Wednesday, July 30, 2008

Garang kah?

Hubby dah balik offshore. Naik seminggu jek. Senang betul jadik dia, gi keje seminggu pas tu cuti 3 minggu...how I wish to be like him..kekekekek And, as usuall, routine hidup pun berubah. Pagi2 dah pokpekpokpek kat hadif suh bangun tido, suh mandi, suh pakai baju... paksa makan breakfast. Mamat tu pulak, pagi2 kalau nganga mulut kecik jek... mula la mama dia ni bising. Ye la, lepas hantar hadif gi Aulad nak kena kejar ke ofis, lalu jem lagi...adoi la


Hari ni my boss start bercuti. Tadi pagi ada lagi, need to settle a few thing for Board Meeting next week. La ni dah gelap dah bilik dia. Lunch hour tadi gi bank in duit kat Maybank. Insurance dan roadtax "meninggal" 19 hb August ni. Selalu aku bank in je duit, nanti diorang courierkan je ke ofis. Tak yah la nak pi sampai ke Jalan Klang Lama tu. Tadi, before hubby naik chopper dia ada call. Aku up date dia pasal nak renew road tax kete tu, kejap je dah 5 tahun kete tu, dah tak lama nak habis bayar... time tu hubby suh aku gi usya kete Vios. Ajak pakai Vios. Maklumlah, kete sekarang ni telan minyak cam haper jek..Korean car kan..tapi aku rasa tak perlu lagi kot tukar kete. Tunggulah sikit masa lagi...anak pun masih seorang, tak nampak keperluan nak tukar kete. (dalam hati tu..biarlah sempat kumpul duit..nak beli Nissan Sylphy idaman.. kehkehkeh)

Dalam hal kereta ni, rasanya aku dan hubby sependapat. Tak guna bayar kete sampai beribu2, towards the end, nak bercuti pun tak de budget. Kami lebih suka spend money dgn bercuti. No wonder my hubby akan bawak kami gi holiday 3 times a year. Tak kiralah ke mana pun destinasi, but I think it is a good theraphy. Dan, rasanya dalam ekonomi yang tengah teruk ni, lebih baik banyakkan saving dari keluarkan saving. Betul tak?

Sebut pasal jimat cermat ni, teringat pulak kisah aku gi kerja hubby hantar naik motor. Hairan sungguh aku dgn beberapa manusia yang memandang cam la aku ni miskin benar. Macam la kami ni nak cut cost sangat. Sebenarnya, the purpose of buying that motorcyle is nak lari dari jem berat kat kesas tu, and a week after motor hubby kuar minyak pulak naik. Bonus la untuk kami, kan? tapi tak de la sampai nak cut cost benar... ada sekali tu, hubby and I gi tengok kete Nissan Sylphy kat show room dia, mentang2 la aku dan hubby just wearing a t-shirt and jeans, naik motor pulak tu, salesman tu boleh tanya "cari siapa?" Aku gelak dah..hubby bengang habis. Bila la bukak mulut, baru la salesman tu layan baiiiikkk punya (sila ikut cara Dafi ye tuan puan..) I told hubby that I don't bother about that langsung. Aku tak rasa malu pun usung helmet. Langsung tidak. Duit kita, pilihan kita. So, peduli apa orang nak kata. Orang yang banyak cakap ni, belum tentu ringgit malaysia dalam poketnya pun banyak, betul tak? apa la yang nak di belagakkan di atas dunia ni...kita hidup bukan nak menongkat dunia pun.

Oklah, need to finish some other matter before off back to see Si Cheen Chai. Mengada betul la Cina sorang tu, dah kasi cheque atas nama company pas tu nak tukar la pulak. Siap la dia. Hubby kata dia sound si Ah Chai tu, "kalau u buat silap, I marah sikit jek, tapi kakak marah banyak" hiks, aku memang garang pun dgn dia. Kalau aku datang tengok umah, mesti dia pening. Banyak songeh. Ye la, hak kita, bayar dia untuk buat kerja, kalau keje main cincai je, memanglah nak kena. Kalau hubby tu, nak marah ke, nak suh cakap dgn si Ah Chai tu, mesti dia suh aku. Naper ntah. Aku garang kot? ye ke? wakakakakkaka

