Tuesday, July 28, 2015

Selamat Hari Raya 2015


Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin.  Minta maaf lepas tu buat balik pas tu minta maaf balik ehhh? hahahahah.

Masih dalam kemeriahan bulan Syawal.  Tahun ni tak rasa akan buat rumah terbuka, tetapi pintu rumah sentiasa terbuka menerima tetamu yang sudi nak datang beraya.

 Seawal raya ketiga rumah saya dah menerima kunjungan.  keluarga, kawan hubby dan kawan sekolah datang beraya.  Menu sempoi buat nasi arab aje. Alhamdulillah, selamat 3 ekor ayam dikendurikan.





Tahun ni ada baraan team datang beraya.  Meriah rumah.  oleh kerana hubby di offshore, makanya saya masak yang simple sahaja.  Maklumlah, nak kena berlari-lari nak prepare semua.  Alhamdulillah, semua makanan habis.  Rasa happy memasak kalau orang suka makan kan.

Bersedia nak menerima tetamu.  Mulanya saya dok sengih sendiri...muat ke rumah saya yang comel ni nak cater 70 orang tapi alhamdulillah...muat dan meriah. 

Riuh rendah ketawa kawan-kawan sekolah rendah saya ni.  Tak sangka, walaupun dah berpuluh tahun tinggalkan alam persekolahan, ukhwah masih terjalin erat.  Yang bestnya, para spouses pun sporting aje join group baraan ni. 

antara yang terawal sampai. Student UiTM kenal ke yang hujung tu? katanya lecturer garang hahahaha

 Kononnya depa request churros.  140 batang churros yang berjaya dihasilkan.  Rasa macam berniaga di bazar Ramadhan hahahaha


depa kata party churros.  layankan aje alhamdulillah dapat tunaikan permintaaan kawan-kawan nak makan churros

puding roti with love katanya ehh!

Macoroni & Cheese.  7 bungkus habis selesai.  Alhamdulillah.

makan makan makan...dan makan....
sesekali berjumpa...meriahnya tak ingat...

sambil makan depa bergurau senda. hahahah
 

 Alhamdulillah, tahun ni dapat berjumpa semula dengan adik-adik yang pernah menjaga rumah saya di Ken Rimba.  Masa depa duduk rumah dulu, memang hati saya lapang, sebab mereka dok jaga macam rumah sendiri.  Masa Azam dan Diana bagitahu yang mereka nak pindah menitik jugalah air mata ni sedih.  Dah rasa macam keluarga sendiri.  Kejap aje dan besar menantu saya si Khilfi Eusoff tu.  Tengok, mesra aje dengan mak mertua hahahaha

sekarang sudah ada pertambahan ahli keluarga...baby Ilyas yang mesraaaaaaaa.  jangan serik datang rumah akak ye dik... nanti insyaallah kami buat kunjungan ke rumah baru Azam dan Diana pulak. 

payah betul nak bergambar dengan anak-anak sekarang ni.  tengoklah Kauthar, lagi kita suh pandang kamera lagi dia buat perangai.  Sabar aje la mak ko ni dik.












1 comment:

Saniah Ahmad said...

Selamat hari raya kak ila,, maaf zahir dan batin ^_^

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!