Tuesday, February 23, 2010

Wahidun...satu...

Dah lama tak menulis. Cerita banyak tetapi idea tak mari, jadinya cerita hanya ada di dalam hati. Rasanya lebih banyak babah Hadif yang menulis dari mama Hadif.

Ini cerita minggu lepas. Hari Sabtu yang lalu saya menghadiri kelas memasak di June Baking, USJ. Kalau dulu menunya nasi ayam, kali ini menunya masakan barat. Saya belajar masak lamb chop, beef steak, chicken chop, fish n chip, ... seronok sangat rasanya. Sempat belajar buat mushroom soup yang Hadif gemar makan. lepas ni boleh la tajamkan skill dgn memasak masakan barat..hehehehe.

Hari Ahad hubby bawa saya ke The Gardens. Punyalah dah lama The Gardens tu bukak, ini pertama kali saya menjejakkan kaki ke situ. Memang saya dan hubby jarang mengukur shopping complex. KLCC itu pun boleh dikira dgn jari berapa kali saya ke sana. Kurang gemar dgn kesesakan lalulintas dan banjiran manusia di pusat membeli belah membuatkan kami kurang beriadah ke tempat2 sebegitu. Sebenarnya saya sedang mencari handbag, jadi puaslah menjamu mata mencari handbag. Tetapi tidak satu pun boleh membuatkan saya jatuh hati..nak tahu kenapa? kerana hati saya sudah tertinggal di COACH...hahahhaa. Ingat lagi, masa berjalan-jalan di Pavillion dgn Hubby, saya sempat tinjau beg tangan di COACH, tetapi bila melihat harganya yang paling murahpun 2000 ke atas, saya cakap dgn hubby, tunggu mama 40 tahun la baru pakai beg mahal-mahal ini..hahahha, tetapi di The Gardens boleh pula ada harga yang bawah dua ribu ringgit, cantik pulak tu, cumanya bila kenangkan balik, rasa tak wajar pulak membeli beg tangan yang harganya segitu..tak sampai hati..hahahha. Puas hubby saya tanya, nak tak..nak tak... confused sekejap. Kejap nak, kejap tak nak. Tak pelah, tunggu lagi sebulan dua, kalau hati masih lagi meronta2..beli la jugak...tapi, kalau hubby offer balik...oh alangkan betuahnya badan..kuikuikui...

Hubby memang selalu tak pernah menghampakan isteri dia nih..minta maaf ye sayang, kali ni terpaksa tolak..hahahhaa. (Dalam hati dia mesti happy sebab isteri dia tolak tuah..kekekekek) mana taknya...offer dia berbunyi begini "kalau nak ambil lah..kalau nak LV pun tak pe..TAPI...setahun tak de pergi bercuti" hahahha mana mahunya saya kalau kena potong budget pergi bercuti..lebih baik pergi bercuti..handbag lama pun masih elok lagi..hahahhaa.

Ini cerita Hadif pula. Semalam sebelum tidur dia membaca buku suku kata. Lepas itu menulis di atas kertas. Dia tulis " Saya tak suka makan nasi. Saya makan mee" hahahah. memang anak bujang saya penggemar mee dan yang sewaktu dengannya. Alhamdulillah, sudah sebulan masuk penggal pertama sudah nampak kemajuaan anak bujang saya itu. Dan, paling seronok setelah sebulan masuk sekolah, dia baca doa " Ya Allah Ya Tuhan ku, ampunkanlah dosa ibu bapa ku dan Kau kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi ku..amin". Tersenyum lebar mama dan babah. Siap baca niat wudu' lagi..lepas tu cakap "syukran yazillan ya ustazah" kat mama..kehkehkeh.. dan paling tak tahan, kira satu dua tiga dalam bahasa arab..."wahidun...satu..ismail...dua..." Ismail? kalau Ismail tu dua Hadif, cik Nani tigalah ye?" saya tergelak besar. Suka hati sahaja anak bujang saya ni menyebut..sepatutnya isnani itu dua..hahahah. Hadif..Hadif.. Sejak ke sekolah KAFA, hubby ada merungut yang anak bujang kami sudah pandai cakap perkataan yang tidak berapa sesuai di dengar. Saya bagitahu hubby yang kita jangan lihat yang negatif sahaja, kita pandang yang positif, contohnya dengan kemajuan Hadif dalam pelajaran. Tentang banyak perkataan yang pelik Hadif dapat tu, saya kata kita didik anak kita, terangkan perkataan itu tidak boleh diucap atau diamalkan. Masakan kita boleh menghalang anak orang lain nak bercakap, tapi kita boleh ajar dan didik Hadif supaya tidak menggunakan perkataan-perkataan itu.


Mulut Hadif sekarang pun boleh tahan...ada satu hari tu, dia tanya kat babah dia, "babah, rambut babah ni rambut palsu ke? " kekekekeke ha, amik babah..babah dia tak pergi gunting rambut lagi..(biasalah babah hadif..cukup liat kalau suruh gunting rambut...jenuh nak menyuruh) Terus babah dia pi gunting rambut. Ada sekali dia tanya saya "Mama, mama nak kurus tak?" Terus saya pandang muka dia tepat-tepat. "kalau mama nak kurus, pergi la London weight management!" kah kah kah..padan muka mama. Tapi hairannya muka dia selamba saje. anak...anak... hahahhaa.

4 comments:

mama apih said...

Afif pun sama....mcm2 ayat yg dibwk balik, belajar ngan kawan2 kat sekolah...hehe

Ana said...

hehehe..bila laa auni nk pandai cakap2 gitu..mau tergamam umi dia nanti cam intan skrg..x terjawab kata2 anakku tue nanti..hehehe..

nanti abg hadif ajar adik auni bahasa arab ekkk..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ha.ha.ha..kelakar sungguh hadif..pasal mama nak kurus tu..
Intan, betullah intan. akak biar pergi bercuti, tak pakai beg tangan mahal2 pun tak apa..
Intan nak murah coach, kat Factory outlet di Jepun coach harganya anggaran 500-600 aje, hari tu puas juga akak belik2 tapi belinya tidak..

Intanaziela said...

ayu: aku kadang2 pening bila ayat dia tu sebenarnya guna perkataan yang tak sepatutnya dia gunakan..tapi nak buat macam mana? dia berkawan...

Anna: nanti bila auni dah petah...jenuh nak layan tau..cam kami ni hah..hahhahaha

kak yatie: hihihi dah lama dok suka dgn jenama coach..belinya tak pernah sebab kalau tengok harganya melampau2..tapi bila pi The Gardens baru ni tengok harganya tak macam yg intan pernah tengok..tapi still mahal la kak..hahahhaha tu yang tak sampai hati nak ambil offer hubby tu..tambah2 bila dia kata kena cut budget nak pi bercuti..tak rela gitu..hahahha

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!