Semasa di Singapura, saya rasa mata kiri saya bergerak-gerak dengan laju. Di dalam hati dok berkata-kata perkara apa lah yang saya nak tahu. Mungkin ada yang mengatakan itu semua hanyalah kata-kata lama dari orang-orang tua dulu kala, tetapi pada saya ada masa, boleh dipakai kata-kata ini. Teringat lagi pada hari saya menerima berita kematian arwah datuk saya, dua tiga hari sebelum itu saya sudah merungut mata kiri saya bagai mahu jatuh dek berkedip-kedip. Benarlah, sebaik sahaja sampai di rumah, saya menerima berita kematian sepupu hubby. Dan, ada lagi berita buruk yang saya terima.....
Balik sahaja ke pejabat, saya mendengar suatu cerita yang kurang enak. Sangat kurang enak. Mana tidaknya, orang yang selama ini begitu baik dengan saya, yang saya percaya rupa-rupanya menikam saya dari belakang. Melaga-lagakan perhubungan saya dengan orang lain. Sangat trajis. Saya hairan, mengapa di hadapan saya dia akan menceritakan keburukan si A tetapi depan si A dia bercerita tentang saya pula. Cuma memanipulasikan cerita, cuma memporak perandakan orang lain. Apabila diberitahu, saya menangis. Bukan sedih tetapi saya terkilan. Apa agaknya orang ini cuba capai dalam hidup? apa sebenarnya yang dia cari dalam hidup.
Selama ini, dipelaku memang sentiasa suka bercerita tentang orang lain. dan saya selalunya akan menyuruh dia membiarkan orang lain dengan hal mereka. Saya malas nak tolong fikir masalah orang lain, dan saya tak berminat nak tahu tentang kehidupan orang lain. Pada saya, kita kena respek kehidupan orang lain. Rupanya dibelakang saya si pelaku ini cuba mula memburuk-burukkan saya. Walhal, telah pun ada bukti yang sebenarnya si pelaku inilah yang gelah membocorkan rahsia yang tak sepatutnya dikongsi pada orang lain.
Saya? setelah tahu semua ini, hati saya remuk. Salah saya kerana terlalu mudah bersangka baik dengan orang. ( tak pasal kena leter dengan hubby ^_^) Jalan yang terbaik, saya tak ingin lagi memberi peluang kepada orang yang saya akan gelar JAHAT selepas ini. Tak pernah saya jumpa seorang yang berhati busuk seperti dia. Yang sentiasa boleh bercerita tentang keburukan orang. Dia memang semenjak dua menjak ini tidak senang duduk kerana saya tidak melayan dia apabila dia hendak bercerita, dan, saya sudah delete dia dari hati saya. Selepas ini yang tinggal hanya lah hubungan di tempat kerja. cukuplah dia bersandiwara dihadapan saya. Bukan saya sahaja yang telah tahu tembelang dia, tetapi kami semua telah tahu, cumanya kami masih ingin melihat, sejauh mana sandiwara yang dia cuba lakukan terhadap kami semua.
Sebagaimana saya menghormati hak orang lain, begitulah sebenarnya yang saya harap mereke juga menghormati hidup saya. Malangnya, manusia yang berhati JAHAT ini rupanya berselindung disebalik muka manis dan watak baik yang dia ciptakan. Saya berdoa, semoga Allah beri kesedaran kepada orang ini. Semoga dia sedar, sebanyak mana dia cuba menjatuhkan saya, sebanyak itulah saya berdoa agar dia diberi petunjuk dan hidayah supada sedar dari kelakuan aneh dia itu. hahahah.
Benarlah cakap hubby, saya ini hangatnya cuma sekejap. Kemudian sejuk kembali. Tak mengapalah, dari saya merosakkan hati, biarlah saya memperbaiki diri. Perlu berwaspada supaya selepas ini saya tidak akan diperbodohkan lagi. Saya ingat pesan hubby, tak perlu balas atau buat orang itu bertambah sakit. Dia memang dah cukup sakit selama ini.
