Monday, November 15, 2010

Entry sebelum bersalin...


** Nyawa saya...**


Entry ini mungkin merupakan entry terakhir sebelum saya melahirkan adik kepada Muhammad Hadif Khawarizmi. Alhamdulillah, masih boleh bekerja walaupun rasa sakit nak bersalin tu dah mula nampak. Last week saya jumpa pakar, Doktor kata baby saya besar saiznya. Pelik juga sebab berat disepanjang tempoh kehamilan ini baru naik 3 kg dan berat baby doktor anggarkan sudah mencecah 3.4 kg. Kalau dalam tempoh 2 minggu lagi berat baby sampai 3.7 kg nampak gayanya kenalah keluar ikut tingkap pasal doktor tak mahu amik risiko. Saya berserah dan berdoa pada Allah, sekiranya itu yang terbaik, itulah juga keputusan yang akan diikut. Doakan semuanya berjalan dengan lancar ye...

-**Cemburu**-

Semalam, sementara melayan mata yang tak mahu lelap, saya tertonton (hahahah ter tu...hahahah) rancangan Jangan Tidur Lagi. Sebenarnya tak ada la menarik sangat, tetapi dihujung-hujung rancangan ada tips dari Dr. Fadzilah Kamsah tentang cemburu. Seronok saya mendengarnya; antara yang Dr. Fadzilah Kamsah pesan ialah jangan puji orang lain di depan pasangan, Tolong temankan isteri apabila beliau melakukan kerja bersendiri pada waktu malam seperti melipat, menggosok baju atau menjahit, Beribadah bersama-sama, Suami isteri perlu mengetahui tanggungjawab masing-masing dan belajar menerima kelemahan masing-masing, Suami perlu belajar mengucapkan kata maaf atau memeluk dan mengucup dahi isteri sebagai tanda minta maaf apabila melakukan kesalahan, Suami perlu bijak memujuk isteri menggunakan psikologi dan membeli hadiah walaupun murah..hahahha banyak lagi sebenarnya. Tapi itu antara yang sempat saya ingat.

Cemburu itu perlu ada. Wajib ada. Itu bukan kata saya...kata Dr. Fadzilah Kamsah. Orang yang tak ada perasaan cemburu itu maknanya tak ada kasih sayang. Sebagai seorang isteri, saya juga ada sifat cemburu walaupun tak la sampai boleh dikategorikan cemburu buta. Siapa tak sayang suami, betul tak? cumanya saya berpegang pada suatu yang dipanggil kepercayaan. Kepercayaan yang saya beri, mestilah dihargai dan mestilah dihargai. Begitu juga dengan diri saya, sebagai seorang isteri yang memang sentiasa ditinggal-tinggalkan oleh suami yang keluar mencari rezeki, saya sentiasa memastikan bahawa kepercayaan yang suami beri akan saya pastikan saya jaga amanah itu. Bukan tidak ada mereka-mereka yang cuba nak mengambil kesempatan atau nak mencuba nasib. Walaupun saya ni tak la secantik Datuk Siti Nur Haliza, tetapi manisnya tetap ada kan...hahahahah.


-**Kawan**-

Suami saya pernah berpesan, buat sesuatu mesti ada limit. Ada had. Dalam apa jua yang kita buat. Dari segi berkawan, dari segi kehidupan mahupun dari segi berfacebook...hahahahah. Semua kena ada limit. Kena tahu batas dan kena tengok waktu. Saya percaya, kalau kita suami isteri benar-benar ikhlas, kita akan tahu apabila pasangan kita buat sesuatu yang tak betul atau yang cuba disembunyikan dari kita. Allah akan beri isyarat atau petunjuk pada kita, contohnya katakanlah si suami itu melakukan sesuatu yang tak sepatutnya dia lakukan atau cuba menipu isteri, maka si isteri akan merasai sesuatu, mungkin berdebar-debar atau tak sedap duduk dan sebagainya. Itulah indahnya naluri yang Allah beri pada si isteri atau si suami.

Suami Isteri bukanlah mempunyai hubungan dalam konteks nafsu sahaja, atau hubungan kerana mereka adalah ayah mahu pun ibu pada anak-anak; sebaliknya hubungan yang terjalin adalah hubungan spiritual ataupun kejiwaan dalam diri masing-masing. Saya sendiri sukar nak gambarkan bagaimana terbitnya sesuatu perasaan antara saya dan suami. Hahahah. kadang kala rasa sesuatulah. itulah istimewanya menjadi isterikan... Oleh itu, setakat mana terbukanya pemikiran dan pintu kebebasan untuk kita mahupun pasangan kita berkawan dengan kawan yang berlainan gander ini adalah terpulang kepada diri kita sendiri. Tepuk dada, tanya iman...

