Saturday, August 30, 2008

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Semalam masa kat opis babah call. Rupanya Hadif nak wish selamat hari merdeka dekat mama. Babah kata dari atas moto dah bising nak call mama. Pas tu dia request nak nyanyi lagi merdeka, so babah dia bukak la youtube, pas tu dia menyanyi dgn penuh perasaan. Aku gelak sampai tekan perut.


video

Friday, August 29, 2008

Oh my darling Hadif

Cerita I

Hubby buat suprise. Balik awal seminggu. Maknanya, legalah aku. Kalau tak pening gak mengisahkan perihal umah nih.

Sampai di rumah

Hadif: Mama ada beli apa2 tak untuk hadif? ( tu ayat wajib dia sekarang, agaknya dia ingat mama dia pi kerja kat shopping complex kot?)

Mama: Ada...hadiah besar...Hadif nak tengok?

Hadif: Nak... (muka excited giler..)

Mama: tadaaa.... (babah pun keluarlah dari persembunyian)

Hadif: Muka terkejut sangat2...muka macam tak percaya..pas tu melompat..guling2...tak hengat donia.

P/s: happy betul anak bujang ku itu apabila kembar siam dia dah balik. That's mean kurangla dia mengada2 dgn mama dia nih...


Cerita II

Biasanya, aku akan telefon mak atau abah, tanya khabar Hadif balik dari Genius Aulad. Selalunya dia refused nak bercakap dgn mama dia nih, sebab dia takut aku suh dia tido. Terlepas la peluang dia nak tengok kartun. Tambah lagi sekarang ni dah pandai pilih channel sendiri. Hidup je jari jemari dia mencari channel kegemaran dia. Hari ni Opah dia kata dia turun dari GA mengomel2. Bising marahkan kawan ketat dia Amirul dan Izzaki.

Mama: kenapa Opah kata Hadif marah2 nih?

Hadif: Amirul dgn Izzaki buat hadif. Dia sepak Hadif. Dia conteng tangan Hadif!! (suara jerit2 time ni...mama nak gelak pun ada)

Mama: Hadif kacau dia dulu kot? cakaplah dgn dia jangan buat hadif..

Hadif: Hadif tak nak kawan dgn dia. Tak nak kawan dgn boyfriend. Nak kawan dgn girlfriend aje. (sebut girlfriend tu kemain lagi...)

Mama: la pulak...hadif kenalah kawan dgn boyfriend...

Hadif: Tak nak..nak kawan dgn girlfriend je

Mama: eh, hadif girl ke boy nih, nak kawan dgn girlfriend je?

Hadif: Hadif GIRL!

Mama: Aiyooo gitu pulak?

p/s: Hadif ni kalau marahkan orang buat dia, mulut dia je bising. Tak tau la pulak kalau kat sekolah dia lawan balik. Tapi kalau dgn cousin dia, memang dia gitu. Kalau cousin dia buat dia, nama dia nak balas balik ke, pukul balik ke memang lah tidak. Tapi mulut dia memang bising marahkan orang tu. Dulu, baju dia kena conteng kat sekolah. Habis depan dan belakang uniform sekolah dia. Bila aku tanya sape buat, dia cakap zaki buat. Aku tanyalah kenapa hadif tak marah kawan conteng baju hadif, lain kali kalau kalau buat, cakap lah jangan conteng. Kalau dia buat jugak, hadif lawan la dia.. hadif boleh tanya gini kat aku "boleh ke mama? " hahahahah

Tapi aku tak lah salahkan budak2 kan..nama pun budak2. Normal la tu. Hari ni dia buat anak kita, esok lusa anak kita pulak buat anak orang. Tapi according to teacher Iman, hadif ni ada anginnya jugak. Maklumlah anak sorang jek. Tapi kawan2 dia dah boleh bertolak ansur dgn dia, dan dia pun dah cool sikit tahun ni. Rasa sayang nak tukarkan dia sekolah lain. Tapi kalau dia rasa selesa sangat pun tak boleh jugakkan? Sekarang ni pun dia pergi sekolah cam balik umah opah dia je. Selesa sangat2. Tu yang sampai bila teacher ajak buat reading Peter & Jane tu dia banyak songeh. Apa pun, nak tengok dulu perkembangan dia sampai end of this year.

