Thursday, December 29, 2011

Majlis Pertunangan Mak Lang & Sambutan Hari lahir Raisa

Alhamdulillah, 25 Disember 2011 Majlis Pertunangan Maklang Hadif selamat berlangsung. Sederhana tetapi meriah. Jenuh juga nak mengisahkan perihal kenduri mak lang ni, baru majlis bertunang, belum lagi majlis kawinnya. Nasib gunakan perkhidmatan catering, jadi tidaklah penatnya melampau-lampau. Bakal Pak lang Hadif orang Ayer Hitam Johor. Rombongan dari Ayer Hitam adalah 1 Bas dan 5 biji kereta. Hahahaha sendat rumah mak abah saya yang comel, tetapi kami seronok dan berbesar hati sebab keluarga pihak lelaki nak datang berkunjung. Terkurang layanan tu harap-harap dapat di maafkan.


Sambil-sambil tu buat sambutan hari lahir Raisa dan sepupunya Najmi a.k.a Jimmy. Dengan keadaan saya yang sarat ni memang tak larat nak beriya-ia, jadilah boleh buatkan kenangan buat anak dara.



Cepatnya Raisa besar...setahun berlalu dgn pantas rasanya...

Dah ligat berjalan :)

Buah hati pengarang jantung mama; abang sekarang dok panggil Raisa kakak...kakak..kakak..hahahah lawak pulak bila dengar.

Kami sekeluarga, tahun depan tambah seorang lagi..hehehehe

cheeky girl...
Babah dgn mama pun nak gak sambut bday..kah kah kah
Siapa punya belon yang banyak nih? Man belon yang punya...muahahahaha

Cebisan cerita Bandung

Lamanya cuti update blog. Kesihatan tak memuaskan selepas balik dari Company Trip ke Bandung. Sampai hari ni badan belum sihat betul. Trip ke Bandung berjalan dengan lancar. Dah namanya sponsor trip, tinggal sediakan uwang sahaja untuk shopping, mestilah seronok..hahahah. Raisa pun ok, senang aje di bawa berjalan. Memang anak mama. hahaha.

So layan gambar serba sedikit ye.


Tak reti duduk diam...


Golden Flower Hotel, Jalan Asia Afrika - selesa sangat :)

Puan Kecik melawat kawasan

Gambar-gambar lain nanti la tepek..hehehehe.

Friday, December 16, 2011

Bandung Lagi?

Dalam masa 24 jam dari sekarang akan terbang ke kota Bandung lagi. Again? *sigh* Baru bulan 6 hari tu ke Bandung, tiba-tiba company trip tahun ni ke Bandung juga. hahhaha. Rezeki jangan ditolak. Semua perbelanjaan ditanggung, tinggal bawa duit untuk shopping sahaja. Apa lagi, terlupa sedang bawa baby dalam perut...kah kah kah.

Dulu, masa mengandungkan Raisa pun terbang ke Bandung. Umur Raisa 4 bulan pergi lagi sekali. Ni giliran baby pulak. Ada chance umur baby 4 bulan pi Bandung lagi kot? kah kah kah.. tak pernah jemu pi Bandung, bukan pasal shopping, tapi sebab banyak tempat nak jalan-jalan tak cover lagi. Alasan...alasan...boleh ke diterima pakai. Tapi hubby pernah kata, setiap tahun pun tak pe pi Bandung..har har har...

Tapi hati saya ni dah mula sedih sebab anak bujang saya tinggal untuk trip kali ini. Sebab saya pergi Company Trip, company cuma bayar tambang dan perbelanjaan saya dan hubby, kalau nak bawa abang hadif kena bayar RM1500, rasa tak berbaloi tambahan dia pun dah 3 kali sampai Bandung. Lebih baik duit tu saya belikan barang-barang dia. Insyaallah tahun depan dah ada percutian khas untuk dia, dijamin dia akan happy sebab kalau ke bandung ni abang Hadif selalunya bosan dgn aktiviti mama bershopping...hihihih.

Raisa? beg kecik saya tu belum boleh ditinggalkan lagi. Takut haru opah dan atuk bila Raisa mencari mama nanti..hahhahaha

Alhamdulillah, kandungan dah masuk 24 minggu. Kesihatan alhamdulillah baik, sudah naik lebih kurang 3 kilo setakat ini. Baby sangat aktif, berbeza dgn Raisa dulu. Agaknya sebab boboiboy kot. Setakat ni proses mengandung sangat senang, tak ada teringin itu ini, makan aje apa yang ada. Mungkin sebab dah nombor 3. Rasanya hubby banyak bersyukur sebab isteri dia ni langsung tak mengada-ngada. Alhamdulillah Allah beri saya kesenangan, walaupun terpaksa menguruskan dua orang anak sendirian kalau hubby di offshore, alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. Anak-anak pun tak banyak kerenah, Abang Hadif dah boleh diharap membantu serba sedikit. Cumanya saya lately ni agak sensitif, mudah menangis kalau sedih-sedih dan mudah terasa kalau tak kena gaya. hahahhaa.

Semoga Allah permudahkan urusan saya, di sepanjang percutian dan disepanjang kehamilan.

Tuesday, November 22, 2011

Selamat Hari Lahir yang Pertama buat mu Nur Raisa Khadija...


21 Nov 2010 - Rasa sakit perut dan rasa tidak selesa semakin lama semakin terasa. Hubby masih di offshore, dan dijangka pulan esok, 22 Nov 2010. Malam itu terasa sangat panjang, keluar masuk bilik air, tetapi tidak ada tanda yang keluar melainkan rasa sakit contraction yang sangat kuat, tetapi memikirkan saya yang memang sentiasa merasa contraction sejak kandungan 5 bulan, saya buat endah tak endah.

22 Nov 2010 (6.35 pagi) - saya hantar sms kepada kak shilla, yang berbunyi ""Azila dah rasa sakit, dah dekat 3 jam azila time, makin kerap sakit dia, perut menegang dan sakit sampai ke pangkal peha...gitu ke sakit orang nak beranak kak shilla? Pls. advise." kah kah kah... sungguhlah saya ni yek... Maklumlah, sudah 6 tahun tidak melahirkan baby. Saya lupa bagaimana rasanya sakit nak bersalin.

22 Nov 2010 (10.00 pagi) - Saya ke KPJ Selangor Specialist Hospital. Mulanya ingat hanya untuk pemeriksaan rutin. Saya buat semua prosedur. Masuk jumpa doktor, doktor tengok saya dah lain macam, suruh baring dan periksa bukaan serviks. Rupanya sudah buka 3cm. Doktor Yeen tak benarkan saya balik, dan beritahu yang saya mesti dibedah hari ini. Allahuakbar, dengan hubby yang masih dia offshore, choper tengahari katanya. Terus saya tak lalu makan. hahahah. Kononnya saya dan hubby pilih date awal muharam 7/12/2010, tetapi nampak gayanya baby nak keluar awal.

Saya uruskan kemasukan ke wad sendiri, sampai petugas di kaunter tanya "puan, tak ada suami ke yang temankan puan?" saya gelak aje. Terus di tolak ke wad. Sementara itu, saya sempat call hubby di offshore beritahu yang saya akan dibedah sebab doktor bimbang baby tak beri kerjasama semasa dibedah, kontraksi sudah semakin kuat. Mula-mula doktor Yeen kata mungkin sempat tunggu hubby sampai, tetapi kena lihat pada keputusan ECG terlebih dahulu.

Kak shilla datang temankan saya di wad. Masa tu saya dah dipuasakan. Keputusan ECG rupanya membuatkan saya harus ke bilik pembedahan awal, tak boleh tunggu sehingga hubby sampai. Masa tu dah mula rasa sebak dan berdebar, tetapi saya kuatkan semangat, yang penting nyawa baby perlu diutamakan.

