Wednesday, May 29, 2013

Anak saya seorang Disleksia



Memiliki anak seistimewa Muhammad Hadif Khawarizmi sebenarnya benar-benar mengajar saya dan hubby erti kesabaran dan ketabahan.  Walaupun apa permulaannya kami tidak boleh menerima tetapi alhamdulillah, berkat mencari dan menggali apa itu DISLEKSIA membuatkan saya menjadi seorang ibu yang sangat-sangat berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik buat Muhammad Hadif.  

Seperti yang pernah saya ceritakan dalam entry -entry yang lepas, air mata memang menjadi peneman utama apabila mendidik Hadif.  Setakat hari ini, anak bujang saya sudah berusia 9 tahun, dan setiap hari tidak pernah gagal dia akan bertanyakan kepada saya "Hari ini hari apa mama?" tidak pernah tidak.  Dan, saya insyaallah akan menjawabnya dengan ikhlas.  (meleleh air mata menaip entry ini walaupun belum pun habis mukadimahnya.

Baru-baru ini sebelum menghantar Abang Hadif ke kelas tuisyen, saya bawa dia ke 7 Eleven.  Biasanya saya ajar dia untuk membeli apa yang dia mahu, dengan dibekalkan wang.  Pagi itu saya bekalkan wang RM50 sekeping.  Saya pesan supaya dia beli makanan yang dia mahu.  Saya tidak turun dari kereta tetapi saya letakkan kereta betul-betul berhadapan dengan pintu supaya saya dapat mengawasi dia dari dalam kereta.  Lagi pun dua anak kecil saya ada bersama waktu itu menyukarkan saya untuk turun bersama hadif ke dalam kedai.

Tiba-tiba datang seorang lelaki dengan muka bengis mengetuk cermin tingkap kereta saya.

"anak akak ke ni?" sambil merujuk kepada Abang Hadif yang sedang saya balas senyumannya nak masuk ke dalam kereta.

"ye, anak saya encik, kenapa?"

"anak akak ni kurang ajar, dia sepak-sepak orang!"

Saya pandang Abang Hadif dan tanya kenapa dia sepak kaki lelaki itu.

"dia cakap yang bukan-bukan maa" jawab abang Hadif.

"saya marah dia, dia letak duit RM50 atas kaunter casher tapi dia pergi tengok majalah kartun! lepas tu dia nak keluar dia sepak kaki saya!" Lelaki itu dengan muka bengisnya bercakap.

Saya keluar dari kereta terus pukul abang Hadif.  (Dalam hati saya rasa nak meraung...sebab saya kena pukul anak saya dipagi-pagi hari dan sudah pasti akan merosakkan mood dia nak pergi tuisyen!)

"Encik, saya dah pukul anak saya ni, sekarang encik nak apa lagi? kalau encik kata dia kurang ajar memang tidaklah encik, sebab saya tak pernah ajar anak saya supaya sepak-sepak orang, dan sekarang depan encik saya ajar dia, encik nak saya buat apa? nak saya bunuh dia pulak baru encik puas hati?" Saya pandang muka lelaki yang sombong itu.

"tak pe la kak, oklah tu, saya cuma nak akan tahu je perangai anak akak"

"anak saya ni nampak normal encik, tapi sebenarnya dia seorang disleksia.  kematangannya tak seiring dengan usian.  Encik mungkin nampak dia normal tetapi dia tak berapa cerdik encik" Saya terangkan pada lelaki itu.  Lelaki itu terus melangkah ke kereta dan meninggalkan kami anak beranak.

Saya masuk ke 7 evelen.  Kebetulan pekerjanya memang sudah biasa dengan Hadif.  Saya terangkan kenapa saya selalu suruh Hadif keluar dan beli barang sendiri.  Saya nak dia belajar dan berani berhadapan dengan orang.  Proses pembelajaran yang tidak terdapat di sekolah.  "tak pe kak, saya paham, sebab dah biasa dengan dia, cuma abang tu tadi tak pasal-pasal nak bising-bisingkan adik ni, dan masa adik ni nak keluar saya tak pasti sama ada dia sengaja atau sebenarnya mungkin dia tak sengajar langgar kaki abang tu kak"

Saya menangis dan telefon hubby di offshore.  Saya sebenarnya tak marah langusng pada Hadif.  Dia sebenarnya memang begitu.  Tidak pandai bergaul.  Saya kecewa dengan sikap lelaki itu yang menjerit dan  mengherdik saya kerana marah dengan seorang kanak-kanak yang jauh betul jarak umurnya dengan abang Hadif.  Apabila saya bercerita dengan abah saya, abah saya kata "lelaki tu tak sepatutnya marah.  Apa beza dia dan Hadif.  Sebaya ke? kalau sebaya patutlah dia buru hadif sampai ke luar" Adik kembar saya marah kenapa saya tak call dan dia boleh datang jumpa lelaki itu.  hahahhaah.  