Itulah lah Hadif. Pelengkap dunia aku dan hubby. Telatahnya cukup menghiburkan, tapi ada masa cukup mencabar kesabaran. Sekarang ni, time tido aje dia berhenti bercakap, kalau tak, sibuk betul dia bertanya itu dan ini, sampai ada masa babah dia cakap gini " Dah la hadif, babah penat la, sampai dah tak de oksigen babah nih.." heheheh

Oklah, till then and take care!

Wednesday, August 27, 2008

Undilah Nisa Yek

Undilah An-Nisa Abriza ye kengkawan. Blog mak dia ni adalah blog yang akan saya singgah hari2. Saya sangat suka menatap wajah Nisa yang sangat comel..moga2 impian saya nak dapat anak perempuan comel macam Nisa termakbul...insyaallah.. :)



Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di SINI okeh.

Sunday, August 24, 2008

Hadif nak toys jugak!


Ni la dia budak yang berpegang pada janji. Balik dari gunting rambut tadi dia dah tuntut janji, tapi sebab nak kena tunggu orang yang cat umah tu selesai mengecat, aku janji la dgn dia petang2 sikit nak pi beli toys dia. Petang ujan la pulak. So lepas maghrib baru la aku, hadif, opah dan atuk hadif pi Bukit Tinggi.

Sampai je dia buat ayat sedih dia "mama, boleh makan chicken rice shop tak? hadif laparrrr..." kesian dengar dia merayu, walaupun aku ni tak lalu nak makan nasik ayam, aku layan aje la. Betul punya makan hadif malam ni. Siap amik mama punya portion lagi. Seronok tengok dia berselera gitu. Lepas makan dia suh aku pegang perut dia..cam perut babah kan mama..cam sea horse.. aku gelak tak henggat. p/s: babah, sumpah tak ajar tau. Ni penangan buku citer yang babah dia baca setiap kali dia nak tido lah ni. Tajuk citer tu "Bapa kuda laut mengandung". Boleh lepas tu dia cakap babah dia pulak cam sea horse. Sabar aje lah anak.

Lepas makan, dah kenyang perut dia, mula la dia teringat balik toys dia yang dia belum dapat. Lepas satu, satu dia pegang, pujuk mama. Tapi semua tak menepati standard piawaian poket mama. Last sekali dia capai spiderman. Tengok harga RM19.90, mama pun setuju. Dah dapat kehendak hati dia, baru gerak pi Aussino. Beli bedsheet, Quilt, and Quilt cover set. Kasi chance hadif pilih, dia kata "Hadif nak yang angkasawan mama..." Layan aje lah. Asal lepas ni dia nak tido dalam bilik dia sendiri, sudah. Tak larat nak berhimpit bertiga dah. Tak larat jadi mangsa judo hadif dah. Lasak sungguh dia tu time tido.

Lepas dapat barang2 yang dicari kami pun balik le umah. Ni, bujang senang tu dah tido. kat tangan siap tak lepas spiderman & ntah apa ntah namanya tu.... :) ha, daredevil. Nasiblah anak den sorang. kalau ramai, semua demand cam hadif, aiiyooo..pengsan dibuek nyo...

oklah, till then...babai.

Gunting Rambut

Rambut hadif dah panjang. Dari sehari ke sehari nak bawak pi gunting rambut tapi tak berkesempatan. Petang tadi, sementara menunggu orang mengecat rumah, aku bawak la dia ke kedai gunting kat berjaya park. Tukang gunting tu okeh..tapi yang sorang lagi tu leceh tul. Aku dok snap gambo hadif dia dok bising cakap sudah. Suka ati aku la kan..bukan aku amik gambar dia, aku amik gambar hadif. Boring je aku.

Time ni boleh bersilat lagi...

Still boleh tersengih

Menangis sudah...

Time ni tak tahan nak gelak ...

