Tuesday, March 2, 2010

Jauh di sudut hati...

gambar: tiada kena mengena dgn cerita. Amik feel sebelum percutian ke Bandung :)

Baru last week saya bising-bising pasal PCB saya, hari ini masuk e-filing. Isi apa yang patut. Pembayar cukai tegar la konon, bila dah selesai, kat bawah tu tulis cukai terlebih bayar... hahahah gelak besar saya. Tu la, suka2 potong gaji orang, dah kena refund balik. Alhamdulillah, boleh beli sebiji handbag COACH. hahahah. Berangan, bukan kena bayar..

Pagi tadi saya terserempak dengan seorang kenalan lama. Betul-betul sebelah menyebelah bila kereta berhenti tunggu polis trafik. Tak tahulah dia perasan atau tidak. Saya doakan dia beroleh rahmat dalam hidup dia. Walaupun suatu ketika dulu, dia pernah menyakiti hati saya dengan sikap dia. Pernah memburuk-burukkan saya dengan cerita-cerita dia. Saya waktu itu mengambil sikap berdiam diri dan membiarkan orang lain membuat spekulasi tentang cerita saya kerana saya percaya Allah itu adil. Setiap perbuatan yang buruk pasti ada balasan bukan?. Walaupun saya tidak pernah mendoakan sesuatu yang buruk, tetapi jauh disudut hati saya tidak dapat melupakan bagaimana rasanya dikhianati. Sudahlah dikhianati, lepas itu diburuk-burukkan lagi. Sudahlah selama ini saya menjadi tempat dia meminta tolong. Puas saya memujuk hati, biar kan..biarkan....redha..redha... dan saya pernah diberitahu, akhirnya tembelang dia pecah jua. Hidup ini bagaikan putaran rodakan, kalau hari ini kita di atas, esok lusa ke bawah jua. Jika hari ini kita menyakitkan hati orang, esok lusa hati kita juga bisa disakiti. Pada saya, biarlah orang itu mahu memburukkan saya, janji tidak satu pun yang keluar dari mulut saya memburukkan dia. Tetapi biasalah orang kita ni, cerita yang buruk itu lagi sedap di dengarkan.. :) Dia boleh bercerita buruk tentang saya, tetapi hanya dia, saya dan Allah sahaja yang tahu apa sebenarnya yang terjadi.
Baru-baru ini, kawan saya menelefon saya sambil menangis menceritakan tentang betapa sedihnya dia bila dia dapat tahu, dia pernah mengecewakan hati seseorang. Dia tidak perasan pun waktu itu, maklumlah, umur belasan tahun, bekerja sembilan di sebuah kilang. Berkenalan dengan seorang lelaki yang usianya. Berkawan dua tiga bulan, kawan saya dapat ofer sambung belajar di politeknik. Terus terputus hubungan. Rupa-rupanya si lelaki itu menyimpan dendam. Merasa diri teraniaya, ditipu bagai. Yang kawan saya pula, dari belajar sampai dah bekerja...jawatan besar, rumah dah beli, kereta Vios, tetapi apabila menyebut soal cinta, tiada nasib kata orang. Memanjang sahaja perhubungan terkandas di tengah jalan.

Buntu dengan pelbagai dugaan yang datang menimpa, kawan saya pergi bertemu dengan seorang ustaz dan bertanya mengapa jiwanya jadi tidak tenang. Hidupnya rasa tidak bermakna. Ustaz terus bertanya "pernah tak awak mengecewakan hati orang lain?" Balik dar bertemu ustaz puaslah kawan saya itu mengingatkan siapakah orang yang pernah dia kecewakan. Akhirnya teringat akan lelaki yang pernah dia tinggalkan dahulu.

Bersungguh-sungguh kawan saya menangis. Mencari dan menjejak balik lelaki itu, alhamdulillah bertemu. Memang benarlah lelaki itu menyimpan dendam dan tidak boleh melupakan bagaima dia ditinggalkan begitu sahaja. Apa lagi, menangis la kawan saya. Maklum sahaja lah, waktu itu usianya baru 18 tahun. Terasa diri masa itu tidak matang, tak sangka kesannya sampai ke usia dia menginjak 29 tahun! Teringat-ingat kata-kata kawan saya itu "kak..berdosanya saya kak..saya buat hidup orang merana kak..." belas pula hati saya mendengar rintihan hatinya. Alhamdulillah, kawan saya dah dapat minta maaf, maklumlah umur masih mentah. Manalah tahu tindakan itu mengecewakan hati orang sehingga dibawa hingga berbelas tahun...

Bukan mudahkan untuk melupakan sesuatu yang melukakan hati. Saya pernah melaluinya. Ramai orang, baik di depan, di belakang lain. Sudahlah melukakan hati orang, memburuk-burukkan cerita pada orang lain. Tetapi saya pegang satu perkara, "yang benar pasti keluar dari yang tidak benar". Sekurang-kurangnya walaupun dituduh macam-macam, kehidupan saya alhamdulillah Allah berikan kemudahan. Dipermudahkan urusan dan alhamdulillah bahagia. Hidup dia? saya tak mahu tahu, tetapi ada juga kawan-kawan yang bercerita, hidup kawan saya tu susah lah, ada sahaja malang yang menimpa. "Azila kena lepaskan dia. Maafkan dia. Kasihan tau melihat hidup dia." Saya senyum sahaja. Sudah lama saya maafkan dia. Cumanya untuk melupakan apa yang dia buat, rasanya tak mungkin. Saya berdoa, semoga suatu hari nanti, saya boleh melupakan apa yang pernah berlaku. Amin.

6 comments:

mama apih said...

Memang lumrah...memaafkan memang mudah tp melupakan sakit di hati memang sukar...wah, apasal aku pulak yg terbwk2 ni? heheh...

Intanaziela said...

ayu: hahah ko kan sama cam aku...aku selalu berdoa semoga Allah lembutkan hati aku untuk belajar melupakan...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

intan orang ni mana senang melihat kita senang, melihat kita gembira sedikit, ada sahaja cuba menabur racun..
mungkin tengok intan senang sikit..dia orang mula nak mengarang ceritakan. Akak Intan dah naik lelah dengan perangai orang yang suka memfitnah, fitnahnya bukan sikit2 bahkan mengaibakan..tapi yelah bak kata intan, biarlah ALLAH yang balas..

Intanaziela said...

kak yatie: kadang kala rasa hairan, kenapa manusia mudah sangat menjatuhkan hukuman walhal mereka tidak ada pun dalam situasi kita, nama nak mengaku diri sendiri yang salah tidak, menunding jari sahaja pada kita kan kak..tapi Allah tu adil..tak hairanlah kalau dia ditimpa susah dan masalah...kerana ada hati yang tidak boleh melupakan perbuatan dia... :)

Ana said...

rambut sama hitam hati lain2 intan..biasa laa tue kann..just ignore aje org cam tue..biar diorg senang dgn hidup yg suka menyakitkan hati org lain tue..

Intan, emailkan hotel, tempat2 intan pi masa kt Bandung dulu buleh..kami nk pi jugak nie..hehehe

Intanaziela said...

Ana: dah lama intan ignore manusia begitu..cuma semalam terserempak la pulak...

ana nak ke bandung bila? intan nak pi bulan 6 nanti..detail hotel dan semua2 tu nanti intan kasi..senang jumpa aje la..hahahha senang nak bercerita... :P

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!