Wednesday, December 22, 2010

Sudah 30 hari

Alhamdulillah, anak dara sudah berusia 30 hari, hari ini. Sudah pandai tersenyum, sudah pandai mengamuk, tapi rutin utama dia masih lagi suka tidur...hahahah. Esok hubby balik, tak sabar nak tengok muka Babah. Bila dengar pasal pelantar minyak meletup hari tu, hati ni tak berhenti berdebar. Walhal bak kata hubby, kalau nak mati, kat mana-mana boleh mati, tapi sebagai isteri, hati tu sentiasa cuak, tidur malam pun payah nak lena.

ni ada gambar Raisa Khadija...



Dan..Abang kesayangan Raisa...

Tuesday, December 14, 2010

Apabila hati bergetar

Petang tadi baru dapat dengar suara hubby, tetapi nada suaranya sungguh tergesa-gesa, menyuruh saya menelefon ke Remote Platform (Bekok B) nanti dia akan ceritakan apa yang terjadi. Dalam hati mula berdetik, apa pulak yang dah terjadi.

Saya call hubby di Bekok B, hubby cerita tentang Pelantar Minyak Bekok C terbakar.

Baca di sini

Dan di sini juga

Meleleh air mata saya mendengar cerita hubby walaupun jauh disudut hati lega dengar suara hubby selamat. Hubby di Bekok A. Walau macam mana pun hati seorang isteri yang suaminya bekerja 200 km luar pantai, hati saya memang sedih. Rasa macam nak aje pergi jumpa hubby. Masalahnya, boleh ke? hahahha.

Salah seorang dari mangsa tu merupakan ex Bekok A, pernah datang bermalam di rumah kami dua tiga tahun yang lepas. Semoga Kassim (bukan nama sebenar) cepat sembuh dan tabah dengan ujian dari Allah. Bagaimanalah perasaan isteri dan keluarga mereka-mereka yang tercedera tu kan, sedangkan saya yang baru mendengar cerita dari hubby pun sudah libang libu perasaan teringatkan hubby yang jauh di mata.

Setelah 7 tahun bergelar isteri kepada pekerja pelantar minyak, hubby selalu bercerita tentang tempat kerjanya yang sentiasa menitik beratkan keselamatan, mereka yang sentiasa didedahkan dengan aspek keselamatan, yang dilatih untuk melawan api sekiranya berlaku kebakaran, dan paling penting hubby pernah cakap, belum ada di Malaysia platform minyak yang terbakar. So, this is the first time. Ini kali pertama. Sungguh meronton hati saya sebagai seorang isteri. Sukar rupanya laluan yang perlu suami saya lalui untuk mencari rezeki. Ya Allah, permudahkan lah segala urusan suami ku, berikanlah keselamatan disepanjang suami ku berada di tempat kerja, berkatilah usaha dan jerih kepayahan serta pengorbanan yang dia lakukan demi mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Amin..amin Ya Allah Amin ya Rahim.

Kalau sebelum ini, rasa selamat dan yakin sentiasa mengiringi sewaktu hubby berada di offshore, kali ini saya sungguh berdebar. Perasaan bercampur baur. Oh Hubby, time2 macam ni rasa nak duduk dekat, nak berkepit aje dengan hubby. Perasaan cinta, sayang, rindu..risau dan macam-macam ada sentiasa berterbangan. Sesaat pun saya tak mahu ia lenyap atau hilang. Tambahan bila memandang wajah anak-anak. Oh, terasa air mata nak meleleh lagi bila menaip entry ini.

Bila waktu-waktu begini, teringat kata-kata yang hubby tulis dalam email kepada saya..jadi penguat semangat. Saya pernah cakap dengan hubby "kau doktor hati ku" kerana setiap kata-kata yang dia titipkan kepada saya, bagai dikarang-karang, bagai seorang sasterawan walaupun dia sebenarnya teknikal punya orang. :)

"Saya akan menjadi pendengar awak waktu keluh kesah awak. Di waktu perasaan libang libu.. Waktu gembira dan riang ria apatah lagi. Cheer up! Hidup bukan utk hanya memikirkan masalah.. Masalah adalah utk kita meningkatkan kematangan diri berfikir agar menjadi org yg lebih berkeyakinan bila diuji dengan masalah2 seterus. Bukan jatuh terduduk dan tak mahu bangun2 semula. Akan sampai ketikanya musim akan reda.. semuanya akan pulih seperti sedia kala

Saya sayang awak.. i love you.. Emuuah.. No one but you.. " - hubby-

I love u too hubby, Forever. Insyaallah.

Saturday, December 11, 2010

Cerita tentang kami


Lately ni jarang dapat pegang laptop. Maklumlah, anak dah dua orang..keh keh keh.. sedar tak sedar sudah 20 hari saya berpantang. Alhamdulillah badan rasa sihat, Raisa pun nampak sihat walaupun joundicenya masih ada lagi sedikit.

Esok malam hubby dah kena balik offshore pun. Mudah-mudahan saya diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan.

Hadif

Abang Hadif akan memasuki dunia persekolahan darjah satu tahun depan yang bakal tiba hanya beberapa hari lagi. Bila mencubakan uniform sekolah, terasa berkaca mata...eh dah besar anak bujang mama...dah nak masuk darjah satu. Kurus tinggi ajelah anak mama yang seorang ini. Makannya memilih...abang...Mama doakan abang dipermudahkan urusan bila masuk dunia persekolahan nanti..I love u so much abang...tak de tandingannya.

Sejak dapat adik Raisa abang Hadif lebih pandai beremosi. Maklumlah, dah lama manja, lebih 6 tahun seluruh perhatian ditumpu pada dia, tiba-tiba ada pula anak dara kecik tu, tetapi saya dan hubby mengambil langkah pupuk dan pujuk. Alhamdulillah, abang hadif sangat sayangkan adik Raisa. Celik sahaja mata dari tidur, turun bawah terus masuk bilik tengok adik Raisa di katil. Dah boleh harap kata suruh ambil barang-barang adik, tak merungut pun. Sejuk hati mama tengok. Pagi tadi babah cukur rambut Raisa, abang mengomel bising "adikkan perempuan..kenapa botakkan dia..." hahhaaha

Raisa

Anak dara ni kerjanya tidur sahaja. Menangis bila nak minum susu (itupun kadang kala berpaksa) dan drypersnya berisi. alhamdulillah senang menjaganya. harap2 sampai ke besarlah perangai dan tingkahnya menyenangkan. amin.

Babah

babah merupakan orang yang paling sibuk. kesian babah. kena uruskan semua urusan. Penat sangat nampak wajah babah tu, terima kasih banyak-banyak atas pengorbanan dan kerja keras babah tu,...itu baru anak 2 tu yang....kalau anak 3? hahahhaha. Kasihan saya melihat hubby ke hulu ke hilir menyediakan keperluan di rumah. Tambahan pula dengan persiapa untuk Hadif ke sekolah. Babah pergi beli baju sekolah dan kelengkapan lain-lain sendiri. Wa caya sama lu la sayang...emummuah dua puluh kali... :)

Mama

Perut dah kosong, kesan jahitan pembedahan pun alhamdulillah dah kering. Dan, setakat hari ini, saya dah turun 10kg. awwww,,,,hahahahaha. kena kelar perut baru banyak kilo boleh turun kah kah kah... ada lagi 10 kg nak kena turunkan nih....mudah-mudahan tercapai lah impian saya nak pakai kebaya bila kembali ke pejabat nanti... :) aja..aja..fighting intan... hahahahha

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah

Dulu-dulu saya sangat suka dengar nasyid tentang Maal hijrah. Sinonimnya Maal Hijrah orang sebut Awal Muharram. Tapi sejauh mana kita mendalami dan mengerti erti Maal Hijrah tu, hanya diri kita sahaja boleh menjawab.

Buat diri saya, tahun baru ini saya mahu berhijrah. Dari diri saya yang lama, yang selalunya terlalu naif, terlalu lurus dan terlalu berlembut. Cukup rasanya kehidupan yang begitu. Ingin segarkan diri dengan motto hidup "dalam kelembutan, ada ketegasan" atau "ketegasan dalam kelembutan".

salam satu muharam, semoga kita sentiasa dipayungi rahmat dariNya.

