Monday, May 28, 2012

Tak ada tajuk

Kesian betul tengok blog ni, dah macam rumah tinggal. Cerita banyak, yang manis, yang masam, yang masin, tapi bila nak menulis rasa mood macam lari ke laut. tambah pulak sejak bergelar ibu beranak tiga ni masa macam mencemburui aje bila nak tulis blog, ambil gambar...baik masa yang ada tu digunakan untuk sapu rumah ke, mop lantai ke, lipat kain ke maklumlah sayakan rajin pemalas.

Nampak gayanya pembantu rumah yang dijanjikan tak kunjung tiba, jadinya berubahlah status saya kepada ibu beranak tiga cum bibik. Kalau saya kata saya susah, saya penat, saya banyak kerja nanti ada suara-suara yang akan kata..eh... ada orang tu lagi la... suami tak ada, kena handle anak-anak, semua kena buat sendiri mujur boleh memandu. Ko boleh? tak ada masa untuk diri sendiri, tapi kang kalau kita cakap orang kata takat pi jumpa kawan, takat pi bercuti dgn kawan2 bukan luak pun kasih sayang pada anak bini. Kan? tapi kalau bini pulak pergi, luak agaknya kasih sayang pada suami dan anak...eh tak pun nanti cakap balas dendam pulak.. kan? tapi percayalah, kalau dah tengok macam mana kehidupan saya, hati yang tak berapa nak kesian pun akan kesian, abis kain berlonggok nak kena lipat, baju sekolah anak ada 10 pasang nak dibasuh dan digosok, kasut sekolah nak diberus walaupun abang hadif dah berus, tapi mama dia tetap kena berus balik sebab abang hadif gunakan pendekatan berus lemah lembut! Tak termasuk lagi kena sapu sampah, vacum rumah, mop lantai, basuh bilik air, basuh kain, sidai kain, tengok anak buat homework, hantar anak tuisyen, Tak lagi cerita rutin harian dari pagi sampai malam, jaga anak, siapkan keperluan anak, tak termasuk anak-anak meragam, dengan kerja kat pejabat...kerja ok..kerja.  Bekerja.

Bila kita cakap kita penat, letih, tak sihat, nanti orang akan cakap eh..pahala...pahala.  Siapa yang tak nak pahala? tapi kalau dah memang kita tak sihat, kita ni tak larat, ada ke orang lain yang akan ambil tahu.  Saya sangat benci dengan orang yang hanya tahu cari salah kita tapi tak pernah fikir dan hargai apa yang kita buat untuk dia. Dah la tak ada terima kasih, dituduh yang bukan-bukan. Teringat cakap mak saya, saya ni kalau orang tengok memang tak akan kesian, sebab saya akan tunjukkan yang saya boleh buat je, yang susahnya, yang payahnya saya telan. Nampak saya ni gagah, kuat tapi yang ketikanya saya tak sihat, yang saya tak larat orang tak hirau pun.  

Stress kan baca cerita yang gaya penulisannya sangat negatif. Tapi serius, saya rasa perasaan benci dah mula menular dalam hati saya.   Benci dengan persekitaran yang tak sihat, dan orang yang tak pernah  berubah untuk jadikan hatinya sihat. Susah rupanya nak bersihkan hati. Lepas ni saya tak akan bercerita apa2 cerita yang saya rasa patut untuk dikongsi, tapi bila dikongsi dimanipulasikan disalah tafsirkan diputar belitkan OK Bye!  

Tuesday, May 15, 2012

Sudah kembali bekerja

Alhamdulillah, setelah 2 bulan bercuti akhirnya tiba masa balik bekerja/tak mau keje dah.  Ikut hati rasa nak sambung cuti memandangkan pembantu rumah tak kunjung tiba lagi walaupun prosesnya dari sebelum bersalin, tetapi apakan daya, sambung sehari sahaja cuti boss sudah tanya hukhukhuk..

Hari pertama alhamdulillah berjalan lancar, pukul 5 pagi mata sudah celik walaupun tidur lewat menyiapkan kelengkapan anak-anak dan kemas rumah.  Alhamdulilllah saya bangun, mandi solat dan prepare breakfast Hadif (roti aje hehehehe), pack bubur Raisa, sempat ampai kain dan buang sampah.  Anak-anak pun baik aje seperti memahami keributan mama diorang.  Pukul 7.10 pagi dah keluar dari rumah, hantar abang Hadif ke KAFA, kemudian terus ke rumah opah, hantar Kakak Raisa dan Adik Kauthar.  Raisa yang manja sementara saya memandu sibuk memegang tangan mama sebelah, kononnya manja lebik dan tak mahu tinggal..hua hua hua...air mata pun mula la bergenang hahahhaha.

