Thursday, August 9, 2012

Ramadhan usahlah berlalu!

Alhamdulillah, sudah hari ke 20 umat Islam berpuasa.  Tahun ini tentunya berbeza dengan puasa tahun-tahun sebelumnya, mana tidaknya, berpuasa dengan anak 3, macam-macam kerenah.  Alhamdulillah, Abang Hadif belum tinggal puasa lagi.semoga Abang Hadif dapat habiskan ibadah puasa dengan sempurna...amin.

Tahun ni mood memasak memang ke laut, banyak berbuka di rumah mak dari rumah sendiri.  Minta maaf hubby tercinta, bila balik dari kerja tu memang terkejar-kejar dan tak sempat memasak, kalau sempat saya akan masak untuk sahur, tetapi masakan yang ringkas-ringkas sahajalah.  Untuk berbuka rasanya baru 2 kali masak, tak termasuk masak di kampung. tak mencapai KPI langsung hihihi. 

Cepatkan Ramandhan berlalu? rasa tak puas, minggu depan sudah tiba Syawal.  Persiapan raya buat saya dan keluarga biasa-biasa sahaja, lebih kepada keperluan anak-anak.  Alhamdulillah, persiapan untuk anak-anak dah dibuat sebelum puasa, untuk mak paknya ala kadar sahaja, tak baik membazir.  Raya ni yang meriahnya buat anak-anak sahaja, dan alhamdulillah tahun ini dapat beraya dengan hubby di darat, raya ketiga malam hubby dah balik kerja.  Tak apalah sekejap pun, janji dapat raya sama-sama... saya cakap dekat hubby "tahun ni raya dah 3 anak kita....nasib tak 4 keh keh keh "

oklah, Selamat menghabiskan ibadah puasa, dan selamat menyambut ketibaan 1 Syawal...

inilah budak yang beraya sakan..baju raya bermanik-manik...ni manik tempah dgn unni dayah, ada yang auntie shilla jahitkan, ada yang maklang jahitkan...kelas ko kak...mama pakai baju sempoi aje..hahahha


6 comments:

niL said...

Insyaallah..tahun dpn adalah 4 tu....hehe

Intanaziela said...

nily: haip...hahahahhaa

sulia1978 said...

askumm..kak long...ingat sulia tak???

sulia1978 said...
This comment has been removed by the author.
Intanaziela said...

sulia: wsalam...sulia..mana boleh lupa...apa khabar?

sulia1978 said...

kak long,,sulia sihat2 ajer....rindunya ngan family akak kat saner..jgn luper sampai kan salam sulia buat family yerrr.....

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!