22 Nov 2010 (4.15 ptg) - Sebelum masuk ke dewan bedah sempat minta maaf dengan hubby, siap pesan kalau jad apa-apa pada diri saya, jangan lupa namakan baby dengan nama yang dah dirancang, dan jaga anak-anak baik-baik, telefon mak, minta maaf dengan mak, dan saya ditolak ke Dewan Bedah disaksikan oleh kak shilla.

Masuk dalam dewan bedah, Doktor Yeen datang dan pegang tangan saya, pujuk saya supaya bersabar. Agaknya Doktor Yeen tahu saya sedih sebab tak sempat jumpa hubby. Saya bagitahu doktor "tak apa doktor, yang penting bila baby dah keluar, hubby saya dah sampai boleh tengok anak dia"

22 Nov 2010 (5.10 ptg) - Alhamdulillah, bayi perempuan seberat 3.65kg dibawa keluar melihat dunia. Wajahnya yang mulus sungguh meronton hati saya sebagai seorang ibu. Puteri yang dinanti-nanti selama 6 tahun.

DAN,

Hari ini, 22 Nov 2011, genap setahun usia anakanda NUR RAISA KHADIJA BINTI SHAMSUL KAMAL, rasanya sekejap benar masa berlalu, dari anak kecil, Raisa sudah pandai dengan keletah-keletahnya yang menghiburkan hati kami sekeluarga.

Selamat Hari Lahir buat mu anak mama, Nur Raisa Khadija, kami beri nama mu dengan makna yang sungguh baik dengan pengharapan semoga diri mu membesar menjadi seorang anak yang solehah, yang baik budi pekerti dan menjadi anak yang bijak dan cerdas. Salam kasih sayang dari mama, babah dan abang yang sentiasa menyayangi adik dengan tidak berbelah bahagi. Emmuah Raisa...

Friday, November 18, 2011

Rindu serindu rindunya (amekaw tajuk tak tahan...hahahah)

6 Hari sahaja lagi sudah cukup haul. hahahah. Sudah cukup tempoh hubby bekerja di laut. Raisa sudah ter"babah...babah..bah..." pukul 5 pagi, abang Hadif sudah bising bertanyakan bila dan berapa hari lagi babah akan balik, dan...saya juga sudah merindui kekasih awal dan akhir (insyaalla) saya.

Menguruskan 2 orang anak disaat sedang berbadan dua ini memang mencabar. Bila ada hubby, banyak tugasan yang dapat diringankan. Bila pandang keadaan rumah yang "ya ammmmpun...macam tongkang pecah" saya hanya mampu membiarkan walaupun hati sebenarnya meronta-ronta nak mengemas. Si anak dara Raisa pula, bila mama pegang kain baju nak melipat, dia datang tolong kemaskan. Mana baju dah siap lipat, dia datang kasi gegar....hahahhaa. Mujur abang Hadif sentiasa ringan tulang membantu itu dan ini. Tetapi anak sebesar Hadif tu apalah yang nak diharapkan sangat, ada masa, saya dalam bilik air, dia melopong mengadap TViQ dia, adik sudah ada di mata tangga. hahhahaa.

Semalam masa bercakap dengan hubby di telefon, dia tanya, tak rindukan isteri dia ini pada dia. Saya gelak-gelak aje. Memang susah nak ungkaikan perasaan rindu apabila kena berjauhan dengan suami. Saya pernah cakap dengan hubby, ada masa, saya sangat memerlukan teman untuk bercerita, tetapi pada waktu itu dia berada nun jauh di tengah lautan. Rasa rindu itu sangat-sangat sukar untuk saya zahirkan, tetapi kalaulah dia boleh membaca hati saya, agaknya dia akan kata "aduh...banyaknya rindu..sampai tak boleh nak tepis..." keh keh keh.

Sudah 8 tahun usia perkahwinan kami, bermakna cinta jarak jauh ini bukanlah baru buat kami, tetapi rasa sedih bila nak ditinggalkan bila hubby nak balik kerja tak pernah tak ada. Alhamdulillah, Allah bekalkan sedikit kekuatan. Suntikan semangat dari hubby dari awal perkenalan, dan diawal perkahwinan buat saya belajar menerima keadaan itu dengan seadanya.

Macam biasa, hidup mesti terus. Sementara menunggu hubby balik, saya kena teruskan hidup. Sambil-sambil tu nak dengar lagu purnama merindu...amik feel mood yang tengah jiwang nak tunggu hubby balik ke darat..kui kuik kui...

untuk hubby, I miss you. Sangat-sangat.


Thursday, November 17, 2011

Hadif dan Disleksianya

Semalam ke sekolah Hadif, kena collect duit RM100 sambil tu jumpa cikgu utk tanya tentang pelajaran dia. Alhamdulillah, Hadif dapat naik kelas, walaupun bukan masuk kelas elit, tapi maknya ini tetap gembira. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Mungkin pada orang lain semua ini biasa-biasa sahaja, tapi tidak pada saya. Dengan apa yang Hadif harus lalui, dengan apa yang patut saya harungi. Mempunyai anak yang disleksia (dyslexia) memang mencabar. Masa mula-mula Hadif masuk darjah 1 saya pernah menangis teresak-esak sebab dia buat kesalahan dalam peperiksaan yang tak masuk akal. Akan tetapi, saya pujuk hati, saya buat sedikit rujukan, dan alhamdulillah, yang manis itu rasa rasakan juga hasilnya bila Hadif balik dan tunjuk kertas-kertas peperiksaan dia.

Bukan semuanya cemerlang, tetapi semuanya menunjukkan kemajuan. Teringat bila hubby call bagitahu hadif dapat 92 markah sains..saya menangis sepanjang jalan pulang dari pejabat. hahahaha. Emo maknya kan? tapi saya rasa sangat puas hati. Hadif berusaha dan mencuba. Dia cekal, susah macam mana dia cuba lakukan sebaik yang mungkin. Bila saya melihat dia menyiapkan latihan yang diberi, jenuh dia menung nak memikirkan jawapan, nak tulis huruf B jenuh dia memikir, nak tulis B atau D. kasihan rasanya, dan jenuh juga mama dia menjawab setiap kali dia bertanya. Semua itu cabaran buat saya, tetapi bila Hadif hadiahkan saya dengan pencapaian dia yang sentiasa meningkat ini, saya sangat gembira.

Ini ada sedikit info tentang disleksia. Hadif memang mempunyai kebanyakkan dari ciri-ciri di bawah. Dari segi biologinya, dengan tidak merangkaknya masa bayi...bila saya baca artikel ini saya geleng-gelengkan kepala. Subhanallah..maha suci Allah, hanya Allah yang mengetahui sebaik-baik perancangannya.

DISLEKSIA

DEFINISI

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:-

  • Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
  • Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
  • Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan

APA ITU DISLEKSIA?

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA?

Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.

Jenis-jenis Disleksia

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :

Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik

Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori

Disleksia visual-auditori
Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

.

PUNCA-PUNCA DISLEKSIA

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum - bila baca tentang biologi ini, air mata saya menitis. Memang tepat sungguh dengan Hadif punya sejarah kelahiran.

Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

CIRI-CIRI DISLEKSIA

Kanak-kanak pra-sekolah :
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari - hadif kalau kita tanya nama kawan dia pun kadang2 dia tak ingat..hahahah
- Tidak merangkak semasa bayi - ye betul..hadif tidak merangkak masa bayi..
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri - pun ada pada Hadif
- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan - ini memang lah si Hadif..hahahhaha

Kanak-kanak Sekolah Rendah :

6 hingga 9 tahun
- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
- Keliru dengan kiri dan kanan
- Tulisan cermin atau terbalik

9 hingga 12 tahun
- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman - ini masalah utama, sedang cuba memperbaikinya secara perlahan-lahan
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan - ini
- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa
Sekolah Menengah :
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
- Kesukaran menulis karangan
- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran mempelajari bahasa lain
- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
- Jenis orang yang suka senyap
- Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
- Kurang kemahiran
bersosial

MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA
Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;
Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m – w y –g – j u – n m – n
c – e p – q h – n b – d

Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t – h f – v

Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti:
Batu – tuba

Gula – lagu

Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:

pada masa yang sama – dapa masa yang masa

Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut :
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu

Jam – jem

cat – cat

Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik - ini memang benar, Hadif memang mengalami kesukaran nak tulis balik apa yang cikgu tulis di papan tulis.

