Tuesday, January 10, 2012

Selamat Hari Lahir Anak ku sayang: Abang Hadif


Alhamdulillah, Muhammad Hadif Khawarizmi sudah berusia 8 tahun. Selamat Hari Lahir anak ku sayang. Semoga abang sentiasa di bawah limpahan rahmat ilahi, dikurniakan kesihatan yang baik, menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia mahupun di akhirat. Mama dan Babah doakan semua yang terbaik untuk abang. Jadilah contoh yang baik buat adik-adik ye.
Semalam sempat belikan kek sebiji sebelum jemput abang Hadif balik dari sekolah. Masa dia tengok ada kotak kek dalam kereta, dia tanya birthday siapa. hahahahha. Bila potong kek di rumah opah, punyalah dia seronok, enjoy makan kek walaupun pada mulanya dok tanya kenapa adik boleh sambut birthday di dewan tapi dia tak...hahahahah. Siap cakap "rugikan babah tak makan kek birthday abang yang bapooookkk sedapnya..." hahahhaha.

Terasa cepat masa berlalu, kenangan semasa melahirkan dan membesarkan Hadif sentiasa terpahat di dalam hati ini. Masih teringat-ingat macam mana menerima kenyataan anak yang dilahirkan sihat terbaring lama di NICU, bagaimana saya dan suami mengumpul kekuatan dan berdoa agar anak yang dinantikan kembali sembuh, dan Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami. Melihat Hadif diusia 8 tahun ini, jauh di sudut hati saya sangat-sangat bersyukur, sangat-sangat berterima kasih kepada Allah swt kerana diberi peluang membesarkan Hadif yang sihat, yang keletah, yang cerdik dan paling penting anak yang menyenangkan hati perut saya. Hadif yang sentiasa manja, yang dimulutnya tidak pernah lekang meminta maaf sekiranya buat silap.

Terima email dari hubby pagi ni.

"happy bday utk abang dan thanks for mama yg lahirkan dia dan byk bersabar membesarkan dia. syukur pada Allah kerana dikurniakan anak2 yg comel dan cerdas sebagai pelengkap kehidupan kita.. amin. insya Allah dia akan jadi anak yg baik, bijak dan bertanggungjawab.. macam babah & mama dia.. hihi."

Tak sabar nak tunggu hubby balik, nak celebrate birthday Abang Hadif, Birthday mama (kekekekek) dan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 9. :)


Manja kededek mama ni...pantang ada peluang nak menyelit2 nak cium2 mama...abang...abang... you will always be my baby...emmmuah.


8 comments:

Ibu Darwisy said...

selamat hari lahir abg hadif..hari ni ke kak intan? kalo hari ni same besday ngan somi sy..hehehe

Su Hana said...

selamat hari lahir hadif.. insya-Allah semua doa mama & babah hadif Allah makhbulkan..

Anonymous said...

selamat hari lahir, semoga membesar menjadi anak yg sihat, soleh, kaya & berjaya dan mampu berbakti untuk ibu bapa, keluarga & negara =)

@hasney^-^ said...

Selamat Hari Lahir buat Hadif, moga menjadi anak yang soleh yerk...sejuk hati ibu dan ayah...Amin.

aNIe said...

Intan... anak2 ni biarpun dah besar masih macam anak2 kecil pada kita kan?

zulaikha megat said...

selamat hari lahir abg hadif.semoga menjadi anak yg soleh..amin..

mc ta said...

epi bday abg hadif, moga jadi anak yg soleh to mama and babah + abang yg best to adik2 nanti :-)

Intanaziela said...

terima kasih auntie2 sekelian....amin atas segala doa....

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!