Monday, July 28, 2008

Lama tak up date. Tak de cerita menarik pon. Asyik2 hal umah. Sure boringkan. Sementara kisah rumah tu selesai, kena la cari cerita menarik sikit nak di blog. heheheh
Last weekend kami balik kg. lagi. Hubby punya uncle passed away kat Jengka. Sejak kawin, baru sekali aku jumpa pak chu hubby tu. Kisahnya dia terjatuh semasa mengutip durian di dusun. Lepas tu tersadung akar, jatuh. Pendarahan dalaman. Usus dia pecah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Masa kat Jengka tu, jumpa la sepupu-sepupu hubby. Lebih kurang je muka diorang. Seronok pulak aku tengok. Agaknya, kalau bertembung dijalanan, tanpa hubby dah tentu aku tak kenal diorang. Hubby pun dah bertahun tak jumpa sepupu sepapat dia. Ye la, masing2 dah ada life masing2 kan..

Balik dari Jengka tu, kami singgah Tmn. Temerloh Jaya, makan kenduri. Aduh..lauk kenduri dia macam lauk makan kat kedai. Dengan gulai masam ikan patinnya, sambal tempoyak.. aiiyak.. time menaip ni pun terliur je rasanya. Jarang sekali kalau pergi kenduri orang kawin menunya sebegitu. Tengok hubby makan..khusyuk sekali..tak pandang kiri kanan pun heheheh

Makan malam kat kampung pulak my brother in law yang prepared. Masak sup ayam la dia, goreng berlada peria, dan paling aku tak tahan bila BIL suruh hubby tumbuk bahan2 nak buat sambal peria. For the first time, sejak kawin aku tengok hubby tumbuk sambal. Nak gelak pun ada. Nak nangis pun ada ..kakakakaka. Malam tu memang kami makan makanan kesihatan. Sup ayam, sayur peria goreng, pas tu kerabu ulam pegaga. I tell you, memang sedap. Aku siap buat lagi esoknya, nak bawak balik Shah Alam.

ni la rupanyer kerabu pegaga...maveles okeh

On the way balik umah sempat singgah ke Plaza Shah Alam. Gi bayar duit langsir kat MACY. Suppose installation can be made anytime, tapi umah tak siap lagi. So nanti bila nak install kena la aku call diorang. Sempat jenguk kedai perabot kat atas tu, usya2 katil hadif. Mahal yang amat. Kena survey tempat lagi lagi la jawabnya.

We having a pizza hut as our lunch. Kenyang giler. Aku gelak tengok hubby nak mengabihkan pizza yang dia risau sangat tak cukup tu. Lepas makan pizza sempat layan Baskin Robbins..we dip you drip tu. Maveles. Sampai kenyang tahap dugong. kakakakaka

Malamnya masak ringkas2 je, goreng ayam bercili, pas tu ada kerabu ulam pegaga, goreng telur mata kerbau. Jadiklah. Lepas tu sempat mendobi kain, kemas2 umah sikit sambil belek2 majalah impiana dan anjung seri dgn hubby. Lepas tu apa yek? lepas tu end of the day ler...hehehehe

Wednesday, July 23, 2008

Pening lalat

Lately ni jarang berblog. Singgah ke blog jiran2 pun kejap2 jek. Itu pun bila dah ptg2. Banyak keje ler. Malam pulak letih dan lesu. Mana taknya, dah beberapa petang, balik je keje terus ke rumah kami tu, jenguk progress renovationnya. Plaster siling dah settle, tunggu kering dia nak cat balik. Rasanya tunggu habis pecah dapur tu baru dia cat kot. Kalau tak nanti berdebu balik. Letih sungguh nak tunggu kerja2 tu selesai. Tapi inilah proses kehidupan kan? Tak semua yang kita ndak tu kita dapat, right? Tak semua yang kita plan tu sukses. Apapun, aku, hubby..take it easy. Sampai masanya pindah la kami.




Semalam Cina kontraktor tu dah buh pulak kain rentang kat depan umah kami. Kononnya nak buat umah kami tu jadi sample pada orang lain. Bantai la Ah Chai... jangan dia buat kerja cincai sudah. Pening lalat dah ni, barang sumer dah mahal. Si Ah Chai tu siap cakap dgn hubby, kurang2 40K baru cukup utk semua. Gilos...mana nak cekau ni.. Ada sesiapa yang nak derma sikit? Ahaksss... Tapi kami tak de la nak ikutkan sangat cakap si Ah Chai ni, buat mengikut kesesuaian bajet ler. Pelan2 kayuh kata orang. Seriously cakap, dalam buat sikit2 pun, kalau ikut aliran tunai yg dah keluar...huhuhu boleh nangis sey. Hubby dok congak bajet yang kasar..aku tukang pikir hat yang kecik2 perkara cam langsir, cat, furniture bilik hadif....pening mak, nyah! Aku tengok muka hubby dah pening2 sendirik jek...