Bercakap dan mendengar
Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.

Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
3 – 5 – 8

9 – 6

Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah

LANGKAH-LANGKAH MENBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA
- Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya
- Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
- Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
- Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
- Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
- Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika
- Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
- Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
- Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
- Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

Sumber Rujukan : Unit Pendidikan Khas, SK Selayang Jaya

Semoga Allah beri saya kekuatan untuk terus membimbing Hadif. Walaupun sukar, demi Hadif insyaallah saya tak akan berputus asa.

Wednesday, November 16, 2011

Cuti..cuti...cuti...

Cuti sekolah semakin menghampiri. Hadif pun dah mula bertanya...hotel mana nak tidur kali ini. Anak teruna saya itu, kebahagian dan kegembiraan dia adalah balik kampung jumpa sepupu sepapat dia, dan tidur hotel. Tak kisah di mana, asalkan duduk kat hotel, sambil main PSP pun dah seronok buat dia. hahahah.

Hubby bercadang nak bawa dia ke Gold Cost. Wah..jauhnya Gold Cost, hahahaa. Ini Gold Cost dekat dengan rumah saje, nak ke Gold Cost Morib. hahahhah. Janji duduk hotel ye abang Hadif. Hubby kata kalau tempat tu tak best kita balik je rumah. Dekat aje dengan rumah. hahaha. Selalu kami memang begini, kalau tak berjalan ke tempat yang jauh, dapat berjalan dekat-dekat pun dah nikmat. Tambahan keadaan saya yang mengandung 5 bulan ni, tak larat nak jalan jauh-jauh.

Sebelum tahu saya mengandung, hubby dah beli tiket utk ke Guilin, China bersama-sama geng GBS. tup tup timbullah berita saya mengandung lagi..hahahah. Nampaknya tak ada rezeki nak bersama-sama geng GBS berguling-guling di Guilin sambil pakai baju tebal, huhuhu. Perancangan Allah lebih cantik, Allah maha mengetahui mana yang lebih terbaik. Kami terima dengan hati yang terbuka namun sedikit hampa kerana terpaksa "postponed" trip ke Guilin. (postponed tu...hahahah ada hati nak pergi juga...bila fikir nak travel dengan 2 orang anak kecil...jenuh kebil-kebilkan mata..hahaha)

"This world is a back and those who not travel only read a page" - St. Agustine.

Berjalan dan melihat bumi Allah ini memang menyeronokkan. Dapat melihat budaya dan tempat orang juga mengujakan. Sekurang-kurangnya kita boleh terbitkan rasa sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada jika dibandingkan dengan mereka yang masih ketinggalan dibelakang. Saya sanggup tak berganti baju atau tidak menerima hadiah yang mahal-mahal dari hubby asalkan dibawa bercuti...hahahhaha. Sungguh. Hubby pun jenis yang suka travel, tak mustahil KPI dia nak bawa keluarga dia travel 3 kali setahun.

Setakat ni kami memang tak pernah jemu mengunjungi tempat yang kami pernah sampai berkali-kali kerana setiap tempat yang kami pernah sampai ada cerita dan tempat-tempat yang menarik untuk di lawati. Ada juga suara-suara yang berkata "buat apa pergi ke tempat yang sama banyak kali, baik pergi tempat lain" pada saya, apa yang kita suka, tak sama dengan apa yang orang lain suka, mungkin buat kami suami isteri, kami enjoy ke Bandung sampai 3 kali, ke Langkawi 5 kali, pergi Singapura setiap tahun. Macam ke Sabah, walaupun dah 2 kali pergi, tetap nak pergi lagi sebab masih ada tempat yang saya tak sempat sampai. Sebab kalau setakat percutian 4 hari, mana boleh cover semua tempat kan...mesti kita nak repeat balik mana-mana tempat yang tak sempat nak pergi. Semuanya terletak pada kita sendiri, betul tak? Jangan pulak bila kita tak boleh sampai atau pergi tempat itu, kita beri pendapat negatif pada orang yang nak pergi. Kita patut menghormati hak dan pendapat orang lain. Pada saya, saya suka aje dengar apa yang orang suggest atau apa yang orang kongsi tip pengalaman ke mana-mana destinasi yang mereka pernah sampai. Tidak semestinya kita kena ikut, tetapi kalau benda yang baik, apa salahnya kan kita ambil sebagai panduan. Kita pergi ke tempat orang bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi salah satu cara kita memuhasabah diri kita dan mencari pengalaman. Sebab itu ada pepatah "jauh berjalan luas pengalaman!"

Wednesday, November 9, 2011

Menghitung hari Ichaija setahun...

Tinggal beberapa hari lagi Raisa sudah setahun. Terasa cepat sungguh membesarkan dia. Alhamdulillah, setakat hari ini, Raisa memang menyenangkan. Setakat demam, batuk selsema sahaja masalah dia. Dah nak beradik pun hahahhaha. Saya tengok gambar-gambar yang ada, dan saya kena akui, masa berlalu dengan pantas.

Raisa sekarang ni ringan mulut. Apa kita cakap dia akan ikut balik. Lucu betul telatah dia. Ligat tak usah nak cakaplah. Aksi memanjat, menyepah barang memang hobi dia. Kita jamu mata dengan gambar Raisa la ye...


masa ni tembam aje, mana taknya, kuat menyusu dan belum banyak akal lagi...


ini gambar 3 Nyawa saya.... Raisa maintain gebu masa ni...

Time 5 bulan, memang tak suka nak senyum...kalau senyum pun macam terpaksa aje...

Time tidur memang geram...rasa nak gigit aje pipi dia...heheheh


sekarang dah kuat menyengih... tapi jangan tak tau..anak dara saya ini garang orangnya..memang menurun perangai mama dia..hahahahha

Last but not least...

Bila melihat gambar-gambar dari awal kelahiran sehingga hari ini, terasa bahagia sangat bergelar ibu dan melihat anak-anak membesar dengan sihat di depan mata. Semoga anak-anak saya; Hadif, Raisa dan baby yang bakal lahir ini membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, taat pada Allah, Rasul dan ibu bapa.

Friday, November 4, 2011

ustazah Pilihan


Ustazah Nur Raisa Khadija. Amin. Mama doakan Raisa membesar jadi anak yang solehah, jangan pakai dedah sana dedah sini okeh..nanti mama pengsan...hahahahha



Menggayakan tudung Qaseh Iris, ni tudung kanak-kanak. Kalau sesiapa yang berminat boleh contact saya, saya tolong kawan aje :) Kain gerenti tak panas, dan kualiti sangat cantik.

Thursday, November 3, 2011

Cerita anak-anak


Ini cerita abang Hadif.

Semalam, hubby call saya waktu saya on the way balik dari ofis. "Hadif ada kejutan untuk mama ni..." Rupa-rupanya Hadif dapat 92 markah untuk subjek sains. Alhamdulillah. Sepanjang jalan balik saya menangis. Emo kan maknya ni? baru anak dapat 92, kalau dapat 100 harus maknya meraung...hahahahah. Saya sedih sebab kertas sains ni la Hadif buat masa dia demam. Alhamdulillah dapat juga A untuk subjek ini.