Hairan sungguh. Kenapa dia jadi begini. Salah saya ke kalau kehidupan saya lebih dari kehidupan dia? Saya katakan kepada hubby sewaktu sesi mengadu domba pada suami "salah saya ke suami saya mampu beri saya pandu kereta honda? salah saya ke suami mampu sediakan tempat tinggal yang selesa pada saya? salah saya ke kita boleh pergi bercuti selalu? salah saya ke? semua itu datangnya dari Allah swt. Saya tidak pernah kisah apa yang dia pakai bahkan saya tidak pernah memandang dari segi itu, ke mana yang dia nak pergi, bagaimana kehidupan dia, handbag apa yang dia pakai. Sumpah saya tak peduli. Saya rasa Allah cukup adil dan saya sangat bersyukur dengan apa yang telah didatangkan untuk diri saya. hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Saya tidak perlu memikirkan apa yang orang lain ada, apa yang orang lain inginkan. Itu hak mereka. Kehidupan pada saya bukan untuk menyaingi antara satu sama lain.
Bila kena lalui semua ini, mula la saya katakan pada hubby... "moh la kita keluar dari Malaysia ni, mama dah bosan la duduk kat opis ni. kena hadap muka orang yang manis di depan kita tetapi rupanya menikam kita dari belakang. Marilah babah...mari kita berhijrah. Biarlah susah di tempat orang....marilah... " hahahahahha. Lepas tu hubby akan geleng-gelengkan kepala...dan akan suruh saya berTABAHlah... hihihihi.
12 comments:
Dun worry...yang salah tetap salah...lambat laun segala penipuan dan lakonan akan terbongkar...zila sabar...kita tau kebenarannya...i support u...;)
kak shilla: pedihkan bila rasa diri dikhianati. Lagi pedih bila kita tak de niat mcm tu dgn dia...insyaallah azila percaya Allah itu adil... :) tq kak shilla...u always support me..hehehe
Intan, sudah menjadi lumrah kehidupan, perasaan PhD dan tidak mahu lebih atau ketinggalan tu tetap akan tersemat dalam jiwa manusia yg busuk hatinya. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah berikan dia petunjuk jalan yang lurus untuknya. Selagi kita bernama manusia, selagi itulah kita akan terus diuji dalam pelbagai peringkat dan apapun. Bersabarlah, Allah sayang pada insan-insan mulia yang sabar ini. Has pun hidup tak pernah nak minta atau apa2 yg tak terjangkau, cukuplah apa yang ada dan mampu, padahal ada insan lain yang lebih teruk nasibnya, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Tapi kita bersyukur setakt ini tidak pernah lagi tak pernah lagi tak cukup makan.(kecuali berpuasalaa).
Take care dear, bila dah tahu, cuma berhati-hati sajalahh....itulah hati manusia ni susah untuk kita fahami...depan lain belakang lain......
Hasney: *hugs* susahkan kalau manusia tak mahu bersyukur,kita ni jadi orang kena selalu pandang orang yang lebih susah dari kita, baru kita sedar kita ni dah cukup segala, tak perlu nak iri hati, kalau nak lebih, usaha kenalah lebih...thanks hasni utk nasihat, insyaallah intan akan lebih berhati2 lepas ini.
Melayu ke kak? orang melayu mmg ade kelebihan. lahir-lahir da ada PHD. xpayah bersusah payah study utk dptkan phd! hehehe...sorry kak, saja bergurau nak menceriakan akak. Ala kak org mcmtu sbnrnya dia ada byk kelemahan. cara nk tutup kelemahan ialah dengan mengata org lain. akak jgn lyn org low class mcmtu. choose your battle,k. chill kak!
Dian: hahahah akak gelak baca komen dian..ye la, dia la kira paling tinggi kelulusannya...ada PHD terus, tak payah mula dari bawah... akak ok insyaallah..doakan aje orang mcm ni Allah tunjukkan kebenaran...amin
takkan begini nak berhijrah gitu je kot?
Kehidupan di msia jauh lebih baik dari mana mana negara.Walaupun dinegara maju sekali pun.
Sekurang kurangnya kerja di Msia lebih cerah masa depan dan kedudukan. Syarikat tidak bungkus gitu saja..
hijrah lah dari perbuatan dan dan amalan harian utk jadi lebih baik. Hijrah lah dengan niat utk melakukan banyak kebaikan dan memajukan diri dan bangsa etc - pada org tua, haiwan terbiar, dan org yg tak dikenali (serta tiada siapa yang tahu); jgn lah cepat bosan di tanahair sendiri.
Jika awak mengalah cepat kerana org macam ni, banyak lagi dugaan yg tidak kita ketahui menanti.
Banyak banyak bersabar serta bersyukur. Kehidupan kena tabah. Tabah adalah satu sifat yang paling mulia dan melatih diri.