Oklah, gtg...nak settlekan isi form MBSA. Biasalah Hubby kalau bab mengisi borang ni dia pass kat aku je, taunya dia sign je. Banyak betul cekadaknya MBSA ni yek gedebak gedebuk, untuk MBSA jek Dah dua ribu lebey.... oopss!! kakitangan MBSA jangan marah yek..hahahah



soksek: Huaaa..assignment dah mula menimbun...

Monday, July 21, 2008

welcome to the real world, Nur 'Alya Batrisyia

Jumaat hari tu kami balik kampung. Nak tengok new family member. Hadif dapat cousin baru, baby girl lagi. Tu yang excited nak balik kampung tu. Sebelum ni, dalam 7 orang cucu atuk dan nenek hadif, kak ngah nurul sahaja cucu perempuan. Kalau sumer balik, kesian tengok kak ngah nurul kena buli dgn adik2. Maklumlah, semua hero2 belaka. Nur 'Alya Batrisyia penyeri antara kumbang2. Mama dok giler terbayang gaun2 comey2 utk dipakai. hehehe tak dapat melaramkan anak dara sendiri, melaramkan anak dara orang pun jadiklah :P


See, si comey 'Alya yang macam kuih pau. Geram sungguh. Berat je hati nak balik dari tengok 'Alya kat hospital hari tu.


Ahad kami balik semua ke Shah Alam. Aku ada kelas pagi, kol 10.45. Letih giler. Dah la tu, lecturer decide nak buat consultation class kol 1. Cam marathon CSI pulak. Balik tu, singgah beli sup kat Ani sup utara untuk hadif dan babah kat umah. Petang pi jenguk umah. Hari ni kontraktor nak mula buat kerja.
Malamnya kami kuar dinner kat Pak Li Kopitiam, kat ole-ole sek 18. Opah Hadif belanja. Aku time tu dah flat giler. Penat sungguh rasanya. Balik umah lipat kain dulu before sleep.

Hari ni cam biasa, pi keje naik moto, Hubby hantar. Best giler. Laju dan cepat. Tapi jalan kat Kesas highway pun tak jem lagi. Cumanya naik motor leh peluk kuat2 (heheheh keji..keji...pedulik apa..bukan peluk orang lain pun, peluk laki sendirik,...kakakaka)

Thursday, July 17, 2008

Api, kecil jadi kawan, besar jadi lawan



Semalam tak de mood nak update blog. My friend, ziela ditimpa musibah. Rumah dia terbakar kat Taman Datuk Harun. Tinggal sehelai sepinggang. Aku pun jadi mondom. Simpati..simpati.. kesian sangat bila melihat muka anak2 ziela tu. Punca kebakaran bila anak dia yang tak pergi sekolah sebab demam bakar tilam. Budak 5 tahun tahu apa kan, orang yang menjaganya yang salah. Ziela tinggalkan anak2 dia dgn maid. Yang maid tu, tak tau la sengal sangat, tak tau pun anak ziela ada kat tingkat atas. Syukur budak tu pandai lari bila asap dah penuh. Buatnya budak tu panik, duk diam je kat atas, kan ke haru. Hish..nauzubillah.... Lunch hour semalam sempat pi jenguk dia. Macam biasa aku ni mesti la meleleh air mata. Sedih tengok rumah dia yang total loss tu.. bayangkanlah, semua usaha dia musnah sekelip mata. Tapi, itu semua takdir Allah. Hanya Allah yang maha mengetahui setiap musibah yang dia datangkan, betul tak?



Malamnya, lepas maghrib aku pi lagi, kali ni dgn hubby dan hadif. Bawak sikit kain baju untuk budak2. Semoga Ziela dan family tabah dan segera bangkit dari kesedihan. Insyaallah adalah rezekinya dihadapan. aku pujuk ziela supaya terima semua qada' dan qadar dari Allah, duit, harta boleh dicari, tapi anak2..tak de galang ganti..biarlah semuanya musnah, asalkan anak2 selamat...



balik dari umah ziela hubby drive terus ke seksyen 7, shah alam. Dia dari semalamnya dok menyebut nak makan roti nan garlic fav. dia tu. So, we having the Nan's version at Hakim. Memang best. Tak caya, try ler..heheheheh Gambar nanti la aku tepek. Lupa nak bawak card reader. Lagi pun gambar pakai camera handphone jek.



