Tuesday, May 29, 2012

Raisa & Ipad

 possing manis dari atas meja makan..



Anak dara saya nan seorang ini sangat hyper aktif orangnya.  Jangan tak percaya, Raisa telah berjaya memecahkan sliding door rak tv saya.  Tak termasuk benjol sana dan benjol sini.  Panjat meja makan memang dah pas sangat.  Jatuh meja makan pun sudah.  Hai la susah hati mama dia nak menjaga dia ni, abis la surut seribu dua hantaran nanti kalau ada parut di sini sana..hahahaha.

Raisa ni pantang betul kalau nampak ipad mama.  Memang macam berkongsi dengan dia, Hari tu maklang dia belikan ipad palsutipu untuk kanak-kanak.  Bila saya bagi pada dia, dia mula-mula teruja, sekali bila dia slide dan sentuh guna jari tak sama macam ipad mama dia, terus dia baling...hahahhaha.

Untuk anak yang berumur 1 tahun 6 bulan, Alhamdulillah Raisa membesar dengan sihat, keletah dan manja.  Biar pun ada adik Kauthar, tapi kakak tetap lagi manja.  Obses dengan benda2 cantik dan naluri keperempuanannya amat terserlah.  Pantang mama bersiap nak ke pejabat, dia dah tadah muka dan sua muncung nak pakai lipstik dan bedak juga.  Kalau mama pakai baju blink2 mula la dia pegang dan cakap "cantik.." hahahhaah. Kalau dapat pegang handphone mula la berangan bercakap telefon ala2 Datin Wannabe. Dan paling mama suka sebab dah pandai cakap kalau dia buang air besar.  Cepatlah dypers free kakak kecik ini...dan boleh la pi playschool cepat sikit.

Saya tanya dia sambil tunjuk ipad atas meja

Mama: kakak, tu apa tu?
Raisa: eeiiipaddd... 
Hahahah gelak besar saya.  

2 comments:

Zana Md Nordin said...

aduhai anak dara
sangat ler melasakkkk

sure kalau rakam dia sebut eeeipppaddd tu lagi comel...he he he

Intanaziela said...

zana: nanti nak rakam, tapi dia ni kita nak ambil gambar pun sekarang payah..ligat tak ingat..heheheh

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!