Wednesday, November 18, 2009

Peperiksaan dan kenangan


life is great, anda bagaimana?

Semasa dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi, saya sempat mendengar hot fm. Selalunya saya tak statik pada satu saluran radio, ada masa saya nak dengar sinar (kak shilla dok gelak kata tak boleh belah dengar lagu2 lama yang jiwang..hahaha), ada masa saya dengar Era, dan selebihnya dengar saluran Hot fm. Hari ni topik tentang peperiksaan dan pengalaman menduduki peperiksaan.

Tersenyum sendiri saya bila teringat kenangan semasa menduduki peperiksaan. Semasa saya di zaman persekolahan, ada beberapa pengalaman yang tak mungkin saya lupakan. Ada masa, hati saya berdetik, kalaulah saya tak maafkan apa yang insan2 ini lakukan pada saya, bagaimana nanti ye? adakah kami akan dipertemukan diakhirat dan masa itulah mereka2 ini akan merayu2 meminta maaf kepada saya? Tak baikkan berfikiran begitu, tetapi apabila melewati kenangan2 lalu, hati saya jadi sayu. Memanglah pada masa itu akal dan pemikiran mereka2 itu tak matang dan tak berfikir panjang apabila bertindak mahupun berfikir. Itu kalau dikalangan kawan2. Bagaimana jika yang melakukan itu seorang guru?

Semasa saya di tingkatan 4, (tinggal di hostel) saya pernah jadi mangsa "bahan cari pasal" oleh seorang guru. Semasa ini dia menjadi warden. Biasalah zaman muda2, zaman ada peminat, zaman cinta monyet...salahkan saya apabila ada orang nak berkawan dengan kita? salahkan saya apabila ada orang minat pada kita? Siap keluarkan arahan, jika keputusan peperiksaan menurun, kami akan didenda mencuci tandas, keputusan peperiksaan akan ditampal di papan kenyataan di sekolah. Apa relatednya keputusan budak asrama ditepek di papan kenyataan sekolah kalau tidak bukan untuk memalukan pelajar, betul tak?

Semasa arahan itu dikeluarkan, saya mengambil keputusan untuk menerimanya secara positif. Saya mulakan langkah untuk belajar bersungguh2 dan melupakan "honeymoon year" untuk diri saya. Bersengkang mata mengulangkaji dan memang dalam hati saya bertekad akan membuktikan pada guru tersebut yang saya bukan seperti yang dia kata. Alhamdulillah, semasa peperiksaan bulanan saya berjaya meletakkan diri saya ditempat yang "baik" berbanding dengan rakan2 sebaya di asraman. Ada dikalangan rakan2 yang keputusannya gagal, maklumlah semasa ditingkatan 3 sistem grednya berbeza, masuk tingkatan 4 sistem pengiraan grednya berbeza. Kad kemajuan pelajar2 asrama akan di ambil oleh warden. Dan diwaktu itu, saya pandang wajah guru itu, mahu melihat reaksi wajahnya menerima keputusan saya. Pelik sungguh kerana dia memandang kad laporan saya tanpa ekspressi wajah. Nampak sangat di dalam hatinya sengaja hendak mencari kelemahan saya. Lebih cenderung kepada serangan peribadi. Adakala saya menangis sendiri, wajarkan seorang yang bergelar guru memperlakukan pelajarnya sebegitu. Apa salah saya kepada dirinya. Salahnya cuma saya berkawan dengan salah seorang pelajar yang popular di sekolah. Pelajar yang menjadi kebanggaan guru2. Kalau nak dikira, waktu itu, saya sangatlah low profile. Tidak pernah menggedik2.

Semasa di hostel saya merupakan biro akademik. Semua laporan ujian pelajar akan dihantar kepada saya untuk saya rekod dan untuk ditampal dipapan kenyataan sekolah. Pelik sungguh, pada masa itu, hanya saya sahaja yang berjaya mendapat 26 aggregat, yang lain kalau tidak pangkat 3 terus SAP. Apabila saya sudah menyiapkan laporan, saya hantar kepada guru tersebut, dan apabila melihat pelajar2 yang rapat dengannya mendapat keputusan yang teruk, boleh pula dia kata tak perlu ditampal dipapan kenyataan. Tunggu lagi satu ujian bulanan. Dan, paling sedih, dia siap cakap begini "kalau pun awak dapat keputusan elok, saya nak tengok ujian selepas ini, kalau menurun keputusan awak, siaplah awak." Bukankah itu mencari kesalahan dan kekurangan saya sahaja?

Dan, sejak itu, saya tidak pernah menoleh ke belakang. Setiap ujian bulanan, alhamdulillah keputusannya akan lebih baik dari yang sebelumnya. Dan, paling membuatkan saya kuat, apabila masuk tingkatan lima, saya tidak pernah gagal mendapat aggregat yang baik, masih saya ingat sewaktu guru tingkatan saya, Puan Azlina Rabu mengumumkan kepada kelas bahawa saya pelajar yang mendapat keputusan terbaik didalam tingkatan dan saya seorang sahaja yang mendapat gred 1 sewaktu percubaan SPM. Waktu itu, saya lihat dikalangan mereka2 yang sentiasa mencemuh saya, mencari pasal dengan saya dan menghina saya hanya menundukkan wajah.

Waktu itu, didalam hati saya hanya ada satu azam. Saya ingin buktikan bahawa mereka-mereka yang menghina (termasuk guru itu) saya bukan seperti yang mereka katakan. Bukan semua guru atau rakan-rakan pelajar yang melayan saya dgn buruk. Ustaz Zaidi yang mengajar agama misalnya, sentiasa memberi dorongan, beliau juga yang mengilap bakat saya dalam bidang syarahan agama dan forum. Selepas ustaz beri saya peluang, barulah ada guru yang datang dan memujuk saya untuk menyertai pertandingan perbahasan. Kalau dulu, kewujudan saya pun mereka tak tahu!