Monday, December 6, 2010

By Invititation

Assalamualaikum

Walaupun blog saya bukanlah blog famous dan ramai pengunjung, tetapi atas sebab-sebab tertentu, mulai saat ini, saya lebih selektif dalam memilih orang untuk membaca blog saya ini. Kepada sesiapa yang rasa ingin terus membaca, sila emailkan alamat email ke intanaziela@yahoo.com atau tinggalkan diruangan komen. Rasanya dengan memilih mereka-mereka yang boleh dipercayai, lebih mudah ntuk saya menulis dan mencoret dari hati ke hati. Kepada yang tak dapat saya undang untuk membaca, harap maaf...rasanya ini merupakan langkah terbaik.

Bila bercakap soal kepercayaan, rasanya kita sendiri boleh nilai sama ada diri kita boleh dipercayai atau tidak.


Salam,
Intan.

**** UP DATE

saya dapat email dan sms bertalu2 tanya sejak bila private blog..sori la kalau cepat sangat..hahhaha. Ok..ok saya tunggu sampai esok lah, selepas hari esok blog ini hanya dibuka dengan jemputan,,,, :)

Sunday, December 5, 2010

Mawar Berduri





Tertulislah kisah, tentang bunga mawar
Di tengah belukar yang penuh dengan duri
Semerbak harumnya yang tiada tara
Siapapun ingin memetik bunga itu

Banyaklah kumbang datang ingin menghisap madunya
Aduh sayang
Banyak kumbang yang mati karena tertusuk duri
Aduh sayang

Kau memberi hati kepada diriku
Seluruh hidupku, kudambakan padamu
Tak kusangka sangka bukan hanya daku
Mendapat kasihmu membuat hati luka

Mawar berduri, kini kupergi
Dengan membawa luka di hati
Mawar berduri, cukup sekali
Kau melukai hatiku, hatiku

Saturday, December 4, 2010

sedikit update tentang adik abang Hadif

Sejak Raisa lahir, jarang dapat pegang laptop ni, asyik kelek anak dara. Hari tu anak dara kena tahan wad, joundice, bacaan cecah 300, dah setelah on fototerapi 3 lampu sekali di KPJ Selangor, joundice turun ke 135. Sampai naik berkilat kulit Khadija, dengan timbulnya ruam2 kat badan dan muka...kesian anak dara mama tu, tapi tak pe la, janji sihat dan boleh balik rumah. Tengok tubuh pun macam dah mengecut, tapi doktor kata normal baby lepas lahir akan mengecut dulu, lepas tu baru naik balik berat badan dia. Raisa Khadija bila dah balik rumah ni kejenya tidur...tidur dan tidur. Kalau bangun pun kejap sangat untuk minum susu. Babah kata anak dara dia nak cepat besar.

Ada sedikit gambar Nur Raisa Khadija untuk tatapan semua
.
Hari pertama melihat dunia....

Kena jemur sampai berkilat kulit anak mama...

kena tahan wad semula, bacaan 300, kena on lampu sampai 3...aduh..merah padam jadi muka Raisa...gelap..hahahha

Wednesday, December 1, 2010

Ahlan Wah Sahlan Ya Nur Raisa Khadija


Kronologi Kelahiran Puteri kami, Nur Raisa Khadija Binti Shamsul Kamal

21/11/2010

Saya rasa sakit semacam, tapi tak tahu sakit tu sakit nak bersalin atau apa.....hahahah kelakar sungguh lah maklum sahajalah sudah lama cuti melahirkan baby :)

22/11/2010

3 jam saya menahan sakit, saya hantar sms pada kak shilla, tanya begini "Azila dah rasa sakit, dah dekat 3 jam azila time, makin kerap sakit dia, perut menegang dan sakit sampai ke pangkal peha...gitu ke sakit orang nak beranak kak shilla? Pls. advise." kah kah kah... sungguhlah saya ni yek...

Dalam pukul 9 pagi abah saya hantar saya ke Hospital KPJ Selangor. Buat prosedur macam biasa, check urine lah...dan bila jumpa Doktor doktor cakap " congratulations Azila, kita dah sampai ke tahap ini...hujung minggu ni kita boleh keluarkan baby" "but I feel not comfortable la doktor, rasa sakit"

Naik atas katil, doktor pegang perut saya, dan bgtau dah ada contraction. 3cm dan tak boleh balik rumah, kena masuk wad. Saya bagitahu doktor hubby akan balik dari offshore hari ini, dan doktor kata akan cuba tunggu sehingga hubby sampai.

Kali ni saya rasa macam superwoman, mana tidaknya, dengan servik dah buka 3cm, masih berjalan ke bahagian admission, menguruskan kemasukan ke wad. Girl power....hahhahaha. Lepas selesai di hantar ke wad, kak shilla dan mak datang temankan.

Buat ECG, dan doktor kata contraction saya sangat kuat, nampak gayanya kena masuk bilik bedah sebelum hubby tiba. Masa tu hiba juga rasa hati, maklum sahaja lah, nak dilapah perut katakan...hahahhaa tapi bila mengenangkan demi keselamatan anak dalam perut, saya redha dan pasrah tandatangan borang kebenaran. Sambil dalam hati berdoa semoga semua urusan dipermudahkan Allah.

Dalam pukul 4.15ptg saya dibawa ke bilik bedah. Sebelum naik ke atas troli, sempat telefon hubby, bagitahu yg saya dah nak masuk ke OT dan minta ampun dan maaf...hahahaha emo di situ okeh. Mahunya tak emo, bukannya takat nak buat operation sinusitis, tapi pembedahan nak mengeluarkan seorang hamba Allah. Apapun, saya redha, inilah dia kehidupan seorang isteri kepada pekerja offshore.


NUR RAISA KHADIJA BINTI SHAMSUL KAMAL Dibawa Keluar melihat dunia pada pukul 5.10 petang, 22 Nov 2010 dengan berat 3.65kg. Syukur Alhamdulillah. Semasa jururawat menunjukkan Raisa kepada saya "puan, ini anak puan ya...baby girl" tak sedar air mata saya mengalir. Inilah puteri yang ditunggu-tunggu kedatangannya. Ahlah wah sahlan ya Nur Raisa Khadija Mama.... semoga kehadiran mu dalam keluarga kecil kita menjadi pengerat kasih dan sayang antara kita...amin...amin..amin Ya Allah.....

Monday, November 15, 2010

Entry sebelum bersalin...


** Nyawa saya...**


Entry ini mungkin merupakan entry terakhir sebelum saya melahirkan adik kepada Muhammad Hadif Khawarizmi. Alhamdulillah, masih boleh bekerja walaupun rasa sakit nak bersalin tu dah mula nampak. Last week saya jumpa pakar, Doktor kata baby saya besar saiznya. Pelik juga sebab berat disepanjang tempoh kehamilan ini baru naik 3 kg dan berat baby doktor anggarkan sudah mencecah 3.4 kg. Kalau dalam tempoh 2 minggu lagi berat baby sampai 3.7 kg nampak gayanya kenalah keluar ikut tingkap pasal doktor tak mahu amik risiko. Saya berserah dan berdoa pada Allah, sekiranya itu yang terbaik, itulah juga keputusan yang akan diikut. Doakan semuanya berjalan dengan lancar ye...

-**Cemburu**-

Semalam, sementara melayan mata yang tak mahu lelap, saya tertonton (hahahah ter tu...hahahah) rancangan Jangan Tidur Lagi. Sebenarnya tak ada la menarik sangat, tetapi dihujung-hujung rancangan ada tips dari Dr. Fadzilah Kamsah tentang cemburu. Seronok saya mendengarnya; antara yang Dr. Fadzilah Kamsah pesan ialah jangan puji orang lain di depan pasangan, Tolong temankan isteri apabila beliau melakukan kerja bersendiri pada waktu malam seperti melipat, menggosok baju atau menjahit, Beribadah bersama-sama, Suami isteri perlu mengetahui tanggungjawab masing-masing dan belajar menerima kelemahan masing-masing, Suami perlu belajar mengucapkan kata maaf atau memeluk dan mengucup dahi isteri sebagai tanda minta maaf apabila melakukan kesalahan, Suami perlu bijak memujuk isteri menggunakan psikologi dan membeli hadiah walaupun murah..hahahha banyak lagi sebenarnya. Tapi itu antara yang sempat saya ingat.