Allah swt memberi ujian pada yang mampu menerimanya.
SO you can face the tests.
The best way buat dek je orang macam ni. senyum, elakkan dari cakap kosong dengan dia. Kalau perlu hantar email aja.
tak yah le fesbook ni semua. Keep office place as tempat mencari rezeki. so tak perlu terlebih rapat dgn org office lepas kerja. Lepas kerja means out of side . Keep level of professionals. Kalau beli jet sekalipun tak payah beritau org di ofis langsung. Infact tak perlu beritau org luar. Buat diam aja. Kalau pergi harvard sekalipun buat dek je pergi je tak payah beritau satu dunia. Kerana dunia sekrg memang dasyat org akan menjadi iri... kemudian bila orfg jatuh tersungkur ada tukang sorak kemudian pura 2 baik..
never mix office friends and personal firends and activities. Jika anda tahu kelemahan diri ; hati sejuk ok semula,then keep personal matters private at work. Berhijarah dgn mengubah sifat kita yang kerap mengundang org sebegini dgn mengubah amalan dan perlakuan kita. Tak boleh lawan tak pe elak, bak kata mak saya "steer clear of trouble"2 maksudnya elakkan dari masalah org bermasalah dgn mengelakkan diri dari terserempak. Jika pasal kerja, email ke dan phone calls to update. Kalau nak boleh cutshort conversations oh i need to go to bla bla..
kalau dia kata duduk la... bila dia bukar topic aja cepat 2 lah oh saya nak pergi ... oh i kena hantar report etc..
kuat kan hati.. dunia memang begini... kadang kadang lepas dari mulut rimau masuk ke mulut buaya..
(ingatkan pergi jauh dari masalah, tapi masuk ke tempat yg lagi teruk masalahnya...) dan grass always greener on the other side..
kadang kadang kita suka sangak nampak ok aja tempat kerja org, tapi bila kita disitu baru tahu dasar politik office tu.
Noor: do i know u?
Hahahha actually ayat nak berhijah itu ayat bila hati tgh mondom...saya mmg x amik hal tetang hal2 opis, pergi kerja...buat kerja. Cari rezeki. Cukup masa balik. Masalahnya bila kita tak layan dia..semakin menjadi2 perangai dia..agaknya geram bila dia tanya saya x jawab. Sekrg ni pun mmg saya dah ignore org tu. Berckp hanya bila perlu. Bila dah tahu perangai org begitu buat apa kita nak berbaik2 lagi... Anyway tq atas nasihat ye!
Salam,
no i don't think you know me. Tak tahula in other life (haha)..
But tak bercakap dan berborak dan bual maka takde dosa.. cuma kalau nak bila berselisih jumpa senyum dan angguk hi. lepas tu buat bodoh je.. dia nak geram ke apa ke biarkan. busuk mana pun busuk dunia.. tuhan bayar cash so one get's the payment of investment later, which ever it is.
Keep matters that is private private and confidentials.
One can talk any talk but never about oneself and what one has got and been given. In that one will not attract any bad vibes and iri from anyone. Rambut sama hitam hati lain lain..
Jgn lupa makan evening primrose oil and codliver oil. It gives u energy.
Kalau dapat bersenaman 2,3 kali seminggu.. makan macam biasa tapi kena buat senam.
keep cool na..
aduh...sakit nye bile ade org yg menikam dari belakang ni.. :(
aziela.. berdasarkan pengalaman alia.. jangan menaruh kepercayaan 100 peratus kepada orang lain selain suami, ibu dan keluarga kita sendiri. Cuma mereka yang lebih memahami kita. Untuk mencari sahabat ikhlas itu sangat susah. Kita boleh bercerita dan meluahkan sesuatu tapi perlu ada sempadan dan batasnya.. begitu juga pendapat. bila diminta kita boleh memberinya tapi harus ada batasnya. Kadang kita cite lain dia paham lain pastu dia kona pulak ikut lain. Akhirnya kita yang jadi mangsa. Manusia ini penuh dengan sifat 'phd'. Senjata yang paling tajam itukan lidah.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian
yang lain kecuali orang bertakwa." -Surah al-Zukhruf, ayat 67
YANG PENTING,
KITA BUAT KERJA KITA,
NIAT KERANA ALLAH.."HELPING NATURE FOR THE SOCIETY"
Post a Comment