Sewaktu mengambil keputusan SPM, sebelum keputusan diserahkan saya sempat bertemu dgn Puan Azlina, dan beliau dengan penuh keibuan memeluk saya "azila dapat gred satu...azila dapat gred satu, tahniah..." Waktu itu, saya tidak nampak pun kawan-kawan sekelas yang sentiasa mencemuh saya. Rupanya mereka sendiri tidak berani hendak mengambil keputusan sendiri. Kalau kita sudah berusaha, mengapa pula takut untuk melihat hasilnya, betul tak? Pada saya, semua yang saya terima merupakan rezeki dari Allah. Dan, mungkin juga Allah mahu menunjukkan kepada guru itu, bahawa tanggapan dirinya itu tidak benar. Bukan dia yang menentukan berjaya gagalnya saya. Dan, sehingga kini, saya masih belum mampu melupakan apa yang telah dia lakukan kepada saya, walaupun sudah puas saya berdoa semoga Allah melembutkan hati saya.

Walau apa pun, saya sangat2 bersyukur dengan kehidupan yang telah Allah rencanakan untuk saya. Walaupun suatu masa dahulu ada rakan-rakan yang perlakuannya sangat mengguris perasaan, tetapi ada dikalangannya yang apabila kami bertemu semula sekarang, datang meminta maaf diatas layanan buruknya kepada saya, dan saya dengan senang hati memaafkan kerana manusia mana yang tidak melakukan kesilapan, tambahan lagi waktu itu usia pun masih mentah. Cuma, saya tidak mampu melupakan wajah guru yang pernah menghina saya, kerana dialah saya mampu mengharungi kehidupan ini dengan penuh kesabaran dan kekuatan. Dengarnya guru itu tidak mengajar lagi, sudah bertugas dibahagian kementerian.

Fuh..panjang giler luahan perasaan saya hari ini. Dari topik peperiksaan melalut kepada soal hati dan perasaan. Tetapi masih lagi tidak keluar dari tajuk. Tajuknya, Peperiksaan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan peperiksaan..hahahaha. Sebenarnya mata saya berair ketika menaip entry ini. Walaupun kenangan itu sudah lama berlalu, tetapi ternyata saya belum mampu memadamkannya dari lipatan ingatan hidup saya. Semoga anak saya tidak perlu melalui mengalaman seperti yang saya lalui ini...Semoga Allah permudahkan urusan hidup anak saya, dan semoga anak saya tidak perlu berhadapan dengan orang-orang yang mempunyai hasad dan khianat dalam hati mereka. Amin.

Monday, November 16, 2009

An Evening of Lite Rock at Hotel Istana

Lagi beberapa hari menjelang Annual Dinner boss minta saya jadi usherette untuk VIP. Mula la dalam perut tu macam ada banyak rama-rama berterbangan. Maklum sahajalah, bila nak kena sambut VIP tak kan pula saya nak pakai jeans dan T-shirt sahaja seperti yang saya plan sebelum ni. Mujur hubby sporting bawak saya pi cari baju walaupun dah last minute..hahahaha. Overall oklah dinner kali ini kalau nak dibandingkan dengan yang lepas2.. :)

Hanya ini yang sempat disnap, lepas tu makan..makan dan makan..


bergambar dengan Mat Rock pujaan hati saya..hahahhaha

Che Din, Abang Usop & Kak Shilla. Malam tu, kak shilla yang make up kan saya. Che Din kata, barulah dapat tengok saya dan kak shilla make up. hahaha. Memang saya jarang bermake up pi opis, kalau ada certain occassion je saya tepek bedak kat muka. hahahaha

Diva2 Rock..kecuali sayalah...saya simple yang amat. Ye la, seronok2 jugak, tapi apa yang patut di jaga, kenalah jaga. Hubby kat sebelah tolong daring ...lalalalalala..


See...very simplekan..tak nampak pun cam make up...hahahah. Tapi ada certain gambar tu nampak jugak, nasib saya tak fengsan tengok wajah sendiri..hihihihi

With Kak Shilla yang ramai kata kami cam adik beradik...ye, adik beradik sepusat sepusing, mak bapak lain2 yek... :)

Abang Man Kidal yang diminati ramai...

Aizat yang cute...saya minat Aizat ok. hahahha

Peeewwwwit... Amy Search yang best... :)

Sekian, cerita memang tak ada. Saya kena bertugas, jadi banyak conversation dengan Datin dari dengan kawan-kawan. hahahahha. Cemas ok. Tapi mujurlah Datin-Datin dan BODs yang datang sangat2 down to earth. Lega sikit. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang menyatakan bahawa saya sudah kurus sedikit. Walaupun tak dapat saya nak belanja, tetapi saya terpaksa mengakui, memang ada sedikit penurunan dari segi berat badan, tetapi tak dapat nak dikongsi lagi, sehingga saya benar2 mencapai berat badan yang ideal. Sekarang masih lagi obesiti. hahahahah. Gambar-gambar lain boleh dilihat di Muka Buku saya.

Friday, November 13, 2009

Selamat Berhujung minggu...

Sekejap sahaja sudah hari Jumaat.

Lately ni jarang ada masa dapat update blog. Kat opis pun sibuk memanjang. Year End kan, kerja memang tengah banyak, tambahan pulak esok ada company annual dinner di Hotel Istana. Temanya Lite Rock. hahahah. Garu kepala saya bila tau temanya dan bertambah senak perut bila semalam boss bgtau saya kena jadi usherette untuk VIP. Apalah yang nak saya gayakan bila temanya berkisar tentang rock? adoilah.

Dah la saya ni jenis kalau ke ofis pun tak bermake up. Pakai lipstik pun ikut mood. No wonder la alat solek saya selalunya akan tamat tarikh luput, dan dibuang begitu sahaja. Beli untuk certain occasion, pas tu terbiar sejuk..hahhaha. Padan la dengan muka saya, bila nak pi dinner, mengelabah...tak tau nak pakai make up. hahhahaha.

