Friday, April 24, 2009

Lamar Di lamar

Pagi ni dengar hot.fm, selalu aku dengar sinar, tapi pagi ni topik paginya menarik perhatian aku. Lamar Dilamar. Macam mana hubby korang lamar korang eh? macam dalam tv tu ke? yang cakap cam gini "will u marry me?" uaghhhh...kelas gitu.

Aku? hihihi. Tak de la cam gitu. tapi cukup buat aku terharu. Tak de la bermadah puitis. Dan jugak beromantika diamor. Yang sedang2 gitu.


Tempat: Tepi pantai, berhampiran dengan pengakalan TLDM, Lumut Perak.
Waktu: Jam Malaysia kira2 pukul 10 pagi kot (agaknya la..sudah 9 tahun ia berlalu beb)


Si Teruna: Mungkin saya cepat sangat, tapi saya tak mahu terlambat. Saya tak mau istilah"kita kawan je la dulu". Bagilah peluang utk saya buktikan yang "ur decision is not mistaken"

Si Gadis: Saya takutlah. Takut terluka lagi. Takut salah buat pilihan. (elo, sebelum ni, aku dah kenal dgn macam2 perangai kaedahnya. Ada yang anak emak, ada yang mak aku tak suka, ada yang tipu2 aku, ..so kononnya aku takutlah nak terima lamaran nih...)


Si Teruna: Tak pe, awak habiskan belajar,(aku time tu ada lagi satu semester nak habis) lepas tu baru kita fikirkan apa langkah seterusnya...sampai kucing bertanduk pun saya tunggu awak..


Si Gadis: (Tanpa dialog. Tersipu2... tapi orang kata diam tandanya mahu...hihihihi.)

Si Teruna: thanks for giving me a chance to prove that you're never wrong... insya Allah.

Pas tu si Teruna tu pun pulanglah ke kampung halamannya. Dan aku terus la call mak aku..tanya...mak setuju ke kalau dia tu jadi menantu mak. hiks. Dah kata pilihan mak kan..tentulah mak aku setujukan. Aku, sebelum hubby nak mai visit pun call mak dulu tanya, boleh ke tak. Mak aku ni memang ada instinct je bila tengok dgn siapa aku berkawan... gamaknya naluri mak2 kot. eh, esok2 calon menantu aku, aku ada ke instinct2 gitu ek?

Lepas je aku habis belajar teruslah family hubby aku ni datang merisik. Tak de majlis2 pun, family aje. Pas tu, dua tiga bulan lepas tu terus bertunang. Setahun bertunang terus kawin. Alkisah, aku dan hubby belajar mengenal hati budi dan bercinta lepas kawin. Best giler. Ye la, jumpa kejap2 mana nak tau hati budi masing2. Dah kawin, cinta la banyak2.

Memang bukan first love pun. Hubby aku pun dah berderet girlfriend sebelum aku. Tapi, macam aku pernah tulis, "kita bertemu dgn orang yang salah sebelum bertemu dgn orang yang betul". Bukan kah jodoh dah ditetapkan oleh Allah. Banyak gak rintangan dan dugaan yang kami hadapi. Ada satu ketika, kena serang dgn ex-girlfriend hubby. Sekso gilo bila dia call umah pas tu letak. Psycho gilo. Siap dgn macam2 dia buat. Call opis aku, marah2 aku. gila kentang. tapinya bila dah ada orang lain nak kat dia, terus dia senyap. aman dunia. hiks. Part aku pulak, mak sorang hamba Allah tu, masa aku dgn anak dia berkawan, bukan main dia control. itu tak boleh, ini tak boleh, bila aku dah tak kawan dgn anak dia, hari2 dia call, suh kawan balik la, nak masuk meminang lah, sampai time aku pi honeymoon pun dia call. Aje yang pening time tu. Mujur aku dan hubby boleh menghadapi situasi itu. Tapi tu semua kisah dulu lah. Sekarang ni masing2 dah ada life sendiri. Aku doakan diorang hidup bahagia. Aku dah lama maafkan dia. Dan, aku pun dah lama maafkan mereka2 yang pernah melukakan hati aku, ye la kalau tak kerana diorang melukakan hati aku, tak de la aku bertemu dgn hubby, kan. :P Only god knows why and I'm happy now. Alhamdulillah. Setiap yang berlaku itu telah tertulis dalam takdir hidup kita kan...


ni gambor masa hari kejadian. Gambar si teruna tu tak de dalam bentuk softcopy. Sebab zaman tu tak pakai lagi digital camera.



ini gambar si teruna sehari sebelum hari kejadian. tengok tu, yang kat sebelah tu, kemain dia pun posing sama...hiks.

psst: dialog2 kat atas tu tak lah 100% betul, dah lama, ada yang aku lupa...hihihihi

6 comments:

Asmara said...

ehek..intan teringat cintan cintun dolu2. samalah tak semestinya kawin ngan first love. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan kan. :)

Intanaziela said...

asmara: betul tu as...setiap yang berlaku tu ada hikmahnya kan.. :P macam as lah..sekarang ni happy dgn suami dan anak2... :P

Ana said...

alamak intan..romantiknyaaa..hehehe nie yg buat ana teringat zaman dolu2 jugak nie..
tapi rasanyaa ada ke hubby ana melamar cam tue ekkk?? x de kot..main paham sendirik jekk..x best kannn..

@hasney^-^ said...

intan..he.he..mcm ku kenal jerk...tempat itu....n pic si teruna dengan si monyet tu pun, seperti kukenali jugak....hu.hu...

erm..betulla intan, lepas byk dikecewakan dan mengecewakan akhirnya barulah kita jumpa yang betul2 serasi erk...itulah kan org ckp dah jodoh.....kalau bercitan cintun puluhan tawon pun, kalo tk der jodoh...takderlah jugak.....so same with me...he..he...mcm sama jerk tempat kiter dating tu erk..he..he..

Anonymous said...

tan,hahahahah aku nk gelak tgk pic ko tan...kain itam tu...trademark itm manjung hahaha...! weh ni masa ko part brape ni, apsal aku tak tau? -effa-

Intanaziela said...

effa: time tu ko dah tak de..(hulkhukhuk...) aku pun dah nak abis belajar... tu kain budak2 biasa pakai kan..kekekek sekarang, sumpah aku tk mo pakai..kakakak

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!