Apa pun, saya peluk Abang Hadif, saya terangkan pada dia kenapa saya marah sangat pagi tadi.  Dan dia salam saya terus cium pipi saya.  Anak itu sangat mudah menuturkan kata maaf.  Pantang tersilap..laju sahaja dia akan kata "maaf...."

Itulah Hadif.  anak sulung saya disleksia.  

Membaca buku "APA ITU DISLEKSIA" membuatkan air mata saya merembes laju.  Sama sekali contoh yang diberi dengan anak saya. Macam saya pula penulis buku ini.  hihihi.  Memang Abang Hadif ada masalah ingatan jangka pendek.  Setiap hari saya akan tanya apa yang dia makan di sekolah, dan dia akan jawab "abang tak ingat".  

 insyaallah, saya nak beli lagi beberapa naskah dan nak hadiahkan pada guru-guru Hadif yang selama ini banyak sangat bersabar dan membantu terutama cikgu Siti Sarah, guru kelas tahun 3 dia. 

ini memang merupakan masalah utama Hadif, dan saya memang bersikap terbuka dengan apa komen yang diberi oleh guru tuisyen dia.  Asalkan Hadif mampu memperbaiki kekurangan dia sedikit demi sedikit saya sudah cukup bahagia.

Saya dan suami mengambil keputusan agar Abang Hadif bersaing dan menjalani alam persekolahan dengan kanak-kanak normal.  Alhamdulillah, walaupun tidak berada di kelas yang cemerlang, tetapi Hadif sentiasa berusaha menggembirakan kami sebagai ibu bapa.  Saya tidak pernah merasa kecewa bila dia pulang membawa keputusan peperiksaannya tidak secemerlang pelajar lain.  Saya akan beritahu dia yang saya bangga dan bahagia, dia telah berusahan memberikan yang terbaik.  Saya selalu pesan dan ingatkan Hadif, bukan markah yang banyak saya harapkan, yang saya harapkan dia mencuba yang terbaik dan dia berusaha bersungguh-sungguh.  

Terus terang saya katakan, ada masa hati saya tersentuh apabila ada dikalangan teman-teman yang yang sibuk menulis dan memperkatakan tentang kecemerlangan anak-anak  Hubby selalu pesan, "dulu kita dah puas naik pentas ambil hadiah dapat keputusan yang cemerlang, kita dah puas membahagiakan ibu bapa kita... jadi apalah sangat kalau anak kita tak buat macam tu, itu bahagian kita kan.." Yes, saya sebenarnya dah tak kisah.  Asalkan saya sayang dan saya terima kelebihan dan kekurangan hadif, sudah memadai bagi saya.  Ada masa saya terfikir, adakah saya sudah membuat keputusan yang tepat untuk Hadif? saya sediri tidak tahu.  Apa yang saya tahu, dikelilingi dengan orang yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan dan berdedikasi saya dan hubby akan menempuh hari demi hari dengan penuh keyakinan dan kesabaran.  Demi mu Abang Hadif. Insyaallah.



pagi ini, saya terima sms pertama dari abang Hadif.  Saya menangis.  ye, anak saya memang tak pernah tahu menghantar sms.  Baru dua tiga hari saya bekalkan dengan telefon bimbit itu pun sebab saya hantar dia menghadiri kelas melukis kartun di kolej komuniti.  Mudah untuk saya menghubungi dia dan mudah untuk dia menghubungi saya.  Pagi ini, sampai sahaja di ofis, saya dapat sms ini.  Saya forwardkan kepada suami di pelantar minyak.  Anak kita semakin dewasa yang, semakin memberikan perkembangan positif.  Itu tandanya kita berjaya mendidik dia, kita berjaya mengasuh dia menggunakan acuan kita sendiri.  Cara kita.  Semoga saya, semoga awak dan orang disekeliling Hadif menyayangi dan menerima segala kekurangan Hadif.  Macam awak selalu cakap, " Abang Hadif isteimewa dengan cara dia, dan kita sangat-sangat sayangkan dia "

Tamat mukadimah tentang disleksia anak saya.  Isinya saya sambung kemudian ye sebab mukadimah sahaja sudah buat hujan di mata dan basah di hati. :)

17 comments:

Fizah said...