Cemburu itu perlu ada. Wajib ada. Itu bukan kata saya...kata Dr. Fadzilah Kamsah. Orang yang tak ada perasaan cemburu itu maknanya tak ada kasih sayang. Sebagai seorang isteri, saya juga ada sifat cemburu walaupun tak la sampai boleh dikategorikan cemburu buta. Siapa tak sayang suami, betul tak? cumanya saya berpegang pada suatu yang dipanggil kepercayaan. Kepercayaan yang saya beri, mestilah dihargai dan mestilah dihargai. Begitu juga dengan diri saya, sebagai seorang isteri yang memang sentiasa ditinggal-tinggalkan oleh suami yang keluar mencari rezeki, saya sentiasa memastikan bahawa kepercayaan yang suami beri akan saya pastikan saya jaga amanah itu. Bukan tidak ada mereka-mereka yang cuba nak mengambil kesempatan atau nak mencuba nasib. Walaupun saya ni tak la secantik Datuk Siti Nur Haliza, tetapi manisnya tetap ada kan...hahahahah.


-**Kawan**-

Suami saya pernah berpesan, buat sesuatu mesti ada limit. Ada had. Dalam apa jua yang kita buat. Dari segi berkawan, dari segi kehidupan mahupun dari segi berfacebook...hahahahah. Semua kena ada limit. Kena tahu batas dan kena tengok waktu. Saya percaya, kalau kita suami isteri benar-benar ikhlas, kita akan tahu apabila pasangan kita buat sesuatu yang tak betul atau yang cuba disembunyikan dari kita. Allah akan beri isyarat atau petunjuk pada kita, contohnya katakanlah si suami itu melakukan sesuatu yang tak sepatutnya dia lakukan atau cuba menipu isteri, maka si isteri akan merasai sesuatu, mungkin berdebar-debar atau tak sedap duduk dan sebagainya. Itulah indahnya naluri yang Allah beri pada si isteri atau si suami.

Suami Isteri bukanlah mempunyai hubungan dalam konteks nafsu sahaja, atau hubungan kerana mereka adalah ayah mahu pun ibu pada anak-anak; sebaliknya hubungan yang terjalin adalah hubungan spiritual ataupun kejiwaan dalam diri masing-masing. Saya sendiri sukar nak gambarkan bagaimana terbitnya sesuatu perasaan antara saya dan suami. Hahahah. kadang kala rasa sesuatulah. itulah istimewanya menjadi isterikan... Oleh itu, setakat mana terbukanya pemikiran dan pintu kebebasan untuk kita mahupun pasangan kita berkawan dengan kawan yang berlainan gander ini adalah terpulang kepada diri kita sendiri. Tepuk dada, tanya iman...

Ada orang kata, cemburu tandanya sayang, kalau tak cemburu bukannya tanda tak sayang...mungkin juga tanda percaya dan yakin. Kadang-kadang cemburu boleh buat kita rasa gelisah, panas merupa dan akhirnya sakit hati...heh..not good...not good...boleh cepat mati..hahaha. Kalau tak ada perasaan cemburu pun bahaya juga, kerana sifat cemburu itu boleh dikatakan sebagai agen pengawal, jika tak ada perasaan cemburu sebenarnya boleh mendedahkan rumahtangga kita kepada ancaman. Biarlah berpada-pda dan bertempat kalau nak cemburu.

Menaip entri ini membuatkan saya merasa rindu. Rindu serindu-rindunya. Rindu pada suami. Saya dan suami selalu bertukar-tukar pandangan dan pendapat. Saya selalu cuba untuk memahami kehendak dan keperluan suami. Suami tak ramai kawan. Kalau ada pun bekas kawan sekolah Sains dia. Ada masa dia akan keluar berborak2 dalam session yang dipanggil Teh Tarik Session. Pada saya, tak ada salahnya selagi nawaitu dan perbuatan itu seiringan. Jumpa, dan sembang. That's it. Tak perlu ada hidden xtvt yang perlu dilakukan dibelakang isteri kerana dah tentu-tentu perkara-perkara begitu akan merosakkan kepercayaan yang diberi. Ada masa jika suami kita nak buat, tetapi desakan atau ajakkan dari kawan-kawan buat dia rasa macam nak sahut cabaran lah pulak, rasa macam kalau tak buat tak cool...tak KL lah...dan, sekali lagi..tepuk dada tanya iman. Sebagai isteri, pendapat saya sangat mudah. Waktu-waktu berpoya-poya sepatutnya sudah berlalu. Tak kan hilang kejantanan seorang lelaki kalau terpaksa menolak ajakan kawan yang mengajak melakukan sesuatu yang tak sepatutnya dilakukan dibelakang isteri. Tak jadi bapok pun. Malahan lagi dapat pahala sebab bersikap jujur dengan isteri. Agak-agaknya kalau isteri buat hidden xtvt belakang suami, suami tak marah ke?

Saya senang sekali bila hubby berkawan dengan seorang kawan dari Sekolah lama dia. Dah jadi macam keluarga pun. Boleh pergi bercuti bersama...Hadif pun selesa bila berkawan dengan anak-anak kawan hubby tu. Saya respek cara kehidupan kawan hubby tu sebab dalam umur yang ada sekarang, hidup dia hanya untuk keluarga dan kerjaya. Masih boleh berkawan, tetapi tak pernah saya tengok dia berlebih-lebihan. Sentiasa mengutamakan perasaan isteri dan anak-anak. Bila hubby keluar dengan dia, saya rasa hati saya lapang. Tak de rasa was-was pun. Memang percaya sebab saya tahu kawan hubby ni jenis yang macam mana, tetapi ada juga dikalangan kawan-kawan hubby yang saya tengok tak berapa senereh. Sorry to say. Mana tidaknya, menjelang umur yang dah nak masuk peringkat patut beringat-ingat ni, masih lagi tak sedar-sedar...hahahaha. Jenis yang depan isteri lain, belakang isteri lain. Saya berdoa agar hubby bukanlah dikalangan yang gitu...amin...amin... hahahahah.

Ada suami, yang konon-konon depan isteri buat lah muka macam tak berapa nak bersosial dengan kawan-kawan, macam nak keluar rumah pun terpaksa..hahaha walhal bila keluar sahaja melangkah dari pagar rumah, terus bersorak..yahooo...lepas bebas...hahahah. Ingat isteri tak tahu agaknya...keh keh keh... yang isteri, bukan tak paham..tapi saje je buat-buat tak paham... saje nak tengok suami tu macam mana...hihihi. Tu namanya observe...bukan tak tau, tapi buat2 tak tau je, tapi kalau sekali kena dasss...awas dong...keh keh keh...


oh, panjangnya entry, maklumlah entry terakhir sebelum bersalin. Semoga Allah permudahkan urusan saya menuju jihad. Seandainya ada silap dan salah, saya pohon agar diberi kemaafan dan panjang umur..kita bertemu lagi... Wassalam.


Friday, November 12, 2010

Sedikit update untuk hari ini...

Hubby dah naik offshore. Tinggal saya dan Hadif berdua balik. Sayu pulak hati bila bersalam dgn hubby, sambil saya peluk dan minta maaf kat dia...manalah tahu saya terbersalin semasa hubby di offshore. hahaha. Hubby kata "tak de dosa...tak de dosa...hari-hari saya maafkan awak..." siap pesan suruh baby tunggu babah balik..hahahah. Tapi serius sebak hati sebenarnya. Nak melahirkan baby ni rasa macam-macam perasaan timbul. Ada sekali tu saya tanya Hadif, "Hadif, kalau ditakdirkan mama meninggal, Hadif sedih tak?" "Babah?" dia tanya babah dia pulak hahahaha. Babah tu tak pe la, kalau mama tak de dia carilah mama baru...hahahahah .