Apapun, kalau ada gambar nanti, saya akan upload gambar mama rock esok malam yek..hahahahah. Gila kentang sungguh, kalau badan tu ramping boleh la bergaya sakan..ini...hahaha.


Ini pula cerita anak bujang saya. Hadif dah tak hisap botol. Dah berjaya minum dalam cawan. Alhamdulillah senang aje nak train dia. Tak de la merengek bagai... buat aje dalam cawan, dia minum. Saya pula rasa sedih. Terasa cepat dia membesar. Botol2 dia yang banyak tu akan saya lenyapkan dari pandangan. hihihi kes takut dia cari dan nak berbotol semula. Berhenti hisap botol, tapi tak berhenti minum susu. Selalu masyarakat kita ni berhentikan anak minum botol dan minum susu sekali gus. Suruh anak minum air sirap atau air teh. Jimat belanja. Tak setuju betul saya dengan pernyataan begitu. Hadif kena minum susu sampai bila-bila.

Insyaallah bulan 1 tahun depan Hadif dah 6 tahun. Rasanya macam baru sahaja saya mengandungkan dan melahirkan dia. Syukur pada Allah kerana mengurniakan anak yang menyenangkan buat saya dan suami. Biasalah budak-budak, ada jugak masanya hilang sabar juga dengan kerenahnya, tetapi masih boleh diterima pakai. Dari zaman ligat, dan sekarang, dah boleh bawa diri sendiri. Walaupun umur Hadif baru 5 tahun, tetapi dah boleh berdikari. Kalau nak pi sekolah siapkan diri sendiri. Walaupun hanya dia seorang anak kami, kami tak mahu dia membesar seperti anak ku Sazali. Mak saya kata saya garang dengan anak. Hubby pun sama. Tetapi Hadif tetap manja dengan kami. Pada saya bukan garang, tapi tegas. Muhammad Hadif membesar mengikut acuan kami.

oh, bila bercerita tentang Hadif, terus jadi rindu. hahahah. Selamat berhujung minggu semua.

* Tetiba juga hati saya jadi sayu...saya rindu pada Ayu...semoga sahabat saya itu segera sembuh... Ya Allah...berilah kekuatan dan kesabaran buat Ayu mengharungi dugaan Mu...amin.

Tuesday, November 10, 2009

Cerita tentang sesuatu yang tertangguh

Lama tak update. Banyak cerita tetapi dah basi. hahahah. Siap ada komen kat facebook saya yang ditulis orang budak kurang kaseh sayang...lama ek along dah tak update blog. Sibuk, dan tambahan saya kurang sihat. Semalam MC. Selalu saya elak sangat MC di hari Isnin, tetapi semalam memang tak berdaya. Doktor kata saya penat sangat. Tambahan sinus datang menyerang.

Seharian duduk di rumah, saya habiskan dengan tidur. Best rupanya tidur siang ni..hahahha. Selalu kalau hari cuti, bila Hadif dan babahnya tidur petang, saya jenuh nak melelapkan mata, tak maunya lelap. Tapi semalam, tak payah tunggu petang, tengahari lagi saya dah lena...hahahha.

Mengikut kata Puan Nani, semalam Hadif ada assestment. Kira exam akhir tahun la tu. Semoga Hadif boleh jawab dengan jayanya. Masa di kampung, sempat juga kami buat revision sama-sama. Puan Nani kata jangan pressure anak. Biar dia enjoy. Tetapi hati seorang ibu kan, tetap ada risau dan mengharapkan anak dapat yang terbaik. Hello, anak awak tu baru 5 tahun okeh. hahahhaha.

Semalam, saya sempat mengisi masa yang terluang dengan menyiapkan puzzle kapal ini. Murah sahaja, saya beli ke kedai RM5 di Giant Putra Height. Seronok buat benda ini. Selagi tak siap, selagi itu tak bergerak. Bila dah siap, saya beri pada Hadif. Sejuk Hadif bila dia cakap " congratulations mama, u are the winner!" kakakakkaka. Pas tu dok cakap "terima kasih mama, sebab buatkan kapal ni untuk saya..." Nanti nak beli lagi la, nak buat lagi. Dapat membantu saya mengurangkan rasa stress sebenarnya disamping memupuk rasa supaya bersabar, dan ada keyakinan diri. Cewah, macam susah benar nak buatkan, tetapi percayalah, cuba buat sendiri, baru kita tahu sama ada diri kita ini mampu atau tidak menerima tekanan.




Ini cerita anak bujang saya lagi. Semalam, babah dia balik dari jemput dia di Q-Dees, saya tengah tidur, tetapi saya boleh dengar dia bawa balik handphone mainan. Bila saya buka mata, saya tanya dia "apa tu Hadif?" dia jawab "handphone saya, babah belikan. Samakan macam handphone babah dan mama?" Bila saya tengok, laaa...handphone blacberry tu. Bila saya tanya, hadif tau ke handphone tu jenis apa, dia jawab "blackberry" whooaaa...kelas budak2 sekarang. Malam semalam, dia siap bawa tidur handphone dia tu. Pas tu saya usik dia, "hadif jawab telefon tu, bgtau opah call hadif esok jeee..." dia boleh ikut dan jawab dalam tidur...hikhihihih...

hadif dan blackberry...awwww...hahahahah

Dan, hari ni, bila buka email, saya tengok Airasia hantar tentang free seats. SMS kat hubby. Hubby suh beli tiket ke Dubai...hahahha. Suka hati je yek, tak ingat ke income tax yang kena potong sampai 4 digit tu? Mungkinkah Dubai itu merupakan KPI hubby utk tahun depan? Insyaallah..mudah2an Allah murahkan rezeki hubby saya tu... amin. *sigh*

oklah, saya nak sambung kerja yang menggunung. Badan tak sihat ni, produktivitinya tak ada. Sampai jumpa lagi...daaa.

