Hari selasa kelmarin saya balik kampung ke dua...Langkawi ..hahhaha. Jangan ditanya kenapa saya sangat suka ke Langkawi, yang pasti hati saya memang seronok kalau ke sana. Bukan kerana shopping atau apa, suasana di sana tu sangat mendamaikan hati. Ada sekali tu, saya ke Langkawi tak beli apa pun, pergi bersiar-siar, habis semua tempat kami sampai, sehingga dah tak tahu nak kemana, hari keempat hubby pergi gunting rambut sahaja...hahahha gunting rambut sampai Langkawi?
mak yang senyum meleret..hahahhaha
pose kat kedai "akak" yang panggil saya "dik..." hahahha
Kali ni trip saya trip balik hari. Naik pagi pukul 10 dan balik semula ke Shah Alam pukul 10.20 malam. Penat, tapi seronok. Dah kata, saya kalau Langkawi tu memang suka sokmo. Tak pernah tak suka. Kali ni pergi berdua sahaja dengan emak saya. Ladies day out gitu. Sampai aje kat airport Langkawi, terus sewa kereta. Dapat kereta Hyundai Ascent, RM70. Janji auto, saya tak kisah kereta apa. Tapi mula-mula tu ingat nak sewa Viva aje, sekali viva auto RM100 orang tu nak. Ish..tak kuasa la...dah la kecik, mahal lagi dari kereta besar. Isi minyak RM15 terus pergi makan tengahari ke restoran Mempelam. Masakan kampung, makan nasi panas, ikan pari bakar, sambal belacan cicah kacang botol. Pergh...mak mertua lalu pun tak sedar...hahahha.
memandu di Langkawi memang best, jalan besar, tapi tak de yang nak bawak laju2...
Lepas makan terus tuju Idaman Suri. Banyak barang-barang baru. Cumanya set pinggan mangkuknya sangat berbunga-bunga, sampai nak termuntah saya dibuatnya. Sungguh, saya tak tipu, saya ni nama aje perempuan, tapi citarasa lain sikit. Suka design yang simple sahaja. Mak borong 2 jenis tea set. Saya amik satu sahaja, lepas tu cari set corell, nak tambah pinggan makan. Mula nak ambil 6 keping pinggan makan, sekali tengok harga dia sudah naik, terus amik empat aje, tambah mangkuk dan pinggan kuah bila bayar tengok dah tiga ratus lebih... huahuahua...tapi tak pe la, kalau nak beli kat sini harganya sekali ganda. Alang-alang dah sampai tu beli aje la...
sebahagian dari barangan yang dibeli...
Sempat jalan ke Beras terbakar. Mak saya beli kain batik kat situ. Saya? saya tak pandai pakai kain batik, kalau pakai pun bila balik kampung je..hahahhaha. Masa di beras terbakar ada satu insiden yang membuatkan saya tersengih macam kerang busuk. Masa tu mak saya tengah tawar harga kain batik yang dia nak beli, puas tawar penjual tu tak kasi, saya pulak la bersuara. "kurang la sikit, nak ambil lebih lima helai ni" saya cakap. "tak dapat dik, akak dah kasi harga murah dah ni" eh? dia panggil saya adik? "adik? akak ni, umur berapa? " saya tanya. "21" hahahah budak umur 21 tahun panggil saya adik? "umur akak ni dah 31 dik.." "tak de rupa umur 31 pun? nampak cam remaja2 je..." hahahahha saya gelak tak henggat. Adik tu siap panggil kawan dia kat kedai depan tu. Tak percaya umur saya dah 31 tahun. Nasib badan saya ni gebu. Kalau kecik macam dulu-dulu, mau dia kata umur saya 9 tahun pulak...hahahhaha.
Best juga sekali sekala orang kata kita nampak muda ye, walhal saya ni anak pun tahun depan dah masuk sekolah rendah. Mak kata kalau badan ni kecik lagi, lagi la boleh nampak muda...err..yang...boleh sponsor pi slim world tak? nanti awak juga yang suka pasal orang cakap isteri awak ni nampak cam remaja-remaja je? hahahhahaha
cukup pasal cerita yang mengembangkan badan saya yang gems ini. Lepas beli kain batik saya bawa mak ke kedai gamat. Saya cuma beli bam serai yang kak shilla pesan. Minyak gamat ada berbotol-botol lagi di rumah yang saya beli tahun lepas...hahahhaha. Singgah sekejap kat area pantai Chenang, ingat nak cari barang untuk abah yang tinggal jaga Hadif, tetapi tak jumpa yang berkenan la pula.
"mana Na O Mei ni...." hahahaaha
Sementara nak menghabiskan masa terluang, kami ke Jeti. Masuk kedai-kedai kat sana, menyejukkan badan. Hajatnya nak makan laksa yang biasa kami makan, tetapi kedai tu tutup lah pula. Masa tu mak buat lawak nak cari Na O Mei di Langkawi. Semua gara-gara menonton cerita Na O Mei pukul 6.30 petang di TV3 la ni..
