gambar ikhsan pakcik google
Punyalah puas pujuk mama, jom la beli gasing beyblade yang mama dengar macam sebut bibik (maklumlah sangat2 mengharapkan bibik hohoho) akhirnya dia dapat masa ikut babah dia ke Cameron Highland. Puaslah hati dia, siap gaduh-gaduh dengan Raisa yang nak jugak beyblade tapi tak dapat hahahah.
Semalam dapat peluang main di taman permainan depan rumah opah dengan geng-geng lain yang ada gasing beyblade, amboi punyalah suka dapat berkawan selalu tak mahu pun keluar tinggalkan TV, tapi demi beyblade sanggup aje anak bujang ni. Balik dari padang dengan muka muncung sebab salah satu dari komponen hilang, aduhaiii...dia bantai mengamuk-ngamuk.
Mama: la, yang mainnya abang, abang kenalah jaga barang sendiri, pergi cari balik kat padang tu kot-kot tercicir
Hadif: tak ada maaaa... (sambil hentak sana..hentak sini)
Mama: pergiiiiiii cariiiii duluuuuu (pitching suara dah kalahkan Puteri Caroline, Mentor)
Hadif pun pergilah cari dan masuk balik dalam rumah dengan muka suka... " budak becok tu kasi balik kat saya...budak becok tu ishhh...saya cakap ishh awak ni becok betul la..
Mama: eh, marah pulak patut budak cakap la terima kasih, ni marah pula orang dah tolong pulangkan balik barang awak.
Hadif: ye la mama, esok petang saya minta maaf kat budak becok tu..
Mama: motip? tu maknanya nak pergi main lagi la esok petang kan?
Hadif: hehehehhe
Lokasi kejadian: kat rumah
Hadif: huaaaaa komponen kecik kaler perang dah hilang...(sambil keluarkan semua barang2 beyblade dia)
Mama: hello anak bujang manja terlebih...ni dah pukul 10 malam...agak-agaklah kalau nak menangis...
Hadif: tapi barang saya dah hilang maaaaa (nangis tak henggat dunia..Raisa pun kalah time ni)
Mama: kalau tak de punat kecik tu tak boleh main ke hadif oiii? (mama dah pening, ye la orang dah la penat bagai, nak layan si tua ni menangis tak ingat la pulak)
Hadif: boleh, tapi saya tak suka!
Jenuh betul nak pujuk dia, menangis macam budak kecik...kusss semangat nasib baik mama dia boleh sabar lagi...layankan aje la ngada2 dia. Hadif ni memang pesennya kalau barang dia rosak tau tak complete sikit dia dah tak nak, Last sekali dah letih dengar dia menangis, mama kasi cadangan
Mama: ok hadif, esok kita beli yang baru. ok?
terus berhenti menangis dan melompat-lompat. Sabar aje la anak ku si Hadif ini. Dah la satu kerja nak pi cari beyblade baru dia. Petang ni sure dah ada yang tunggu depan pintu pagar... hohoho
Abang Hadif yang penyayang, tapi kuat menyakat.