Persiapan untuk orang baru dah adalah serba sedikit. Baby cot dan beli. Baju-baju pun beli serba sedikit. Dalam serba sedikit pun hampir berbelas helai jugak dibeli. hahahaha. Sekarang ni perut dah selalu sangat mengeras. Contraction. Ada masa tengah bawa kereta rasa sakit. Seriau juga, tetapi saya kena kuat la kan..siapa lagi saya nak harap. Memang ada masa rasa tak larat sangat. Nak usung badan pun rasa berat. Sambil nak menguruskan si Abang Hadif tu, mana dengan urusan kerja rumah nak kena settlekan, Allahuakbar... Tidur malam pun dah tak boleh lena sekarang ni. Kalau ada hubby boleh la tolong hantar saya ke pejabat, ni dua minggu kena drive sendiri...kaki pun dah mula bengkak. Apa pun, saya serahkan segalanya pada Allah, mohon agar diberi kesihatan yang baik, diselamatkan dari mara bahaya, dipermudahkan semua urusan. Amin.

Adik...tunggulah sampai Babah balik ye, sabar dan duduk baik2 dalam perut mama ni dulu. :)

Monday, November 8, 2010

Sepetang di Tasik Kota Kemuning

Lamanya tak update blog! hahahhaa. Saya dalam cuti sakit yang amat lama. Doktor nasihatkan suruh berehat sahaja di rumah atas sebab sudah ada tanda2 nak melahirkan anak walaupun duenya masih jauh. Sudah melepaskan 2 trip jalan-jalan cari makan, satu tiket tajaan hubby ke Vietnam, dan satu lagi percutian yang ditaja company ke Chiang Mai. Tapi apa ada hal, rezeki Allah beri lagi besar nak saya terima. Kebetulan pula tarikh itu kena dengan konsert dan Graduation Hadif di Q-Dees. Kalau tak miss jugak saya momen-momen indah melihat Hadif beraksi di atas pentas menari waka-waka song (sumpah saya terkejut tengok anak saya punya lengok tari...hahahah) dan diarak naik ke pentas menerima sijil (phew..ijazah tu..amin..amin..) hahhahaa. Tak sedar mama jadi ratu air mata petang tu... Hadif dah besar....Hadif dah besar... Gambar-gambar konsert Hadif ada pada uncle, so kena tunggu uncle balik dari Singapore baru mama boleh upload naa..

Cuti panjang sempena Deepavali ni tak ke mana-mana pun, duduk rumah sahaja. Puas duduk rumah, petangnya babah Hadif ajak ke Tasik Kota Kemuning, nak kasi ikan makan roti. Sambil bagi makan ikan...anak bujang saya sumbat roti dalam mulut dia jugak..hahahhaa. Rasanya banyak lagi dia makan roti dari ikan yang makan...




Dan, ada sedikit gambar perempuan mengandung 8 bulan...hahhahaha

Hari ni dah mula bekerja semula setelah hampir 3 minggu saya dapat cuti rehat. Semua orang terkejut sebab diorang ingat saya dah bersalin..hahahah. Tawakkal dan minta Allah beri kekuatan sementara nak tunggu masa untuk melahirkan. Wish me all the best!

sedikit video konsert Hadif tempohari...

video

Tuesday, October 5, 2010

Berehat-rehat di Kuala Lumpur

Sekejap sahaja sudah mencecah minggu ke 31. Persiapan untuk kedatangan orang baru memang serba sederhana. Kali ini lebih berhemah kalau nak dibandingkan semasa kelahiran Hadif dahulu. Mana tidaknya, masa Hadif dulu tak ada pengalaman, beli baju aje berpuluh-puluh helai. Bila nak bayar dikaunter, tengok2 mencecah seribu ringgit..hahahaha. Taubat dah tak buat dah. Ada banyak baju yang hadif tak sempat pakai atau pun pakai sekali dua aje.
Untuk kali ni saya beli baju serba sedikit. Beli botol pun satu aje..hahahha. Lepas tu gelak-gelak sebab macam blur tak tahu nak beli apa lagi. Maklumlah, sudah 6 tahun tak beranak. Rasanya tunggu baby keluar nanti la baru beli barang-barang yang lain. Yang penting keperluan asasnya dan ada, dan perlu stand by dalam kereta. Doktor Yeen takut saya terbersalin awal..keh keh keh. Moga-moga "adik" boleh sabar menanti sehingga masuk minggu yang ke 37. Eh, minggu depan saya dah 32 minggu, maknanya lagi 5 minggu aje dah cukup bulan. Gulp! hahahhaha

Sepanjang bulan Syawal ni banyak jemputan rumah terbuka yang terpaksa saya tolak kerana faktor kesihatan. Ada tidak ada sempat ke rumah Adda, kawan sekolah di Presint 14, Putrajaya minggu lepas. Itu pun tak sempat nak bersua muka dengan kawan-kawan yang lain kerana kami nak cepat. Nak cepat ke mana? hahahah nak cepat check in di Impiana Hotel, KLCC. Nak berehat-rehat tajuknya. Ingatkan nak cari la serba sedikit lagi kelengkapan baby, tapi bila dah duduk kat bilik hotel tu, rasa malas pula nak berjalan-jalan. Hadif pun bukan main enjoy bersantai kat Hotel.

Malam keluar makan malam, lepas tu balik hotel sambung rehat. Tengok TV cerita Kuih Makmur. Gelak besar saya seronok dengar loghat perak dalam cerita tu. Teringat arwah Opah choo adik arwah atuk saya. hahahhaha rindu nak dengar orang cakap loghat perak gitu. Kalau belah emak saya cakapnya tak la pekat sebegitu.

On the way balik dari KL singgah makan di Taman Tun. Makan kueh tiaw Doli. Sempat juga singgah tengok katil baby di Puchong. Dalam proses nak survey lagi ni,...hajat hati nak beli katil kayu. Hadif dulu beli play pan aje. Itu pun dah tak nampak bayang ke mana play pan tu..hahaha.

Masa babah nak verify parking nak keluar dari Convention Centre tu, saya tanya Hadif "Hadif nak pergi mana lagi lepas ni?" dia boleh jawab "Kita dah tidur kat hotel tu, lepas ni kita tak tidur kat hotel yang seterusnya" hahahahah. Suka hati mak labu aje abang hadif ni. Cukup minat dia kalau dengar nak bawak dia tidur di Hotel. Walhal bukan buat apa pun, aktiviti dia tengok kartun, main PSP. Tapi cukup dia happy. Babah janji sebelum mama bersalin, bulan depan nak berehat di hotel lagi. Kali ni di Royale Chulan pulak kan babah? ngeeeee....

Friday, September 24, 2010

Update tentang perempuan mengandung :)

Lamanya tidak menulis, rindu! macam mana nak menulis, kalau siangnya sibuk di ofis, malam pula dah mula makan ubat untuk menguatkan rahim. Lepas makan ubat, tak sampai 1/2 jam kesannya dah muncul..hahahahah.

Alhamdulillah, kandungan sudah memasuki minggu yang ke 29. Maknanya lebih kurang 8 minggu insyaallah baby dah boleh keluar. Cumanya saya dah mula rasa kontraksi nak bersalin, tu yang risau baby keluar tak cukup bulan. Sebolehnya tak mahulah adik keluar awal macam abang hadif dia, biarlah kali ni sampai cukup bulan...amin.

Ini kisah abang Hadif pula. Sekarang ni terasa cepat betul anak bujang saya tu besar. Segala perlakuannya buat saya rasa macam berat hati nak dia cepat-cepat besar. Rasa tak puas nak kelek-kelek, peluk cium dia, gomol-gomol dia. Kalau sekarang kita cium depan kawan-kawan atau cikgu dia, dia akan cakap "malulah mama" hahahaha. Sekarang ni dok bising ajak beli baju untuk adik. Saya ni satu apa pun persiapan untuk baby tak buat lagi. Memang kalau boleh tak nak over excited. Biar slow and steady. Baju-baju zaman Hadif memang dah tak nampak bayang, hahahah. Dah habis saya agih-agihkan pada anak-anak buah. Jadinya macam nak dapat anak sulung balik preparation untuk adik ni. Tunggu Hubby balik la nanti nak ajak beli serba sedikit. Plannya nak pi tido hotel. Nak rehat-rehat, tapi dalam town sahaja. Kehkehkeh..teringat masa mengandungkan Hadif, punyalah angin tinggi, nak tidur hotel,...layan la hubby saya dok bawak isteri dia yang mengandung ni dok hotel kat dalam KL... hahahha.

