Friday, April 9, 2010

Tak sayang anak la tu...

Selalunya kalau ditanya siapa yang garang, Hadif akan jawab MAMA! masakan tidak, dari dia kecil memang saya yang lebih garang dari babahnya. Maklumlah, jumpa babah dua minggu, jumpa mama setiap hari dalam sebulan. Walaupun sebenarnya kalau dia nak sesuatu, lebih mudah nak dapat kalau dengan mama dia ni. Saya yang menguruskan dia sepanjang ketiadaan Babah dia, kenalah bertegas dan banyak soal jawab kalau dgn mama. Dan, dia memang takutkan saya walaupun saya ni sebenarnya tidak garang mana..hahaha.

Semenjak dua menjak ini, saya banyak layan dia dengan lembut. Banyak ikutkan kehendak dia, dan kalau nak marah pun saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak bising-bising. Rupa-rupanya perubahan saya ini membuatkan anak teruna itu juga turut berubah. Bak kata pepatah, "bagi betis mahukan peha" hahahah. Bila saya baru nak marah, Hadif akan cakap begini "tu..nak marah la tu.." atau lebih sadis dia cakap begini "tu tak sayang anak lah tu, ye la..cari la anakyang baru". Terkedu saya jadinya...hahahahah. Terus tak jadi nak marah. Reverse psychology betul la dia gunakan...hahahah

Anak sudah besar, sudah pandai beremosi-emosi. Tambahan pula Mama pula dah mula susut sikap suka nak marah dia. Sebenarnya saya tak suka marah, tetapi biasalah kaum ibu, kalau pakai baju lambat sikit saya bising, kalau asyik tengok kartun kena marah. Kalau dengan Babah, Babah dia ikutkan aje anak kata. Ajak Babah main PS2 Babah ikutkan..dengan Mama? Main Ps2? minta maaflah banyak-banyak, Mama tak minat. Kalau ajak Mama main playdoh sama-sama ok jugak...hahahhaha.

Hari ini Hadif sudah pandai menggunakan perkataan baru yang salah. Dia cakap "mangkuk ayun" pada atuk dan opah dia. Masyaallah, manalah anak itu belajar. Saya rasa saya tak pernah menggunakan perkataan itu. Opah bagitahu Hadif merajuk kena marah dengan atuk pasal cakap perkataan itu. Sebenarnya dia tak tahu pun apa maksud perkataan itu. Inilah yang dia dapat bila bersekolah di KAFA. Tak apalah, nanti bila balik saya akan nasihatkan dia. Budak-budak ni otaknya bagaikan span kan? menyerap sahaja apa yang boleh. Tak kan saya nak cari siapa yang mengajar anak saya cakap perkataan itu, cukuplah kalau saya boleh mendidik Hadif supaya bercakap yang baik-baik sahaja.

Saya coretkan cerita dia diblog saya supaya bila dia dewasa atau bila saya sudah tiada, dia kan mengerti yang mama dia ini sentiasa mahu dia jadi seorang anak yang baik, anak yang baik tingkah laku dan perlakuan, yang berakhlak dan soleh. Biar dia gelak balik bila dia tahu sedari umur berapa dia belajar mengenal sesuatu perkara sama ada yang baik atau yang buruk.

gambar dengan kak NB waktu Pesta buku lalu, lambat upload kerana tak de mood nak pegang kamera..hahah boleh gitu? kak yatie, best sungguh dapat bersembang dgn akak, Insyaallah panjang umur jumpa lagi ye... emmuah.

Qaisara yang sangat comel dan baik, elok aje duduk di gerai sementara ummi dia melayan peminat..

Teringat saya masa di Pesta Buku tempohari, bila Kak NB ajak bergambar dgn Qaisara, dia cabut lari sambil cakap "saya ni kan orang tua.." kes malu dia tak de gigi...hahahhaha. tapi bila saya tanya "comel tak Qaisara tu Hadif?" sambil tersenyum-senyum anggukkan kepala...hahahah.

kalau tengok masa lahirnya ke dunia...hanya Allah sahaja yang tahu perasaan hati Mama dia. Hadif kuat semangat. Doktor-doktor di HKL pun cakap macam tu, "he is a strong boy, always struggle for life" Harap-harap sampai besar perasaan tak putus asa dia kekal dalam diri dia. Amin.

masa ni pertama kali saya dapat menyusukan hadif setelah 42 hari dia lahir, perasaan masa itu punyalah seronok..kecik aje hadif masa tu kan? lahir beratnya 2.8kg, tapi bila dok kat NICU tinggal 2 kg je..

masa ni tengah ligat berjalan, jenuh mengejar..hahahah. Sama kan dia dan Babah dia? photostat. hahahaha.


5 comments:

mama apih said...

Dugaan...kalau dikenang bgmana kita melepasinya dengan redha.... terasa manis sangat...melimpah-limpah rasa syukur pd Allah...(nasihat utk diri sendiri gak)

Itu ayat apih bila kena marah...tapi lain sikit.."teruk sguh, bapak tak sayang anak la tu"...dgn loghat perlih yg sguh pekat...hehe

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

intan, tengok hadif dihospital tu meremang bulu roma akak, seram sejuk jadinya. Kalaulah Qaisara macam tu, tak tahulah nak buat macamana...
Teringat Pak Seyit, qaisara alergik, sampai bengkak2 badan dan mata. Dia tak mahu tengok sebab sedih, akaklah yg bawa gi klinik.geram ada..kelakar pun ada..

iman said...

masa ni hadif tu tengahlasakkan. datang umah mak alia. dia tak duduk diam langsung

Intanaziela said...

mama apih: betul ayu..lepas bangkit dari kesedihan rasa ada banyak keyakinan...

anak2 kita ni mulut kusss semangat, sekarang aku selalu speechless dgn si hadif, pandai benar beli jiwa...hahhaha

kak yati: tu baru sekeping kak...ada lagi banyak..hihihi..anak, kalau kena gigit nyamuk pun kita sakit hati kan kak...hahahhaa

alia: kami datang balik melawat alia bersalin masa tu kan..huh..jenuh mengejar dia..hahahaha rindu nak jumpa alia..meh la kita jumpa..

@hasney^-^ said...

Intan, alahai keciknyer hadif kan?..Tp hakim masa lahir pun lagi kecik..2.75 jerk..Tp sekarang dah besar nih...meninggi jerk..dua tiga tahun lagi anak2 kita bakal jadi bonzer jerk..hu.hu..mana taknyer..kita dok pendek cam ni lah..anak2 yg meninggi jln depan nanti dah tk nampak mama masing2.he..he..apapun syukur Intan, akhirnya Allah makbulkan doa kita dan berikan anak2 yg sihat dan cergas akal fikiran. Sesungguhnya setiap dugaan itu tandanya Allah menyayangi kita sebagai hambanya yg kdg2 terleka dgn kemewahan dunia.

Has, pun pernah mengalami dugaan yang hebat juga tatkala hakim terlantar di ICU Klang, suatu ketika dulu...hanya Allah sahaja yg mengerti hati seorang ibu ketika itu. Tp bila mengenangkan dugaan Allah yang hebat itu, hati ini menjadi kerdil sekali.

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!