Sudah 4 Tahun arwah Ayu pergi. I miss my routine untuk call dia bila balik dari pejabat. Dan saya merindui panggilan pagi dari arwah. Biasanya Ayu akan call semasa saya sedang menghadap jem, tak lama tapi sempat untuk mendengar cerita dan luahan hati, dan sempat bergelak dan berkongsi ketawa.
Saya suka mengenangkan kenangan manis kami semasa kali pertama bertemu. Ayu yang datang bersama keluarga dan turut sama setiausaha arwah Abahnya. Manis sahaja melemparkan senyuman pada saya yang masih blur sebab bakal ditinggalkan keluarga di bumi asing, Negeri Perlis.
Selepas keluarga masing-masing pulang, malam pertama di dorm 007, Kolej Mayang sedang saya dok menangis sedih sebab mak dah balik ke Klang, Ayu baring di bantal yang sama sambil buat lawak. Bertukar-tukar cerita. Anehnya 2 orang manusia yang tak pernah berjumpa sebelum ini tapi mampu berkongsi semua. Ya, SEMUA cerita suka duka kami berdua.
Ayu seorang yang periang, saya sebenarnya reserve sikit. Dia peramah, saya bukan la pendiam tetapi tidak juga peramah. Pertama kali kena sarapan meehon sup di dewan makan Ayu gelakkan saya yang terkulat-kulat tak biasa.
Kali pertama selepas habis minggu orentasi, Ayu ajak saya keluar ke pekan Arau. Boring agaknya dia melihat saya yang homesick. Puas dipuju-pujuk, saya mengalah. Ke mana destinasi? hahahha Kami ke Pasaraya Looking Good. Banyaknya perkara yang menarik tentang "Looking Good" kami beli sandal yang sama dengan harga RM10. Sungguh merendah diri lah sahabat saya yang ketika itu anak EXCO kerajaan Negeri Perlis. Tak pernah meninggi diri. Makan sepinggan minum secawan.Kami pernah dikejar senior semasa balik dari gerai dek nak mencari teh ais. Ayu yang sinonim dengan "lapaq teh ais" dia hahahha.
Apa khabar agaknya kedai keset yang selalu Ayu bawa saya pergi. Paling saya ingat masa nak mencari keset Innuendo, lagu Belaian Jiwa. cukup throwback kerinduan saya buat pagi ini. Terasa mood happy bila teringat perkara manis-manis bersama arwah Ayu. Masa dulu tak ada smartphone yang membolehkan kami sentiasa selfie, tetapi ikatan ukhwah sangat erat. Paling menusuk hati saya bila kali terakhir pertemua kami, kami bercerita sambil ketawa, saya pegang tangan sahabat saya itu, masa dia pegang pipi saya dan cakap dia tak boleh nampak saya, laju saya jawab "sama je..sama je..gemuk jugak..." bila dia cerita perihal anak-anak, arwah cakap dia risaukan Afif, saya pegang tangan dia sambil cakap "Ayu, Najib tu ayah yang baik, percayalah dia tak akan sia-siakan Afif" dan... sangatlah melekat dihati saya ini, sampai ke hari ini, sebelum kami berpisah dan saya sungguh tak sangka itulah pertemua terakhir kami, tatkala kami berpelukan, arwah bisik ke telinga saya "intan...kita kawan sampai mati naaa" Allah...Alllah... Allah..hebatnya Allah berikan rasa sayang saya pada seorang sahabat, biarpun dah 4 tahun arwah pergi tetapi saya tak pernah merasakan arwah sudah tiada.
Bila lelah dan stress dengan kerja, mula la saya teringat yang kami pernah bincang nakberkongsi, nak buka tadika. Saya buat pengurusan, dia akan buat marketing dan accounting...Tetapi perancangan Allah lebih hebat, Allah sayangkan Ayu. Semoga Allah berikan saya kekuatan untuk suatu hari nanti merialisasikan impian kami, Insyaallah.
Allahummagfirlahu wafuanhu - AlFatihah - Nurrahayu Iswati Ishak
Allahummagfirlahu wafuanhu - AlFatihah - Nurrahayu Iswati Ishak
No comments:
Post a Comment