Sampai umah mata dah ngantuk, tapi tetap sempat melayan CSI pujaan hati ku. Hadif pun sama. Siap main game one station dia lagi. No wonder la pagi ni kesiangan..harharhar.

oklah, till then. Nak sambung keje sikit.

pssst: awat ngatuks sangat nih....

Monday, July 14, 2008

Weekend

Weekend yang yg heatic! Letih giler. Badan rasa cam lunyai tau..

Jumaat - balik kije hubby bawak pi tengok umah. Kunci dah jatuh..(ayat cina kontraktor, orang dapat kunci, dia jatuh kunci...) ada cracked sikit, so dah bagitau developer, dia kata dalam dua minggu dia settlekan. Apa pun, alhamdulillah, puas menunggu, akhirnya dapat jugak kunci.

Sabtu - pagi gi breakfast, pas tu singgah tengok umah lagi. Ada sorang cina tu datang ukur nak buat plaster siling..dia ndak RM4700 untuk hall je. Aje yang giler. Tak pe, nanti nak suh kontraktor yang lain pulak buat quotation. Lepas tu pi tempah langsir kat MACY dgn mak. Petang pun sibuk lagi kat umah, bincang dgn kontraktor yang nak pecah dapo tu..bulih tak dia nak 50% increace price dari yang bincang dulu. Pening kepala.

Ahad - Kelas dah mula..huhuhu dari pagi sampai petang. Sem ni ada kelas bahasa arab. Yang aku tak tahan tu, ada pulak student buat lawak cakap gini kat ustazah "ustazah, kalau kita sesat kat mekah, boleh tak kita cakap kat arab tu ihdinassirotalmustaqim(tunjukkan kami jalan yang lurus..." Gelak sampai keluar air mata aku. Balik umah menggeleter kepala lutut. Letih sangat. Malam hubby ajak makan kat luar dgn mak and abah. Ni baru first seminar. Aduh...memang flat terus. Badan letih, tapi mata tak mau la pulak pejamnya. Layan je la CSI.

Ni ada gambar2 skit...

Wednesday, July 9, 2008

Tak sihat sudah..

gambar ni gambar lama, time celebrate father's day hari tu, tapi lupa nak upload..

Pagi tadi, kepala berpusing2. Puas gagah nak pi opis, tapi akhirnya terpaksa akur, aku tak sihat. Lepas hantar Hadif ke Genius Aulad, terus pi klinik. Punya la kena bebel dgn doktor, blood pressure aku aku 70/50. Doktor kata bila2 masa bulih pengsan. Aiyak.. aku dah biasa layan sakit, malas nak turutkan. Rasa sakit2 sikit tu buat tak sakit je, tu yang tak sangka gitu. Mak bising suh makan kerang la..hati la... hat tu la yang aku tak lalu. Baru makan dua tiga ketui dah kembang tekak.

Lepas makan ubat, lena. Tetiba dapat call dari Heng, bank officer yang menguruskan perihal rumah kami. Cargas sungguh budak Heng ni, aku call je suh dia check bank dah advice duit ka pada developer, dia terus buat keje. Boleh recommed ni. hahahha. Berpinar jugak la bijik mata ni, baru nak lelap, kan. Tapi dek kerana dia bawak khabar gembira, jadi aku tak le hangin.
According to Heng, our Bank dah release payment dah. Dia dah callkan pemaju, dan confirm. Lepas tu aku teruslah call Samantha kat Berjaya Times Square tu. Yahoo... kalau tak de apa aral, Sabtu ni dapat la kunci rumah kami tu. Rumah ku, Syurga ku. Insyaallah, kalau benar bagai dikata, Dalam masa 3 minggu dari sekarang dapat la kami pindah. Lepas siap pecah dapur tu, aku tak kira, tak payah tunggu kitchen cabinet siap pun aku tetap nak pindah. Tak sabar okeh. Tangguh2 dari awal tahun, siapnya awal, CFnya yang lambat.

