Monday, November 8, 2010

Sepetang di Tasik Kota Kemuning

Lamanya tak update blog! hahahhaa. Saya dalam cuti sakit yang amat lama. Doktor nasihatkan suruh berehat sahaja di rumah atas sebab sudah ada tanda2 nak melahirkan anak walaupun duenya masih jauh. Sudah melepaskan 2 trip jalan-jalan cari makan, satu tiket tajaan hubby ke Vietnam, dan satu lagi percutian yang ditaja company ke Chiang Mai. Tapi apa ada hal, rezeki Allah beri lagi besar nak saya terima. Kebetulan pula tarikh itu kena dengan konsert dan Graduation Hadif di Q-Dees. Kalau tak miss jugak saya momen-momen indah melihat Hadif beraksi di atas pentas menari waka-waka song (sumpah saya terkejut tengok anak saya punya lengok tari...hahahah) dan diarak naik ke pentas menerima sijil (phew..ijazah tu..amin..amin..) hahhahaa. Tak sedar mama jadi ratu air mata petang tu... Hadif dah besar....Hadif dah besar... Gambar-gambar konsert Hadif ada pada uncle, so kena tunggu uncle balik dari Singapore baru mama boleh upload naa..

Cuti panjang sempena Deepavali ni tak ke mana-mana pun, duduk rumah sahaja. Puas duduk rumah, petangnya babah Hadif ajak ke Tasik Kota Kemuning, nak kasi ikan makan roti. Sambil bagi makan ikan...anak bujang saya sumbat roti dalam mulut dia jugak..hahahhaa. Rasanya banyak lagi dia makan roti dari ikan yang makan...




Dan, ada sedikit gambar perempuan mengandung 8 bulan...hahhahaha

Hari ni dah mula bekerja semula setelah hampir 3 minggu saya dapat cuti rehat. Semua orang terkejut sebab diorang ingat saya dah bersalin..hahahah. Tawakkal dan minta Allah beri kekuatan sementara nak tunggu masa untuk melahirkan. Wish me all the best!

sedikit video konsert Hadif tempohari...

video

4 comments:

Sally said...

Salam..cun la mak buyung masa ngandung ni..pembawaan baby ni..take care tau!

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ said...

al-hamdulillah ..moga semuanya selamat dan dipermudahkan.... maryam puny aconcert sabtu ni...hehehe dia msk fashion show... hahahaha

rosmona said...

wow...

boleh tahan besar perot mama ekk..
perot je la.. mamanyer same jer..

dh bape kg berat bb?

Intanaziela said...

Sally: hahahah cun apanya..takut tengok perut sendiri tau...

Sue: tima kasih dear... tu ada video abg hadif menari waka2..boleh tengok tak? maryam pakai baju apa nanti masa fashion show...tak sabar nak tengok... hahahah

Rosmona: Dr. estimated berat baby dah 2.6kg...berat mama makin turun...pipi pun tak berapa nak gembol dah..hahahah

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!