Saya baca dalam buku, time-time begini memang masa yang sesuai untuk pergi bercuti, pergi berehat. Jadi kalau sempat masa tu nanti mungkin nak cari kelengkapan adik sikit-sikit. Sabar no adik, jangan keluar dulu, mama ni satu persiapan pun tak buat lagi..kekekek.

Semenjak dua menjak ni kesihatan dah mula merosot, dah dekat2 EDD ni mula la badan rasa berat semacam, harap dipermudahkan semua urusan. Semalam hadif gelakkan saya bila saya nak bangun dari duduk bersila..hai anak..gelakkan mama dia...sabar aje la.. hari ni dapat MC, tapi tak boleh nak MC sebab keje banyak. Bertabahlah wahai hati...esok kalau masih ada kontraksi, nampak gayanya saya kena pergi hospital la jugak..dan itulah yang melemahkan semangat tu, rasa malas nak bercuti-cuti malaysia di hospital. Kalau duduk hotel tu lain cerita kan..


Friday, September 17, 2010

Entry panaskan badan

Saya dah mula bekerja. Sunyi sahaja ofis hari ni. Sebenarnya hari Rabu lagi saya dah kembali ke pejabat. Jadi penunggu pejabat...hahahahah. Untuk hari raya kali ini, segalanya serba sederhana. Saya baru je keluar hospital kerana mengalami kontraksi kelahiran pra-matang. Memang beginilah saya kalau mengandung. Masa Hadif dulu pun berhadapan dengan masalah begitu, rahim saya tak begitu kuat, kata doktor. Alhamdulillah, selepas diberi ubat untuk menghentikan kontraksi, saya dah beransur pulih tetapi kena banyakkan berehat dan tak boleh buat kerja berat-berat.

Jadinya raya kali ini begitu sederhana (memang selalu pun biasa je..kekekek) sahaja. Berhari raya di rumah mak abah saya di taman bukit kemuning dan kemudiannya berkunjung ke rumah saudara mara. Lepas maghrib bertolak balik ke Lanchang, Pahang. Tahun ni seronok sikit, walau pun mengandung, tapi rata-rata orang yang berjumpa saya menegur saya yg kelihatan kurus...kurus ke? hahahaha. Memang bulan puasa tempohari saya kurang berselera nak makan. Berat pun turun. Harap-harap lepas raya ni tidak lah mencanak-canak naiknya berat badan saya, maklumlah, hidangan dihari raya yang lazat-lazat bisa membuat berat yang turun naik sekali ganda!


Tahun lepas...


tahun ini...

Friday, September 10, 2010

Salam Aidil Fitri



Salam Aidil Fitri Dari kami sekeluarga : Shamsul,Intanaziela & Hadif Khawarizmi

Wednesday, September 1, 2010

My Chicken Soup for Today...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Tuesday, August 24, 2010

Komunikasi Dua Hala

Satu kajian dijalankan sebuah laman web di Britain mendapati, pasangan yang sudah berkahwin selama 50 tahun atau lebih, hanya bercakap satu sama lain selama tiga minit bagi setiap sejam. Percakapan mereka biasanya pada waktu makan tidak melebihi 150 perkataan.

Kajian turut mendapati pasangan kekasih menghabiskan 50 minit sejam untuk bercakap, pasangan berkahwin 10 tahun, 29 minit.
"Jelas sekali perkahwinan yang panjang ‘membunuh’ minat untuk bercakap,” kata laman web itu.

Saya copy paste dari blog kak yatie (NB).
Macam mana hidup tanpa bercakap dengan suami ye? Pada saya, suami lah tempat saya mengadu domba, bercerita dan meminta pendapat. Pendek kata, dialah best friend paling akrab dalam hidup saya. Sudah terbiasa, apa sahaja keputusan yang nak dibuat, akan diajukan dulu pada hubby. Jika saya rasa sedih dengan orang disekeliling saya, hubby jugalah tempat saya mencurah perasaan. Kami boleh bersembang sampai ke pagi suami isteri.

Kalau hubby di offshore, setiap hari saya akan call dia atau dia pun akan cari masa untuk call saya. Dengar suara itu satu kemestian. Kalau line telefon di Pelantar Minyak ada gangguan, rasa hidup tak bermaya, mesti nak dengar suara walaupun cuma cakap "hello sayang..."

Saya dan hubby banyak bercinta selepas kawin, dan macam biasa percintaan jarak jauh kami membuatkan perasaan rindu sentiasa membuak-buak. Mesti semua wanita akan berkata suami mereka adalah yang terbaik. Semestinya Maggie. Pada saya, dalam perhubungan kena ada komunikasi dua hala. Selalunya kami berdua akan mengamalkan dasar cakap dan lepaskan. Tak main simpan-simpan. Sebagai isteri saya selalunya reserve sedikit dan hubby lebih out spoken. Tapi, saya ni kalau dah marah, hahahhaha harap maklum lah... kekekekek. Dalam dunia suami isteri kena banyak beralah. Alhamdulillah, sudah 7 tahun usia perkahwinan kami, rutin kami masih sama, hubby masih lagi mengucup pipi dan dahi saya sebelum saya melangkah ke pejabat, masih lagi menghantar sms ingatkan saya suruh makan (manalah isteri dia tak besar...) masih lagi memegang tangan saya sewaktu berjalan walaupun selalunya hadif akan mencelah di tengah... Selalunya, bila nak buat keputusan, kami selalu sependapat, kadang-kadang saya cakap dengan hubby "saya pun nak cakap macam awak cakap...eh samalah kita punya pendapat!" dan hubby akan jawab "sebab itulah awak jadi isteri saya" hahahhaha

Pendek kata, dalam perhubungan suami isteri, komunikasi dua hala amat penting. Selalu saya ingatkan adik-adik saya, jangan masa bercintan cintun ni aje sibuklah nak up date pakwe makwe nak pi mana, sikit-sikit nak citer kat pak we mak we..tapi bila dah kawin, banyak buat hal sendiri dari berkomunikasi dengan suami atau isteri. Jangan biarkan masa yang ada ni diberi kepada tempat yang tak sepatutnya, nanti bila dah tua baru perasan, eh rupanya aku dah bazirkan masa dengan buat perkara-perkara lain dari berkomunikasi dengan pasangan aku...

Friday, August 20, 2010

For The Rest Of My Life



Saya sangat suka lagu ni...sangat jatuh cinta...dengar berulang kali tak pernah jemu...


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart

Puasa dan Kami

Apabila menjengah blog kawan-kawan, nampak entri warna warni tentang juadah berbuka di bulan Ramadhan. Tumpang terliur saya jadinya..hahahah. Tahun ini adalah tahun tak larat nak beriya memasak macam tahun lepas. Kondisi diri yang tengah mengandung ini membataskan aktiviti nak memasak bagai. Selalunya juadah berbuka puasa buat saya dan hubby biasa-biasa aje, janji ada nasi, ada lauk. Tak de la beriya benar. Janji boleh makan. Dan, puasa kali ini saya pula tak boleh nak makan banyak, berbuka puasa memadai dengan sesenduk nasi dan air teh o suam. Ada hari yang saya tak boleh makan langsung, cuma minum air dan makan kurma. Mujur hubby saya memang bukan seorang yang cerewet, makan aje apa yang ada, janji ada makanan.

Tahun ni dah dua kali kami berbuka di luar. Mula-mula hari tu di Deli France Kota Kemuning nak melayan Muhammad Hadif makan. Hadif ni maklum sahajalah, makanan yang suka yang ala-ala gitu...tak sama sungguh dengan mama dan babah dia...hahahah. Seronoklah tengok Hadif makan spaghetti Carbonara licin semangkuk, lepas tu dia makan pulak mushroom soup dgn garlic bread, makan pulak kek dan kentang goreng. Western sungguh la abang sorang ni. Mama dia? takat makan sikit lagsana dengan chicken wings sikit. Lepas tu tak duduk diam sampai hubby tanya "itu je awak makan?" hahahahah.