Lepas bergunting..suh posing pun tak mo...

Hadif pulak, dari mula cakap nak bawak dia pi gunting rambut dia dah merengek. Masam je muka dia. Puas pujuk. Last sekali janji dgn dia..kalau dia gunting rambut, mama belanja toys. ha..baru la cargas sikit. Tapi tak boleh belah jugak, still menangis. Kelakar sungguh tengok muka dia. Tak tau bilalah dia tak nangis bila gunting rambut. Ikut sape la ni yek? mama dia bapok lah sukanya gunting rambut. Time bujang2 dulu, gunting rambut tu satu hobi. Bila dah kawin ni baru kurang. Hubby request suh rambung panjang. Kalau tak, pantang nampak kedai gunting rambut...laju je masuk. hehehehhe

Letih tahap gaban okeh

my little assistant...dia ni la bodyguard mama dia..

Start dari Sabtu dah tak rehat2. Pagi2 dah bisingkan si Ah Chai tu, ye la, nak ukur kabinet tapi table topnya tak siap2. Hari Khamis hari tu aku mengamuk sakan. Ye lah, datang nak tengok progress, tapi diorang tak buat apa. Terus darah naik sampai ke kepala. Aku halau je diorang dari rumah tu. Kelam kabut diorang dibuatnya. Ha, rasakan. Ingat aku ni yang selalu gelak2, sengih2 tak reti marah. Bila aku marah, diam je Cha Ya Nun Alif tu semua.

Call hubby kat offshore. Pas tu dia pulak call si Ah Chai tu. Kalau ikut aku senang je, tak payah bagi payment. Biar padan dgn muka diorang tu. Bayangkanlah buat kerja dari Bulan Julai, sampai dah nak masuk bulan September tak siap2. Macam la aku buat renovation besar sangat. Agaknya dia ambil je job banyak2, dah tu tak cukup manpower nak buat kerja.

Petang tu, balik dari opis aku pergi tengok sekali lagi, dia je mahluk 3 orang tu. Tak berani nak cakap apa pun. So, Jumaat tu, walaupun hari hujan, diorang tetap buat kerja. Takut kena sembur dgn aku lagi la tu.

Dan, Sampai Sabtu pun, tiles kat wet kitchen tu tak siap lagi. Isnin baru siap. Lembab sey.. boring betul. Tapi aku memang dah tak kasi muka kat diorang ni. Kalau cakap pun muka serius je (wah...keji betul kena berlakon ni tau...)


So, kabinet insyaallah dalam dua minggu lebih siap la kot. Dan Si Ah Chai ni janji by next week dah siap pasang grill dan pasang lampu. Kalau tak siap, tau la dia. Aku bertukar jadi gaban.

Tuesday, August 19, 2008

Rombongan Cik Yah ke JB Part 2

Actually percutian kami ke JB ni nak menghadiri kenduri kawin sepupu aku di Taman Pulai Perdana. Tapi, dalam nak pi wedding, sempat jugaklah kami menjadikan percutian kami ni percutian 4 in 1.






Hari Jumaat tu kami tido di Ayer Keroh. Pagi2 Sabtu bertolak ke Johor Baharu. Kesian my auntie "old lady" yang sesat larat sambil makan langsat. Lepas pengantin bersanding kononnya nak pi Danga Bay, unfortunately hujan lebat yang sangat2. So, takmo buang masa, terus aje ke Ayer Hitam. Actually my sister punya boyfriend si Pasu (sebab dia berasal dari Ayer Hitam, kengkawan diorang bagi nama pasu, aku pun ikut ajela panggil pasu...) ada sama, so tak de la bimbang sesat. Tak sangka pulak sampai kat Ayer Hitam tu dia bawak kami ke kedai makan keluarga dia. Malu pulak rasanya. Tak plan pun nak pi jumpa makcik Cah dan pak cik Ajoi. Bertuah punya budak la si pasu nih...