Ada orang kata, cemburu tandanya sayang, kalau tak cemburu bukannya tanda tak sayang...mungkin juga tanda percaya dan yakin. Kadang-kadang cemburu boleh buat kita rasa gelisah, panas merupa dan akhirnya sakit hati...heh..not good...not good...boleh cepat mati..hahaha. Kalau tak ada perasaan cemburu pun bahaya juga, kerana sifat cemburu itu boleh dikatakan sebagai agen pengawal, jika tak ada perasaan cemburu sebenarnya boleh mendedahkan rumahtangga kita kepada ancaman. Biarlah berpada-pda dan bertempat kalau nak cemburu.

Menaip entri ini membuatkan saya merasa rindu. Rindu serindu-rindunya. Rindu pada suami. Saya dan suami selalu bertukar-tukar pandangan dan pendapat. Saya selalu cuba untuk memahami kehendak dan keperluan suami. Suami tak ramai kawan. Kalau ada pun bekas kawan sekolah Sains dia. Ada masa dia akan keluar berborak2 dalam session yang dipanggil Teh Tarik Session. Pada saya, tak ada salahnya selagi nawaitu dan perbuatan itu seiringan. Jumpa, dan sembang. That's it. Tak perlu ada hidden xtvt yang perlu dilakukan dibelakang isteri kerana dah tentu-tentu perkara-perkara begitu akan merosakkan kepercayaan yang diberi. Ada masa jika suami kita nak buat, tetapi desakan atau ajakkan dari kawan-kawan buat dia rasa macam nak sahut cabaran lah pulak, rasa macam kalau tak buat tak cool...tak KL lah...dan, sekali lagi..tepuk dada tanya iman. Sebagai isteri, pendapat saya sangat mudah. Waktu-waktu berpoya-poya sepatutnya sudah berlalu. Tak kan hilang kejantanan seorang lelaki kalau terpaksa menolak ajakan kawan yang mengajak melakukan sesuatu yang tak sepatutnya dilakukan dibelakang isteri. Tak jadi bapok pun. Malahan lagi dapat pahala sebab bersikap jujur dengan isteri. Agak-agaknya kalau isteri buat hidden xtvt belakang suami, suami tak marah ke?

Saya senang sekali bila hubby berkawan dengan seorang kawan dari Sekolah lama dia. Dah jadi macam keluarga pun. Boleh pergi bercuti bersama...Hadif pun selesa bila berkawan dengan anak-anak kawan hubby tu. Saya respek cara kehidupan kawan hubby tu sebab dalam umur yang ada sekarang, hidup dia hanya untuk keluarga dan kerjaya. Masih boleh berkawan, tetapi tak pernah saya tengok dia berlebih-lebihan. Sentiasa mengutamakan perasaan isteri dan anak-anak. Bila hubby keluar dengan dia, saya rasa hati saya lapang. Tak de rasa was-was pun. Memang percaya sebab saya tahu kawan hubby ni jenis yang macam mana, tetapi ada juga dikalangan kawan-kawan hubby yang saya tengok tak berapa senereh. Sorry to say. Mana tidaknya, menjelang umur yang dah nak masuk peringkat patut beringat-ingat ni, masih lagi tak sedar-sedar...hahahaha. Jenis yang depan isteri lain, belakang isteri lain. Saya berdoa agar hubby bukanlah dikalangan yang gitu...amin...amin... hahahahah.

Ada suami, yang konon-konon depan isteri buat lah muka macam tak berapa nak bersosial dengan kawan-kawan, macam nak keluar rumah pun terpaksa..hahaha walhal bila keluar sahaja melangkah dari pagar rumah, terus bersorak..yahooo...lepas bebas...hahahah. Ingat isteri tak tahu agaknya...keh keh keh... yang isteri, bukan tak paham..tapi saje je buat-buat tak paham... saje nak tengok suami tu macam mana...hihihi. Tu namanya observe...bukan tak tau, tapi buat2 tak tau je, tapi kalau sekali kena dasss...awas dong...keh keh keh...


oh, panjangnya entry, maklumlah entry terakhir sebelum bersalin. Semoga Allah permudahkan urusan saya menuju jihad. Seandainya ada silap dan salah, saya pohon agar diberi kemaafan dan panjang umur..kita bertemu lagi... Wassalam.