Lepas tu siap mengadu dengan mama. "mama..tadikan babah kasi duit kat abang suruh beli air, abang beli ari sirap, sekali tu abang minum abang rasa air laici. Abang tanya la kat abang kantin tu, apa ni bang, kata air sirap kenapa air laici?" saya tanya dia balik "apa abang kantin tu jawab?" "dia jawab air sirap laici dik..." hahahhaha. "abis abang minum tak?" "tak, abang suruh dia bungkus, kawan abang mintak abang tak kasi, abang kata tak pe, saya nak bawak balik untuk keluarga saya " kah kah kah...lepas tu mama dia dah ketawa tak ingat...adoi la anak ku...lurus okeh. Hadif memang memilih sikit orangnya. Makan memilih, minum pun memilih. Jenuh. Kesnya semalam dia lupa bawa bekal air, jadi babahnya beri duit belanja lebih untuk dia beli air. Selalu saya memang tak kasi dia beli air yang dijual di kantin. Abang...abang....



Ini kisah si Adik Ichaija.

Sekarang ni mulut yang amat bising... mama...mama... babah...babah...aaapah...(opah la tu) aaabam.. (abang) . Kalau dia nak sesuatu, dia akan menangis sampai keluar air mata, bila kita bagi je barang tu, terus tersenyum lebar. Besar akal sungguh.

Apa pun, merekalah permata hati mama dan babah.

Wednesday, November 2, 2011

Sabah, Negeri Di Bawah Bayu

sementara nak tunggu Departure.

Selepas demam dan sakit, akhirnya hari yang ditunggu tiba juga. Plan nak ke Sabah ni memang dah lama buat, sebelum dapat tahu saya mengandung, jadinya semua arrangement dah di buat tinggal nak pergi sahaja. Mulanya berbelah bahagi samaada mahu pergi atau tidak memandangkan kesihatan saya sangat-sangat tidak memberangsangkan. Akhirnya ambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Kota Kinabalu sahaja. Hubby kata, panjang umur kita akan kembali lagi ke Sabah untuk cover tempat-tempat yang tak sempat kami kunjungi. Percutian kali ini disertai oleh Atuk, opah dan Mak Lang.

Kali pertama saya dan family ke Kota kinabalu pada tahun 2006. Kami duduk di Hyatt Regency. Jalan Kaki sahaja kalau nak ke pasar malam dan kawasan sewaktunya. Bila kembali semula ke Sabah tahun 2011, banyak sungguh yang sudah berubah, terutama Airportnya. hahahah. Kali ni Kami duduk di Promenade Apartment.

makan malam dan shopping aksesori di Pasar Malam Kg. Air

Sampai di Kota Kinabalu, kami disambut oleh adik angkat saya, Khairul Fhazhuwan dan keluarga. Sangat-sangat terharu dengan layanan yang 1st class yang diberikan. Tak banyak gambar-gambar yang sempat diambil, lagi pun cuaca yang teramat panas buat kami rasa tak selesa. Apa pun, percutian ini memang melegakan saya, terasa gembira dapat lari dari udara semenanjung. Maklumlah batuk yang teruk masih bersisa...anak-anak pun masih ada batuknya lagi. Saya anggap percutian ini sebagai terapi untuk diri saya yang dah lama dahagakan percutian kah kah kah...

Malam pertama sempat ke Pasar Malam Kg. Air. Rambang mata opah dan maklang membelek kerongsang. Saya pula jadi pening kepala dan tak tahu nak pilih apa sebab terlampau banyak aksesori yang dijual di situ. Akhirnya pulang ke hotel saya tak beli apa-apa pun. Harga aksesori di sini memang murah. Jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan di semenanjung. Tidak hairan Mak Lang Hadif tak sedar diri berbelanja di sini...kah kah kah.

Muzium Sabah yang best :)

Raisa yang kepenatan, Babah yang possing baik punya...mak lang yang sawan kamera...hahahhaa

Atkinson clock Tower - jarang ada orang nk bergambar di sini kan, tapi kami...kami pasti boleh..hahahah


Di Jesselton Point

sempat singgah di One Borneo


Makan tengahari di Gayang Seafood - memang terbaik, makan penuh meja baru RM300. Terima Kasih Khairul sebab belanja kami... :) sebelum makan sempat ambil gambar sotong je, lepas makan baru teringat tak ambil pun gambar makanan lain..hahahahah kes dah lapar la ni...

Taman buaya yang sangat best. Buaya kat sini masyaallah besar-besar..bila beri makan tu ganas je rupanya...

Buaya yang besar tu pernah makan orang tau...


Buaya dan hubby - jejak kasih buaya sabah dan buaya darat... kah kah kah...


Sempat juga berbelanja di Jamilah Jawelery. Untungnya Khairul ahli, dapatlah kami diskaun yang melampaui batas...hahahha. Kalau biasa diskaun 50%, kami dapat 70%. Sekali lagi mak dan Maklang pening...kakakakakka.

Mak saya sempat shopping ikan bilis 10kg, udang kering dan sedikit ikan kering. Saya pula? hahahah hanya beli ikan bilis sekilo, udang kering sekilo. Sangat murah. Semalam dah masak pun sambal tumis ikin bilis dari Sabah...hahahaha.

Sempat singgah bergambar di Yayasan Sabah atau sekarang dikenali sebagai Menara Tun Mustapha


Alhamdulillah, walaupun tak banyak tempat pergi, tapi hati rasa gembira dapat bercuti bersama keluarga. Flight pergi sampai awal 15 minit, Flight balik delayed 40 minit. hahahaha. Aduhai...hahahaha. Sampai aje rumah, terus senyum dan cakap "oh rumah ku syurga ku." Lepas mandi dan bersihkan diri, letak kepala ke bantal terus lelap sampai ke pagi.

Sabah, walaupun sudah kali kedua saya sampai, masih banyak tempat yang tak sempat dilawati. Insyaallah, panjang umur dan murah rezeki, nak pergi lagi. Lepas ni bertambah lagi seorang ahli keluarga yang akan turut sama, insyaallah.

Thursday, October 20, 2011

Kawan, kuatkanlah semangat mu...

Membaca cerita seorang teman yang diserang tekanan perasaan dan ketika itu dia hamil buat saya menyeka air mata. Tambahan bila dia menulis yang anak-anaknya menangis ketika kejadian. Yang sulung ke sekolah dengan deraian air mata. Yang seorang lagi merayu supaya ibu jangan mati. Oh, terus terbayang wajah anak-anak kesayangan saya. Dalam hati saya berdoa dan merayu kepada Allah, semoga Allah berikan kekuatan yang amat2 jitu buat teman saya. 4 orang anak yang perlu diurus, beserta sebagai orang kanan kepada sang suami, sebenarnya tidak mudah menjadi seorang ibu, tambahan beliau sedang hamil anak kelima.

Percaya atau tidak, saya juga pernah merasa situasi begitu. Mungkin anda juga pernah saya percaya. Cuma situasi dan penyebabnya berbeza. Saya sendiri, ada masanya akan merasa diri tak stabil. Bila badan kurang sihat, rasa letih dan lemah. Dan, harus menguruskan semuanya sendiri. Saya bukan Iron Lady. Saya bukan Supermak. Sekuat mana saya mencuba, saya perlu akur, kudrat saya terhad.

Semasa mengandungkan Raisa, saya mengalami tekanan perasaan. Tetapi tidak seorang pun tahu kisah dan permasalahan saya. Saya tidak pernah mengadu waima sepatah pada suami apa pun masalah yang saya hadapi. Dari awal mengandung, sehinggalah lahirnya Raisa. Saya pendam dan saya telan. Saya sebagai manusia memang tidak pandai meminta-minta. Paling kuat jika saya marah saya akan diam. Mungkin sikap saya buat suami tidak paham apa yang saya mahu. Maka, semua persiapan menyambut kelahiran Raisa saya buat sendiri. Dengan perut besar 35 minggu saya pergi beli katil untuk Raisa. Saya memandu membeli kelengkapan bayi sendiri. Bukan suami tidak bertanggungjawab, tidak sama sekali. Cuma mungkin dia menunggu saya mengajak dia utk melakukan semua aktiviti itu bersama, tetapi sebagai seorang saya, saya sebenarnya amat-amat berharap bahawa suami yang akan mengajak saya berbuat semua perkara itu. Akhirnya semua itu membuatkan saya hidup dalam tekananan.

