Monday, March 15, 2010

Cepat Sembuh Sayang!

muka monyok je..demam kan..

Pukul 4 pagi Ahad kelmarin Hadif bangun muntah. Periksa suhu badan dia dengan termometer tembak telinga tengok panas 38'. Terus ajak dia turun bawak, makan ubat demam dan ubat batuk. Kasihan anak mama. Hadif kalau demam memang jadi pendiam. Tak pernah dia merengek sakit itu..sakit ini. Itu lah yang membuatkan saya akan susah hati. Sekejap-sekejap saya tanya "sakit kepala nak?" "pening ke?" dan paling tidak dia akan angguk kepala dia atau bila batuk dia akan cakap "mama, saya rasa saya tak sihat la..."

Bila makan ubat, dia akan mengantuk, apa lagi, tidur la jawabnya. Saya tak boleh tahan tengok anak saya jadi gitu...sedih hati. Ye lah, selalu dia la penghibur hati saya dengan kata-kata petah dia, dengan aksi lucu dia, Ya Allah, sembuhkan segera anak ku Muhammad Hadif Khawarizmi... biarlah mama dia ni yang demam....biarlah segala sakit dia mama dia ni yang tanggung. Hahaaha Suami saya bising sungguh kalau saya berdoa begitu kerana lepas anak dia demam, isteri dia pulak akan demam..hahahaha.

Sabtu hari tu saya ke Tesco Shah Alam. Hadif bising nak permainan doktor-doktor. Tak sampai hati saya nak hampakan permintaan dia, maklumlah, kalau ditanya dah besar nak jadi apa, dia akan jawab dgn penuh yakin, nak jadi doktor. Semoga Allah permudahkan urusan anak saya tu nak jadi doktor, amin. Jenuh pusing satu tesco tak jumpa yang berkenan di hati. Rupa-rupanya dengan babah dia pun dia dah minta. Opah dia usik "Hadif nak jadi cikgu kan...cikgu Hadif" Laju je dia menjawab "doktor la, nanti saya check opah...sakit apa cik? tarik nafas...lepas...nah antibiotik!" kehkehkeh..dek selalu jumpa doktor dan selalu kena paksa makan antibiotik la tu. Bila apa yang dicari tak jumpa dia merungut la juga. Yang ada permainan begitu yang berwarna pink. Tak mahu pula dia..hahahahha. "Itu untuk doktor girl mama, I am a doktor boy!" Babah dia janji nak singgah Toy r Rus di kerteh nanti. Boleh la Hadif periksa sepupu-sepupu dia yang balik bersama babah dia nanti...hahahaha.

happy je muka kena try spec ...mama yang sedih, dia mana paham apa..hahaha

Lepas beli barang dapur sedikit, saya singggah di kedai cermin mata dalam Tesco. Saja nak check mata anak bujang saya tu, maklum sahaja la, kerjanya kalau tak mengadap TV, main PS2 tak pun sekarang PSP. Bila periksa, orang tu kata hadif ada masalah silau dan rabun jauh sedikit. Tak sampai seratus, tapi dah ada rabun jauh. Sungguh merisaukan saya. Tunggu hubby balik nak ajak pi jumpa specialist. Dulu masa saya darjah 6 pun saya kena pakai cermin mata, sehingga habis sekolah menengah. tapi bila dah keje, saya pi chek mata, doctor kata saya sudah tidak rabun. Pelik juga, tapi memang kenyataaan. Sehingga sekarang, kalau pergi check mata, pakar mata kata saya tak rabun..hahahaha.


Dr. Khawarizmi atau Dr. Hadif? saya tanya dia..dia jawab "Dr. Hadif Khawarizmi bin Shamsul Kamal" hahahaha. Amik mama...nama penuh lagi. Mana muat tag nak bubuh nama dia semua..kekekekeke

4 comments:

mama apih said...

Comelnyer Dr. Hadif...heheh...jd dc bolehlah mama ayu check up free..hehehe

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Intan pernah tak terfikir, anak kita ni dahlah seorang, kalau tuhan ambik amcam manakan? Akak kalau Qaisara sakit selalu terfikir cam tu.Jangan tuhan duga kita yang berat2 macam tukan? Alhamdulilah hadif nak jadi doktor, harap2 cita2nya dimakbulkan ALLAH. AMIN Qaisara kalau ditanya nak jadi apa? Nak jadi penyanyilah, nak jadi modellah..ADUH..moga2 tidaklah intan..kalau boleh dia jadi hafizah..he.he (itu cita2 umi dia)

Intanaziela said...

ayu: doakan..insyaallah kalau hadif jadi doktor, aku nak suruh dia bantu orang banyak2...

kak yatie: maunya tak terfikir kak..hadif dulu lahirnya penuh tragegi oktober kata orang..hahahah kalau dia sakit mula lah jiwa intan pun tak tenang...harap2 Allah makbulkan doa dan perkenankan cita2 hadif jadi kenyataan..dia dari dulu bukannya diajar2 pun, kalau tanya nak jadi doktor..Qaisara nak jadi penyanyi kak yatie? hahahah ala cakap anak2..nanti bila tiba masa mesti berubah...hubby intan pun sama kak..dok berharap anak dia dapat jadi al-hafiz...

Anonymous said...

alahai comeinyer...kecik2 pakai spek... sian dia x sihat.. semoga cepat sembuh...
amboi mak dia nak jadikan dia doktor...bagus... bagus... pekerjaan yg baik

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!