Raisa sudah 1 tahun 8 bulan. Sangat aktif dan energetic. Tak tahu diam, kalau diam tu lagilah ada kerja yang dia tengah buat. Hari tu opah mengadu Raisa suapkan Kauthar susu, mujur opah perasan. Dia memang tak boleh kalau mama ke, opah ke apatah lagi babah dia dok dukung atau timang-timang Kauthar. Mengamuklah dia. Agaknya faktor usia kot. Ada masa saya rasa kesian sebab pada umur yang sebegini memang waktu anak tengah nak manja, dan dia dah bergelar kakak. Tetapi dari satu segi, saya rasa bangga sebab Raisa sangat berdikari dan sangat senang kalau disuruh. Cakap sahaja sekali, terkedek-kedek dia buat apa yang kita suruh. Ada masa Mama suruh abang pakai seluar, tetapi abang sibuk ternganga tengok tv, dia pun ambil seluar nak pakaikan abang dia seluar. Comel aje kan? Ada masa dia suka buang susu dia, bila mama marah dia akan datang dan peluk cium mama dia ni. Lagi la sweetkan. Raisa cepat bercakap kalau nak banding dengan abang Hadif dulu. Mungkin sebab dia dah jadi kakak, dan dengar kami berkomunikasi. Selalunya opah dia la cikgu tadika dia. Mama ajar kasut, opah ajar shoe. Raisa akan cakap shoe bila nak pakai kasut..Oh my english sungguh anak saya itu.
Semalam, selepas saya letak telefon bercakap dengan opahnya, saya gelak sambil geleng kepala. Mana tidaknya, Kakak Raisa sudah suap Kauthar biskut tiger! Oh Raisa...adik mu itu baru 4 bulan usianya! dan kata opah, si Kauthar pulak tersenyum-senyum menikmati biskut tiger, jenuh opah nak keluarkan dari mulut... kakak...kakak..mujur biskut tiger itu cair di dalam mulut, kalau dimasukkan benda lain yang keras dalam mulut adik? tercekik la adik, seriau mama jadinya.
Apapun, Raisa memang penghibur kami.. tengok muka nakal dia tu..nak marah pun tak jadi marah... cair..cair...cair... hahahhaa.
2 comments:
Yang penting muncung tu mahall!!!
Abih laa nk kena speaking bila nk ckp ngan Raisa lepas nih!
Nily: muncung tu tak de dijual di mana2...nanti jumpa dgn raisa jgn lupa speaking london eh.. hahhaha oh my english katanya kang... hahahah
Post a Comment