Aku tak de la shopping beriya pun. Amik jugak lah frame "assalamualaikum" yang nak dipasang di rumah kami nanti, dan a few hiasan untuk bilik hadif. Dah banyak2 barang ni jadi tak reti nak memilih pulak. Pening sungguh. Lepas beli serba sedikit barang (sedikitkah kalau sampai penuh bonet? wakakkakakaka) Kami pi Batu Pahat pulak. Umah mak usu aku. Kononnya hubby kata esok paginya nak balik ikut muar, terus ke tangkak. aiyoo..shopping di tangkak pulak? Tapi aku rasa kalau beli kain ela kat tangkak pun no point, sape nak amik tempahan lagi kan, so pujuk la hubby soh lalu lagi kat ayer hitam. Nasib baiklah dia agree. Sampai je kat situ, aku borang la segala makneka patung2 yang sungguh comey itu, macam2 ada! Mak sempat sambar tikar buluh tu satu..aku pun nak jugak satu. Pening sey tengok barang2 yang penuh satu bonet kete tu, tapi...aiman tak kisah...hahahhaha


On the way balik tu singgah makan tengahari kat hentian sebelah Seremban. Dalam dok makan tu sempat pulak pakat dgn mak singgah Nilai 3. Sanggup aku drive. suh hubby dok sebelah. Sampai Nilai 3 hunting la apa yang patut. Bertambah sarat kete lagi. Hubby kata, kalau nak turun dari kete jenuh nak kena lompat. hahahhaa. Nasiblah kan..bukan selalu.

So, kami sampai umah kira2 kol 5 petang. Sempat singgah ke Berjaya Park sebab si Ah Chai tu suh pilih tiles nak pasang kat dapur. Malamnya sumer orang flat...wakakakakka cuti2 malaysia punya penangan.

Monday, August 18, 2008

Rombongan Cik Yah ke Negeri Johor

Penat yang masih berbaki dek coti2 malaysia ke JB baru2 ni. Masuk keje pulak bz. Jadinya, cerita tentang percutian ini akan di K.I.V dulu. Apa pun, enjoy sungguh bershoping2 malaysia ...Dari JB kami singgah ke Ayer Hitam. Dari Ayer Hitam kami ke Batu Pahat. On the way balik Shah Alam pulak, kami singgah lagi di Nilai 3...hiks..mak kata cam pusing dunia kami nih. heheheh Cerita lain nanti la yek, kot larat malam2 nanti, kot tak larat esok2 pulak.


Ni ada snek preview sempena menghadiri kenduri kawin cousin kat Tmn. Pulai Perdana. Selamat Pengantin Baru my lovely kezen, Suhana. Semoga Kekal hingga ke hujung nyawa. :)


garang sungguh muka ketika itu. Apakah??

manja sungguh anak babah tu kan..tak padandah besar.. nak berdukung


wajah2 C.E.R.I.A.....


psst: Cerita selanjutnya akan bersambung yek..

Thursday, August 14, 2008

Demam la pulak

Malam tadi, masa peluk2 Hadif, rasa badan dia panas. Amik termometer, tembak telinga dia. Wah, panas tu, 38.6 dan aku terus bagi dia makan ubah demam. Patutlah nampak monyok je dia. Tapi hairan betul, tak semena2 badan dia panas. Ajak dia naik bilik, rehat. Dia cakap sejuk, mintak selimut walhal aku pegang dia panas yang amat. Kesian anak mama tu.

So pagi ni, definately dia kena skip pi skul. Babah bawa hadif jumpa Dr. Zulkifli kat SMC. Tadi sempat bawa dia naik ke ofis ni, dalam demam2 pun request nak main game. Hadif...hadif...idup je jari jemari dia tu kalau memegang mouse. Yang tu memang mewarisi kebolehan babah dia. Kasi la games apa pun, tau aje la diorang dua beranak tu menggayakannya.

I am very busy today. Pagi ni ada meeting for Majlis Berbuka Puasa, pas tu menyiapkan budget utk disubmit pada kak shilla. Aje yang giler. Kepala pun dah ting tong nih. Sakit kepala yang amat, rasa cam kalau dapat tido alangkah bestnye. Heh, mimpi la jawabnya. Tak sabar nak tunggu ujung minggu. Nak pi JB... aktiviti 2 dalam 1. Pi wedding my cousin sambil jalan2 ke JB. Nak rehat...nak rehat... err..berjalan rehat ke? tak kisah la..as long as tak kena kerja, tak kena pi kelas,...oklah tu.