Lepas call hubby, lepas borak2 sikit dgn hubby, lepas cakap manja2 (esok member nak balik darat, harus la manja2 kan? hikss...) aku sambung tido. Sedar2 Hadif dah balik dari GA. Aku siap2 nak pi SMC, appointment dgn my gyne. According to Dr. Yeen, aku ni ada masalah hormon in balance, tu yang senang dapat tekanan darah rendah. Dia kata tak de masalah utk aku pregnant, tapi I have to make sure dear hubby ada waktu aku subur. Bila aku kata hubby aku kerja kat offshore, dia kata gini "aiiya...suruh dia balik." hahahah dulu pun time hadif aku paksa hubby cuti okeh. Nampak gayanya lepas ni kena paksa lagi la, ok yang? kakakakakka

Ni, tengah2 up date blog, Hadif dah bising, ajak pi play ground. so, takat ni dulu la. till then.

Tuesday, July 8, 2008

Entry sebelum balik keje


Tak de citer nak diupdate. Tengok2 folder gambar, jumpa la gambar2 yang tak sempat diupdate. Elok jugak, ada la jugak gambar yang boleh nak diupdate. Idea tengah tak de. Kepala tengah pening memikirkan kelas yang akan mula ujung minggu ni...huaaaa tak dapat la den nak JJCM ujung minggu lagi (MC Ta, I pass baton kat u la lepas nih...)

Hadif, macam biasa, menghitung hari kembar siamnya nak balik darat. Babah will be back this coming Thursday. Itu jam, mama ni dah tak laku ler. Tido peluk babah. Mandi nak babah. Makan nak babah. Semuaaaa Babah.

Semalam pi umah yang kami dah sewakan tu, tukar kepala paip untuk sinki. Lepas tu singgah Ole-Ole Seksyen 18, atuk Hadif nak buat kunci. Sementara tunggu kunci siap sempat la Hadif mengecek kat mama suh beli jam power rangers dia. Siap cakap gini "mama belikan hadif watch aje, tak yah beli toys". Politik sungguh.

On the way balik tu, atuk dia citer. Balik sekolah, masa atuk amik dia sound atuk dia cam gini "eh..atuk ada janggut" "macam kambing...emmmbekkk..." Macam kambing dia kata atuk dia...sabar aje la. Bila atuk dia citer kat aku, dia punya senyum meleret...tak henggat. Cucu..cucu. Cuba time kitorang dulu, berani la kata abah tu berjanggut cam kambing..cari nahas ler. time cucu dia, atuk dia gelak jek. Jeles...jeles...hehehehhe

Hari ni rasa tak sihat ler. Ingat petang ni nak pi klinik. Jumpa doctor fav. Hadif. Till then, babai.

Sunday, July 6, 2008

Our XTVT on weekend

Jumaat - gi UiTM, mula2 pi buat matrik card baru. Aku tak penah buat yang baru walaupun orang lain dah bertahun buat. Keji kan? sayang sungguh dgn kat mola2 aku dapat time register belajar dulu. Tapi, bila cari2 kad tu time nak pi settlekan registration dan bayaran, tak jumpa pulak. Tak pasal kena bayar RM30 hengget. Nanti aku tepek gambar kad matrik aku tu yek. Sungguh bulat muka aku cam bulan yang Dr. SMS tengok kat angkasa lepas kot..heheheh.

UiTM Shah Alam sungguh la lain. Selain dari bertambah cantik, aku realize yang strukturnya binaannya sangat mencabar aku diusia yang ala2 muda belia ni. Tangga sana sini. Nak buat kad, mula2 kena pi unit keselamatan, buat laporan kad ilang. Pas tu pi zone 16 buat bayaran. Sesat larat aku okeh. Dalam terkial2 mencari Zon 16 tu, dua tiga orang budak junior tanya kat aku gini "samekom puan, boleh tunjukkan kami kat mana bla..bla..bla.." aku nak gelak pun tak boleh, pasal aku pun LOST!.. tapi aku buat manis muka dan jawab gak ler "sorry ye adik2..akak pun lost ni, nak cari tempat tak jumpa" "ooooo kami ingat puan ni lecturer kat sini" wakakakaaka nak gelak pun ada, tapi aku control ler. Manalah nak tau, cakap bebudak tu diorang tu akan jadi kenyataan satu hari nanti. Akhirnya aku jumpa gak zone 16 tu. Itupun nasib baik terjumpa jiran lama kat situ. Time nak buat matrik kad pun satu hal jugak. Payah sungguh staff tu nak buat. Cari2 gambar lama aku tak de. Mana nak ada kan, aku tak penah buat pun. heheheh last sekali, amik je gambar baru. Settle. Lepas tu pi amik kak chik kat opis dia, pas tu kitorang settlekan urusan nak buat pembayaran.

