Tuesday, July 27, 2010

Abang Hadif

6 Hari berlalu. Kami berdua beranak yang ditinggalkan babah kerana mencari rezeki. Rindu? mestilah rindu, bukan sahaja anaknya, emaknya juga rindu. Semenjak mengandung ni hubby banyak membantu. Bila orang yang sentiasa membantu tidak ada, bermakna saya harus melakukan semua perkara sendiri. Mungkin nampak mudah menguruskan hanya seorang anak. Tetapi tidak semudah mata memandang. Tambahan dengan situasi diri yang sedang mengandung. Ada masa rasa letih dan lesu buat saya cepat stress. Walau bagaimana, lepas tarik nafas dan lepas, kembali menjalankan tugas.

Hadif semakin menuntut perhatian. Ramai yang tidak tahu, buah hati saya itu sebenarnya adalah seorang yang mempunyai masalah Dyslexia. Mungkin tidak seserius mana, tetapi menjadi masalah bila dia membaca dan mengeja. Ada masa, ujian ejaannya betul semua kerana tidak ada perkataan b, d, p atau q. Sebaliknya jika ada huruf-huruf b, d p atau q, ejaannya akan jadi terbalik. "orang yang mempunyai dyslexia mempunyai masalah di arcuate fasciculus (bahagian dalam otak yang menghubungkan dua bahagian yang terlibat dengan language input dan language output)."

Mengajar Hadif memerlukan kesabaran yang tinggi. Melihat dia yang tak cepat berputus asa menambahkan lagi kekuatan diri saya. Selalunya, bila selesai ujian ejaan, Hadif akan tanya saya "saya salah satu, mama marah tak?" dan saya akan jawab "tak apa, nanti kita buat pembetulan" Anak bujang saya itu sudah ke kelas tuisyen. Mungkin bagi sesetengah orang, rasa tidak wajar anak yang baru berusia 6 tahun ini terpaksa melalui proses pembelajaran yang begitu ketat. Pada saya, biarlah kami; hubby, saya dan Hadif bersusah-susah dahulu, asalkan hasilnya nanti memberikan manafaat buat Hadif. Selalunya kami berdua beranak akan membuat sedikit sesi membaca sebelum tidur. Alhamdulillah, nampak keberkesanan dari usaha-usaha yang telah kami lakukan. Misalnya ujian mid term hari tu, untuk Bahasa Malaysia, Hadif dapat 96. Saya sangat-sangat terkejut kerana di awal sessi persekolahan, Teacher dia mengadu yang dia tidak focus pada pembelajaran. Matematik pun dia buat saya bangga, kerana walaupun penat baru balik dari Bandung, dan kena buat sendiri, dia dapat 95 markah, dan teacher Micheal siap nak kasi hadiah pada dia. Untuk English dia dapat 93 dan macam biasa yang salahnya bila bertemu huruf-huruf yang empat itu!

Saya sudah pun berhubung dengan Pusat Kegiatan Dyslexia dan insyaallah, jika diizinkan Allah, saya bercadang nak masukkan Hadif ke kelas untuk kanak-kanak Dyslexia. Saya tidak mahu dia merasa rendah diri dengan kekurangan diri dia. Bak kata hubby, ramai cerdik pandai yang asalnya dyslexia. Contoh utama adalah Enstein. :)


Itu cerita tentang Dyslexia. Ini cerita tentang Abang Hadif pula. Semenjak dua menjak ini, perangai manja dan sensitif anak bujang saya sangat menjadi-jadi. Hari tu dia tanya saya "mama, mama sayang saya ke sayang Raisa?" hahahah. Suka-suka dia panggil adik dia Raisa. Itu kalau good mood, kalau mood dia tak baik, dia panggil Latha..hahahah. Saya tanya dia balik "Hadif sayang mama ke sayang babah?" Laju je dia jawab "sayang mama dgn babah lah." "Macam tu la juga dengan mama, mama pun sayang Hadif dan Adik lah, sayang dua- dua." Baru la dia senyap sikit. Tidur malam pun nak berkepit je dengan mama, nak peluklah, nak sayang lah, ada masa tu, sedar-sedar dia tarik tangan saya, dia pegang je tangan mama dia ni...aduhai anak... dia rasa bimbang agaknya kalau ada adik nanti kasih sayang mama pada dia beralih arah. Hadif, tak kira apa pun, Hadif tetap No. 1 di hati mama.... (sob..sob... huaaa..)