Tekanan saya tidak habis di situ sahaja. Semasa saat hendak melahirkan Raisa, suami masih di Pelantar Minyak. Sehari sebelum bersalin, Hadif demam panas. Saya menjaga anak demam panas, masih memandu ke hospital. Sehingga keesokkan paginya saya masih sendirian utk berjumpa gynea. Saya bersedirian menghadapi ketakutan hendak masuk ke dewan bedah. Sebelum masuk ke OT, ada sepasang suami isteri juga menunggu turn untuk masuk ke OT. Saya lihat suaminya memegang tangan isteri, menggosok kepala isterinya. Meleleh air mata saya apabila terpandang. Saya masuk OT dengan hati yang menangis, tetapi saya tahu, walaupun suami saya tidak berada bersama-sama saya, tetapi doanya tetap ada bersama saya. Tetapi macam saya nyatakan sebelum ini, perkara2 itu tetap membuat kita berasa tertekan walaupun kita tahu apa puncanyakan?

Selepas saya selamat dibedah, ayat pertama yang keluar dari mulut saya "nurse, suami saya dah sampai?" sambil pandang dihujung sudut pasangan yang saya nampak sebelum saya masuk ke dewan bedah tadi.

Oh, itulah sebahagian dari perasaan saya semasa mengalami tekanan. Tetapi saya tidak mahu hidup dalam tekanan. Macam saya pesan pada teman saya, kita berhak untuk bersedih, ambil la masa untuk bersedih, akan tetapi jangan sesekali kita tenggelam dalam kesedihan kita, kerana... sebagai isteri dan seorang ibu, kita amat-amat diperlukan. Kita perlu kuat dan tabah menghadapi apa juga dugaan yang mendatang.

Semoga teman saya itu, dan saya sendiri akan sama-sama kuat semangat dan terus bersabar. Melihat anak-anak selalu buat saya berkata "aku kena hidup lama, anak-anak sangat memerlukan aku sebagai mama"

* beb, u know who u are, pls be strong. My doa always with you. Amin.

Monday, October 17, 2011

Untuk kesekian kalinya....

Bila jengah ke blog sendiri, bila baca blog sendiri entrynya semua yang sayu2 yang sedih2, tapi nak buat macam mana, itulah perasaan saya ketika menulis. Hari ni nak cerita tentang pengalaman bagaimana rasa sesak nafas semasa tinggal 3 beranak aje di rumah. Saya demam dan batuk yang teruk, selepas turun darah Jumaat lepas. Dalam pukul 3 pagi hari Sabtu, saya rasa sesak nafas yang amat sangat. Pandang wajah Hadif dan Raisa, saya cakap "janganlah putus nyawa depan anak-anak ni..."

Pergi jumpa doktor, kena nebulizer. Dan hari ini, masih demam tetapi sedikit kurang dari hari-hari lepas. Tapi sedihnya Hadif dah mula batuk dan Raisa dah demam. di saat hubby tak ada di darat, Allah datangkan dugaan yang bertimpa-timba. Terima Kasih Ya Allah, sekurang-kurangnya salah satu dari tanda Allah sayangkan saya, Terima Kasih buat keluarga yang sentiasa bersama2, yang membantu saya meringankan beban saya...emak, abah, dan adik-adik, tak lupa buat temam-teman yang sentiasa memberi semangat dan sentiasa sudi menghulurkan bantuan, bila dan disaat ini, saya sangat-sangat mengerti dan mengenali siapa orang-orang yang sebenarnya ikhlas terhadap kita.

Hari ini Hadif menghadapi peperiksaan akhir tahun untuk sekolah kebangsaan dan sekolah KAFA. Saya peluk dia erat-erat dan saya bisikkan di telinganya, "abang, mama doakan semoga Allah permudahkan urusan abang menjawab soalan exam, jawab la sedaya yang abang boleh, mama terima apa sahaja keputusan yang abang dapat dengan hati yang terbuka" Allahuakbar, lelahnya rasa hati bila waktu-waktu kesihatan tidak memberangsangkan ini, anak harus menghadapi peperiksaan. Saya pegang kata-kata hubby, "he is a survival" Anak itu sentiasa memberi kejutan kepada mama dan babahnya...semoga Allah mendengar doa dan rayuan saya ini...amin.

Anak dara cilik saya pula sudah nak masuk 11 bulan. Ligatnya tak ingat. Hari ini demam pula. ini mesti menjangkit dari mama, mana tidaknya tidur nak berpeluk, nak menyusu badan.... harap-harap cepatlah kebahnya demam anak dara mama ni...

Saya dan kerja? Allah..Allah...Allah...balik ke ofis tengok atas meja dah macam sarang apa ntah..hahahha berilah ketabahan kepada hamba mu ini Ya Allah... Amin.

Tuesday, October 4, 2011

Mengandung dan komplikasi

Semalam saya ke KPJ Selangor, jumpa doktor Yeen. Mulanya malas nak cepat-cepat jumpa pakar bila dah anak masuk 3, tetapi kita sebagai manusia hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukan. Saya ni jenis jika hamil ada komplikasi. Masa Hadif dulu, masuk sahaja usia kandungan 3 minggu sudah bleeding. Masa Raisa sempat juga sampai kandungan 6 bulan baru mula bleeding. Dan, untuk kali ini, sudah beberapa kali saya bleeding sedangkan usia kandungan baru nak masuk 14 minggu.

Malam Ahad, sewaktu tinggal dengan anak-anak, hubby menghadiri teambuilding di Eco Resort Bentong; saya bleeding lagi. Kali ni banyak dari biasa. Mula la saya gelabah, tetapi masih boleh bertenang, dan pujuk hati tunggu hari siang. Semasa jumpa Doktor Yeen, doktor bising jugalah sebab awal lagi sudah turun darah. tetapi bila saya cerita bagaimana saya dan hidup saya, terus doktor buat muka kasihan. Agak-agaknya, bagaimana saya harus tidak mendukung Raisa sedangkan anak dara saya itu memang masih perlu didukung? Apa yang saya boleh buat, hanya berdoa semoga Allah beri kesihatan yang baik dan selamatkan bayi dalam kandungan saya.
Semalam sudah nampak jelas bentuknya, sudah terdengar-dengar degupan nadinya. Menitis air mata saya, Doktor pesan, jika saya tidak berhati-hati bimbang memudaratkan diri saya dan anak dalam kandungan. Pesan doktor, tak boleh buat kerja berat-berat (ok, saya sekarang mengamalkan dasar kalau larat buat, tak larat apa nak buat), jangan travel jauh-jauh, kalau boleh memandu pun limitkan.. hahahaha yang itu rasa nak gelak besar pun ada. Ya Allah, hanya pada mu hamba mu ini memohon semoga diberikan kekuatan menghadapi hari-hari mendatang.
Saya sebenarnya kalau masuk bab mengandung memang boleh mendatangkan trauma. Macam-macam dugaan Allah datangkan. Ada masanya menangis sendiri menahan kesakitan. Dan kali ini, ditambah dengan sakit kepala yang bagai nak pecah hampir setiap hari. Semalam Doktor kata disebabkan hormon saya, sakit kepala itu berlaku. Tekanan darah semuanya ok. Ada masa saya bimbang orang-orang disekeliling akan kata saya mengada-ngada. Tak boleh itu, tak boleh ini. Tetapi sampai bila saya harus mengetepikan kesakitan saya untuk menjaga hati semua pihak. Teringa-inga pesanan dari Doktor Yeen semalam, "azila, you kena utamakan kesihatan you, you kena banyakkan rehat, kalau you sakit, siapa nak jaga anak-anak you?" Bila teringatkan anak-anak, terus semangat saya kembali kuat. Kasihan melihat anak-anak bila saya terbaring tak sihat. Mujur si abang dah pandai bawa diri. Boleh diharap nak tengok-tengokkan Raisa yang semakin ligat.