Wednesday, November 4, 2009

Cerita Ceriti Hujung Minggu

Kedai Tudung saya. Azila Collection ok. Thanks to hubby sebab sponsor. hahahah bajet perasan giler. Janji Kedai Azila okeh.

Dah lama tak menulis. Rindu. Rindu serindu-rindunya. Dari minggu lepas dilanda kesibukan yang melampau. Bermula dengan persiapan Karnival Hari Wanita di tempat kerja, saya masuk pertandingan gubahan bunga, Memasak, congkak dan batu seremban. Hahahahah gila kuasa, semua nak di masuk yek. Saje suka-suka, memeriahkan majlis. Balik rumah badan dah penat, nak update blog pun malas.


Weekend - makan kenduri di jalan kebun. Rumah jiran lama mak dulu. Kenduri Nikah anak perempuan tunggal. Mulanya kami pergi dengan kereta, tetapi bila nak masuk lorong rumah makcik tu, ya ampun sempit okeh. Hubby ajak patah balik rumah, ambil motor. Senang. Kahkahkah. Sampai depan khemah pengantin ko. ekkekekeke. Hadif pula, bila tengok lalu didalam kawasan kampung, sibuk tanya "kita nak balik temerloh ke babah?" kahkahkah..itu kes dah rindu nak balik kampung la tu. Dari lepas raya, tak balik kampung dek kerana pelbagai kesibukan. Tapi babahnya ada balik, ye la dia pergi kerja dan balik kerja lalu kampung dia. Boleh la jenguk orang tua sekejap.


Lepas makan terus ke masjid kerana akad nikah dibuat di masjid. Dan, bertemulah saya dengan rakan masa tadika, dah punyalah keciknya dunia kerana dia mengahwini adik kepada classmate saya semasa di sekolah rendah. Lepas makan kenduri kami balik terus ke rumah kerana hari nak hujan. Seronok juga kalau dapat naik motor pergi makan kenduri. Terasa macam berada di Parit 9 Sg. Sumun. Hubby gelak besar bila saya cakap macam tu. Parit 9 Sg. Sumun tu kampung mak saya. Oh rindunya pada suasana begitu. Sekarang tak de siapa pun di kampung. Opah pun dah ikut anak-anak, sekejap di rumah mak saya, sekejap di rumah makcik dan pakcik saya. Hukum alam. Bila dah tua, dah tinggal seorang, mana maunya tinggal seorang2 di rumah. Penyamun dan penyangak banyak. Sakit pening siapa nak tengok dan jenguk. Betul tak?

Hubby plan nak bawa kami keluar, tetapi hujan lebat pula. So, saya sempat layan tengok tv dgn Hadif. Babah dia dok lena beradu. Lepas hubby bangun tidur terus ajak kami keluar ke Bukit Tinggi. Lama tak jalan2 kat sana. Hadif pulak sibuk nak tengok wayang. Jadi kami tengok cerita Papadom. Serius ceritanya sangat menarik. Suara Hadif gelak yang amat kuat. Saya pulak jadi geli hati tengok dia. Makan malam di Secret Recipe. Hadif makan speggetti banyak. Siap suruh order lagi. Berselera dia makan sekarang. Tapi tak de maknanya saya nak order lagi. Memang confirm la tak akan habis. Macam la perut dia tu besar sangat. Saya dan hubby sangat happy sebab Hadif dah berselera nak makan sekarang. Kenyang jadi perut bila tengok dia makan dgn sungguh2.


ini pun xtvt weekend. upgrade...upgrade jgn tak upgrade babah... :)

Gitulah cerita weekend. Semalam saya rasa macam nak masak. Kesian pulak dengan anak bujang saya tu yang tengah berselera nak makan. Ada satu malam tu, dia bantai order nasi goreng, masa tu dah pukul 10 malam. Babah dia la keluar pi cari nasi goreng utk anak bujang dia tu. Balik dari ofis saya terus singgah ke Pasaraya Econsave. Beli barang-barang basah dan sedikit stok utk rumah. Masa nak bayar tu, casher tu siap tanya, susu ni buat stok ke? Setakat 7 pek susu usahkan nak buat stok, sebulan pun tak sempat. Mahal betul susu budak sekarang kan? Nak berpinar mata saya bila susu Enfakid A+ yang biasa Hadif minum tu harganya satu tin RM87. Adoilah. Nasiblah anak saya seorang. Tapi seorang pun, kalau sebulan duit susu je mencecah RM500...fenin jugak. hahahahha. Tetapi, bila fikir balik, kita bekerja, cari rezeki..utk siapa? berbaloilah kerja keras kita kalau dapat beri yang terbaik utk anak kita kan.


Sampai rumah, terus kelentang kelentung di dapur. Masakkan Hadif sup ketam, dan utk hubby dan saya, saya masak ketam goreng berlada. Terima kasih kepada hubby sebab puji saya masak sedap. Awat, selalu masak tak sedap kaa? hahahhahaha. Alhamdulillah, walaupun cuma 2 jenis masakan, sempat dimasak sebelum pukul 8.00. Lepas maghrib dah boleh makan malam. Walaupun penat, tapi hati puas. Tapi masak simple2 aje la, tak dapat la berjenih dan berbagai2.

semua berunsurkan ketam. senang dan mengenyangkan. :)


Wednesday, October 28, 2009

Rumahtangga Hilang Perencah

artikle dari : ABU SAIF @ www.saifulislam.com

“Assalamualaikum,” sang suami memberi salam tatkala menjengah di muka pintu usai pulang daripada kerja.

“Waalaikum al-salaam. Abang tolong petik suis kipas tu,” jawab si isteri yang sedang membedakkan anaknya.

Wajah suami menjadi kelat.

Suis dipetik, tetapi cerianya di muka pintu tadi terbang melayang.