Semalam pula saya ambil EL sebab nak bawa Hadif ke KPJ Selangor jumpa dengan Datuk Dr. Zulkifli. Hadif ni kalau lama tak jumpa Dr. Zul dia bukannya boleh. Sebenarnya dia demam dari hari Sabtu hari tu, dah bawak pi klinik dan demamnya lambat betul kebahnya. Dan, paling merisaukan, pagi semalam dia bangun tidur dia mengesot tak boleh jalan. Tak ke haru jadinya. Saya ni sampai meleleh-leleh air mata risau. Mujurlah Dr. Zul kata tak ada apa-apa, cuma kesan infection dari demam dia, Alhamdulillah hari ni dah boleh berlari pun. Jadi semalam, lepas balik dari Hospital, kami tiga beranak pengsan. hahahha. Bangun je hubby ajak ke Bukit Tinggi Klang, berbuka di Kenny Rogers. Ini pun nak melayan anak dia nak makan macaroni cheese la sebenarnya. Tapi Hadif makan tak habis pun. Tak ada selera agaknya.

Waktu sahur pula saya makan nasi, dan hubby pula ikut selera dia. Ada masa layan roti john aje. Makin kuruslah hubby saya tu. Ada satu pagi tu, dek kerana keletihan menjaga Hadif yang tengah demam panas, kami terlajak tak bersahur. Dan, alhamdulillah, saya masih terus berpuasa dan setakat hari ini masih belum tinggal puasa lagi. Mudah-mudahan Allah beri saya kekuatan disepanjang Ramadhan ini.

Itulah kisah kami setakat 10 hari berpuasa. Malam ni hubby dah nak balik Kerteh, tinggallah kami dua beranak. Insyaallah seminggu nak raya hubby balik..yeay... :)

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Kareem

Selamat Menyambut ketibaan Ramadhan yang mulia. Yang dinanti-nanti, yang sentiasa dirindui. Alhamdulillah, hari ini hari kedua kita berpuasa dan alhamdulillah, untuk saya yang sedang pregnant 22 minggu ini, masih lagi penuh puasa, cumanya semalam sedikit melepek dan sakit kepala. Hari ni dah rasa segar walaupun saki baki demam masih ada. Moga-moga dipermudahkan untuk saya menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Amin.

buah hati pengarang jantung saya...sekarang janganlah marah dia, confirm merajuk tak ingat dunia...hahaha

Kami sekeluarga bersahur dengan nasi goreng pada hari pertama. Kesian tengok hubby dan Hadif yang lemah lembut sahaja nak menghabiskan nasi goreng tu..hahahha. Hadif sepanjang di sekolah masih berpuasa, tetapi bila balik sahaja ke rumah dah minta makan dengan babah. Bila saya tanya kenapa tak puasa; jawapannya "kat sekolah saya puasa mama, tapi kat rumah saya lapar" hahahah. Tak dapat nak nolong. Saya tak paksa dia, setakat mana yang dia larat. Sekurang-kurangnya hari pertama dia bertahan sampai pukul 1 petang. Dan untuk sahur pagi tadi, saya dan hubby makan dulu, lepas tu siap letakkan nasi dalam pinggan, airnya bawa naik ke bilik...hai anak..punyalah nak pujuk suruh berpuasa...siap hadif tanya...macam kat hotel je...hahahah. Harap-harap hari ni lama sikit dia boleh bertahan dari semalam.

Semalam sempat menjengah Bazar Ramadhan yang berdekatan dengan rumah, tetapi tak ada pun yang buat saya teringin nak membeli, so hari ini no more Bazar Ramadhan, makan aje apa yang ada di rumah. Bak kata hubby saya "berpuasa melatih kita melawan nafsu, kalau ikutkan selera dan rambang mata di Bazar Ramadhan, bilanya nak menjiwai erti puasa yang sebenar?" betul tak?

Gambar tidak ada kena mengena dengan puasa, gambar ibu mengandung 22 minggu...yang tembam amat..hahahhaha. Minggu lepas demam, turun 1kg, lepas demam ni puasa, tak tau la turun atau naik berat, tapi setakat mengandung 5 bulan ni baru naik 1.5kg; bimbang juga naik terlampau banyak, bukan baby yang besar..mama yang godang..hahahah.


konvo adik, tapi saya pun dapat bunga dari hubby...lomantik lorr. hubby bukan jenis yg bagi2 bunga ni, last bagi bunga masa saya merajuk time baru-baru kawin dulu..kehkehkeh



yang ni tak tau awatnya hubby feeling sangat hahahaha. psst: ira, sila jgn jeles ok...

Me, my self at 22 week of pregnancy :)

Bunga untuk Mak Lang, Hadif tolong bawak je, tu uncle yang beli...sayaaaang uncle kat Mak Lang yek..

Gambar-gambar semua ini adalah semasa Konvo adik perempuan saya yang Hadif panggil Mak Lang. Alhamdulillah Mak Lang Hadif grad kejuruteraan pembuatan dan saya bangga dengan adik saya ini walaupun dia seorang yang eleh. hahahah. Sepanjang tempoh dia belajar, saya terpaksa menadah telinga mendengar keluh kesah tentang kepayahan dia belajar bidang kejuruteraan, tapi yang peliknya, bila exam cemerlang pulak. Hadif sangat anti dgn Mak Lang dia ni sebab Mak Lang dia sangatlah suka menyakat. Tetapi, dalam anti tu ada sayang juga sayang tengok..hahahah. Apa pun, tahniah kepada Mak Lang Hadif, lepas ni bila dah bergelar Engineer jangan lupa belanja Hadif dan mama okeh..

Kami sekeluarga, tengoklah Hadif tu..payah sungguh nak suruh bergambar..

Keluarga Opah & Atuk :) Lepas konvo mak lang kami berehat di Ilham Resort PD..semua ada, seronok...



Last but not least, gambar Mak Long bersama Najmi Ilham aka Jimmy yang sentiasa buat Mak Long gerammmm grrrr...

Tuesday, July 27, 2010

Abang Hadif

6 Hari berlalu. Kami berdua beranak yang ditinggalkan babah kerana mencari rezeki. Rindu? mestilah rindu, bukan sahaja anaknya, emaknya juga rindu. Semenjak mengandung ni hubby banyak membantu. Bila orang yang sentiasa membantu tidak ada, bermakna saya harus melakukan semua perkara sendiri. Mungkin nampak mudah menguruskan hanya seorang anak. Tetapi tidak semudah mata memandang. Tambahan dengan situasi diri yang sedang mengandung. Ada masa rasa letih dan lesu buat saya cepat stress. Walau bagaimana, lepas tarik nafas dan lepas, kembali menjalankan tugas.

Hadif semakin menuntut perhatian. Ramai yang tidak tahu, buah hati saya itu sebenarnya adalah seorang yang mempunyai masalah Dyslexia. Mungkin tidak seserius mana, tetapi menjadi masalah bila dia membaca dan mengeja. Ada masa, ujian ejaannya betul semua kerana tidak ada perkataan b, d, p atau q. Sebaliknya jika ada huruf-huruf b, d p atau q, ejaannya akan jadi terbalik. "orang yang mempunyai dyslexia mempunyai masalah di arcuate fasciculus (bahagian dalam otak yang menghubungkan dua bahagian yang terlibat dengan language input dan language output)."

Mengajar Hadif memerlukan kesabaran yang tinggi. Melihat dia yang tak cepat berputus asa menambahkan lagi kekuatan diri saya. Selalunya, bila selesai ujian ejaan, Hadif akan tanya saya "saya salah satu, mama marah tak?" dan saya akan jawab "tak apa, nanti kita buat pembetulan" Anak bujang saya itu sudah ke kelas tuisyen. Mungkin bagi sesetengah orang, rasa tidak wajar anak yang baru berusia 6 tahun ini terpaksa melalui proses pembelajaran yang begitu ketat. Pada saya, biarlah kami; hubby, saya dan Hadif bersusah-susah dahulu, asalkan hasilnya nanti memberikan manafaat buat Hadif. Selalunya kami berdua beranak akan membuat sedikit sesi membaca sebelum tidur. Alhamdulillah, nampak keberkesanan dari usaha-usaha yang telah kami lakukan. Misalnya ujian mid term hari tu, untuk Bahasa Malaysia, Hadif dapat 96. Saya sangat-sangat terkejut kerana di awal sessi persekolahan, Teacher dia mengadu yang dia tidak focus pada pembelajaran. Matematik pun dia buat saya bangga, kerana walaupun penat baru balik dari Bandung, dan kena buat sendiri, dia dapat 95 markah, dan teacher Micheal siap nak kasi hadiah pada dia. Untuk English dia dapat 93 dan macam biasa yang salahnya bila bertemu huruf-huruf yang empat itu!