Balik umah aku sakit kepala. Panas sungguhlah sekarang ni. Kena minum air kosong banyak2.
Sabtu - dok mengemas barang2, atuk hadif dah bising stroller dan segala tunggang-ngan hadif dah berabuk dan terbiar. Aku pun cargas la basuh balik, lap balik, pas tu jemur apa yang patut. Sebab, Baru2 ni ada tengok harga stroller Combi tu...hehehe harganya sudah cecah RM500-RM600 okeh. Pas tu perkakasan yang lain pun bukannya dapat sepuluh dupluh hengget. Makanya, lepas ni, nak bungkus baik2, simpan dalam stor. Hadif dok bising tanya "tu untuk hadif ke opah? tu untuk hadif ke atuk" Opah dia jawab gini haa "tak la, hadif dah besar, tu untuk adik hadif yang tak tau zaman bila adanya.." kuikuikui.. pas tu aku tambah gini "janganlah umo 40 nanti baru nak dapat baby lagi...dah tuooooo" kakakakakaka

ni la antara koleksi yang hadif ada, tu tak termasuk basikal2 yg dia ada

Ahad - Dek kerana dah terbayang2 nak pindah ke rumah kami tu, aku decided nak pi IKEA, konon nak survey dan nak belilah sikit2 barang2 untuk umah kami tu. Tapi sebelum tu, sempat la beli T-shirt hadif beberapa helai dan dua helai seluar panjang. Simpan untuk raya. (betul yang..simpan untuk raya nih..tak pakai dulu...kekekekek) dan hadif sempat ketuk mama dia nih nak naik binatang gerak2 tu...lima minit RM5, dan si hadif ni bukan cukup satu round. Siap top-up satu round lagi. RM10 hengget dalam masa 10 minit. Itu pun siap pujuk nak naik beruang panda pulak. Mama dia buat derk je, pas tu on the way ke IKEA tu, sempat tunjuk sand art yand dijual kat depan kedai ACE tu. Gedebak gedebuk lima belas hengget melayang. Dulu, time hadif kecik2, dia tak pandai mintak apa2, aku siap tanya gini "hadif nak apa yang...nak nih? nak tu?"offer baiiikkkk punyer. Tapi, sejak dia pandai mintak macam2 ni, mama tak tak berani nak offer dah. Kalau boleh elak...baiikkk punya elak. Tapi Hadif ni pandai tau, kalau dgn mama dia, mesti dia boleh dapat je apa dia ndak. Dgn babah pun dapat, tapi jarang...jarang... so sekarang, mama decide tak mo ikutkan sangat apa dia ndak. Babah dia pun dok bising kat aku, jangan ikutkan sangat permintaan dia tu.

Hadif & suasana..

Jalan2 kat IKEA tu, sempat la beli beberapa barang, dan selebihnya kena tunggu big boss balik la. Lepas mengemas apa yang patut, ajak hadif naik bilik, macam biasa, dia dera mama dia baca buku citer kat dia. Kalau setakat satu dua citer tak pe. Ni lepas satu, satu, pas tu tukar pulak komik Ana Muslim dia. Ha, ni dia dah tido dah. Lena. Baru la mama dia ni ada peluang nak update blog.

Huaggh...malasnya nak keje esok. Kan de best kalau boleh cuti lima hari, keje dua hari. wakakakaka. Ingat company tu bapak aku yang punya? so, permisi ya, nak tido dulu.

Friday, July 4, 2008

Pagi yang hangat

Mata tak boleh lelap pulak..tadi siapkan mengisi form, esok nak pi uitm, nak register. Makanya,..akak cooti yekkk. Tiba2 teringatkan kisah yang terjadi pagi tadi. Pagi tadi, time nak bersiap2 pi opis, and hadif of course la tengah bersiap nak pi Genius Aulad tetiba aku panik! Mana taknya, bilik dah terkunci dari dalam..dan, segala kunci rumah, kunci kete ada kat dalam. Dah la aku ada training pagi ni, dengan boss nak pi Management Meeting lagi...adoilah. Dalam kelam kabut tu, aku call aje adik suh dia hantar kami anak beranak ni. Mujurlah mamat tu ada. Aku drive driver F1 pun tak boleh lawan! Air mata pun dah bergenang2..