“Ina sakit kepalalah. Agaknya sebab kopi yang Ina minum petang tadi. Banyak kafien,” adu sang isteri sambil memicit-micit kepalanya.

“Ayang ada nampak tak butang baju melayu abang? Rasanya semalam abang letak di atas almari ini,” jawab si suami, dengan soalan yang bukan jawapan.

Si isteri bangun dengan air muka yang berubah, sambil teraba-raba mengeluarkan butang baju melayu suami daripada simpanan.

SEMUSIM TELAH BERLALU

Dialog seperti ini tidak melintas kehidupan pasangan yang masih berinai di jari. Tatkala itu, bicaranya panjang-panjang. Selang seminit ada sahaja gurau senda yang memecah tawa. Itu seni berbual di musim bulan madu.


Tetapi selepas masa berlalu, perbualan menjadi semakin ringkas dan isi-isinya lebih banyak bersangkutan dengan rutin harian berbanding butir-butir baru yang menambah warna hubungan antara suami dan isteri. Jika dahulu, had 160 karakter pada SMS itu menambah sulit untuk pesan-pesan dihantar antara dua pasangan yang bercinta, kini 160 karakter itu sering sahaja berbaki. Bukan kerana banyak ringkasan ejaan, tetapi banyak ringkasan pesan.


Ada kalanya perkembangan seperti ini tidak disedari berlaku di antara suami dan isteri. Mereka membiarkan sahaja perbualan sesama mereka hilang kemanisan dan kemesraan. Sebaliknya berasa cukup selesa dengan tercapainya matlamat-matlamat harian, dan tercegah daripada pergaduhan yang kebetulannya sering mencelah hubungan mereka semasa beranak satu dahulu, berbanding sekarang.


Seorang isteri mahu pun suami harus bertanya, apakah isi kandungan kata-kata hariannya kepada pasangan?


Arahan?
Suruhan?
Permintaan?
Larangan?Kritikan?

MINIT-MINIT PENENTU

Selepas berpisah separuh hari kerana komitmen kerja, memilih perkataan yang betul sebagai pemula bicara di minit-minit awal pertemuan amat penting. Tetapi setelah 12 jam tidak bertemu, dan kalimah yang menyambut pertemuan ialah ‘arahan’ biar pun arahan itu logik, perlu, dan tidak mempunyai apa-apa niat yang tidak baik, ia tetap tabiat yang mampu menghambarkan hubungan perkahwinan.


Assalamualaikum,” kata suami semasa isteri membuka pintu kereta.

“Waalaikum al-Salaam. Amboi cerianya muka abang. Ada berita baikkah?” jawab si isteri, beserta kenyataan yang memperlihatkan kepekaannya ‘membaca’ suami.

“Oh, tiada apa-apa. Projek abang dah siap. Berita baiknya, balik ke rumah hari ini dengan kepala kosong. Tenang” balas suami. Bijak mewujudkan ‘berita baik’ walaupun mungkin tidak terfikir mengenainya untuk dikongsi bersama isteri semasa terperangkap di kesesakan jalan raya tadi.


“Baguslah. Tidaklah nanti mengigau-ngigau di malam hari. Abang kalau runsingkan sesuatu sampai bercakap dalam tidur, tau” tambah si isteri.

Perbualan itu berterusan dan ia amat berkesan dalam menghilangkan rasa letih bekerja sepanjang hari kedua-duanya. Si suami biar pun sudah 10 tahun berumahtangga, sering mahu bersegera bertemu dengan isteri kerana yakin bakal terhibur dengan celoteh yang menenangkan diri setelah diasak bebanan tugas semenjak pagi. Isteri juga tersenyum-senyum berdiri di bawah redup bumbung pejabat kerana perbualan semalam bersama suami terasa bagai mahu disambung lagi.


DIALOG PEROSAK

Berbeza sekali kesan perbualan pasangan berikut ini:

“Assalamualaikum. Lama tunggu?” tanya suami kepada isteri setelah tiba lewat sedikit akibat traffic jam.

“Wa ‘alaikum al-Salam. Biasa aje. Abang jom pergi kedai sekejap. Tadi bibik sms, katanya sabun mandi anak sudah habis,” jawab isteri, beserta ‘permintaan’.

“Ok,” jawab suami, benar-benar ringkas.

“Letih betullah di tempat kerja tadi. Minggu depan ada pemeriksaan ISO. Habis semua orang dikerah bos supaya menyediakan laporan. Rasa bengkak tangan ini dibuatnya,” kata isteri sambil menunjukkan tangannya.


Suami hanya menjeling di hujung mata.

“Jadi minggu depan, you balik kerja lewatlah ya?” tanya suami.

Soalannya langsung tidak mempunyai sebarang indikasi yang menunjukkan kepeduliannya terhadap bengkak tangan si isteri.

“Agaknya” balas isteri.

Suami terus memerhatikan trafik.

Isteri pula merenung jauh ke luar tingkap.

Hanya hilai tawa DJ radio sahaja yang memecah hening sepi di dalam kereta.

Kedua-duanya sedang membunuh kasih sayang mereka tanpa sedar, tatkala bicara masing-masing gersang dari sebarang emosi dan usaha yang bisa menyuburkan cinta. Mereka tidak bergaduh, tetapi menyediakan tapak untuk perang dingin yang membingungkan.


RAFAS DAN JANGAN RAFAS

Pernahkah kita terfikir mengapa di dalam suasana-suasana tertentu, kita dilarang daripada mengungkapkan kata-kata atau melakukan sebarang perbuatan yang dikategorikan sebagai rafas di dalam al-Quran dan al-Sunnah? Bagi mereka yang berada di dalam ihram, atau yang sedang berpuasa khususnya di bulan Ramadhan, larangan terhadap unsur rafas itu diulang berkali-kali.


Rafas ini adalah perkataan atau perbuatan yang bersangkut paut dengan seks, bermula daripada cakap-cakap dan tindak tanduk hinggalah membawa kepada menggauli pasangan.