15 comments:

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ said...

alamak...menitik airmata baca kisah abg hadif nih :)

mestilah mama awak syg dua2... saya pun selalu fikir kalau satu hari nanti maryam ada adik camnelah dia....hehehe mesti cam abg hadif gak:)

owhh intan, camne nak tahu anak kite ada masalah tu ye? saya risau gak la..maryam kdg2 camtu..dia terbalikkan huruf...kena jumpa dr ke? dia selalu terbalik tusli..b, d pastu s pun camtu... dia pusingkan belah lain...

shuweet said...

sabar je la kak intan ye..anak buah mie pun had the same prob...dah darjah 5 this year..budak2 camni die active and bijak actually.

Ana said...

lama intan x update blog yekk..huaaa bila baca sorang2 handle diri, umah n anak..teringat pulak ana akan hadapi tue lg 2mggu..dah laa tgh sarat, nk puasa n nk raya..huaa memang emo betul laa..nasib ada intan leh buat kwn lepas tensen sbb sama kes ekkk..hihihi..

dah scan baby girl ekkk..abg Hadif dok pggl Raisa/Latha jek tue..hihihi..abg hadif clever n good boy..mesti no 1 dihati mama n babah..dun worii yekkk..

rosmona said...

anak buah saya gak mengalami masalah yg sama..

sian kat die bile time exam..

jawapan die betul tp bile spelling salah, markah pasti kena potong..

xper kak.. pelan2 kayuh.. insyaallah..

psst.. saya suke nama raisa..
aritu nk letak nama Wan Raisa Qaisara @ Wan Hanna Qaisara tp bapaknyer nk letak Wan Hanna Qaisara.. ikutkan ajer..

Fida Ghazi said...

Salam Intan (ke Kak Intan?),

Saya selalu juga baca blog Intan.

Saya pon syak anak saya ada dyslexia. Selalu keliru dgn huruf yang hampir sama. Bila mengajar dia.. selalunya hujung2 saya akan sebal dada tahan marah/sedih.

Teacher dia pon mengadu kat saya yang anak saya banyak day dreaming. Mula2 saya ingat sebab dia kecik lagi. (saya sekolahkan umur 2 taun setengah). Sekarang, 4 tahun.

Boleh bagi petua macamana nak mengajar anak yang macam ni?

dan.. semoga dipermudahkan untuk Intan sepanjang tempoh mengandung dan melahirkan nanti.

Intanaziela said...

Sue: gitulah anak yang dah lama jadi tunggal, tiba2 nak dapat adik...hahaha..harap2 lepas ni ok la dia..

Hadif tu intan tau dyslexia dari Dato' Dr. Zulkifli, Pead yang kami jumpa di SMC, kalau takat keliru sikit2 tu biasa sue, tapi kalau dah sampai masuk sekolah masih begitu; kena ambil langkah selanjutnya...ie: jumpa pakar kot...

mimie: tu la, kak intan doa agar semuanya dipermudahkan, tapi nampak good improvement sekarang, kalau membaca tu dah boleh regconize b atau d...ada masa je jadi blur...

Ana: lama kan tak up date blog ni? idea ada tapi kerajinan tak ada..hahaha. Memang pregnant kali ni emo sikit ana, manja lain macam, janganlah tersentuh hati..hujan mencurah2..kekekeke. Intan dah scan, tapi baby menyorok,..abang hadif tu mmg ikut dan dia je nak panggil apa..hahaha

Rosmona: anak buah ros pun ada dyslexia? dia pi register ke dgn persatuan dyslexia malaysia? Hadif nampaknya dah ada improvement, cuma kesian juga la kat dia, bila dia buat ejaan, mana huruf b atau d tu dia tulis huruf besar, bak kata ros..pelan2 kayuh...sekarang ni pun hari2 concentrate buat reading dgn dia...alhamdulillah banyak peningkatan..

hehehe ros pun suka nama Raisa? boleh geng dgn Hadif la tu..kami dok cari maknanya tapi belum jumpa...kalau maknanya bagus mungkin boleh dipertimbangkan..kekekek

Fida: itu tanda2nya la tu, day dreaming... selalunya kita sebagai ibu ni kena banyak2kan bersabar...kalau kanak2 biasa buat 10 kali latihan, anak kita kena buat 50 kali... kak intan dulu pun selalu hot tamper bila mengajar Hadif, tapi bila dah tau dia dyslexia rasa tak adilkan marah dia diatas kekurangan yang bukan kemahuan dia...so fikir positif dan pandang ke depan je, lepas ni nak enrol dia kelas kat pusat Dyslexia Malaysia, utk first assesment bayaran dia RM100, pas tu untuk aktiviti setiap weekend (4 kali sebulan) bayaran dia RM200. Fida tinggalkan email, nanti kak intan emailkan detail. Thanks fida atas doa dan dorongan..sama2 kita share info ye lepas ni...

dapur laksamana said...

beri hadif makan cod liver oil. good for concerntration.

