Tuesday, May 1, 2012

Meminta pada yang ada...

Lamanya tak menulis blog tak sempat/malas semuanya ada. Tambahan hubby dah balik kerja dan saya tinggal sendiri uruskan anak2, dengan kesihatan yang sebenarnya tidaklah sihat sangat, tetapi pada siapa nak disandarkan harapan? Mujur juga mak abah saya sentiasa sudi meringankan beban walaupun mereka juga ada komitmen mereka. Hidup ini terlalu unik, ada masa bila kita rasa kita benar2 mengharapkan pertolongan, kita benar2 mengharap agar kita dibantu tetapi kita tidak dibantu. Saya belajar menengenali manusia melalui pengalaman dan kehidupan. Tak semua orang memahami permasalah kita, tetapi mahu kita memahami permasalahan mereka. Unik dan ironi. Bila saya renung bayangkan wajah hubby, saya rasa semangat saya kembali menyala walaupun sebenarnya ada masa air mata saya tumpah jua. Tak mudah menguruskan anak2 sendirian, bayangkan kena hantar abang hadif ke sekolah dengan membawa Raisa dan Kauthar, mula la hati berkata..kalau la ada org boleh tunggukan anak2... Kalau lah..kalau lah... Hanya kalau lah. Saya tak suka rosakkan hati, tetapi ada masa hati saya terusik jua..kerana saya manusia biasa. Say mula bertanya kenapa waktu saya tidak boleh, tapi org lain boleh? Sedih hati tapi semua itu tak akan menolong, dan ternyata setiap yang berlaku makin hari buat hati saya makin kuat, insyaallah dan semoga Allah tak hitamkan hati saya untuk perkara2 yang buruk. Amin.



2 comments:

aNIe said...

Salam Intan...lama tak ke mari...semoga Intan sihat bersama anak2...

Memang kalau kita menguruskan segalanya bersendiri...terasa macam nak give up... tapi disebabkan cik abang jauh... dan hanya kita diharapkan untuk mendukung amanah yang ditinggalkan...sebagaimana berat beban yang ditanggung.. hanya padaNYA sahajalah tempat kita memohon pertolongan...

Semoga Intan akan terus kuat untuk menghadapi segalanya ...

PM said...

aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang kasih
aku merayu padamu yang sudi merinduku..

* sambil miming terbayang muka k.intan dan ayoh. hahaha

~ peace ~

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!