Jika negatif ia bernama lucah.
Jika positif ia bermaksud intim.

Kedua-duanya harus dielak tatkala sedang berihram atau berpuasa kerana kondisi masing-masing yang sedang ‘terbatas’.

Tetapi ketika suami dan isteri tidak berihram mahu pun berpuasa, ‘berrafaslah’ kamu antara satu sama lain!

Ia tidak sama sekali bermaksud melucahkan perkataan atau perbuatan. Tetapi apa yang diperlukan dalam hubungan suami isteri adalah kata-kata dan perbuatan yang intim serta menerbitkan rasa cinta.


HAMBAR DAN HILANG ‘SENSE OF HUMOR’

Seandainya suami yang balik bekerja, mengajak isteri berbual tentang pandangannya berkaitan dengan perkembangan Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur, atau gosip ekonomi di saluran Bloomberg, di manakah saluran untuk terbitnya rasa cinta dan mesra antara pasangan berkenaan?


Mungkin pandangan ini lebih perlu ditegaskan kepada pasangan-pasangan yang bertemu jodoh di medan dakwah. Kita pasti, ramai daripada kalangan aktivis dakwah yang berkahwin adalah di atas faktor-faktor yang tinggi, dan bukan didorong oleh kecantikan isteri, atau ketampanan suami.


Tetapi, biar pun perkahwinan itu bukan kerana kecantikan, janganlah sampai sang suami langsung tidak pernah menghargai kecantikan isteri.
“Abang, cantik tak baju raya saya ni?” tanya si isteri yang baru membeli baju raya dengan warna sedondon baju raya suami yang telah ditempah lebih awal.

“Hmm…” jawab si suami, langsung tidak menampakkan sebarang emosi.
Lebih teruk lagi, jika usaha isteri untuk berhias, diperlekeh pula oleh si suami.

“Ok la, berbanding dengan nangka berbalut kain batik di pokok tu!” kata suami.

Aduh, hancur hati isteri mendengarnya.

TELADAN NABAWI

Pernah di suatu ketika, terdapat sebuah kisah yang disampaikan oleh ‘Abbas al-’Aqad di dalam ‘Abqariah al-Siddiq berkenaan dengan sebuah syair yang telah dihafal oleh ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha. Syair berkenaan dipelajari oleh ‘Aisyah daripada bapanya Abu Bakr al-Siddiq radhiyalaahu ‘anhu.


“Suatu hari ketika cuaca begitu panas terik, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memperbaiki kasut baginda. Di dahi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengalir peluh hingga ke pipi. Ketika itu ‘Aisyah mampir dan memerhatikan baginda dari dekat, seolah-olah beliau teringatkan sesuatu.


Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya, “Apakah hal yang menyebabkan engkau tercengang?”

‘Aisyah menjawab, “Diriku merenung wajahmu, dan keringat yang mengalir itu menerbitkan kilauan yang menakjubkan diriku. Sekiranya Abu Kabir al-Hazli melihatmu, pastilah dia tahu bahawa engkaulah orang yang paling berhak ke akan syairnya.”


Baginda bertanya lagi, “apakah yang dia katakan?”

‘Aisyah menjawab dengan lantunan syair:

Tidak berbekas padanya (kebudak-budakan) susuan ibu atau sakit yang melaratJika engkau memandang kepada wajahnya yang berseri-seriBercahaya bagaikan kilatan petir yang menyambar

Baginda Rasulullah sallallaahu tatkala mendengar syair itu melepaskan apa yang ada di tangan Baginda, bangun lalu mencium dahi ‘Aisyah dan berkata, “kemanisan apa yang telah engkau ungkapkan, adalah lebih mengujakan berbanding pandangan peluhku berbekas kepada dirimu!” [Lihat juga Rahmat-ul-lil-Aalameen: jilid 2, ms. 153]


Catatan itu begitu indah pada menggambarkan keintiman hubungan di antara Uswah Hasanah kita dengan isterinya. Bagaimana ‘Aisyah menggunakan kuasa kata-kata syair yang indah untuk memuji suaminya yang kepenatan bekerja, manakala suami pula menunjukkan penghargaan tertinggi kepada usaha itu lantas membalasnya dengan ciuman mesra di kening sang isteri.


Tidak hairanlah pada titis peluh pun boleh ada sinar cinta!

Keindahan Rumahtangga Nabawi itu bukan dicampakkan Allah daripada Syurga tanpa harga. Ia datang bersama usaha Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan isteri baginda pada menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang yang membawa ke Jannah.


Justeru bagi para suami dan isteri yang sudah masuk sedekad mengharung kehidupan, hitungkanlah kata-kata dan perbuatan seharianmu. Apakah ia baja menyubur cinta, atau bahang kemarau gersang.


Bertindak sebelum terlambat.

Mencegah lebih indah daripada mengubat.

Hambar kata mendingin rasa, perang tanpa berkasar suara, sebelum tiba malang dan petaka, beringat-ingatlah meniti usia.

Saya: Amat suka bila membaca coretan ini. Cukup untuk meninggalkan kesan di hati. Semoga rumahtangga saya dan suami dihindari dari situasi begini.

Tuesday, October 27, 2009

Hujung minggu dan Hari Isnin

Jumaat malam dapat sms dari atie. Dia bagitau nak datang umah. Short notice okeh. hahahah. Mula ingatkan nak masak makan tengahari dgn lauk pauk biasa, tapi lepas tu tukar plan. Masak nasik ayam. Lagi pun Hadif gemar makan nasi ayam.

Pagi Sabtu tu, kami dua beranak pi Econsave, beli bahan-bahan nak masak nasi ayam. Beli juga bahan-bahan nak buat puding roti. Tapi tak sempat nak buat puding roti, tukar pada desert je la jawabnya. Sepanjang masa memasak nasi ayam tu, anak bujang saya dok ulang alik ke dapur, tanya "Ma...dah siap ke belum...Mama...dah masak ke belum" Siap je masak, dia makan nasi ayam sampai dua kali tambah. Memang peminat nasi ayam...hahahahah.