Bila hubby ada, saya rasa lega. Bila hubby tolong handle Raisa, boleh la juga saya melipat kain, mengadap Hadif buat kerja sekolah dan ulangkaji. Kalau tidak, mana nak dukung Raisa, mana nak tengok abang buat kerja sekolah, akhirnya saya sedih sendiri. Walau apa pun, ada lagi 6 bulan untuk saya hadapi fasa mencabar ini. Semoga Allah permudahkan urusan, dan semoga saya dikelilingi dengan orang-orang yang mengasihani saya, memahami situasi saya dan tidak hanya mengata atau membandingkan situasi saya dengan orang lain. Bak kata kak shilla, orang yang tidak boleh menerima situasi kesukaran saya adalah orang yang tidak boleh menerima ketentuan Allah, yang tidak percaya dengan kekuasaan Allah, kerana apa yang saya alamai semuanya didatangkan oleh Allah. Kata-kata itu menjadi motivasi diri untuk saya. Insyaallah, bersusah-susah sekarang, kelak insyaallah kesenangannya akan menjelma. Saya ikhlas menjadi seorang ibu, dan saya redha dengan kepayahan yang saya lalui dari melahirkan dan membesarkan anak-anak. Semoga anak-anak saya membesar jadi anak yang menyenangkan, yang kelak mampu melayari kehidupan mereka dengan jalan yang diredhai Allah. Itu sahaja pinta saya. Dan, diwaktu itu nanti, saya mahu melayari hari-hari tua saya dengan aman, tenteram dan bahagia di samping suami dan anak-anak.



Raisa yang semakin keletah....

Friday, September 30, 2011

Dan...si ibu mengandung ini pun mula menulis...

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya mulakan dengan kalimah bismilah dan semoga saya dapat menulis sehingga ke penghujungnya. Rindu hati ini sangatlah tidak boleh digambarkan untuk mencoret luahan hati diblog ini. Semenjak berbadan dua, saya jadi tidak berdaya. Baru sahaja hendak menaip sebaris ayat kepala sudah pusing. Banyak kali juga saya menaip entry, yang akhirnya terkandas dalam folder draf sahaja.

Untuk melepasi 1st trimester ini sangat-sangat menguji kesabaran saya. Saya pohon pada Allah supaya saya terus menerus diberikan semangat dalaman untuk mengharungi kehidupan. Kalau ikut pada kesihatan memang saya tak larat nak duduk berlama-lamaan di pejabat, apatah lagi hendak cergas menguruskan perihal rumahtangga dan anak-anak. Tetap saya cakap dengan diri saya, demi anak-anak dan suami, saya perlu bangun. Kalau saya terbaring lesu, kasihan mereka. Tambahan jika hubby tiada di rumah....

Sekarang ini, motto hidup saya mudah sangat, "kalau larat buatlah, tak larat apa nak buat..." hahahahah. Cumanya saya sangat sensitif masa mengandung kali ini. Pantang ada isu sedih, air mata mula la merebeh-rebeh turunnya. Emosi mudah tersentuh apabila melihat anak-anak sudah tidur. Masa itu akan keluar rasa letih, penat dan lelah, dan masa itulah saya akan menangis sepuas-puas hati. Alhamdulillah, rasa lega dan saya boleh teruskan kehidupan selepas itu dengan rasa senang hati.

Dua minggu tanpa suami di sisi sangat-sangat menguji kesabaran saya apabila hamil lagi sedangkan Raisa belum pun setahun. Disamping Abang Hadif yang menuntut perhatian, Raisa juga dengan pelbagai kerenah dan keletah, saya rasa sangat letih. Baru-baru ini demam dan sakit kepala menjadi teman. Raisa juga demam semasa babah di offshore. Memeluk Raisa yang merengek, saya berdoa semoga segala kesakitan yang Raisa lalui Allah pindahkan kepada saya, nah...terimalah doa yang dimakbulkan Allah...saya demam selepas sehari Raisa demam...tetapi tak apa, Raisa segar dan aktif kembali...mama suka hati.. :)

Sebenarnya saya sedaya upaya mencuba untuk tidak menyebut erti lelah dan keletihan, tetapi mungkin atas faktor umur yang sudah menjejak angka 32 tahun, saya rasa saya tak sekuat masa mengandungkan Hadif. Ada masa, lepas jemput hadif dari sekolah, ambil Raisa dari rumah opah, sampai di rumah saya tidak sempat mandi, hanya solat dan terus melayan anak-anak. Raisa yang tak boleh tidak nampak bayang mama...abang hadif yang perlukan bantuan untuk membuat kerja rumah, kain baju yang perlu di urus, nak masak bubur Raisa...oh...rasanya sudah lama saya tidak dapat mandi lama-lama membelai diri. hendak pegang laptop tu tak ada masa, nasib la hubby belikan saya ipad, sebelum tidur sempat la belek-belek kejap sebelum terlelap...hahahah.

Untuk Hubby tercinta,
Terima Kasih kerana sentiasa bersama-sama dikala susah mahu pun senang, Terima kasih kerana walaupun penat memandu beratus kilometer pulang dari tempat kerja, terus mengemas rumah yang dah macam tongkang pecah. Saya rela mengharungi kesusahan tak kira macam apa pun asalkan awak ada teguh berdiri dan bersama-sama menjalankan tugas kita sebagai ibubapa..

Untuk Abang Hadif yang tersayang,
Mama sangat-sangat berterima kasih dengan abang yang sentiasa membantu mama menjaga adik icha, Abang adalah anak yang baik dan terbaik di mata mama, yang sentiasa meminjamkan bahu di saat mama memerlukan, yang sentiasa menerima angin mama yang sedikit tak menentu semasa mengandung kali ini. Abang, mama doakan semoga Allah permudahkan urusan abang dalam mengejar ilmu, mama minta maaf sebab kebelakangan ini mama tak dapat beri perhatian seperti selalu, tetapi mama tahu abang anak yang tabah dan gigih, walaupun abang bersusah payah menghadapi kekurangan yang ada, abang sangat istimewa di mata mama...mama tak pernah kisah kalau abang tak dapat A dalam exam, asalkan abang membesar jadi anak yang soleh, yang patuh pada ibu dan bapa, abang yang baik buat adik-adik, mama cukup bersyukur. Tidak lah mama harapkan abang akan membalas dengan segunung intan buat mama dan babah, cukuplah abang jadi anak yang bertakwa, anak yang sentiasa bersyukur dengan kehidupan. Abang, jadi contoh yang baik ye kepada adik-adik. Kasihilah adik-adik abang kerana mereka itu tidak ada galang gantinya dengan sesiapa.

Untuk Raisa yang dekat di hati mama,
Melihat wajah mulus icha buat mama sedih tetapi mama rasa bila tiba masanya icha akan kegembira sebab icha ada adik sebagai kawan untuk bermain. Ada masanya air mata mama begitu murah terbit apabila mama merasakan icha tak puas lagi bermanja sudah nak punya adik. Icha, icha sentiasa akan jadi baby manja mama. Mama sayang anak-anak mama tak ada yang terlebih atau terkurang. Subhanallah, itulah kekuasaan Allah, walaupun hati mama ada satu, tetapi tidak ada terlebih terkurang pun kasih mama buat anak-anak mama.