Saya sudah pun berhubung dengan Pusat Kegiatan Dyslexia dan insyaallah, jika diizinkan Allah, saya bercadang nak masukkan Hadif ke kelas untuk kanak-kanak Dyslexia. Saya tidak mahu dia merasa rendah diri dengan kekurangan diri dia. Bak kata hubby, ramai cerdik pandai yang asalnya dyslexia. Contoh utama adalah Enstein. :)


Itu cerita tentang Dyslexia. Ini cerita tentang Abang Hadif pula. Semenjak dua menjak ini, perangai manja dan sensitif anak bujang saya sangat menjadi-jadi. Hari tu dia tanya saya "mama, mama sayang saya ke sayang Raisa?" hahahah. Suka-suka dia panggil adik dia Raisa. Itu kalau good mood, kalau mood dia tak baik, dia panggil Latha..hahahah. Saya tanya dia balik "Hadif sayang mama ke sayang babah?" Laju je dia jawab "sayang mama dgn babah lah." "Macam tu la juga dengan mama, mama pun sayang Hadif dan Adik lah, sayang dua- dua." Baru la dia senyap sikit. Tidur malam pun nak berkepit je dengan mama, nak peluklah, nak sayang lah, ada masa tu, sedar-sedar dia tarik tangan saya, dia pegang je tangan mama dia ni...aduhai anak... dia rasa bimbang agaknya kalau ada adik nanti kasih sayang mama pada dia beralih arah. Hadif, tak kira apa pun, Hadif tetap No. 1 di hati mama.... (sob..sob... huaaa..)

Wednesday, July 14, 2010

Cerita 3 dalam 1

Lamanya blog ini dibiar bersawang. Kalau tak kerana sibuk, kerana malas. hahahaha. Sejak mengandung ni saya malas pegang laptop. Hubby pun dok perli2...ye la, member penat2 belikan tapi sudahnya dia jugak yang menggodeknya. Yang saya tahu, bila penat saya nak cepat2 baring dan tidur. Alhamdulillah pregnant kali ini tak ada rasa loya-loya, tak ada cuti 2 bulan tak bergaji dan paling ketara, saya ceria sahaja. Hubby kata "adik" ni nanti kuat berjalan dan kuat tidur..kekekeke. Tak pe, janji sihat. Bahagian masing-masing bila mengandung; berbeza-beza kan. Masa Hadif saya tak boleh nak makan apa, memanjang je muntah. Lembik longlai. Alhamdulillah, kali ini berbeza. Cumanya cepat letih dan mulut rasa payau. Biasanya saya kemam kismis dalam mulut. Satu perkara lagi, saya sangat suka minum air oren. Takat peel fresh tu, sekotak besar sehari pun boleh. Kalau tak dapat air oren sehari, lemah gemalai je jadinya.

Minggu sudah merupakan minggu yang sangat sibuk. Mula-mula kisah abang Hadif yang tersepit telinga sehingga pecah tulang rawan. Tak pasal-pasal masuk dewan bedah malam-malam. Hero sungguh anak saya tu sebab merengek sikit je, tak de pun menangis meraung-raung. Mama dia yang menangis teresak-esak...gambar telinga Hadif nanti saya tepek ye, tak bawa cable nak transfer.

Di airport Changi, nak naik sky train nak ke Terminal 2

berpossing wajib di luar Universal Studio

Lepas kisah Hadif, saya dan hubby ke Singapura. Hadif kena tinggal pasal ini trip "halimun" babah dan mama...hahahah. Kisahnya hubby book tiket masa tu tak tahu saya dah pregnant. Jadi, perempuan pregnant 5 bulan ni pun belasah aje la berjalan menjelajah Universal Studio dan mengukur Orchard Road. Insyaallah akan ke Universal Studio lagi nak bawak Hadif pulak. Bising mulut dia bertanya kenapa tak bawak dia..kenapa dia kena tinggal di rumah opah. hahahah. Nama pun Honeymoon trip kan..hahahah. Tapikan, sebab tak bawak anak, kepala otak ni dok teringat kan dia je, nak beli barang pun dok fikir nak beli untuk dia je...hahahah.



Seharian juga kami di Universal Studio. Ada beberapa tempat yang ibu mengandung tak dibenarkan join. Hubby ajelah yang join sampai meleleh air mata..hahaha. Kalau nak ke Universal Studio di hujung minggu, make sure beli online tiket. Kalau tidak jadilah seperti gambar di bawah. Boleh tengok sahaja tak boleh masuk. Harga tiket SD72. Nak ke Sentosa Island ni kena bayar tiket train SD3.


Keesokkan hari memang kami dah plan nak mengukur Orchad Road. Banyak sungguh shopping kompleks disepanjang jalan tapi tak pergi pun semua. Pilih-pilih sahaja. Kaki ibu mengandung ni dah sakit sebenarnya..hahahah. Terima Kasih kepada hubby sebab belanja saya handbag di Takashimaya. Dah lama dok aim akhirnya impian jadi kenyataan.

mood yang baik utk shopping...mana tidaknya, rambang mata tengok Prada lah, Gucci la, LV la..jamu mata aje la...tapi...towards the end hubby belanja saya juga... :)


saya dapat ini dari hubby...senyum sampai ke telinga...kehkehkeh

Sampai aje di Shah Alam terus book spa. Urut kaki. Amik, jalan sangatkan. Keesokkan hari appointment Hadif di KPJ Selangor, nak buka jahitan telinga dia. Alhamdulillah telinga dia dah ok. Lepas tu terus ikut hubby ke Kerteh. Dia ada course 2 hari di sana...hahahah tak ke namanya berjalan lagi? Tapi saya dok di hotel aje, tidur dan rehat. Bila hubby call tanya tengah buat apa, jawapannya "tidur" hahahaha.

Hari ni rutin dah kembali seperti biasa. Hadif pun dah ke sekolah balik setelah cuti panjang. Semoga Allah beri kesihatan yang baik pada saya disepanjang tempoh pregnancy ini. Doktor Yeen pun tak pesan tak boleh penat-penat. Kena rehat banyak-banyak....tapi kengkadang lupa jugak...hahahah.

Monday, June 28, 2010

Trip to Bandung 2010


Kalau tahun lepas kami ke Jakarta dulu, tahun ini terus ke Bandung. Kalau tahun lepas hanya bertiga beranak, tahun ini disertai oleh rakan keluarga. 4 Dewasa, 3 kanak-kanak, plus baby dalam perut. Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar.

Hari Pertama


possing ala2 ultraman...memang tak dapat dipisahkan dari budak berdua ni




Hari pertama sampai memang awal, maklumlah penerbangan pukul 9.40 pagi waktu Malaysia, sampai di Bandung, waktunya lewat 1 jam dari kita. Sampai-sampai minta bapak supir bawak pi makan tengahari. Destinasi makan tengahari di hari pertama adalah di Sunda Kelapa. Makanannya boleh tahan, harga pun ok.


makan tengahari...perut dah lapar...laju aje la makan..hihihi


Lepas kenyang perut suka hati, kami terus ke Hotel. Nama hotelnya Hotel Sukajadi, di jalan Sukajadi. Bilik pun tak siap lagi, jadi pak supir terus ajak kami meninjau Factory Oulet di sekitar Bandung. Hari pertama sudah berhabis uwang ke Factory Oulet. Saya tak beli apa pun, cuma borong baju tidur dan baju untuk Hadif. Memang tak bawa banyak baju dia pun, plan nak beli sahaja. Kata jutawan kan? hahahhaa.


