dok dalam umah je tengok orang dari kawasan lain datang buat gotong royong kat kawasan kediaman diorang. Sampai ada seorang auntie tu kata gini "kurang ajar betul..." hahahahhaha
Lepas gotong royong kami pi collect pasport kat PKNS sebab semalam tak sempat siap. Sempatlah cari buku cerita 25 Rasul utk abang wazif hadif. Aku sembat beli buku tentang adik Nik Madihah dan Cara2 mendidik anak supaya menjadi anak yang soleh dan cemerlang. Bila baca buku tentang Madihah tu, menjejeh2 air mata turun. Hubby dok gelakkan aku. Serius insaf bila baca cerita dia. Betapa betuahnya anak aku kalau nak dibandingkan dgn Madihah.
Malam Ahad tu Opah Hadif, Atuk, Mak lang dan onyang datang tido umah. Aku masak ayam masak lemak cili api, siakap stim dan cendawan goreng. Mak lang hadif jongket nak buat kek. Layan aje la walhal esok harinya aku ada paper law.
Isnin - Pagi aku pi exam kat DRMM. Kak yang yang hantar bertemankan mak sebab hubby balik Pahang, cousin dia meninggal. Susah giler soalan dia. Naik pening2 lalat la aku. Habis je exam, bergegas ke Hilton PJ. Aku kena attend course on Documentation in Human Resource Management. Punyalah boring pasal yang datang tu kebanyakkannya boss2..ada CEO, ada Manager... pening kepala aku lagi. Rasa cam nak balik je. Nasib baik makan kat situ best. hahahah. Malam dah letih ...tido aje la terus. satu hape aku tak buat. :P
Selasa - Hari ni hubby hantar pi Hilton. Malam pi dinner kat crown plaza mutiara Hotel, KL. pakai voucher birthday yang company bagi. oklah, aku tak makan sangat pasal siang tadi kat Hilton dah makan macam. Kalau pi course tu la masalahnya. Berat badan pun bertambah. tapi bukan selalu kan...hihihihi.
Dan, hari ni, bila balik opis, maka banyak lah keje nak kena siapkan. Dah la badan rasa letih lesu. Rasa cam nak amik cuti je. Tapi payah sikit pasal next week aku cuti exam. so, layan aje la keletihan ini... :)
oklah, nak pi lunch ni. Dah 2 hari makan tak hengat, hari ni nak makan yang ringan je. buah jambu ke... buah betik ke? kononlah...hahahhaha :P babai.
3 comments:
Heehee....ko dah buat pasport...boleh ler kita pi over the sea sama2...wah, dalam dok busy sempat lagi kawan aku meng'stim'kan ikan...takkan bagitau dlm blog jer...pos la sikit kat aku yang kurang upaya ni..heh
ayu: over the sea ko tu jauh lagi..aku yang dekat2 je..insyaallah...hihihi
stim ikan bukannya susah..sonang baitu...boleh la makan...hahahhahah :P ko bila balik shah alam bagitau..aku buatkan..no problemoooo...
mcm mana nak touch up blog ni haa...bila ko nak perturun ilmu kat aku ni...letak lagu ker, tukor kaler ker..xpa...ko study dulu...nanti lps exam ko bgtau...good luck!
Post a Comment