Till the fingers meet the keyboard again, take care!

p/s: Happy Birthday to my friend, Atie. May Allah Bless you...

Sunday, August 10, 2008

Penat..penat dan penat

Sabtu yang penat. Memang memenatkan. Hadif ada aktiviti GA dia kat Taman Rekreasi Air, Putrajaya. So lets pictures tell us the stories...



macam2 acara hadif kena buat, tapi aku tak tahan sungguh dgn acara yang dia kena jadi model, pas tu kawan2 dia pakaikan baju..seluar..stokin..topi..beg...tahun dulu, masa kat bukit cherakah, aktiviti dia kena masuk ialah cari kasut sendiri, pas tu pakai. Punya lah member mengamuk tak henggat pasal kena bukak kasut, pas tu pijak rumput. Dia cukup geli kena pijak tanah nih..menjerit2.. so tahun ni bila teacher dia suh dia dok depan, aku dah suspen. Takut dia buat hal lagi, puas la mama dia dok kat tepi tu pujuk2 dia..cuba tengok muka tensen dia..



Habis event tu kami pi Alamanda kejap. Jumpa Auntie Suei & Auntie Shima. Hadif cukup berkenan la dgn kedua2 auntie tu, sampai siap tanya auntie2 tu tak ikut balik kaaa... :)

Kat Alamanda mama sempat la belanja hadif 2 helai t-shirt dan puting Avent (mahai la..dah RM22.90 dua ketui..) kat Mothercare. Best la Alamanda sekarang, dah meriah. Tapi ada la hat yang tak bestnya jugak, tengok2 stroller combi yang kami penah beli kat hadif tu, dah jadi RM699 sekarang. Haruslah stroller lama tu kami balut dan simpat baik2...hahahaha

Babah pulak, dgn baik hatinya menawarkan hadif untuk pilih apa sahaja yang dia berkenan sempena tawaran pertengahan tahun. Aci ke gitu? babah tak offer mama pun??? dia pun apa lagi, pau babah dia robot kegemaran dia tu setelah berpening2an memilih. Dah banyak saangat dalam toy city tu, maunya dia tak pening. Sampai lenguh lutut ler babah dia menunggu anak dia memilih

Pas dah dapat habuan hadif, babah belanja makan aiskerim..anak dia dah pandai demand nak makan aiskrim BR.

tangan comey yg enteprame tu adalah tangan babah ye anak2...

Letih sungguh la aku semalam. sangat2. Dalam kete aku dgn hadif bantai tido sampai la ke Shah Alam. Pas tu diserang sakit kepala pulak. Lepas je maghrib aku tido tak hengat donia. Nasib baik lah hari ni walaupun penat still terasa tapi still boleh attend kelas pagi. Plan nak tengok wayang, tapi hadif tido lena..so tak jadi la nampak gayanya. Hadif excited sgt nak tengok Mummy III.

Thursday, August 7, 2008

Dunia belum berakhir

This entry is dedicated to youngest brother..yg. baru je putus cinte dgn gf dia. He was very down. Monyok tahap gaban. That girl tu actually we all dah anggap cam adik sendiri. Dgn mak abah aku pun bukan main manja. Tak tau la apa permasalahan budak2 yang tak matang ni, tau2 dah clash la pulak. I always told my brother that dunia belum berakhir... he still young. Ramai lagi yang dia boleh jumpa.

"Allah sengaja menemukan kita dgn orang yang salah..supaya..kita bertemu dgn orang yang betul dalam hidup kita..."