Atie dan keluarga sampai dalam pukul 2 petang. Geram sungguh saya dgn si Danish yang montel itu. Puas la saya peluk2..gomol2 dia..sampai jeles anak bujang saya tu..hahahahah. Ok atie, lepas ni boleh la kita bawak anak-anak bujang kita outing bersama.

Malamnya opah dan onyang hadif tidur di rumah. Ahad pagi saya ke Tesco Shah Alam, hantar rantai tangan saya yang asyik tercabut. Kalau tak disebabkan harga emas yang melampau, maunya saya tukar aje...huh. tak lama pun di Tesco, sempat beli barang dapur sikit lepas tu terus balik. Maklumlah anak bujang saya tu tinggal dgn onyangnya sahaja di rumah. Oleh kerana saya di serang sakit kepala, saya boleh terlelap petang tu. Jarang sekali saya tidur diwaktu siang. Memang lari dari kebiasaan. Tak jadi lagi lah puding roti saya..huhuhu.

Ini cerita pagi tadi. Saya mengamuk dengan anak bujang saya. Mana tidaknya, masa nak keluar dari rumah, saya pesan pada dia, ambil beg sekolah, dan masuk dalam kereta. Masa tu saya bawa plastik sampah nak di letakkan dalam bekas sampah. Lepas tu saya pun kunci pintu dan masuk kereta. Sampai di simpang Kelab Golf Bukit Kemuning, saya perasan beg sekolah Hadif tak ada. Apa lagi, bermula la episod hangin satu badan. Manalah mama dia tak marah, kota mainan dia boleh pulak dia ambil. Beg sekolah dia tak ambil, terus masuk kereta. Bila mama dia dah marah, dia diam aje. Terpaksalah saya berpatah balik ke rumah untuk mengambil beg sekolah anak bujang saya itu. Bila saya beri beg pada dia, teruslah air mata dia berjurai-jurai turun. Kasihan pula rasanya melihat anak bujang itu kesedihan. hahahah.

Lepas masuk kereta balik, saya peluk dia. Saya terangkan kepada dia, mengapa saya marah sangat dengan sikap dia pagi ini. Mujur juga saya cuti pagi ini. Bayangkan kalau hari-hari biasa terpaksa berdepan dengan situasi ini. Longlai rasa badan....

Sampai di sekolah dia, muka dia masih lagi masam dan kelat. hahahaha. Maklumlah, mood dah swing pagi-pagi dah kena marah. Teacher pun tegur kenapalah Hadif yang selalu ceria jadi masam mencuka. Saya panggil dia, saya peluk dia lagi. Lepas tu barulah ceria balik wajah kesayangan saya tu...oooo nak kena pujuk lagi rupanya. Hadif...Hadif...

Memang selalu kalau kena marah dengan saya kalau disebabkan kesalahan dia, dia tak akan menangis, tetapi lepas saya cool, saya akan peluk dia, dan terangkan kenapa dia patut dimarahi, dia akan menangis. Konon-konon menyesal diatas perbuatan dia la tu. Sejak dia dah besar ni, dah makin faham apa yang kita cakap, jarang rasanya saya marahkan dia. Bila tinggal berdua di rumah disepanjang babah dia di tempat kerja, dialah kawan, dialah peneman. Jadi bila saya marahkan dia, jauh disudut hati saya juga merasa sedih. Tapi ini normalkan, proses membesarkan anak. Kena sabar banyak-banyak, tapi tetap kena dimarahi supaya dia akan lebih bertanggungjawab dalam setiap perbuatan dan perlakuan dia. Masih teringa2 ucapan maaf dia tadi. So sweet. "I am sorry mama...hadif tak buat lagi ..."

Time ni, tinggi pun tak sampai paras pinggang babah..
tapa sekejapnya anak bujang saya dah tinggi separuh dari ketinggian mamanya...hahahah

Semoga buah hati pengarang jantung Mama dan babah ini membesar menjadi seorang anak yang soleh dan berguna, mendengar kata, menyenangkan hati Mama dan Babah. Amin.

Monday, October 26, 2009

Good Luck Babah


Dear Yang,


Selamat menyiapkan paper work yang diberi

Semoga Allah permudahkan segara urusan babah

Semoga sentiasa sabar

Semoga tidak stress dan tidak sakit kepala

Semoga dapat siapkan dalam waktu yang diberikan

Dan, semoga berkat kesabaran babah itu

dapat menghasilkan tugasan yang terbaik.

Amin.


Dah dua hari hubby dok bercerita tentang kertas kerja yang dia perlu hantar utk kenaikan gred sebelum bulan 4 tahun depan. Rasa kasihan pun ada, rasa lucu pun ada. Kasihan kerana hubby saya bukannya jenis yang selalu mengadu tentang susah payah dia mencari rezeki, rasa lucu bila dia kata "rasa macam nak cabut kepala tanggal letak atas lantai". Maklum sahajalah, kerja2 teknikal, bukannya boleh main hentam menjawab soalan. Kalau selalu bila call hubby, suara cerita, gelak2...ni kalau cakap telefon, suara pun cam serabut...dan, laju je nak letak.

Came on babah...don't worry...you can do it ok.. mama dan hadif doakan yang terbaik dan semoga Allah permudahkan semua urusan babah... We love u so much.
psss: jangan stress tau, nanti cepat tua... not good...not good...

Thursday, October 22, 2009

Donat dan DSLR :)

Donat: yang nombor 3 dari kiri :)

Hari ni cuaca kat luar hujan. Mendung dan sejuk. Mood pun jadi layu je..hiks. Saya dapat msg dari Donat, kawan sama-sama belajar kat UiTM Manjung dulu tentang penggunaan DSLR. Sengih sorang-sorang saya dibuatnya. Ye la, teringat masa baru-baru hubby belikan kamera, saya pakai hentam aje ambil gambar, sampai pening kepala hubby. Lepas tu, hubby ajar, satu persatu.