Friday, November 12, 2010

Sedikit update untuk hari ini...

Hubby dah naik offshore. Tinggal saya dan Hadif berdua balik. Sayu pulak hati bila bersalam dgn hubby, sambil saya peluk dan minta maaf kat dia...manalah tahu saya terbersalin semasa hubby di offshore. hahaha. Hubby kata "tak de dosa...tak de dosa...hari-hari saya maafkan awak..." siap pesan suruh baby tunggu babah balik..hahahah. Tapi serius sebak hati sebenarnya. Nak melahirkan baby ni rasa macam-macam perasaan timbul. Ada sekali tu saya tanya Hadif, "Hadif, kalau ditakdirkan mama meninggal, Hadif sedih tak?" "Babah?" dia tanya babah dia pulak hahahaha. Babah tu tak pe la, kalau mama tak de dia carilah mama baru...hahahahah .

Persiapan untuk orang baru dah adalah serba sedikit. Baby cot dan beli. Baju-baju pun beli serba sedikit. Dalam serba sedikit pun hampir berbelas helai jugak dibeli. hahahaha. Sekarang ni perut dah selalu sangat mengeras. Contraction. Ada masa tengah bawa kereta rasa sakit. Seriau juga, tetapi saya kena kuat la kan..siapa lagi saya nak harap. Memang ada masa rasa tak larat sangat. Nak usung badan pun rasa berat. Sambil nak menguruskan si Abang Hadif tu, mana dengan urusan kerja rumah nak kena settlekan, Allahuakbar... Tidur malam pun dah tak boleh lena sekarang ni. Kalau ada hubby boleh la tolong hantar saya ke pejabat, ni dua minggu kena drive sendiri...kaki pun dah mula bengkak. Apa pun, saya serahkan segalanya pada Allah, mohon agar diberi kesihatan yang baik, diselamatkan dari mara bahaya, dipermudahkan semua urusan. Amin.

Adik...tunggulah sampai Babah balik ye, sabar dan duduk baik2 dalam perut mama ni dulu. :)

Monday, November 8, 2010

Sepetang di Tasik Kota Kemuning

Lamanya tak update blog! hahahhaa. Saya dalam cuti sakit yang amat lama. Doktor nasihatkan suruh berehat sahaja di rumah atas sebab sudah ada tanda2 nak melahirkan anak walaupun duenya masih jauh. Sudah melepaskan 2 trip jalan-jalan cari makan, satu tiket tajaan hubby ke Vietnam, dan satu lagi percutian yang ditaja company ke Chiang Mai. Tapi apa ada hal, rezeki Allah beri lagi besar nak saya terima. Kebetulan pula tarikh itu kena dengan konsert dan Graduation Hadif di Q-Dees. Kalau tak miss jugak saya momen-momen indah melihat Hadif beraksi di atas pentas menari waka-waka song (sumpah saya terkejut tengok anak saya punya lengok tari...hahahah) dan diarak naik ke pentas menerima sijil (phew..ijazah tu..amin..amin..) hahhahaa. Tak sedar mama jadi ratu air mata petang tu... Hadif dah besar....Hadif dah besar... Gambar-gambar konsert Hadif ada pada uncle, so kena tunggu uncle balik dari Singapore baru mama boleh upload naa..

Cuti panjang sempena Deepavali ni tak ke mana-mana pun, duduk rumah sahaja. Puas duduk rumah, petangnya babah Hadif ajak ke Tasik Kota Kemuning, nak kasi ikan makan roti. Sambil bagi makan ikan...anak bujang saya sumbat roti dalam mulut dia jugak..hahahhaa. Rasanya banyak lagi dia makan roti dari ikan yang makan...




Dan, ada sedikit gambar perempuan mengandung 8 bulan...hahhahaha

Hari ni dah mula bekerja semula setelah hampir 3 minggu saya dapat cuti rehat. Semua orang terkejut sebab diorang ingat saya dah bersalin..hahahah. Tawakkal dan minta Allah beri kekuatan sementara nak tunggu masa untuk melahirkan. Wish me all the best!

sedikit video konsert Hadif tempohari...

video
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!