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari.Rupa-rupanya Allah hendak memberikan kita pelangi..Allah tidak akan menduga umatNya melainkan Dia tahu umatNya kuat untuk menempuhNya

so..jangan sedih2...what i jot down here is what I have faced before. Bertemu, berkawan..dan membuat pilihan. Love is when you meet somebody and make a right choice. I told my sister, Dila yang dulu2 I always pray that one day I marry a man who loved his mother. Because I believe the man who love his mother also will love his wife and his kids. Thanks Allah, I met that man! Life is actually very simple. What comes aroud...will goes around. Believe me.

so, my dear bro; adik.. don't be sad. Perempuan yang baik..untuk lelaki yang baik..so think about that. Lebih baik gunakan hari muda sebelum tua, cari dulu apa yang dicita2kan dalam hidup.

I never pray the bad things will goes to people yang pernah melukakan, make me sad. Never. But, proven that what u give, u get back. Actually..is not about love je tau.. dalam hidup ni..kalau hati penuh hasad dengki..iri hati..sampai bila pun hidup tak happy..tak berkat. Kalau kebahagiaan yang dicari...pasti kebahagiaan la yang akan kita perolehi.

This is not a write up untuk memburuk2kan sesiapa.. am always pray for those people yang always wif me...to share up and down..especially my lovely hubby..my family and..my friends...tak kira la..satu ketika dulu ada yang terlalu melukakan hati. U know guys, kawan2 yang dulu menghina, mengutuk tu lah yang sekarang ni terhegeh2 nak buat baik. (actually its hurt me so much) but I believe now, "they" are big enough to think ..what they get if they make me sad actually? They got nothing. I'm always learn to forgive, but of course its hard to forget!

For me, I just wanna run my life with wonderful memories that I can share with my beloved family, .. especially with my hubby and my son, family and friends and in the same time to find what we called KEBERKATAN in life. Let's make today is better from yesterday, and plan tomorrow is better than today. amin...

soksek: will going to fetch dear hubby, yeay..my partner in crime is come back... :)

Wednesday, August 6, 2008

beg besar..beg besar

After maghrib tadi gi Plaza Alam Sentral, nak cari track bottom dan tshirt hadif for his camp-out this coming Saturday. Aku bawak mak, abah and of course ler hadif bersama. Tengok2 susu Enfakid rega dia murah 2 hengget dari kedai yang biasa aku beli. Amik la dalam 8 kotak yang selalunya cost me around RM300 tapi hari ni tak sampai pun. Tu untuk stock 2 minggu je ye kawan-kawan. Nak beli lebih, mak bising, ..tak de tempat nak simpan. hahahaha

Tengah nak amik susu tu, ada sorang mak budak pun sama2 dok borong susu. Dia kata dia ada 3 orang anak. semua minum susu brand tu, dari enfalac, enfagrow, pas tu enfakid. Dia kata biar beli diapers murah. Beli susu mahal tak pe, anak pandai. Iye ke korang? Aku pulak, ikut tekak hadif ler, dia suka minum yang mana, dan paling penting, dia tak de alahan apa2 dgn susu tu. Ikut kemampuan masing2 la kan. Anak kita, tanggungjawab kita. Pada aku, biar aku tak beli apa yang aku suka, asal hadif dapat apa yang dia suka. wah..emo disitu..

Lepas beli tu, lalu la kat depan Customer Service Counter. Budak tu kata leh tukar kupon cabutan bertuah kalau beli lebih dari 40 hengget. Aku boleh dapat 6 kupon untuk cabutan bertuah tu sebab aku campur sekali dgn resit beli track bottom dan white shirt hadif tadi. Tak sangka pulak hari ni aku bertuah..dapat beg besar lagi tu. Aku pun terlopong bila budak2 kat kaunter tu jerit "eh..dia dapat beg lah..." muahahahahah besar giler beg tu. Boleh isi Hadif dalamnya. wakakakakka. pas tu aku kasi la mak, abah, hadif try luck diorang pulak. Tapi hari ni ternyata ahkakkk lah yang bertuah...so lepas tu budak tu ajak ler bergambar, nak letak kat board yang diorang sedia kan.. ya ampun, tak rela akak tau. Lepas amik beg tu, aku buh susu2 hadif yang berkotak2 tu didalam, pas tu aku pun tarik la beg tu. "sorang lagi peserta akademi fantasia yang bakal meninggalkan akademi" mak gelak tak henggat okeh.

