Tuesday, June 1, 2010

Emmm...alahai...

Semalam bila rakan-rakan sekerja saya tahu saya mengandung, rata-rata terkejut, tetapi excited. Maklumlah, semua sedia maklum yang anak saya Hadif dah berumur 6 tahun. Pada saya, Allah lebih tahu bila dia patut memberi kepada Hamba-Nya yang memohon. Syukur Alhamdulillah, dengan kesihatan yang Allah beri, dengan rezeki yang Allah beri, saya berharap semoga urusan kehamilan saya kali ini dipermudahkan Allah.

Dalam ada yang memberi semangat, ada juga yang melontarkan komen-komen yang langsung tidak membina, contohnya "ha, kalau dah tahu pregnant ni nanti mesti kau mula ngada-ngada". Bila saya kata yang saya ok sahaja, orang tu boleh cakap "tak de maknanya, ko tengoklah nanti" Tersengih saya. Mana mungkin dia samakan saya dengan dia. Kalau dia MC, tak kan dia harap saya akan MC juga. hahahaha. Dan, hari ni, dia yang segar bugar bercakap semalam dah MC, demam katanya..alahai...semoga cepat sembuhlah insan yang berkata-kata tu ye.. tak kan dia mengandung penuh dengan alahan, dia mahu saya mengikut jejak dia, manusia...biasalah kan, saya doakan dia sedar cepat-cepat.

Saya buat masa ini macam biasa lagi, kalau ada pun cuma rasa letih lesu kalau dah tiba malam hari. Memang masa tu rasa melepek aje, rasa nak tidur. Tetapi masih menjalankan tugas rutin seperti biasa, masih perlu menggosok uniform sekolah Hadif, menyemak kerja sekolah Hadif, masih perlu melayan kerenah Hadif...tak ada yang berbeza. Cumanya kerja-kerja rumah memang saya tak layan sangat. Buat setakat yang terdaya dan harapnya hubby akan lebih memahami tentang itu. Dan, saya dah pun assign temporary maid untuk kemas rumah..hehehehe.

Selain dari itu rasanya tak ada yang pelik. Semuanya biasa-biasa dan semoga Allah permudahkan urusan saya. Setakat ni saya da 20 hari lagi mc, hahahahah. Baru pakai 2 hari dan harap2nya boleh la kekalkan rekod tak selalu mc ni...amin.

7 comments:

Su Hana said...

al-hamdulillah... moga dipermudahkan oleh-NYA

perangai manusia ni camtulah..di mana-mana kita akna jumpa org camtu...

Intanaziela said...

sue: betul sue... malas nak layan, saje je nak cari pasal, lagi kita diam, lagi dia menjadi... hahahha

Nurain said...

alahai... memang tak baik tau manusia itu... pedulikan dia azila, I harap you sentiasa sihat... letih-letih tu biasalah..akak yang tak mengandung ni pun selalu letih..

Intanaziela said...

kak ain: hahah I doa je pada Allah beri kesihatan dan kekuatan, orang itu biarlah dia..mulut diakan..cam ne kita nak tahan..hahahah

iman said...

seperti yang ku duga. tahniah azila. semoga dipermudahkan segalanya. dapat juga akhirnya kan?

Sally said...

eh..dah berapa minggu intan?..tahniah..mesti Hadif happy nak dapat adik ni..

shilla72ibrahim said...

dun wori zila, semua kat sinie mendoakan kesejahteraan pada zila...biar jer dia tu hidup dengan bayang2 dia sendiri...kita kat sinie "EnJOY!!!"....

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!