Olie dan keluarga, Akif yang didukung oleh babanya
Semalam, sewaktu melawat FB tiba-tiba terbaca status dari teman-teman tentang keadaan anak seorang rakan cyber yang sedang bertarung nyawa di ICU. Khabarnya Muhammad Nuqman Akif paru-parunya penuh kuman. Tak sedar dengan air mata yang berlinang-linang, saya tadah tangan depan pc, memohon supaya Allah permudahkan urusan buat Adik Akif, memohon semoga kedua ibu bapanya tabah dan redha dengan ujian yang Allah turunnya.
Sebenarnya saya hanya mengenali ibu akif melalui alam maya. Dari zaman kami berfotopages, sehinggalah di laman sosial Facebook. Saya memang mengikuti perkembangan Adik Akif dari zaman dia kecil sehingga umurnya sekarang sudah 7 tahun. Akif anak istimewa. Saya sangat kagum dengan kasih sayang yang Olie dan suami curahkan buat Akif. Dan, saya sangat bangga melihat Hadif (adik kepada Akif) yang begitu dedikasi menyayangi abangnya.
Saya pernah melalui situasi itu. Saya pernah diberi kata dua oleh Doktor. Betapa hancur luluh hati saya apabila doktor memberitahu bahawa anak kami keadaannya sangat tenat. Sangat kritikal. Tidak ada perkembangan. Lama saya termenung. Saya genggam jari hubby. Saya pujuk hati saya. Saya berdoa kepada Allah.. " Ya Allah, sekiranya doa ku sebagai seorang ibu kau ambil kira, aku mohon supaya dikurniakan kesihatan yang baik untuk anak ku Muhammad Hadif Khawarizmi, Kau sembuhkanlah dia dari penyakit yang dihidapinya, berilah aku peluang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu, dan sekiranya keadaan anak ku itu jika terus hidup akan menjadikan dia anak yang tidak sempurna, aku redha Ya Allah agar kau mengambilnya didalam pelihara mu Ya Allah" Demi Allah, waktu itu, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya sebagai seorang ibu yang merayu memohon agar anak yang dikandung itu diberi peluang untuk hidup atau meminta agar Allah mengambil nyawa anaknya jika keadaannya jika sembuh tidak sempurna.
ni budak ligat yang dulu dok terlantar kat hospital..bertapa 48 hari dok kat icu
Saya sendiri tidak tahu dari mana kekuatan itu hadir. Apabila doktor memberitahu sekiranya anak saya Hadif sembuh pun mungkin dia akan mengalami kecacatan otak atau tumbesarannya terbantut, saya jadi kuat. Pada saya Doktor hanya boleh meramal, tetapi Allah jua yang berkuasa. Saya mahu Hadif sihat, dan setiap hari semasa tempoh berpantang, saya akan ke HKL untuk menghantar susu badan dan melawat Hadif. Saya akan berjumpa dengan ke semua jururawat yang bertugas di NICU 3 itu. 10 pagi saya pergi, 10 malam saya balik. Tempoh berpantang tidak memberi apa-apa makna pada saya. Tidur malam saya bertemankan kain lampin yang dihari siangnya saya lap muka dan badan Hadif. Tak dapat peluk anak, dapat cium baunya sudah cukup melepaskan sesak di dada.
Agaknya di atas apa yang pernah saya lalui, naluri saya sangat sensitif apabila mendengar atau mengetahui ada insan lain yang turut di duga Allah. Rasa simpati sampai ke dasar hati. Rasanya kalau boleh terbang ke Kuantan, ingin saya memeluk Olie, memujuk dan memberi semangat. Semoga Olie dan suami terus redha, bersabar dan terus berdoa. Dan, semoga Allah memberikan apa yang terbaik buat Nuqman Akif.
Teringat macam mana hubby tercinta nak menghiburkan hati saya bawa sampai ke KLCC kerana bila hati susah, tak tak boleh mengepam susu..pam tapi tak de susu..apa lagi, naik sejuk kaki tangan, hahahahha. Kenangan sungguh, tetapi itu membuatkan saya sangat cinta sama suami..hahahahah. Sudahlah saya terpaksa memandang dia makan kerabu mangga dan poktek di Anwar Seafood Kg. Baru dan saya masa tu kena makan nasi kosong dgn ikan bilis..harharhar...
Apa pun, pengalaman dan ujian yang Allah beri ternyata terlalu manis nikmatnya. Melaluinya saya berjaya mendidik hati menjadi seorang yang tabah. Sehingga sekarang, sangat sukar untuk saya menitiskan air mata jika ditimpa masalah. Terlalu besar ganjaran yang Allah beri setelah kami suami isteri diduga dahalu. Allah beri kami Muhammad Hadif Khawarizmi yang petah dan bijak, yang sentiasa menjadi penglipur lara kami, menguatkan lagi cinta dan kasih sayang kami. Ternyata Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kami... Terima Kasih Ya Allah atas segara rezeki yang engkau limpahkan...
Apa pun, pengalaman dan ujian yang Allah beri ternyata terlalu manis nikmatnya. Melaluinya saya berjaya mendidik hati menjadi seorang yang tabah. Sehingga sekarang, sangat sukar untuk saya menitiskan air mata jika ditimpa masalah. Terlalu besar ganjaran yang Allah beri setelah kami suami isteri diduga dahalu. Allah beri kami Muhammad Hadif Khawarizmi yang petah dan bijak, yang sentiasa menjadi penglipur lara kami, menguatkan lagi cinta dan kasih sayang kami. Ternyata Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kami... Terima Kasih Ya Allah atas segara rezeki yang engkau limpahkan...
Saya mohon kepada para sahabat yang mengunjungi blog saya ini, doakanlah yang terbaik buat Adik Nuqman Akif ye...
3 comments:
... :(...........hanya Allah yang Maha mengetahui.....mudah-mudahan keluarga adik Akif diberi kekuatan atas ujian...
semoga Akif cepat sihat..sayu hati mengenangkannya.. moga parent dia lebih tabah lagi hendaknya.
Semoga Adik Akif cepat sembuh. Intan. sekali lagi airmata ini tumpah laju membasahi. Mmg tak boleh langsung baca citer2 yg menyentuh prasaan mcm nih. Walaupun tidak mengalami dugaan yg hebat seperti adik akif dan juga pengalaman Intan membesarkan HAdif, tapi hasni pun jua pernah lalui, saat2 hakim bertarung nyawa masa umur 1year sebab diserang demam sawan.Tp hati ibu meronta2 masatu..Hanya Allah saja yg mengetahaui apa yang tersirat. Alhamduillah berkat kesabaran, Hakim pun membesar dgn aktif. Mudahan2han anak2 kita menjadi orang yang soleh dan terpelajar kan Intan?..
Post a Comment