Tuesday, July 27, 2010

Abang Hadif

6 Hari berlalu. Kami berdua beranak yang ditinggalkan babah kerana mencari rezeki. Rindu? mestilah rindu, bukan sahaja anaknya, emaknya juga rindu. Semenjak mengandung ni hubby banyak membantu. Bila orang yang sentiasa membantu tidak ada, bermakna saya harus melakukan semua perkara sendiri. Mungkin nampak mudah menguruskan hanya seorang anak. Tetapi tidak semudah mata memandang. Tambahan dengan situasi diri yang sedang mengandung. Ada masa rasa letih dan lesu buat saya cepat stress. Walau bagaimana, lepas tarik nafas dan lepas, kembali menjalankan tugas.

Hadif semakin menuntut perhatian. Ramai yang tidak tahu, buah hati saya itu sebenarnya adalah seorang yang mempunyai masalah Dyslexia. Mungkin tidak seserius mana, tetapi menjadi masalah bila dia membaca dan mengeja. Ada masa, ujian ejaannya betul semua kerana tidak ada perkataan b, d, p atau q. Sebaliknya jika ada huruf-huruf b, d p atau q, ejaannya akan jadi terbalik. "orang yang mempunyai dyslexia mempunyai masalah di arcuate fasciculus (bahagian dalam otak yang menghubungkan dua bahagian yang terlibat dengan language input dan language output)."

Mengajar Hadif memerlukan kesabaran yang tinggi. Melihat dia yang tak cepat berputus asa menambahkan lagi kekuatan diri saya. Selalunya, bila selesai ujian ejaan, Hadif akan tanya saya "saya salah satu, mama marah tak?" dan saya akan jawab "tak apa, nanti kita buat pembetulan" Anak bujang saya itu sudah ke kelas tuisyen. Mungkin bagi sesetengah orang, rasa tidak wajar anak yang baru berusia 6 tahun ini terpaksa melalui proses pembelajaran yang begitu ketat. Pada saya, biarlah kami; hubby, saya dan Hadif bersusah-susah dahulu, asalkan hasilnya nanti memberikan manafaat buat Hadif. Selalunya kami berdua beranak akan membuat sedikit sesi membaca sebelum tidur. Alhamdulillah, nampak keberkesanan dari usaha-usaha yang telah kami lakukan. Misalnya ujian mid term hari tu, untuk Bahasa Malaysia, Hadif dapat 96. Saya sangat-sangat terkejut kerana di awal sessi persekolahan, Teacher dia mengadu yang dia tidak focus pada pembelajaran. Matematik pun dia buat saya bangga, kerana walaupun penat baru balik dari Bandung, dan kena buat sendiri, dia dapat 95 markah, dan teacher Micheal siap nak kasi hadiah pada dia. Untuk English dia dapat 93 dan macam biasa yang salahnya bila bertemu huruf-huruf yang empat itu!

Saya sudah pun berhubung dengan Pusat Kegiatan Dyslexia dan insyaallah, jika diizinkan Allah, saya bercadang nak masukkan Hadif ke kelas untuk kanak-kanak Dyslexia. Saya tidak mahu dia merasa rendah diri dengan kekurangan diri dia. Bak kata hubby, ramai cerdik pandai yang asalnya dyslexia. Contoh utama adalah Enstein. :)


Itu cerita tentang Dyslexia. Ini cerita tentang Abang Hadif pula. Semenjak dua menjak ini, perangai manja dan sensitif anak bujang saya sangat menjadi-jadi. Hari tu dia tanya saya "mama, mama sayang saya ke sayang Raisa?" hahahah. Suka-suka dia panggil adik dia Raisa. Itu kalau good mood, kalau mood dia tak baik, dia panggil Latha..hahahah. Saya tanya dia balik "Hadif sayang mama ke sayang babah?" Laju je dia jawab "sayang mama dgn babah lah." "Macam tu la juga dengan mama, mama pun sayang Hadif dan Adik lah, sayang dua- dua." Baru la dia senyap sikit. Tidur malam pun nak berkepit je dengan mama, nak peluklah, nak sayang lah, ada masa tu, sedar-sedar dia tarik tangan saya, dia pegang je tangan mama dia ni...aduhai anak... dia rasa bimbang agaknya kalau ada adik nanti kasih sayang mama pada dia beralih arah. Hadif, tak kira apa pun, Hadif tetap No. 1 di hati mama.... (sob..sob... huaaa..)

