Sunday, August 24, 2008

Hadif nak toys jugak!


Ni la dia budak yang berpegang pada janji. Balik dari gunting rambut tadi dia dah tuntut janji, tapi sebab nak kena tunggu orang yang cat umah tu selesai mengecat, aku janji la dgn dia petang2 sikit nak pi beli toys dia. Petang ujan la pulak. So lepas maghrib baru la aku, hadif, opah dan atuk hadif pi Bukit Tinggi.

Sampai je dia buat ayat sedih dia "mama, boleh makan chicken rice shop tak? hadif laparrrr..." kesian dengar dia merayu, walaupun aku ni tak lalu nak makan nasik ayam, aku layan aje la. Betul punya makan hadif malam ni. Siap amik mama punya portion lagi. Seronok tengok dia berselera gitu. Lepas makan dia suh aku pegang perut dia..cam perut babah kan mama..cam sea horse.. aku gelak tak henggat. p/s: babah, sumpah tak ajar tau. Ni penangan buku citer yang babah dia baca setiap kali dia nak tido lah ni. Tajuk citer tu "Bapa kuda laut mengandung". Boleh lepas tu dia cakap babah dia pulak cam sea horse. Sabar aje lah anak.

Lepas makan, dah kenyang perut dia, mula la dia teringat balik toys dia yang dia belum dapat. Lepas satu, satu dia pegang, pujuk mama. Tapi semua tak menepati standard piawaian poket mama. Last sekali dia capai spiderman. Tengok harga RM19.90, mama pun setuju. Dah dapat kehendak hati dia, baru gerak pi Aussino. Beli bedsheet, Quilt, and Quilt cover set. Kasi chance hadif pilih, dia kata "Hadif nak yang angkasawan mama..." Layan aje lah. Asal lepas ni dia nak tido dalam bilik dia sendiri, sudah. Tak larat nak berhimpit bertiga dah. Tak larat jadi mangsa judo hadif dah. Lasak sungguh dia tu time tido.

Lepas dapat barang2 yang dicari kami pun balik le umah. Ni, bujang senang tu dah tido. kat tangan siap tak lepas spiderman & ntah apa ntah namanya tu.... :) ha, daredevil. Nasiblah anak den sorang. kalau ramai, semua demand cam hadif, aiiyooo..pengsan dibuek nyo...

oklah, till then...babai.

10 comments:

sya said...

Cam Arif je tiap lepas gunting rambut dgn kedai yg dia tak suka mesti nak upah

sya said...
This comment has been removed by the author.
Intanaziela said...

kak sya: tu la...adoi..adakah hadif pun cam arif jugak sampai besar? jenuh la kak sya oi...kekekek

mc ta said...

dah baper guni toys si hadif ni ek??mmmm :)

Intanaziela said...

mc ta: kalau ikutkan, tak terkira dah. hadif jenih cepat jemu. jenuh la mama dgn babah dia...

nanonano said...

aiyoo..
sapa lah yg buat dajal smpaikan bapa kuda laut tu ngandung ek,
huhuhu :p

Intanaziela said...

nanonano: sape la ek? ekekekekke

Sue@MamaMaryam said...

hehe comel muka hadif masa gunting rambut siap nangis bagai..cute sgt..

wah hadif pandai tuntut janji ek.. tu menunjukkan dia dah besar..

mamalisa said...

Thanks for the prayers..insyaAllah alisa sembuh.suka tgk blog nih, ceria je, mayb akan singgah hari-hari sini :)

Hadif the only son ke so far?comel jek..org shah alam?duk mana?

Intanaziela said...

mama maryam: ye la..makin dia besar, makin banyak dia demand..tapi seronok..sangat2...

mama alisa: insyaallah akan sentiasa mendoakan alisa cepat sembuh..sentiasa...insyaallah..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!