tu la mesin yang digunakan utk cabut no. bertuah, ala2 roda impian pulak..biasa orang sebut wang besar..wang besar..akak sebut beg besar..beg besar....heehehhe

Macam tau2 je kami ni nak pi jalan2 next week. Amacam babah, cukup ke nak isi kain baju kita tiga beranak nih? :) Senang kita nak pi Mekah yang..Okeh apa, beli barang harga dekat RM300, dapat free gift rega RM199. Okeh la tuh.. bertuah jugak. Hari tu, masa pi seminar kat Hotel Maya, KL aku pun dapat lucky draw jugak. Barangan Bodyshop. Rega pun lebih kurang rega beg ni jugaklah. tu pun dah buat aku happy. Mana taknya, selalu, kalau pi dinner ke, family day ke, ..tak pernahnya bertuah. Asyik2 bawak balik door gift jek. So, psst..cukup puas hati, lebih dari itu (ayat cam dalam iklan tu...)

lepas ni tunggu cabutan besarnya pulak, agak2 korang, aku dapat tak kete proton saga tu? hahahahahah kalau nak tau, tunggu la selepas bulan september. Tunggu tau.

Tuesday, August 5, 2008

Omong2 Kosong saja...

Baru je lepas call hubby kat offshore. Suh dia padam gambar "comel" ku yang dia published. Mula2 dia refused jugak nak take out that picture, tapi pas tu aku ugut nak published gambar dia yang ada dalam simpanan aku. Ha, immediately dia kuarkan. Berair mata aku gelak. Tak baik tau yang buat gitu...malu la saya.. hahahahah

Aku tau, hubby tetap kata aku ni comey..dah bini dia kan, sape tak sayang bini. Eh, ada ke orang tak sayang bini meh?

Hari ni ingat nak pi cari outfit utk Hadif punya Camp-Out this coming Saturday kat Putrajaya. Excited la mamat tu beraktiviti nanti. Siap ada grouping la, ... so..Putrajaya...tunggu... sesiapa yang ada kat area putrajaya tu boleh la kita jumpa nanti..kot2 ada yang nak belanja kat Alamanda pun boleh.. (sila baca ibu hannah..kakakakakka)

till then, babai

Monday, August 4, 2008

Penat sangat

Hari ni pi kelas macam biasa. Pagi attend class psychology. Interesting but remeh. Kena buat research tu yang acik lomah ni haaa. Habis kelas sempat pi library dgn kak chik, cari bahan untuk first draft report. Sementara tunggu kelas petang aku balik la umah jap. Nak rehat kononnya. Tidokan Hadif, dengan aku2 sekali tertido. Nasiblah abah tolong kejut. Kalau tak, pi kelas dalam mimpi la ahkak...hehehehe

Sempat jenguk Ah Chai buat kerja. Table top dah siap pasang. Katanya esok mula buat kerja kat luar. Cepatlah siap...tak larat nak menunggu. I have to upload the pics to up dates hubby. So far so good la Si Ah Chai ni buat keje. Tapi yang tak bestnya, masa aku nak balik tu dia dah mintak duit lagi. Ngada2 sungguh. Tapi macam mana pun dia tetap kena tunggu juga, sebab big boss hanya boleh sign cheque Khamis ni. Padan muka ko Ah Chai ooiii.

Malam pulak pi uruskan penghantaran peti ais ke rumah yang kami sewakan. Lemak betul la budak2 ni kan..demand nak peti ais pulak. Nasiblah dia dapat tuan tanah gedaung cam aku nih. wakakakakka. So ni barulah nak meluruskan badan. Teringat pulak kat blog kesayangan, tu yang update dulu sebelum tido.

Esok tak rushing sangat since hadif dapat cuti dari cikgu beso dia. Dia batuk dan selsema. Kang takut bawak virus pulak kat kawan2 dia. So esok dia coooti. Ni pun dia belum tido lagi. Bila aku bising dia jawab gini "ala maaa..esokan coooti..." sukah hati ajek kan???