Hubby kata gini "kalau pakai kamera DSLR, tak mainlah pakai yang auto, mestilah tahu penggunaannya sayang oiiii" hahahhaha. Gelak sorang2 saya. Lepas tu pulak, masa semester 5, saya kena ambil subjek photo communication, jadi sedikit demi sedikit saya belajar perkara-perkara basic tentang DSLR. Saya belajar apa itu ISO, shutter speed, aperture setting, focal lengh, depth of field dan macam-macam lagi. Rupanya, kalau hanya ada keinginan dan bersandarkan kreativiti tetapi tidak ada ilmu, tak mahunya menjadi gambar yang kita ambil. Hubby selalu cakap, gambar yang kita ambil kena ada penceritaan. Ada seni. Kalau saya, minat saya lebih kepada journal photo, dan hubby lebih suka menggunakan rules of thirds dia. Hubby suka mencari ilmu yang baru. Pada saya, dia merupakan perpustakaan bergerak saya. Sangat infomatif. Tanya sahaja, dia boleh jawab, kerana dia rajin belajar. Puaslah dia dok suruh saya masuk website sana, masuk website sini...tapi saya tetap merujuk kepada dia. Iyelah..what are husband for, kan? hahahahah.

Tapi dalam seni fotografi ini, saya dan hubby memang sependapat. Kami tak minat gambar yang diedit. Saya sukakan yang fresh. Yang seninya datang dari hati dan kreativiti. Ada gambar yang kita ambil, akan jadi cantik dan menarik bila di edit. Tetapi, ada juga gambar yang hilang serinya bila diedit. Saya pernah beritahu hubby, apabila gambar yang telah diedit itu dipublish, terasa macam sesuatu yang kurang. Yang tidak fresh. Tidak asli.


ini gambar pertama yang saya ambil masa beli kamera di KLCC. Jenuh la dengar kritikan hubby, tapi lepas tu dia puji jugak...hihihih

yang ini semakin maju...tapi masih belum layan mendapat pujian hubby. Tapi lecturer photo com kasi gred A tau utk gambar ni...

Yang ini antara gambar yang saya ambil menggunakan teknik-teknik seperti ISO, shutter speed, aperture, white balance. Ada lagi koleksi gambar personal saya, tapi hubby dah transfer dalam portable hard disk, so malas nak godek2...hahaha. Saya tak cakap gambar yang saya ambil ini cantik, kerana terpulang pada kita sendiri mentafsir erti cantik dan berseni. Cuma saya ingin berkongsi dengan donat; tentang penggunaan dslr yang dia tanya pada saya hari ini. Saya pun masih banyak yang perlu saya pelajari, dan insyaallah nak attend kelas lepas ni... :) Bak kata seorang teman, belajar perlukan guru, tak boleh melalui buku sahaja...

Untuk Donat, selamat meng "explore" dunia DSLR. Jangan malu bertanya, malu bertanya sesat jalan.

p/s: Masa open house hari tu, saya godek2 kamera "hired-cameraman". Sempat lah tanya serba sedikit yang saya tak jelas, sekali ada seorang kawan tu tanya...eh..you tau ke pasal kamera? hahaha hello friend, I belajar ok. Walaupun tak la sehebat pro, tapi cara pegang kamera I tu betul, takat aperture, depth of field...ISO tu I tau okeh...hihihi. Terus teringat kawan hubby yang pegang DSLR tu caranya tak betul..sah la main beli aje...hahahhaha.

Wednesday, October 21, 2009

Hey Jude

Hey Jude, don't make it bad.
Take a sad song and make it better.
Remember to let her into your heart,
Then you can start to make it better.

Hey Jude, don't be afraid.
You were made to go out and get her.
The minute you let her under your skin,
Then you begin to make it better.

And anytime you feel the pain,
hey Jude, refrain,
Don't carry the world upon your shoulders.
For well you know that it's a fool who plays it cool
by making his world a little colder.

Hey Jude, don't let me down.
You have found her, now go and get her.
Remember to let her into your heart,
Then you can start to make it better.

So let it out and let it in, hey Jude, begin,
You're waiting for someone to perform with.
And don't you know that it's just you, hey Jude, you'll do,
The movement you need is on your shoulder.

Hey Jude, don't make it bad.
Take a sad song and make it better.
Remember to let her under your skin,
Then you'll begin to make it
Better better better better better better, oh.

Na Na Na Na Na Na, Na Na Na, hey Jude...

p/s: saya sangatlah slow bab lagu-lagu. Saya juga sangat payah nak suka satu-satu lagu. Hanya lagu yang kena dgn tekat saya (ceh, mcm makanan pulak) yang boleh saya dengar, dan...sebenarnya saya ni out dated punya orang...hahahah. Tetapi, saya sangat suka mendengar lagu2 lama yang sedap didengar oleh telinga saya... this is the song yang saya sangatttt suka. Mungkin sampai bila-bila. :)

Tadi saya call hubby. Line telefon dah ok. yay! tapi tak dapat cakap panjang-panjang sebab saya sibuk. Macam la sibuk sangat. Eh, tak la sibuk sangat, tapi hari ni saya kena stand by kat Ofis MD. Tapi saya tergelak bila hubby cakap "eleh..jauh-jauh baru la nak rindu..." hihihi saya gelak tak ingat. Ye la, kalau dekat-dekat tu, mula la nak berlaga angin jek..kakakakka. Cepat la bulan 11..lepas tu bulan 12. Saya nak cuti. Release tension. hahahaha.

Gambar yang tiada kena mengena dengan lagu... ini nyawa saya...keluarga saya.

Tak de siapa ke nak hadiahkan saya CD The Beatles? Yang? Please..... hahahhaah.