Sungguh ngeri betul la bila ingatkan balik, dah la time tu dah dekat kol 8, mana nak hantar hadif pi skul lagi, nak prepare document boss nak bawak pi meeting lagi, nak atttend training lagi..haru biru sungguh. Hadif pun time tu muka cam tak keruan jek..hahahahha tentu dia heran naper mama dia tak marah dia, kan?

Nasib baik training 1/2 day je. Kebetulan, Kak ija, my ofismate half day hari ni, tumpang dia balik umah, amik kete. Pintu bilik Atok hadif dah tolong bukakkan. Nasib baiklah ada McGyver..ngehngehngeh. Tima kasih abah...u safe my life..hehehehe

Balik keje aku ajak mak dgn abah teman aku pi beli susu hadif kat kota kemuning. Saje je ajak jalan2. (ceh, bagai jauh benar KK tu kan? wakakakka ) Tension giler tengok harga susu Enfakid yang naik mencanak2. Dah la satu pack susu tu beratnya makin kurang, tapi harganya makin naik. Beli 4 kotak susu Enfakid plus sekotak susu pediasure it cost me RM200++. Gilos. Tu bukannya cukup stok sebulan. Hadif minum sekotak 3 tau 4 hari jek okeh. Tak kisahlah nak naik harga, tapi janganlah melampau sangat, kan? Dok ngomel2, tapi tetap beli jugak. Tak tergamak nak tengok hadif cirit birit lagi. Beli susu pediasure yang 700g tu, rega dia RM35.00 okeh. Ingat nak tukar balik susu pediasure pasal sedih tengok anak ku itu kurus sangat, so cuba dulu sekotak. Kalau dia mau, hahahha alamatnya, next month belanjawan meningkat lagi ler. Tak pe la, asal Hadif sihat, badan dia mau lemun2 sikit (lemun2 tu maknenya berisi, kalau peluk best...hahahha) cukup lah. Dah namanya kita cari rezeki untuk anak, kan?

Tuesday, July 1, 2008


Semalam kononnya mengemas almari, tengok kasut2 hadif, aku bawak turun, susun dan ambil gambar. Kemain si hadif excited tolong susun, habis selipar spiderman, selipar asadi dia pun dia nak susun sekali..hahahah.

Banyak jugak kasut2 hadif, itu pun masih ada dua tiga pasang yang aku cari tak jumpa, agaknya miss place masa mak pindah rumah dulu, dan ada sepasang dua dah dihand over pada sepupu hadif. Bila tengok first shoe hadif, menitik air mata. Kami beli kasut hadif tu masa umur dia 3 bulan. Time bawak dia pergi monthly check up kat unit pediatrik HKL, doktor2 pelatih tu kemain berminat tengok kasut dia yang kecik. comel lote.. dan kalau dibandingkan dgn size kasut hadif sekarang..hehehe nampak sangat bezanya. Terasa cepat masa berlalu, cepat sangat rasanya hadif membesar.

Kaki Hadif cepat sangat panjang, ada kasut yang cuma sempat dipakai tiga empat bulan sahaja. Tapi kami simpan kasut2 tu baik2. Manalah tau, kalau ada adik, boleh pakai lagi..hehehehe. Sejak dia besar ni, dia kurang berminat nak pakai kasut sangat...selalu dia sarung sandal atau selipar je, dan kami pun dah kurang nak beli kan kasut sangat, ye la..mana tahan, kaki cepat panjang, pakai sekejap je dah tukar size.

Gambar kasut2 hadif ni bukan entry untuk berlagak atau menunjuk2,..cuma mengimbau dan mengenangkan tumbesaran hadif yang begitu cepat berlaku. Dari kasut size kecik, dah bertukar size besar. Tak lama lagi kalahlah kaki mama dia nih. Dan agaknya nanti, boleh berkongsi kasut dgn babah dia. Kadang2 rasa rindu zaman hadif baby dulu, boleh digomol, dicium, ditimang..sekarang? kalau digomol, harus la dia marah, kalau dicium, ada masa siap lap pipi dia balik.. nak ditimang? ayokk..patah pinggang makcik..
Lagi satu yang ketara, dulu, time pakai kasut size kecik, tak payah nak berebut remote tv dan rancangan tv..tapi bila dah pakai kasut size besar ni, mamanya tak merasa nak tengok rancangan yang mama suka..kartuuuuuunnnnn jek memanjang, acik gitu?
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!