Bersiaran dari KPJ Selangor Specialist saya hari ini. Semalam Hadif admitted. Mulanya bawa dia jumpa Datuk Dr. Zulkifli, Pakar Kanak-kanak yang memang dari Hadif lahir Datuk Dr. Zul yang merawat dia. Bila melihat keadaan Hadif yang lemah, maklum sahaja la sudah dua hari tak mahu makan dan minum, Dr. Zul suruh duduk wad. Dari pagi sampai ke petang baru dapat bilik. Ramai sungguh manusia di SMC ini, terasa bagai bukan di hospital swasta pula. Hadif pula, bila sampai di wad sibuk tanya "kita nak lawat siapa mama..." hahahaha. Tak tahu yang dia dgn mama dia nak bercuti di hospital.
Alhamdulillah anak saya dah mula berselera untuk makan dan minum. Mula-mula makan bubur nasi, lepas tu makan nasi goreng, lepas tu minta biskut, dan lepas tu minta lagi nasi goreng...hahahaha. Paling best, ayat dia "bestkan mama duduk hospital ni...dpt tengok kartun..." mana tidaknya kalau di rumah babah dah buang channel kartun kehkehkeh.
Harap-harap petang ni kami dah boleh discharge. Berlama-lamaan di hospital pun saya tak gemar, maklumlah..nama pun hospital, banyak orang sakit dan banyak kuman. Bimbang jangkitan silang lebih tepatnya. Tengok Hadif pun dah ceria semula, dah mula menyanyi; hati saya lega. Sepanjang dua hari dia demam saya susah hati. Melepek aje dia, bercakap pun tak mahu..baring je. Tapi tak pula dia mengadu sakit. Merengek jauh sekali. Itu yang membuatkan saya sedih.
Hari ini hubby akan balik. Balik awal lagi suami saya itu..hahahaha. Nasib semalam tak ada choper, kalau tidak mesti dah muncul babah kat wad ni..hihihi. Walaupun saya dah bagitahu jangan susah2 hati, anak ok aje tapi babah hadif kan...anak kesayangan dia kena masuk wad, mestilah susah hati...bertambah susah hati bila isteri kesayangan dia pun dah demam...(susah hati ke babah? hahahhaha)
Waktu ini kami sedang menunggu doktor buat lawatan, Nak minta balik ni, biarlah berehat di rumah aje..saya sudah sakit badan berkongsi katil comel dgn si Hadif. Dia seronok saje, kita yang demam lebih dari dia..hahahhaa.
4 comments:
intan slalu ke pi kpj?? ana ingat nk pi checkup pegnen kt sana..ada tau mana dktr yg ok?? rate dia ok x??
sian hadif..kena sihat cepat sebab nk jalan2 weekend nie kann..
ana: intan mmg dari dulu kat kpj selangor ni...dekat dgn umah, malas nak bersesak2 kat tempat lain..tapi sekarang dah macam kat hospital klang juga rasanya..hahahhaha
rate dia intan tak sure ana..nanti intan tengokkan ye..dah lama dah bersalin kat sini..hahahha 6 tahun lalu rate dia lain ana...kekekek
nanti intan recommend doktor yang intan biasa ye ana..
hadif dah sihat sikit, harap2 boleh balik petang ni...
Alhamdulilah hadif dah sihat, bila budak sakit kita risaukan..lebih2 lagi anak seorang.
Teringat masa anak buah akak hakim admitted, ayahnya minta satu bilik untuk dia..katil extra lagi size queen..kah2..yang tidur kat katil dia, akak le..katil extra queen size, hakim, ojan dan umi dia..macam berkelah le pulak..seronok!
kak yatie: alhamdulillah, dah selamat balik rumah, mama dia pulak dah demam..hahahha. semalam intan mintak single room tapi penuh..nak masuk wad semalam kena tunggu smpai pukul 4 ptg kak, kalau dapat single rooma maunya opah dan atuk hadif sekali tido kat hospital..hahahah
Post a Comment