Oh, emo sungguh penulisan ibu mengandung 3 bulan ini. hahahhaa. Ha, amik, tak larat menulis mohon kekuatan untuk menulis, bila dah menulis air mata meleleh-leleh. Agak-agaknya yang dalam perut ni girl or boy? hahahhaa.

Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan dan Rezeki

Akhirnya Ramadhan kali ini membawa rezeki yang teramat besar buat kami sekeluarga. Insyaallah, tahun depan ahli keluarga kami akan bertambah. Insyaallah tahun depan hubby akan bayar zakat fitrah untuk 5 kepala.

Saya? pada mulanya sangat terkejut. Terkujat. Terperanjat. Pandang aje wajah Raisa, air mata saya berderai-derai turun. Kasihan anak mama yang baru berusia 9 bulan. Dorongan dari hubby, keluarga dan rakan-rakan yang tak putus-putus memberi semangat, buat saya jadi kuat. Alhamdulillah, saya kini kembali bergelar ibu yang hamil kah kah kah. Baju mengandung pun tak sempat saya simpat dalam kotak, elok aje tersangkut lagi. Semoga Allah kuatkan semangat saya dalam menguruskan anak-anak tersayang. Semoga kesihatan saya terus terusan baik dan kecergasan saya tidak merosot. Kasihan Hadif dan Raisa kalau saya melepek. Setakat ini, saya tidak sempat melayan rasa loya dan rasa pening. Kesibukan menguruskan anak-anak sementara hubby di offshore memang tak dapat nak memanjakan diri.

Hubby?
masa saya khabarkan berita gembira ini saya tahu dia terkedu. hahahha. saya menangis beriya-iya mengatakan yang saya kasihankan hadif dan raisa, dan nasihat hubby buat saya lega. Sangat mujarab. kata hubby "Salam sayang, Jgn mundum2 k. Bukan satu kesalahan bagi kita menambah bilangan ahli keluarga dan bukan sesuatu yang pelik bila mereka dari dua beradik jadi 3 beradik. heheheh. Anak2 semuanya kena dikasihani sebab mereka memang bergantung pd org tua mereka. Tp kena looking forward bila dah grow up... Mereka juga senang ada adik beradik yg ramai... Hahaha.. Tp kan wak... Saya tak pernah terbayang pon ada anak yg lebih dari dua.. Huhuhu. Rejeki Allah taala bagi as amanah saya terima dengan berbesar hati. Alhamdulillah"

Saya juga sangat gembira sebenarnya. Mana tidaknya, selepas hadif, hampir 7 tahun kami menanti kehadiran Raisa, dan yang nombor 3 ini tak sampai setahun Allah beri lagi kami rezeki. Alhamdulillah...syukur. Insyaallah sedaya upaya saya akan cuba buat Raisa tidak rasa diabaikan.

Abang Hadif?
Bila saya khbarkan kepada dia yang dia bakal dapat lagi seorang adik, dia terus cium perut saya, cakap best... nanti boleh la kasi nama adik ni Irfan ye mama? hahahah aduh Hadif...tang beri nama serah pada dia.

Raisa?
masih lagi juah saya. manja yang amat, tak boleh hilang mama. berkepit aje kerjanya. Masih menyusu badan. itu yang buat air mata saya tumpah. Tak sampai hati nak berhentikan dia menyusu badan. Allah...Allah...masa menaip entry ini pun air mata saya tumpah.

Saya?
Saya sangat gembira, dari ibu kepada 2 orang cahayamata, lepas ini insyaallah ibu kepada 3 cahaya mata, semoga Allah berkati hidup saya, murahkan rezeki saya dan keluarga, jadikan anak-anak saya anak-anak yang soleh dan solehah. Meraka sahajalah harta yang saya ada.

Akhir kata sebelum mengakhiri coretan ini, Selamat menghabiskan ibadah puasa dan selamat menyambut ketibaan syawal. Minal Aidil wal faizin.

Friday, August 19, 2011

Ramadhan ke 19



Sedar tak sedar sudah 19 hari kita berpuasa. Tak tak pasal-pasal semalam saya terpaksa mengorbankan puasa saya dek kerana serangan tekanan darah rendah. Sob..sob...sob.... Hari ni pun kepala masih sakit, mata masih berpinar-pinar. Semoga Allah beri saya kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan ibadah puasa. Hari ini ada Majlis Berbuka Puasa di Ofis. Saya kena bertugas sebagai committee... aduh kasihan abang hadif dan ichaija kena tinggal hari ni.

Wednesday, August 10, 2011

Ichaija di bulan ramadhan


Ustazah ichaija

Bulan Ramadhan ni, bila tiba waktu sahur, Raisa pun akan bangun bersahur. Selagi tak disuap mulut dia dengan makanan, selagi itulah tidak aman. hahahhaha. Gambar di atas itu di ambil semasa menunggu abang balik dari sekolah. Tengoklah hidung anak dara saya yang merah menyala, semenjak dua menjak ni dia suka sangat melasak. Dah mula berdiri dan lepas tangan, gaya seorang pro tapi lepas itu jatuh terlentang. Apa lagi..huaaaaa. Oh ya, Raisa sudah boleh cakap "maaaa" "baahhh" "paaaahh" tapi gigi sebatang pun tak ada lagi...hehehehe.

Kurangnya update blog di bulan puasa ini. Mana tidaknya, 9.30 malam dah masuk tidur. Bangunnya pukul 4.30 pagi. Sekejap sahaja Ramadhan kali ini. Alhamdulillah saya masih berpuasa penuh... weeee hahahhaha. Persiapan menyambut syawal pun ala kadar sahaja, saya sudah berjanji dengan diri sendiri tak mahu berlebih-lebih. Biar bersederhana. Janji keperluan anak-anak sudah selesai, saya dah senang hati.

Selamat meneruskan ibadah puasa. Puasa dari lapar dan dahaga, puasa juga dari menahan nafsu segala. Maaf zahir dan batin.

Friday, August 5, 2011

Selamat Jalan Uncle Jimmy dan cerita Ramadhan

Salam Ramadhan buat semua, Alhamdulillah sudah 5 hari kita berpuasa. Alhamdulillah juga masih diberi kesihatan yang baik untuk melaksanakan ibadah puasa. Abang Hadif pun Alhamdulillah setakat ini belum berlubang puasanya walaupun bila dah hampir waktu berbuka tu perangai dia Ya ampun naik pening kepala mama di buatnya. Sepuluh kali sekejap tanya bila nak malam, bila boleh berbuka.

Semalam hubby dapat berbuka bersama-sama kami. Seronok tak terkira. Sebenarnya sewaktu pulang dari ofis mak beritahu saya yang pakcik Azmi (kenalan rapat mak dan abah, yang memang rapat dengan kami sekeluarga) telah kembalik ke Rahmatullah petang semalam. Bergenang air mata mak masa bercakap. Maklumlah, mereka sangat akrab. Teringat dulu bila mak saya nak bersalinkan adik kembar, pakcik Azmi dan isterinya cik Midah la yang banyak membantu, dari menghantar ke hospital sampailah hari menjemput balik dari hospital. Susah senang mereka memang saling membantu.

Saya seka air mata bila teringat kebaikan Allahyarham. Semasa saya di tingkatan 1, saya bersekolah di Seksyen 16. Waktu itu saya ke sekolah menaiki bas sekolah Pak Mat yang selalu ada masalah. Suatu hari saya menapak balik dari sekolah ke rumah. Arwah pakcik Azmi kebetulan lalu, terus ajak saya menumpang keretanya. Dan, selepas hari itu, hari-hari Arwah akan tunggu saya di depan sekolah. Terharu sungguh rasa hati. Sehingga hari ini saya kenang kebaikan arwah. Semoga Allah permudahkan urusan Allah, semoga Allah di tempatkan di syurga firdausi. Semoga segala yang baik-baik untuk pakcik Azmi yang jika bergurau saya akan panggil dia uncle Jimmy. Seorang yang kelakar, yang sentiasa suka melawak.

