kami sekeluarga, temanya ustaz ustazah kah kah kah...
Selamat Hari Raya Aidli Fitri. Saya dah masuk kerja. Tinggal anak-anak kat rumah opah. Hari raya saya biasa-biasa sahaja. tak ada yang mengujakan. Sungguh. Meriahnya sebab sibuk menguruskan anak-anak. Hati terubat bila lihat wajah anak-anak tersenyum riang, layan kerenah anak-anak yang ada masa buat darah saya mendidih-didih, ada masa cair secair cairnya.
Saya rindu Ayu. Sangat-sangat. Selalunya kami berkongsi cerita tentang persiapan raya, bercerita bagaimana anak bujang kami berpuasa. Oh, saya juga rindukan Afif, anak saya yang seorang itu. Jauh disudut hati sangat-sangat berharap dapat menziarahi pusara Ayu. Sahabat saya yang perginya masih lagi terasa-rasa dijiwa saya. Sukar mencari seorang sahabat yang memahi jiwa kita. Ada masa orang hanya mahu kita memahami diri dia, tetapi tidak pernah meletakkan rasa sebegitu pada diri kita. Sukar sungguh. Sejak Ayu pergi saya banyak menyimpan 'rasa' hati saya sendirian. Pernah sekali saya menangis terisak-isak teringatkan betapa sahabat saya itu sangat memahami diri saya. tak ada gantinya. Bila pandang Abang Hadif, hati saya teringatkan Afif. Walaupun saya tahu Najib seorang bapa yang baik, tetapi kehilangan kasih sayang ibu memang tak dapat nak didustakan. Kalau tidak tak akan ada pepatah yang berkata "kasihnya ibu membawa ke syurga...kasihnya ayah berkorban nyawa" ye dak?
Baru-baru ni saya tak berkesempatan bertemu Afif. Ada sahaja halangannya. Mujurlah Najib beritahu yang dia akan balik semula ke Shah Alam 9hb, harap-harap dapatlah berjumpa dengan Afif nanti. Teringat pesanan Ayu dahulu buat saya menyeka air mata. keterbatasan jarak dan waktu buat saya kurang dapat bertanya khabar Afif, tapi saya tahu dia anak yang kuat. Dan, saya sentiasa doakan Afif kuat dan tabah macam mamanya.
Ok, nak sambung kerja, Selamat Hari Raya semua. Hubby dah balik kerja, jadi mood beraya off sementara dulu. Bye!
2 comments:
salam aidilfitri buat kak long sekeluarga.....maaf zahir & batin...!!!walaupun dah anak 3,,tapi kak long tetap maintain anggun gituuuu.......biler lar boley jumpe agak2nya...????ehmmmm.....
sulia: salam aidil fitri juga buat su...rindunya...mari la datang umah akak sue... anak dah berapa orang? cer email no tipon su kat email akak ichaija@gmail.com
Post a Comment