Pukul 8 malam kami dah ada di airport. Dah tak tahu nak pergi mana. Alhamdulillah tak kena cukai. Agaknya sebab ambil flight terakhir, Bapak Kastam pun buat tak heran je masa saya scan bagasi. Cuma kena bayar luggage RM60. Berbaloi tu, hahahahha. Saya cakap kat mak, lepas ni boleh la pergi lagi...hahahahha.
Masa nak take off tu, dengar bunyi yang tak menyenangkan. Dah la dapat duduk dekat dgn sayap. Lima kasi berturut-turut saya baca doa naik kenderaan, lepas tu siap mengucap dua kalimah syahadah. Takut sungguh tak dapat jumpa hubby dan Hadif lagi..hahahhaa. Dah banyak kali saya naik kapal terbang, tetapi inilah kali pertama saya rasa ngeri. Bila cerita pada hubby, dia gelak pas tu cakap gini " tau takut tak dapat jumpa suami dgn anak lagi, dia pi Langkawi tinggal suami dengan anak tak apa" hahahahha. Ala sayang, bukannya tidur pun, pi balik hari, pergi pagi malam dah balik. Nanti kita pi sama-sama lagi kan..awak pun mesti dah rindu nak balik kampung kedua awak tu...hahahhaha.
beli pan ni sebab nak try buat lamb chop yang saya pi kelas tempohari, hubby kata kalau tak buat dia nak gril tangan saya..hua hua hua...
Saya sampai di rumah pukul 2 pagi. Pukul 6 pagi dah bangun balik, dan pergi kerja macam biasa. Alhamdulilillah, tak perlu mc, tak perlu cuti. Penat sikit tu biasalah, tetapi hati puas. Janji dapat berjalan..hahahha. Ini menghitung hari tunggu hubby balik dari laut. Nak pi jalan-jalan dgn hubby, Hadif dan insyaallah anak-anak buah dari Pahang akan ikut serta. Cuti sekolah kan... :)
13 comments:
wahh best best..intan mesti dah terrer jalan kt langkawi nie..ana pi sana masa kusus kepimpinan masa study thn 2000..bygkan skrg dah 2010..10thn tue x jejak langkawi..teringin gak nk pi bila intan cita best2 camnie..bila laa ekk nk pi nie..hehehe
ana: hahahha insyaallah tak sesat ana..dah macam kampung sendiri...
wah bestnya pi jalan2 gitu..h jeles l gk pan gill tu..saya pun dah lama cari pan grill ni..Intan lenkali pergi Langkawi tolong beikan boleh tk?..nnt sy transfer duit kat acc you.
sally: boleh..boleh...nanti kalau nak pi intan kasi tau yek...
ha.ha.nak kena gril tangan tu yang kelakar banget tu Intan..
corel skrg memang dah mahalkan, ingat dulu satu set baru RM100 skrg dah mencanak2 naiknya, tapi kalau tgk kat sini lagi teruklah harganya..he.he
suka shoppig langkawi tapi tak suka kalau shoping dgn mr seyit kara, mesti da membebel sakan..kabinet nak roboh beli lagi.ha.ha.
kak yatie: hahhaha tu la...suka2 je dia nak gril tangan intan ni...hahahaha tapi tak pe, akan dibuktikan...
corell sekarang melampau2 naiknya kak, dari yang mula intan beli sekeping RM25 sekarang sudah RM32..intan beli utk pakai harian je kak...hubby bising kalau beli tak pakai, jadi semuanya utk dipakai..
kak, kalau mr seyit kara bising kabinet nak roboh, mintak la kabinet baru kak yatie..hahahaha
Wah bestnya intan...Shopping mopping...jalan2 makan angin...best!!
Hadiah hari wanita yang berbaloi-baloi...hehehe
Dah lama betul tak pergi langkawi...
kak Anie: day trip aje kak...cuci2 mata je..belinya sikit2 je...pi la Langkawi kak anie..best...
wah... lumayan hasil tangkpan..
pasti senget flight..
patut la flight goyang2 waktu balik.. ekekekeke..
syokkan p jalan2 ngan mak..
wanita2 n wanita.sangat memahami kehendak masing2...
rosmona: hahahah ye la..patutlah flight hala balik senget...kuss semangat..
memang best dapat spent masa berdua dgn mak..mak ku best friend ku..hiihihi
oit makcik kot ye pun happy hasil tangkapan byk kt langkawi...ayat hg tu btolkan sket..sambal blacan cicah kacang botol ey??hehehe...
tan, nk tanye kalau kt langkawi tu corelle set yg 16 pieces tu brape RM?saje nk compare price kt sini..
zalifah: hahahah ayat tunggang langgang ek...tak ingat pulak price dia..tapi rasanya dah tiga ratus lebih..dulu masa aku beli baru baru 200 lebih...sana murah kaa? kirim boleh? hahahahah wei..kalau nak cari noritake kat sana ada ke? morah tak?
takde pulak aku jumpe noritake kt sini wei....sini ada royal doulton n wedgewood byk la...kalau aku p kedai dia aku roger hg k!
Post a Comment