Lepas berbuka semalam, saya dan seiisi keluarga sempat pergi melawat jenazah di rumahnya. Teringat-ingat kata-kata cik midah semasa saya memelukknya "doakan pakcik Azmi ye intan..." Selamat Jalan dan selamat tinggal pakcik Azmi. Mati itu pasti.

Mak cakap begini pada saya "kalau la mak yang mati dulu, macam manalah abah" maklum sahajalah, mak saya seorang suri rumah. Abah memang bergantung penuh dengan mak. Dari semua segi. Dan mereka memang sentiasa berdua. Nak ke pasar berdua. Nak ke supermarket berdua. Nak bayar cukai pintu berdua...nak pergi beli barang-barang dapur pun berdua. Agaknya kalau saya yang mati dulu, mungkin hubby tak terasa sangat, eh tiba2 rasa air mata bergenang. Teringat kata hadif semasa menonton Kasih Alia di TV3, mama, abang tak nak mama mati, nanti babah kawin dapat mama baru yang garang macam mama Anis. hahahha. Manalah hadif tahu dapat mama baru yang garang, sedangkan mama dia ni lagi la garang. Mesti babah dia cari mama yang lemah lembut gemalai, tak gitu babah? gitu...gitu..? hahahaha.

Apa pun, saya berdoa pada Allah, moga Allah beri kesihatan yang baik buat saya dan suami. Izinkan kami membesarkan anak-anak dan melihat anak-anak membesar. Boleh melakukan apa yang ingin kami lakukan bersama-sama, berkongsi hidup hingga hujung nyawa. Biarlah kasih sayang kami bukan berlandaskan nafsu semata-mata. Amin.

Monday, August 1, 2011

Bila nak malam....?

Baru sahaja menelefon anak teruna di rumah opahnya. Dia cuti sekolah hari ini. Dan, hari ini kali pertama dia berpuasa. Pukul 11 pagi tadi bila saya tanya "abang, ok tak puasa?" laju aje dia jawab "ok...tak penat pun" hahahah. Memang la baru pukul 11 pagi. Pukul 2 saya telefon emak bagitahu yang Hadif dah mengaruk nak makan. Tapi opah dia pujuk-pujuk, ajak tidur. Dan, terkini, 5 minit yang lalu saya cakap dengan dia di telefon. Dengan nada suara teramat-amat layu, "bila nak malaaaammmm?" hahhahaha. Tergelak mama dia mendengarnya. Saya pujuk dia supaya bertahan, janji nak masak spaghetti untuk dia petang ni. Ceria suara dia balik.

Abang Hadif...Abang Hadif. Subuh tadi bukan main petah bercakap, nak berbuka makan kurma la...nak minum susu lah..hahahha. Abang, Mama doakan Allah permudahkan urusan abang untuk berpuasa. Saya tidak pernah berjanji untuk memberi duit jika Hadif berjaya berpuasa, tetapi saya berjanji, jika dia berpuasa penuh sehari, dia boleh request apa sahaja yang dia nak makan. Harap-harap habis bulan Ramadhan berat badan dia makin bertambah, bukan makin turun. Kasihan tengok dia yang pipih melayang sahaja bila berjalan..hihihi

Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan Kareem

Selamat Menyambut Ramadhan kawan-kawan. (kawan-kawan sahaja ye, cik LALAT boleh blah!)

Rasa sayu tetapi bahagia bila menanti ketibaan Ramadhan kali ini. Kali ini saya menyambut kedatangan Ramadhan tanpa hubby di sisi. Sedih? sedih sedikit, tetapi perkara itu sebenarnya sudah biasa saya lalui. Seawal perkahwinan lagi saya mula berpuasa tanpa suami. Ini bahagian saya. Dan insyaallah saya redha. Bahagianya pula apabila cinta hati kami, Hadif insyaallah akan saya latih berpuasa tahun ini. Sedari bulan lepas saya sudah bercerita tentang puasa dan kelebihannya kepada Hadif. Hadif pun nampak teruja untuk berpuasa.

Ada dikalangan rakan-rakan sudah melatih anak berpuasa seawal umur 6 tahun tetapi saya dan hubby mempunyai pandangan yang berbeza. Kami kasihan sungguh melihat Hadif yang kurus itu kalau terpaksa berpuasa. Maklumlah, dia bukannya gemar makan. Tetapi tahun ini saya akan keraskan hati melatih Hadif menjalani ibadah puasa. Sudah mula menyimpan resepi-resepi nak pikat Hadif untuk makan..hahahahah. Bagaimanalah agaknya nak mengejutkan si bujang saya itu bangun sahur, mana nak layan Raisa... ini semua adalah cabaran yang tak sabar saya nak tempuh.

Nampak gayanya hujung minggu ini (mohon pada allah diberi kesihatan yang baik) akan diisi dengan aktiviti mengemas rumah. Sempena menyambut Ramadhan. Saya memang akan mengemas rumah, tukar langsir, basuh sarung sofa dan segala-galanya menjelang Ramadhan. Bila menjelang Syawal nanti saya releks sahaja. heheheheh.

Bila memandang wajah mulus Hadif, saya teringat cerita semasa saya darjah satu. Masa itu saya ke sekolah menaiki van sekolah. Sebelum ke sekolah mak bekalkan saya botol air minuman, saya sorokkan di dalam beg sekolah. Kes malu kalau kawan nampak. Semasa nak naik van sekolah, pemandu van yang saya panggil abang Din mengusik saya.

Abang Din: Intan, tak puasa ye
Saya: Puasa la abang din.. tak puasa tak boleh raya
Abang Din: tu kat mulut tu ada kesan air sirap abang Din tengok
Saya: Eh, bukan air sirap la, mak bekalkan air oren.. (sambil buka beg tengok bekal air yang mak bekalkan)

hahhahahahhaha. Jenuh saya kena bahan dengan abang din. Lurus kan? sampai sekarang pun ada masa saya tak reti nak kona2. Tu, si Hadif tu mewarisi kelurusan saya hahahhahaha. Selalu aje cubitan saya hinggap di lengan Hubby sebab dia suka sangat mengenakan saya.

Ada lagi cerita lucu semasa kecil. Kisahnya saya keluar mengaji ke rumah guru mengaji. Sebelum turn mengaji sibuk main kejar-kerjarlah, panjat pokot ceri depan rumah guru mengaji, makanya diri yang dari rumah berpuasa, tetapi tiba di kedai air batu campur cik pah tiba-tiba jadi tak puasa. Balik rumah puasa balik. hahahaha itu cerita dulu..sekarang "Aku dah bertaubat....." macam dialog Yassin dalam cerita Man Laksa. hahhahah.

Oklah, Selamat Berpuasa semua, selamat menanti kunjungan Lailatul Qadar...bukan kunjungan ke Kamdar ye. Semoga kita berjaya memperbaiki diri, melipat gandakan ibadah dan terus memperbaiki kekurangan diri.

Untuk Cik Lalat...sudah-sudahlah, jangan menyibuk urusan orang, lebih baik jaga rumahtangga sendiri, kalau tengok hidup orang lain senang, itu atas dasar usaha orang sendiri, jika orang lain dilanda musibah janganlah pula bertepuk tangan. Masuk campur pun tak payah. Uruskan urusan diri sendiri ye... Nasihat ikhlas dari penaja ni...sudah-sudahlah menjoyah, mak saya kata, biar rupa kita tak seberapa, tetapi sahsiah kita perlu mantop, jangan harap muka aje lawa..tapi sahsiah? zero derrrr... lu pikir la sendiri.

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!