Friday, August 20, 2010

Puasa dan Kami

Apabila menjengah blog kawan-kawan, nampak entri warna warni tentang juadah berbuka di bulan Ramadhan. Tumpang terliur saya jadinya..hahahah. Tahun ini adalah tahun tak larat nak beriya memasak macam tahun lepas. Kondisi diri yang tengah mengandung ini membataskan aktiviti nak memasak bagai. Selalunya juadah berbuka puasa buat saya dan hubby biasa-biasa aje, janji ada nasi, ada lauk. Tak de la beriya benar. Janji boleh makan. Dan, puasa kali ini saya pula tak boleh nak makan banyak, berbuka puasa memadai dengan sesenduk nasi dan air teh o suam. Ada hari yang saya tak boleh makan langsung, cuma minum air dan makan kurma. Mujur hubby saya memang bukan seorang yang cerewet, makan aje apa yang ada, janji ada makanan.

Tahun ni dah dua kali kami berbuka di luar. Mula-mula hari tu di Deli France Kota Kemuning nak melayan Muhammad Hadif makan. Hadif ni maklum sahajalah, makanan yang suka yang ala-ala gitu...tak sama sungguh dengan mama dan babah dia...hahahah. Seronoklah tengok Hadif makan spaghetti Carbonara licin semangkuk, lepas tu dia makan pulak mushroom soup dgn garlic bread, makan pulak kek dan kentang goreng. Western sungguh la abang sorang ni. Mama dia? takat makan sikit lagsana dengan chicken wings sikit. Lepas tu tak duduk diam sampai hubby tanya "itu je awak makan?" hahahahah.

Semalam pula saya ambil EL sebab nak bawa Hadif ke KPJ Selangor jumpa dengan Datuk Dr. Zulkifli. Hadif ni kalau lama tak jumpa Dr. Zul dia bukannya boleh. Sebenarnya dia demam dari hari Sabtu hari tu, dah bawak pi klinik dan demamnya lambat betul kebahnya. Dan, paling merisaukan, pagi semalam dia bangun tidur dia mengesot tak boleh jalan. Tak ke haru jadinya. Saya ni sampai meleleh-leleh air mata risau. Mujurlah Dr. Zul kata tak ada apa-apa, cuma kesan infection dari demam dia, Alhamdulillah hari ni dah boleh berlari pun. Jadi semalam, lepas balik dari Hospital, kami tiga beranak pengsan. hahahha. Bangun je hubby ajak ke Bukit Tinggi Klang, berbuka di Kenny Rogers. Ini pun nak melayan anak dia nak makan macaroni cheese la sebenarnya. Tapi Hadif makan tak habis pun. Tak ada selera agaknya.

Waktu sahur pula saya makan nasi, dan hubby pula ikut selera dia. Ada masa layan roti john aje. Makin kuruslah hubby saya tu. Ada satu pagi tu, dek kerana keletihan menjaga Hadif yang tengah demam panas, kami terlajak tak bersahur. Dan, alhamdulillah, saya masih terus berpuasa dan setakat hari ini masih belum tinggal puasa lagi. Mudah-mudahan Allah beri saya kekuatan disepanjang Ramadhan ini.

Itulah kisah kami setakat 10 hari berpuasa. Malam ni hubby dah nak balik Kerteh, tinggallah kami dua beranak. Insyaallah seminggu nak raya hubby balik..yeay... :)

3 comments:

rosmona said...

alhamdulillah... semoga mama dapat puase penoh tahun ni..

Intanaziela said...

rosmona: amin...mudah2an...bukan senang nak dapat peluang puasa penuh kan... :)

rosmona said...

ye la kak.. gunakan peluang ini sepenuhnya...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!