Alhamdulillah, setelah 2 bulan bercuti akhirnya tiba masa balik bekerja/tak mau keje dah. Ikut hati rasa nak sambung cuti memandangkan pembantu rumah tak kunjung tiba lagi walaupun prosesnya dari sebelum bersalin, tetapi apakan daya, sambung sehari sahaja cuti boss sudah tanya hukhukhuk..
Hari pertama alhamdulillah berjalan lancar, pukul 5 pagi mata sudah celik walaupun tidur lewat menyiapkan kelengkapan anak-anak dan kemas rumah. Alhamdulilllah saya bangun, mandi solat dan prepare breakfast Hadif (roti aje hehehehe), pack bubur Raisa, sempat ampai kain dan buang sampah. Anak-anak pun baik aje seperti memahami keributan mama diorang. Pukul 7.10 pagi dah keluar dari rumah, hantar abang Hadif ke KAFA, kemudian terus ke rumah opah, hantar Kakak Raisa dan Adik Kauthar. Raisa yang manja sementara saya memandu sibuk memegang tangan mama sebelah, kononnya manja lebik dan tak mahu tinggal..hua hua hua...air mata pun mula la bergenang hahahhaha.
Sampai rumah mak turunkan barang-barang dan anak-anak. Cium dan peluk anak-anak dan sayang mak laju-laju dan tak lupa ucap terima kasih dan minta maaf pada mak kerana terpaksa menyusahkan mak..huaaaa sedih lagi. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa emak dan abah saya yang sentiasa sanggup membantu walaupun diorang sebenarnya bukanlah patut dibebankan dengan permasalahan saya, nasib mak cakap "tak de ibu yang boleh tengok anaknya susah, tak akan sampai hati nak biar cucu dihantar ke rumah orang...kang kalau kena lepuk si icha tu mcm mana?" hahahah. Maklum sahajalah, Raisa sangat ligat okeh.
Sampai ofis, hahahah pitam tengok email yang nak kena respon, ada lebih kurang 6 ribu...ko hado? memanglah muka berkerut2 macam cencurut, tapi sempat call tanya khabar anak-anak yang ditinggalkan di rumah opah, alhamdulillah kakaknya ok ligat seperti biasa, tapi Kauthar meragam sikit, maklumlah selalu berkepit aje dengan mama..sabarlah ye dik, petang nanti mama balik..hua hua hua..
Sempat pam susu untuk hari pertam dengan hasil 12 oz alhamdulillah, moga-moga hasil akan terus meningkat, mak kata hingga ke tengahari Kauthar sudah minum dua botol susu...amboi adik.hahahhaha.
Balik dari opis terus jengah Carrefour, cari barang dapur sikit, lepas tu bergegas jenguk abang Hadif kat sekolah, hari ni Abang Hadif mula naik kereta dengan cik ita setelah berkali-kali dia pujuk mama dia ni nak naik van sekolah..hahahha. Lepas pastikan Hadif selamat naik kereta cik ita, saya terus balik rumah, keluarkan barang-barang yang di beli terus ke rumah opah, nak jemput anak-anak. Lepas Maghrib terus ke Subang Airport, jemput babah yang baru balik dari Pulau Perhentian. Hadif tanya "amboi babah, pergi pulau tinggal abang?" hahahahha jawab bah..jawab...ahhahaha
Sampai rumah, letak kain dalam mesin, sambil masak bubur untuk Raisa, sempat perah susu Kauthar, dan sempat buat latihan ejaan untuk exam abang. Layan Raisa sampai tertidur kemudian naik atas tidur. Oh, semoga saya terus sabar, tabah dan diberi kesihatan yang baik...semoga Allah sentiasa suntikkan rasa redha, rasa bahagia dalam nurani saya, pada saya, saya dah buat yang terbaik. Hanya Allah yang boleh menilai dan bagi rating. Teringat mak saya geleng kepala bila dia suruh tinggalkan Raisa masa yang nak jemput hubby kat airport, saya cakap "tak pe mak, cuba..kalau tak cuba mana nak tahu boleh ke tidak" dalam hati ni risau juga takut Kauthar menangis, Raisa buat perangai, tapi saya bangga/riak tak baik ok kerana mampu lakukannya walaupun ada kalanya saya menangis, hati saya sedih. Sekian, Terima Kasih. Okbye! hahahah
5 comments:
owwwhhhh kak yang, hampir sama jadual harian kita....moga kak yang terus diberi kekuatan dan ketabahan ...same goes with me juga......ida pon selalu nangis bila penat or anak2 meragam....apalah pilihan yang kita ada kan kak....takkan nak g meracau2 tengah jalan plak..kira ok pe nangis sorang2 dalam rumah...pastu nanti uzma pon nangis sebab nak sama ngan ummi katanya...adoiiiii la anak:P
Tahniah kak..menjadi SUPERMAK bkn satu tugas yg mudah.. semoga akk diberi kekuatan dan ketabahan dlm mengharungi kehidupan seharian.. Insyaallah, pahala bejujuran jika kite IKHLAS..
Ibu ibu bekerja yang punya anak kecil adalah supermak yang patut dikagumi... semuanya dpt dilaksanakan seawal sebelum subuh...
supermama!!!
prektis backpacker dah siap ke blum??
hehe...
oh ida...kita ni dalam jiwa kental masih ada rasa dalam hati ada taman kan... kak yang kalau penat nangis dalam bilik air..hikhikhik.. semoga kita sentiasa diberi kesabaran yang berterusan ye dik...
Post a Comment