Sampai rumah mak turunkan barang-barang dan anak-anak.  Cium dan peluk anak-anak dan sayang mak laju-laju dan tak lupa ucap terima kasih dan minta maaf pada mak kerana terpaksa menyusahkan mak..huaaaa sedih lagi.  Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa emak dan abah saya yang sentiasa sanggup membantu walaupun diorang sebenarnya bukanlah patut dibebankan dengan permasalahan saya, nasib mak cakap "tak de ibu yang boleh tengok anaknya susah, tak akan sampai hati nak biar cucu dihantar ke rumah orang...kang kalau kena lepuk si icha tu mcm mana?" hahahah. Maklum sahajalah, Raisa sangat ligat okeh.

Sampai ofis, hahahah pitam tengok email yang nak kena respon, ada lebih kurang 6 ribu...ko hado? memanglah muka berkerut2 macam cencurut, tapi sempat call tanya khabar anak-anak yang ditinggalkan di rumah opah, alhamdulillah kakaknya ok ligat seperti biasa, tapi Kauthar meragam sikit, maklumlah selalu berkepit aje dengan mama..sabarlah ye dik, petang nanti mama balik..hua hua hua..

Sempat pam susu untuk hari pertam dengan hasil 12 oz alhamdulillah, moga-moga hasil akan terus meningkat, mak kata hingga ke tengahari Kauthar sudah minum dua botol susu...amboi adik.hahahhaha. 

Balik dari opis terus jengah Carrefour, cari barang dapur sikit, lepas tu bergegas jenguk abang Hadif kat sekolah, hari ni Abang Hadif mula naik kereta dengan cik ita setelah berkali-kali dia pujuk mama dia ni nak naik van sekolah..hahahha.  Lepas pastikan Hadif selamat naik kereta cik ita, saya terus balik rumah, keluarkan barang-barang yang di beli terus ke rumah opah, nak jemput anak-anak.  Lepas Maghrib terus ke Subang Airport, jemput babah yang baru balik dari Pulau Perhentian.  Hadif tanya "amboi babah, pergi pulau tinggal abang?" hahahahha jawab bah..jawab...ahhahaha

Sampai rumah, letak kain dalam mesin, sambil masak bubur untuk Raisa, sempat perah susu Kauthar, dan sempat buat latihan ejaan untuk exam abang.  Layan Raisa sampai tertidur kemudian naik atas tidur.  Oh, semoga saya terus sabar, tabah dan diberi kesihatan yang baik...semoga Allah sentiasa suntikkan rasa redha, rasa bahagia dalam nurani saya, pada saya, saya dah buat yang terbaik.  Hanya Allah yang boleh menilai dan bagi rating. Teringat mak saya geleng kepala bila dia suruh tinggalkan Raisa masa yang nak jemput hubby kat airport, saya cakap "tak pe mak, cuba..kalau tak cuba mana nak tahu boleh ke tidak" dalam hati ni risau juga takut Kauthar menangis, Raisa buat perangai, tapi saya bangga/riak tak baik ok kerana  mampu lakukannya    walaupun  ada  kalanya  saya menangis, hati saya sedih.  Sekian, Terima Kasih.  Okbye! hahahah

Tuesday, May 1, 2012

Meminta pada yang ada...

