Saturday, April 7, 2012

Suami ku, selamat hari lahir.

Selamat Hari Lahir buat suami tercinta. alhamdulillah, diberikesihatan yang baik untuk terus memikul amanah menjaga saya dan anak-anak. Kalau tahun lepas kita raikan berempat beranak, tahun ni alhamdulillah berlima pula. mama doakan semoga Babah panjang umur, murah rezeki dan sentiasa tabah dan sabar memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Terima kasih kerana sentiasa berusaha memberi yang terbaik sejak dari tahun pertama perkahwinan kita, sehingga sudah menjejak 9 tahun, terima kasih masih lagi menerima saya seadanya, sentiasa menjadi yang terbaik dan memberi yang terbaik. Terima kasih kerana membantu diri ini untuk terus mengenali mu. Alhamdulillah.

Teringat pertanyaan abang Hadif secara tiba-tiba tadi. "mama dan babah bercinta ye?" "kenapa abang cakap macam tu?" "Hari tu masa kita jalan-jalan abang nampak babah pegang tangan mama gelak-gelak!" Saya sambut dengan deraian ketawa walaupun segan sebenarnya. Saya jawab dengan perkataan syukur alhamdulillah, saya tidak beri jawapan pun pada Hadif, cukuplah lafaz syukur itu menjadi pengukuh terhadap pandangan luhur seorang anak, yang lahir ke dunia menjadi ikatan kasih yang utuh. Sayang seorang suami, cinta seorang isteri.

Akhir sekali, Selamat Hari Lahir sekali lagi buat mu suami tercinta, kerana terus mengakar sabar dalam mendidik isteri mu ini. Rasa syukur ke hadrat ilahi tiada berpenghujung kepada Allah swt atas kurniaan seorang suami, sahabat dan teman sejati dalam hidup ini. Tiada bicara seindah doa yang dapat saya pohonkan agar ikatan ini akan terus erat mengikat hati kita untuk seiring dan sejalan melakar bahagia hingga ke Syurga, Insyaallah.

Terima kasih suami di atas pengertian mu, sungguh...engkau yang terbaik untuk ku!

* saya beritahu hubby, semakin banyak umur dia, semakin sayang saya padanya. Tak sabar nak tunggu umur dia 70, masa tu saya 65, bolehlah kami berkongsi polident..hakhakhak...hubby tanya "dah tak sabar ke nak bergigi pelesu?" hahahahah.

3 comments:

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ said...

ahahaha hadoi... baru nk tangkap syahdu sekali tang gigi pelesu tu berderai ketawa... hek hek hek

niL said...

polident?? nnt kitorg carik utk kasik hadiah...nak berapa???

Intanaziela said...

Nily..kena tunggu bila dah pakai polident la..skrg belum lahi..hiks

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!