Fida Ghazi said...

Ok lah kalau macam tu Kak Intan. Email saya 28rafidah@gmail.com

Saya selalu jugak cari info. Tapi selalu jugak sudahnya tak jadi apa2.. haha.

Bila dah tau mana nak tuju..senang la nanti nak dapatkan info dan nasihat. Sama-sama lah kita ye!

Kak Ungku Betty said...

Salam perkenalan dari Kak Ungku Betty. Saya terbaca mengenai Hadif dan rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya mengajar anak2 yang dikategorikan sbg dyslexia ini.

Bila kita bercakap tentang pendidikan dan pengalaman saya mengajar membaca, pertama yang perlu ada...adalah kasih sayang, kedua, sabar dan ketiga yang penting...teknik yang betul. Saya telah mengajar membaca menggunakan kaedah fonemik & fonik kepada lebih daripada 150 orang kanak2 seawal umur 31/2 tahun hinggalah yang paling tua dan mempunyai masalah membaca adalah seorang pelajar berumur 14 tahun.

Cuba Intan visit my blog http://funreading-baca.blogspot.com/ , cuma sorry dah lama kak Ungku tak update blog ini sebenarnya. Tapi melalui blog inilah Kak Ungku ingin tekankan bahawa kaedah fonemik & fonik adalah kaedah terbaik untuk mengajar anak2 dyslexia ini membaca. 40% daripada anak2 didik saya adalah dikategorikan kepada anak2 yang mempunyai masalah pembelajaran iaitu salah satunya dyslexia.

Alhamdulillah merekatelah dapat mengatasi masalah membaca inidan juga boleh menulis dengan baik. Mereka juga tidak mempunyai masalah yang besar untuk mula membaca di dalam Bahasa Inggeris menggunakan kaedah ini.

sila visit blog saya dan Intan boleh menghubungi saya melalui email @ bettyhassan@gmail.com insyaAllah saya boleh berkongsi pengalaman saya.

Berilah kasih sayang dan perhatian kepada Hadif...kerana mereka mempunyai apa yang selalu kak Ungku panggil mereka ini...people with 'beautiful mind'. Dengan didikan yang betul, mereka mampu bersaing dengan kawan-kawan yang lain.

Sebab itu saya merayu kepada mereka yang mempunyai anak-anak kecil...ajarlah mereka membaca seawal umur 3-4 tahun, mengapa? kerana sekiranya anak-anak ini mempunyai masalah pembelajaran seperti dyslexia, autism dll kita mampu mengesannya dgn lebih awal dan 'correction methods' yang betul boleh menolong anak2 ini. Jika tidak masalah ini akan berterusan dan anak2 ini akan terus ketinggalan dalam alam persekolahannya. Mereka yang bermula awal, akan sentiasa di hadapan.

Jadi Indan dan ibu2 yang lain jangan berputus asa...ajarlah anak2 ini dengan penuh kasih sayang dan penuh kesabaran. Wassalam.

Kak Ungku Betty said...
This comment has been removed by the author.
Kak Ungku Betty said...
This comment has been removed by the author.
Kak Ungku Betty said...
This comment has been removed by the author.
Kak Ungku Betty said...

Kepada ibubapa seperti Mama Syahirah, Rosmona dll yang mempunyai anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran - dyslexia terutamanya, boleh menghubungi saya melalui email: bettyhassan@gmail.com dan bacalah artikel di dalam blog saya http://funreading-baca.blogspot.com/ tentang dyslexia ini. Terima kasih.

Kak Ungku Betty said...

Oh ye....Maaf yer Intan, kak Ungku mempunyai masalah ketika menghantar komen tadi. Itu sebabnya terpaksa delete sampai 3 kali komen yang sama. Harap maaf ye...;D

Fakeh said...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!