Ini cerita Ahmad Muhammad lagi. Semenjak dah diperkenalkan kepada makanan pejal, Incik Ahmad sangat suka makan. Bila suapkan dia, tak sempat kita nak ambil suapan baru dia dah menjerit nak lagi. Tergelak-gelak kami yang menengoknya. Dan, ini bermakna mamanya ini kena lebih rajin la memikirkan menu yang sihat supaya Incik Ahmad akan terus minat makan.
Biasanya weekend saya sediakan semua puri-puri yang kemudian saya frozenkan. Saya dapat ilmu ni dari blog isteri angkasawan kita. Sangat-sangat membantu untuk ibu-ibu yang bekerjaya (wah..pinjam ayat tarbiah Raisa dulu). Saya frozenkan puri epal campur kismi dan aprikot untuk sarapan pagi atau makan petang Kauthar, puri lobak dan puri labu untuk makan tengahari, bubur nasi berserta ikan tenggiri yang dah saya purikan juga. Senang untuk opah juga, tinggal keluarkan puri-puri yang dah saya sediakan, masukkan dalam periuk dan panaskan. Setakat ini alhamdulillah Kauthar tak ada masalah sembelit.
suap kena laju-laju kalau lambat alamat la dia menangis
dah habis semangkuk puri carrot, semangku puri pumpkin .. teror tak? hiks
tak puas hati...hahahhaha
Baru rasa kenyang kot, baru muka berseri hahahahha
4 comments:
owhh en Ahmad ensem saya enteperem entry ari ni... teruskan membina badan kauthsar... membesar kasi montel.. buat sume org geramm..
ros: hish kalau tengok dia makan ..mak aii..tak sangka dia gitu...kalau time tak makan behave je dia, cool aje tapi kalau bab makan memang kurang sabar hahahah
golek-golek sampai sini..terus jatuh chenta dengan sikecik itu..
cute..
salam kenal dan follow sini =)
QasehnyaRania: Terima kasih sudi singgah... :P
Post a Comment