Saturday, August 2, 2008

Aiman tak kisah..

Hari ni Cina Kontraktor tu bising2 kata dia tak leh buat kerja dek sebab elektrik tak de. Masalah tu dah dua minggu. Dah masuk kali keempat aku buat report kat TNB. Hari ni aku dah ilang sabar. Pagi2 aku dah mengamuk kat talian 15454. Bila aku dan mengamuk berulah diorang terhegeh2 nak telefon balik la, nak gi tengok apa masalah la.. walhal kita dah report banyak kali. Kali ni aku tak de nak cakap lembut2 gitu. Terus tinggi je nada suara aku. Aku dah tak pedulik. Dan, dalam kol 3 ptg, pekerja TNB tu call aku, kata diorang dah buat temporary connection sementara nak tunggu hari Isnin. Boleh pun bertindak. Hairan sungguh aku, tak kan bila hari Sabtu dan Ahad, kalaupun opis tutup, tapi patutnya respons team mestilah bertugas. Aku pun kerja kat Utilities company jugak. Nasib la budak technician yang buat keje tu kena marah. I just don't care anymore. Nak cakap aku sombong ke, garang ke,..Aiman tak kisah!

Hadif pulak selsema dan batuk. Kesian tengok dia. Dah bawak gi klinik, dan dah pun makan ubat. Rindukan kembar siam dia yang dok kat laut tu kot? :) So, kesan makan ubat tu, meragam ajak aku naik tido awal. Layankan aje la, dah tu la bulan bintang aku. Sorang. Heheheh. Tadi dia buat aku naik darah. Mana taknya, tak penah2 buat perangai menconteng sana sini, dia conteng sofa. Hanginlah mama dia. Aku amik pen yang dia conteng sofa tu, aku conteng tangan dia sikit. "tak nak ma..tak nak.." Aku tak marah pun. Aku tanya dia "kenapa hadif conteng sofa tu? nak bg mama lekas dapat sofa baru ke? " (yelah, babah dia janji nak kasi lorenzo kat aku tahun 2010..kan babah kan? hiks) pas tu dia jawab gini " iyelah, hadif tak jumpa kertas...hadif tulis la kat situ" Sabar je la mulut dia sekarang. Kuss semangat. Macam diajar2.

Soba yo la den ni haa..

Lepas ni ingat nak buat revision sikit. Esok ada kelas. Kalau rajin ler. heheheh Esok sure badan aku rasa lunyai..mana taknya, kelas start kol 8:30 pagi and will end at 6:30 ptg. See you then..babai.

gambar ni tak de kena mengena dgn peristiwa di atas. Gambar ni gambar lama, time jemput atuk dgn nenek balik umarah dan gambar time gi makan kat Hakeem, seksyen 7. tempat fav. kami

and, last but not least..Happy Belated Birthday to Sue-E, May All your dream comes true, dipertemukan jodoh yang baik, Hidup bahagia...amin...amin...

Friday, August 1, 2008

Gambar kat majalah?

I received SMS from Norlie, mama Ridwana (skulmate Hadif) tanya dah tengok belum gambar Hadif dan Mama kat majalah PA & MA. Kelam Kabut cari majalah Pa&Ma bulan ni. Selalu aku memang beli, tapi lately ni dek busy beli majalah anjung seri dgn impiana, sampai lupa beli majah Pa&Ma tu. Mujur kat kedai Aci tu ada jual. Carik2...akhirnya jumpa lah... tadaaaa....





Idak ler glamer mana, tapi bak kata hubby...ada la jugak masuk majalah ..hihihi.. tak tau cam ne gambar kami lak dapat masuk..apakah ada konspirasi? wakakakka tak de maknenye ye adik2!

Actually artikel tu tentang Kids Gathering kat Lake Garden tempohari. Best sangat. Harus kami join lagi lepas ni..

ni pasal nak kena update hubby pasal progress reno kat umah kami tu. Yang, ni la gambar2 untuk hari ni yek..


insyaallah, by Sunday siap la dry kitchen kita tu.. :)

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!