Balik semula ke hotel untuk check in dan memberi laluan kepada anak-anak yang mahu berkubang di swimming pool. Masuk-masuk bilik hati saya sudah meradang. Dah la pintu toilet rosak, freezer tak de, serba serbi tak de. Tanya Zura, bilik dia ok aje. Jadinya, malam masa nak keluar makan malam tu saya cakap dgn staff situ saya nak tukar bilik. Tak kira. Kira Hotel sukajadi yang tak berapa nak suka la jadinya.


ni amik gambar siang, bukan malam ye pasal yang malam pertama lupa nak ambil gambar, dua kali pi makan kat sini

Malam pertama kami makan di Restoran Masakan Padang. Perut dah lapar, laju aje makan nasi. Lepas makan terus ke Chempelas Road, meninjau kawasan. Saya kurang berminat kalau di situ kerana penjaja-penjajanya begitu tegar memaksa kita membeli barangan yang dijual.

Malam pertama di Bandung saya dan hubby tak boleh lelap. Lepas bersembang, sambung sembang, jeles tengok Hadif yang nyenyak tidur.

Hari Kedua

bergambar sebelum turun breakfast :)

Selepas sarapan pagi, kami terus ke Ciwidey. Perjalanan yang memakan masa lebih 2 jam ternyata berbaloi-baloi.

Perjalanan yang tak menjemukan...


yang ini pasti tak pernah kita jumpa di Malaysia...dalam bakul tu budak2 dok duduk...

Sampai di jalan masuk menuju ke Kawah putih. Dari sini lebih kurang 1/2 lagi perjalanan sampai ke puncak...
Fav. Shamil, anak Mat Lan, murah betul, terperanjat saya bila tahu harganya cuma RM5.50 kalau kat sini? mana dapat dong...

Sempat berhenti untuk menaiki kereta kuda yang dipangil "delman" orang orang di ciwidey. Bayarannya cuma 1000 rupian untuk setiap orang. Murah sungguh. Saya pun terlupa yang diri mengandung naik juga kereta kuda..hahahha. Nasib hubby sedar yang isteri dia ni mengandung, laju je dia suruh kete kuda tu berhenti. hahahha.

Muka happy dapat naik "delman"

Sampai di kawah putih, kebetulan tengah berkabus. Subhanallah..cantiknya pemandangan. Ramai pelawat yang datang dari serata ceruk Indonesia rupanya. Rasa tenang sedikit kalau di sini kerana tidak ada penjaja yang mengikut kita.

bau sulfur yang kuat buat saya sesak nafas...huh..not good..not good...hahahaha

kami sekeluarga, termasuk "adik" :)

anak bujang yang ligat, tapi kali ni dia dah besar, tak banyak kerenah melainkan permintaan nak toys...adoi..


Selepas itu kami terus ke Tasik Petengan. Tasik yang kononnya ada mitos tentang sejarah pertemuan puteri Sunda dgn cinta hatinya. Kami naik sampan kayuh dengan harga 200 ribu rupiah. Seronok sungguh dapat menikmati pemandangan di sini. Rasa nyaman dan tenang. Sekali lagi ibu mengandung yang tak sedar diri sibuk nak naik sampan. hahahhaha. Selepas makan tengahari, terus turun ke Simbaduyot. Tempat barangan-barangan kulit. Hubby sempat beli jaket kulit dan tali pinggan sekitar RM250. Malam tu ada orang tidur dgn jaket kulit. hahahhaha.

tengoklah tukang dayung ke 2 tu, bukan main gigih mendayung..kehkehkeh


Menurut sejarah Sunda, tasik ini adalah tempat bertemuan dewa mereka, seorang dari pulau kecil itu, dan seorang dari batu Cinta.

Sempat beli kain sulam untuk diri sendiri yang rasanya lepas bersalin nanti baru boleh hantar tempah lepas itu terus menjejaki factory oulet lagi. Rasanya Rumah Mode pilihan dah tak macam tahun lepas. Makan malam kami pada malam kedua adalah di Pa' Chi Met Ikan Bakar.

Hari Ketiga

Hari ketiga adalah hari shopping2 sedunia. Mula-mula kami ke pasar baru, cari kain ela. Oleh kerana dah ada pengalaman, terus sahaja tuju kedai yang kami dah sampai tahun lepas. Memang murah gile kain-kain yang dapat ditawar di D'Square yang terletak di lantai 2. Pilih punya pilih, hampir 2 juta rupiah juga habis kat situ..hahahah. Sempat beli kain baju melayu hubby dan Hadif, dan beberapa pasang baju untuk diri sendiri (ntah bila nak tempah, rasanya lepas bersalin la kot) dan untuk keluarga sikit. Tak lama pun membeli belah di pasar baru, terus suruh wawan hantar ke FO. Kasi chance pada mat lan dan Zura nak shopping. Semasa di FO ni, saya langsung tak de beli apa2. Memang tak ada yang menarik hati saya, tetapi hubby dan Hadif syok la..hahahha.

Sempat ke FO Anak Kecil yang memang banyak pilihan untuk baju anak-anak perempuan. Comel sungguh sampai saya tak tahan beli juga dua tiga set baju "adik". Hubby tanya, sekali yang keluarnya boy, cam ne? saya kata "kita kasi la kat orang yg dapat baby girl" no heart feeling..hahahhaha.

Malam tu kami makan di Restoran Raja Melayu. Makan gulai Ayam, kari kambing, sayur, air baru RM57.00 murah kan? Sudahlah Restorannya yang cantik, bersih..memang berbaloi makan di situ.

Hari Keempat.

Selepas sarapan sempat ke kedai handbag DIAZ. Cuma Zura yang beli lagi 2 buah handbag, saya pulak teremosi di situ..keh keh keh. Mengandung kali ni saya punya kestabilan emosi sangat ke laut. Kalau hubby tercakap tinggi suara sikit pun air mata dan meleleh-leleh tak boleh berhenti. Kalau hubby marah Hadif pun saya yang menangis...hahahah. jiwang sungguh mengandung kali ini. Jadi terlebih sensitif. Tapi bila saya baca buku 40 minggu nan indah keluaran Karangraf, memang ada tulis, perasaan ibu mengandung ini emosinya tidak stabil, ada masa jadi murung, ada masa gembira, ada masa sedih. Suami perlu memainkan peranan dan memahami di situ. So, hubby dearie, please take note, bukannya lama sangat nak kena layan isteri awak ni manja-manja, lagi 5 bulan aje. hahahhaa.

Lepas drama sebabak di DIAZ, terus ke kedai Amanda Brownies dan Kedai Kek Kartikasari. Lepas itu kami terus ke Airport. Ha, amik, duduk kat airport 2 jam...kehkehkeh. Kalau kak yatie menggemari nasi lemak dalam penerbangan MAS, saya juga jatuh hati dgn Nasi Lemak dalam AA hari tu...memang sedap. Teringat-ingat lagi aroma rendang ayamnya.

Sampai Malaysia lebih kurang pukul 3 petang waktu Malaysia. Kami ambil teksi terus balik ke rumah. Saya tidur tak ingat dunia bila sampai ke rumah. Qada' tidur yang tak cukup bila di Bandung. Keesokkan hari ibu mengandung sudah demam, hahahhaha.

Kesimpulannya, sangat gembira dan seronok dapat bercuti ke Bandung kali ini. Bukan kerana bershopping, tetapi kerana dapat menghabiskan masa melihat pemandangan yang cantik disepanjang perjalanan ke Ciwidey. Dapat naik kereta kuda, dapat naik sampan..semuanya menjadikan percutian kali ini percutian yang terindah. Terima kasih kepada hubby untuk percutian ini, dan tak sabar nak sambung jalan-jalan lagi 2 minggu. Mudah-mudahan Allah beri kesihatan yang baik buat saya dan kandungan. Tiket dah beli, tak kan nak batalkan pulak. Itu pun terpaksa lupakan percutian ke Ho Chi Minh pada bulan Oktober nanti..tak pe, janji "adik" sihat dan selamat, dah cukup membahagiakan saya. trip ke Vietnam boleh pergi lepas bersalin, betul tak babah Hadif?

p/s: saya pergi jadi jutawan, balik pun masih jutawan kerana masih ada hampir 2 juta rupiah saya tak habis guna, memang tak de mood nak bershopping la pregnant kali ni...hahahah
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!