Hari kedua di Seoul kami menikmati keindahan pulau Nami yang diceritakan (sebab saya tak layan cerita Korea) tempat pengambaran cerita Winter Sonata. Tak de mood nak tulis cerita, tunggulah kalau mood sampai saya tuliskan kisah-kisah percutian ke Korea ye. Sementara ini, mari layan gambar-gambar aje la ye...gambar pun pilih-pilih aje, ada 800++ kalau nak kira jadi pilih-pilih la buat nak tepek di blog yang dah terbiar ini. hahahaha.
Nami Island memang cantik. Ada rezeki nak datang lagi, tapi lepas ni kalau datang kalau boleh nak pergi musim autumn pulak. Musim sejuk di Korea menusuk sampai ke tulang. Sesuailah kalau mood nak bercinta, memandangkan saya pergi kena dengan tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang ke 10, jadi sila la muntah hijau sebab gambar-gambarnya adalah memang syok sendiri. Bukan selalu dapat bergambar berdua, selalunya bila pergi bercuti memang kadang kala kamera pun tak pegang, paling tidak ambil gambar pakai kamera hanphone hahahaha.
bajet Heroin dalam cerita Winter Sonata kah kah kah
angin yang menyapu pipi buat pipi jadi kejung. Subhanallah...sangat sejuk sampai pipi, hidung, muka jadi merah, tak payah pakai blusher hahahhaha
Sangat cantik view di sini. Terpaku saya dibuatnya, rasa tak nak balik...
sila la muntah banyak-banyak sebab gambar possing ala2 18SX di sini, bila lagi ada peluang gini..kan? hahahaha
"An anniversary is a time to celebrate the joy of today, the momories of yesterday and the hopes of tomorrow"
Waktu ini suhu mencecah -10, cerah tak de salji yang turun, tapi sejuknya sampai ke tulang sum sum hahaha.
"A successful marriage is an edifice that must be rebuilt every day"
Ok, Babai Naminara, nak balik ke daratan, nak sampung lawatan ke tempat seterusnya.
1 comment:
Wahhh menariknya. Bila la nak sampai ke sana..
Post a Comment