Wednesday, July 14, 2010

Cerita 3 dalam 1

Lamanya blog ini dibiar bersawang. Kalau tak kerana sibuk, kerana malas. hahahaha. Sejak mengandung ni saya malas pegang laptop. Hubby pun dok perli2...ye la, member penat2 belikan tapi sudahnya dia jugak yang menggodeknya. Yang saya tahu, bila penat saya nak cepat2 baring dan tidur. Alhamdulillah pregnant kali ini tak ada rasa loya-loya, tak ada cuti 2 bulan tak bergaji dan paling ketara, saya ceria sahaja. Hubby kata "adik" ni nanti kuat berjalan dan kuat tidur..kekekeke. Tak pe, janji sihat. Bahagian masing-masing bila mengandung; berbeza-beza kan. Masa Hadif saya tak boleh nak makan apa, memanjang je muntah. Lembik longlai. Alhamdulillah, kali ini berbeza. Cumanya cepat letih dan mulut rasa payau. Biasanya saya kemam kismis dalam mulut. Satu perkara lagi, saya sangat suka minum air oren. Takat peel fresh tu, sekotak besar sehari pun boleh. Kalau tak dapat air oren sehari, lemah gemalai je jadinya.

Minggu sudah merupakan minggu yang sangat sibuk. Mula-mula kisah abang Hadif yang tersepit telinga sehingga pecah tulang rawan. Tak pasal-pasal masuk dewan bedah malam-malam. Hero sungguh anak saya tu sebab merengek sikit je, tak de pun menangis meraung-raung. Mama dia yang menangis teresak-esak...gambar telinga Hadif nanti saya tepek ye, tak bawa cable nak transfer.

Di airport Changi, nak naik sky train nak ke Terminal 2

berpossing wajib di luar Universal Studio

Lepas kisah Hadif, saya dan hubby ke Singapura. Hadif kena tinggal pasal ini trip "halimun" babah dan mama...hahahah. Kisahnya hubby book tiket masa tu tak tahu saya dah pregnant. Jadi, perempuan pregnant 5 bulan ni pun belasah aje la berjalan menjelajah Universal Studio dan mengukur Orchard Road. Insyaallah akan ke Universal Studio lagi nak bawak Hadif pulak. Bising mulut dia bertanya kenapa tak bawak dia..kenapa dia kena tinggal di rumah opah. hahahah. Nama pun Honeymoon trip kan..hahahah. Tapikan, sebab tak bawak anak, kepala otak ni dok teringat kan dia je, nak beli barang pun dok fikir nak beli untuk dia je...hahahah.



Seharian juga kami di Universal Studio. Ada beberapa tempat yang ibu mengandung tak dibenarkan join. Hubby ajelah yang join sampai meleleh air mata..hahaha. Kalau nak ke Universal Studio di hujung minggu, make sure beli online tiket. Kalau tidak jadilah seperti gambar di bawah. Boleh tengok sahaja tak boleh masuk. Harga tiket SD72. Nak ke Sentosa Island ni kena bayar tiket train SD3.


Keesokkan hari memang kami dah plan nak mengukur Orchad Road. Banyak sungguh shopping kompleks disepanjang jalan tapi tak pergi pun semua. Pilih-pilih sahaja. Kaki ibu mengandung ni dah sakit sebenarnya..hahahah. Terima Kasih kepada hubby sebab belanja saya handbag di Takashimaya. Dah lama dok aim akhirnya impian jadi kenyataan.

mood yang baik utk shopping...mana tidaknya, rambang mata tengok Prada lah, Gucci la, LV la..jamu mata aje la...tapi...towards the end hubby belanja saya juga... :)


saya dapat ini dari hubby...senyum sampai ke telinga...kehkehkeh

Sampai aje di Shah Alam terus book spa. Urut kaki. Amik, jalan sangatkan. Keesokkan hari appointment Hadif di KPJ Selangor, nak buka jahitan telinga dia. Alhamdulillah telinga dia dah ok. Lepas tu terus ikut hubby ke Kerteh. Dia ada course 2 hari di sana...hahahah tak ke namanya berjalan lagi? Tapi saya dok di hotel aje, tidur dan rehat. Bila hubby call tanya tengah buat apa, jawapannya "tidur" hahahaha.

Hari ni rutin dah kembali seperti biasa. Hadif pun dah ke sekolah balik setelah cuti panjang. Semoga Allah beri kesihatan yang baik pada saya disepanjang tempoh pregnancy ini. Doktor Yeen pun tak pesan tak boleh penat-penat. Kena rehat banyak-banyak....tapi kengkadang lupa jugak...hahahah.
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!