Lamanya tak menulis blog tak sempat/malas semuanya ada. Tambahan hubby dah balik kerja dan saya tinggal sendiri uruskan anak2, dengan kesihatan yang sebenarnya tidaklah sihat sangat, tetapi pada siapa nak disandarkan harapan? Mujur juga mak abah saya sentiasa sudi meringankan beban walaupun mereka juga ada komitmen mereka. Hidup ini terlalu unik, ada masa bila kita rasa kita benar2 mengharapkan pertolongan, kita benar2 mengharap agar kita dibantu tetapi kita tidak dibantu. Saya belajar menengenali manusia melalui pengalaman dan kehidupan. Tak semua orang memahami permasalah kita, tetapi mahu kita memahami permasalahan mereka. Unik dan ironi. Bila saya renung bayangkan wajah hubby, saya rasa semangat saya kembali menyala walaupun sebenarnya ada masa air mata saya tumpah jua. Tak mudah menguruskan anak2 sendirian, bayangkan kena hantar abang hadif ke sekolah dengan membawa Raisa dan Kauthar, mula la hati berkata..kalau la ada org boleh tunggukan anak2... Kalau lah..kalau lah... Hanya kalau lah. Saya tak suka rosakkan hati, tetapi ada masa hati saya terusik jua..kerana saya manusia biasa. Say mula bertanya kenapa waktu saya tidak boleh, tapi org lain boleh? Sedih hati tapi semua itu tak akan menolong, dan ternyata setiap yang berlaku makin hari buat hati saya makin kuat, insyaallah dan semoga Allah tak hitamkan hati saya untuk perkara2 yang buruk. Amin.



Saturday, April 7, 2012

Suami ku, selamat hari lahir.

Selamat Hari Lahir buat suami tercinta. alhamdulillah, diberikesihatan yang baik untuk terus memikul amanah menjaga saya dan anak-anak. Kalau tahun lepas kita raikan berempat beranak, tahun ni alhamdulillah berlima pula. mama doakan semoga Babah panjang umur, murah rezeki dan sentiasa tabah dan sabar memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Terima kasih kerana sentiasa berusaha memberi yang terbaik sejak dari tahun pertama perkahwinan kita, sehingga sudah menjejak 9 tahun, terima kasih masih lagi menerima saya seadanya, sentiasa menjadi yang terbaik dan memberi yang terbaik. Terima kasih kerana membantu diri ini untuk terus mengenali mu. Alhamdulillah.

Teringat pertanyaan abang Hadif secara tiba-tiba tadi. "mama dan babah bercinta ye?" "kenapa abang cakap macam tu?" "Hari tu masa kita jalan-jalan abang nampak babah pegang tangan mama gelak-gelak!" Saya sambut dengan deraian ketawa walaupun segan sebenarnya. Saya jawab dengan perkataan syukur alhamdulillah, saya tidak beri jawapan pun pada Hadif, cukuplah lafaz syukur itu menjadi pengukuh terhadap pandangan luhur seorang anak, yang lahir ke dunia menjadi ikatan kasih yang utuh. Sayang seorang suami, cinta seorang isteri.

Akhir sekali, Selamat Hari Lahir sekali lagi buat mu suami tercinta, kerana terus mengakar sabar dalam mendidik isteri mu ini. Rasa syukur ke hadrat ilahi tiada berpenghujung kepada Allah swt atas kurniaan seorang suami, sahabat dan teman sejati dalam hidup ini. Tiada bicara seindah doa yang dapat saya pohonkan agar ikatan ini akan terus erat mengikat hati kita untuk seiring dan sejalan melakar bahagia hingga ke Syurga, Insyaallah.

Terima kasih suami di atas pengertian mu, sungguh...engkau yang terbaik untuk ku!

* saya beritahu hubby, semakin banyak umur dia, semakin sayang saya padanya. Tak sabar nak tunggu umur dia 70, masa tu saya 65, bolehlah kami berkongsi polident..hakhakhak...hubby tanya "dah tak sabar ke nak bergigi pelesu?" hahahahah.

Monday, March 12, 2012

Selamat datang Ahmad Muhammad Kauthar Bin Shamsul Kamal


Alhamdulillah, selamat melahirkan cahayamata ketiga pada 12 Mac 2012 pada pukul 5.06 petang melalui kaedah ceaserian. Seperti biasa, cepat dari jangkaan waktu bersalin. EDD saya sepatutnya 3 April, tapi Ahmad Muhammad Kauthar sudah tidak sabar nak melihat dunia, jadinya keluar sebagai bayi x cukup bulan juga seperti abang dan kakak... Dan duduklah bertapa selama 8 hari dlm incubator :)

Anakanda Kauthar,
Selamat datang ke dlm keluarga kecil kita, mama, babah, abg Hadif dan Kakak Raisa sangat teruja dengan kehadiran Kauthar, semoga membesar menjadi anak yang soleh, baik budi pekerti, semoga berkat maksud nama mu "kebaikan yang banyak" itu memberi manafaat kepada agama dan orang lain juga.
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!