Thursday, February 28, 2013

Sahabat

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.


Suka lagu ni.  Sangat-sangat.  Selain dari Hubby yang merupakan sahabat sejati saya, dikelilingi sahabat-sahabat yang sentiasa bersama jatuh bangunnya saya amat saya hargai.  Tak rugi berbuat baik dengan orang kerana orang akan berbuat baik kepada kita.  Buat semua sahabat-sahabat yang saya sayangi...terimahlah lagu Sahabat ini.  Errr boleh tuju lagu? hahahhaa.  

Di dalam kegembiraan, sebenarnya saya sentiasa merindu sahabat saya... Ayu.  Al-fatihah buat Ayu.  Bila terkenangkan arwah, air mata mula la bergenang.  Sahabat yang sentiasa akan dirindui. 

Wednesday, February 27, 2013

Lisa Suri Rumah

Anak-anak memang buat saya tersengih lebar. Mula-mula si Abang yang menegur penampilan saya berkaca mata.

Abang:  Mama pakai cermin mata macam Lisa Surihani.  tapi mama lagi cantik dari Lisa Suri Hani.

hahahahah hahahaha hahahaha.  Saya gelak sambil pandang babah dia.  Babah dia pun gelak jadinya.


Raisa pulak, bila tanya cantik macam siapa...mesti cakap cantik macam mama. hahahaha hahahaha gile kembang kuncup mama diorang. 




Tak apalah anak-anak, kalian buat mama rasa bahagia..tak pe la babah dok cakap mama macam Lisa Suri Rumah..janji mama tetap cantik di mata anak-anak.  Sebenarnya pakai cermin mata sebab silau.  Konon nak jaga mata sebab setakat hari ini belum ada rabun jauh dan dekat kata Optometrist.  Lagi pun kena jaga la mata yang nak pakai lama ni kan...maklumlah tahun bekerja dah ditambah dari 55 tahun umur bersara kepada 60 tahun umur bersara.  Abislah sampai bercucu pun saya kena masuk ofis.  Tapi hubby kata "dari awak pi opis tu, baik duduk umah aje mengulit saya" ewah...mengulit dia katanya!

Tuesday, February 26, 2013

SEMESTA8791 Family Reunion

Lamanya bersawang blog ini.  Kesibukan dengan kehidupan buat blog ini terabai.  Banyak cerita yang pending.  Tambahan pula saya agak sibuk dengan persiapan kenduri kahwin adik perempuan.  Entry Korea akan disambung bila ada kelapangan nanti.  

Baru-baru ini sempat join Family Reunion Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA).  Hubby saya yang bersekolah di situ.  Kami ke Eagle Ranch Resort, Port Dickson.  Seronok dan happening.  Bagus pihak penganjur dan committee members yang buat kerja.  Hadif, Raisa dan Kauthar pun happy.  Babahnya mestilah lagi happy sebab dapat berkumpul dengan geng bas sekolah dia. :)





Abang Hadif yang sangat happy, sampai hari ni dok tanya "babah...tu yang ramai-ramai tu kawan sekolah babah ye? tapi dah tua ye? hahahahha"

Kakak Raisa yang sangat ligat. 

Adik Ahmad yang sangat cool.  Kalau tak tidur, minum susu, kalau tak minum susu, dia tidur!


Kami sekeluarga, alaaaa...adik tak pandang kamera!

 Katil ni tak de siapa tidur sebab committee hantar 3 tilam kat kami, akhirnya kami berlima beranak tidur kat bawah aje..lagi selesa...bersama selamanya gitu konsepnya. hahahhaa




 Bilik air yang open air, nak mandi pun seram sebab terasa macam ada mata yang memerhatikan..hahahah

 yang sorang ni memang kuat mengemas, sampai dalam almari pun siap dia kemaskan..!

puree yang dah licin dimakan oleh Raisa dan Kauthar.  Masakan dari rumah gitu..hahahaha

anak-anak sedap tidur kami ber"cam-whore" laki bini hahahahha

 saya dan anak dara...tengoklah si kakak ni..mengalahkan adik manjanya...adik juga beralah duduk dalam car seat.

 hahahhaha comel je adik tidur...mesti tidur tak puas hati sebab kakak tu mengada sangat nak manja-manja

anak dara ni memang tak reti diam, abang dan adik elok aje tidur sepanjang perjalanan balik Shah Alam..dia? nan ado! pok pek pok pek aje kerjanya..hahahaha

Tuesday, February 5, 2013

Sonata Musim Salji II

Hari kedua di Seoul kami menikmati keindahan pulau Nami yang diceritakan (sebab saya tak layan cerita Korea) tempat pengambaran cerita Winter Sonata. Tak de mood nak tulis cerita, tunggulah kalau mood sampai saya tuliskan kisah-kisah percutian ke Korea ye.  Sementara ini, mari layan gambar-gambar aje la ye...gambar pun pilih-pilih aje, ada 800++ kalau nak kira jadi pilih-pilih la buat nak tepek di blog yang dah terbiar ini. hahahaha.

Nami Island memang cantik.  Ada rezeki nak datang lagi, tapi lepas ni kalau datang kalau boleh nak pergi musim autumn pulak.  Musim sejuk di Korea menusuk sampai ke tulang.  Sesuailah kalau mood nak bercinta, memandangkan saya pergi kena dengan tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang ke 10, jadi sila la muntah hijau sebab gambar-gambarnya adalah memang syok sendiri.  Bukan selalu dapat bergambar berdua, selalunya bila pergi bercuti memang kadang kala kamera pun tak pegang, paling tidak ambil gambar pakai kamera hanphone hahahaha.

bajet Heroin dalam cerita Winter Sonata kah kah kah

 angin yang menyapu pipi buat pipi jadi kejung.  Subhanallah...sangat sejuk sampai pipi, hidung, muka jadi merah, tak payah pakai blusher hahahhaha

 Sangat cantik view di sini.  Terpaku saya dibuatnya, rasa tak nak balik...

 sila la muntah banyak-banyak sebab gambar possing ala2 18SX di sini, bila lagi ada peluang gini..kan? hahahaha


 "An anniversary is a time to celebrate the joy of today, the momories of yesterday and the hopes of tomorrow" 

 Waktu ini suhu mencecah -10, cerah tak de salji yang turun, tapi sejuknya sampai ke tulang sum sum hahaha. 

  "A successful marriage is an edifice that must be rebuilt every day" 


  Ok, Babai Naminara, nak balik ke daratan, nak sampung lawatan ke tempat seterusnya. 


Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!