Thursday, February 25, 2010

PCB yang buat darah naik..

Pagi ini, dengan penuh excited, terus buka penyata gaji online, maklumlah, kononnya ada kenaikan dan pembayaran tunggakan gaji. Sekali saya beristigfar panjang. Manakan tidak, bukannya bertambah jumlah yang saya dapat, tetapi makin kurang 300 ringgit dari gaji saya bulan lepas. Saya kena potongan Gaji Berkala (PCB) hampir RM500. Sedih dan marah sungguh saya masa itu. Bukan saya tak pernah kena potong utk cukai, dan memang saya ni kalau boleh tak mahu bayar cukai. Selalunya saya akan deal dgn payrol untuk potong zakat. Tetapi sistem cukai ini saya rasakan tidak adil. Saya bayar cukai, tetapi apa yang saya dapat? Jalan raya masih berlubang sana sini. Elektrik akan naik tarifnya. Terasa diri teraniaya. huhuhu.

Call hubby mengadu domba, tetapi hubby gelak sahaja. Maklumlah, dia pembayar cukai tegar. Dari mula bekerja sudah kena bayar cukai. Baru-baru ini, dia kena bayar sampai cecah lima angka. Kalau dikira boleh buat downpayment kereta wish sebiji. Memanglah dia tak hairan mendengar saya kena potong setakat RM500. Angin jugaklah jadinya..kehkehkeh. Mula la cakap nak kerja dengan hubby sahaja. Tak payah kena tax. hahahaha.

Lepas cakap dengan hubby, saya terus call LHDN. Layanan yang baik dari pusat servis buat saya tak jadi nak marah. Ye la, kalau layanan teruk memang la akan kena dengan saya...hahahah. Lepas dikira, dicampur dan ditolak..betul la pengiraan itu, kerana syarikat saya membuat bayaran bonus awal bulan Februari, dapat kenaikan gaji pun sama juga, tak hairanlah teruk kami dikerjakan dek LHDN. Insyaallah bulan depan tak la sebanyak itu (tapi tetap kena jugak..huaaaa) dan saya awal2 dah isi borang zakat. Biarlah, sekurang-kurangnya saya tahu ke mana duit saya akan disalurkan. Saya cakap dengan hubby, setiap duit saya yang diorang potong, kalau tak dibawa ke jalan yang betul, saya tak halalkan. Kadangkala jadi letih. Semua benda nak kena tax, bak kata Kak Yatie, makan Mc Donald pun kena tax. Semua nak kena cukai. Kata Che Din, senior HR kami, bulan ini, ibarat dapat duit RM20, tapi cukai RM30. Jadi apa yang kami dapat? untung tidak...malahan rugi...

4 comments:

aNIe said...

Seb baik dpt layanan baik ...kalau tak tentu dah meletop dah cik intan kita...hehehe

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

intan, buka syarikat sendiri lagi cekik darah tau, dahlah kita suami isteri kena tax, utk company tax lain pula, akak pulak bayar zakat sendiri, takut zakat tu tak ke mana..sebab adik dulu pernah kerja pusat zakat, zakat kadangkala mengaliar kepada yang tidak berhak menerima..
Kadangkala pening malaysia ni, dgn tol melambak, kat thai, dekat turki..susah nak jumpa tol pun

Intanaziela said...

kak anie: hahahah ye la...angin satu badan kak..hahaha

kak yatie: kadang kala intan terpikir, sudah betul kita ni kan, teraniaya di negara sendiri..tax melampau2 tapi kita tak dapat apa pun...pusat zakat pun tak boleh nak bahagikan zakat kepada yang berhak ye kak? teruk sungguh...

Ibu Double Q said...

sabarrrr.sabarrr... sabar....

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!