Allah... sebak betul saya baca...semoga Allah anugerahkan pahala tak terkira bykknya utk kalian semua...:')

mrs.krie :O) said...

adoiiii yang membaca pon turut sama membasahi baju dan tudung ni kak yang...teringat lak tengok dua cite dah pasal disleksia...satu hindustan...satu cita omputih.... kak yang, u don't have to worry too much...disleksia tu dugaan hadif, tapi pasti ada kelebihan dia banyak lagi....husband cuzin ida ada sorang gak disleksia...n he is now a great photographer yg ada company sendiri.... I'm preety sure..hadif will be success on his own way.......insya alllah......

PM said...

K.intan, ramai tokoh2/ilmuan terkenal dulu dan kini adalah disleksia. Mana tau abang hadif salah seorang daripada mereka kan?

* bila ingat abang hadif terus terkenang dialog dia tentang 'bakal menantu' mama tu. hahaha.

Diana said...

Kak intan.... Sabar ye dengan perangai "orang dewasa" yang tak boleh nak fikir panjang tu...

Ya...saya kenal Hadif...dan bg saya Hadif seorang yang pandai.... Alhamdulillah berkat ajaran akak dan abang...

Rindu lak nak jumpa Hadif..

zulaikha megat said...

sebak kak zu baca nukilan intan nih...

anak anak ujian allah utk ibu bapanya.dapat yang kurang sempurna pun ujian dapat yg sempurna pun ujian jgk.

mmg betul kata shamsul,tapi bezanya dulu kak zu tak pandai masa kat sekolah,tak pernah naik pentas untuk terima anugerah ..dan skrg Alhamdullilah Allah berikan kak zu rezki utk tgk anak anak naik ke pentas ambil hadiah yang suatu waktu dahulu ibunya tak pernah merasa..

Anak2 kak zu juga bkn pintar secara semula jadi.bukan sedikit air mata yang tumpah dlm mendidik mereka utk cemerlang..sama jga seperti intan mendidik hadif..insyaAllah suatu hari nnti hadif juga akan cemerlang dgn caranya yg tersendiri...

hai..taip komen ni pun air mata berlinangan..bila kena mengena dgn anak anak airmata ibu jadi murah kan intan...

Intanaziela said...

seka air mata laju2 bila baca komen-komen kawan2...

fizah: amin...terima kasih ye fizah.

Mrs. Krie aka Ida: terima kasih dik..insyaallah akak akan kuatkan hati dan semangat mendidik hadif, masih jauh perjalanan yang dia kena tempuh kan.. asalkan kita disekeliling dia sentiasa menyokong...insan seperti dia akan rasa dihargai..insyaallah.

PM aka Nani: insyaallah dik, akak paham dan akak tahu, tetapi ada masa reaksi orang disekeliling membuatkan kita jadi sedih, insyaallah Abang Hadif sentiasa istimewa dengan cara dia... :)
p/s: menantu mama tu tahu ke Hadif ni disleksia? hahahaha

Diana: terima kasih dik..insyaallah kak intan dan abang akan sentiasa bersabar... mari la datang rumah jumpa Hadif..jangan terkejut kalau dia tak ingat diana dan azam tau..hihihi

kak zue: benarkan, apabila mengenangkan Hadif je, air mata intan memang meluncur laju..dia anak yang sangat istimewa...bukan sedikit kesabaran kami diuji..dari detik dia dilahirkan sampailah saaat ini..mendidik dia sangat2 memerlukan kesabaran...semoga pahit itu akan manis jua suatu hari nanti..insyaallah

alialisakreatif.blogspot said...

ya allah, bersabar lah kak intan. dugaan tuk akak suami isteri besar. tapi hadif anak yang sangat baik kak..sangat rajin, sangat pandai mengambil hati. tertutup segala kekurangan dia.

i love hadifff

Intanaziela said...

kolin: ewah..kemain skema komen ko hahaha. insyaallah..kami redha aje..sebab disleksia ni bukan cacat..tetapi kukurangna...hadif tetap istimewa di mata dan di hati kami...tq auntie kolin yang cantik.. :)

aNa LiEyA said...

Sgt tersentuh ht along.serius meleleh air mata hanya seorang ibu mengerti perasaan ibu yg lain.along n abglong adalah parents yg hebat

Intanaziela said...

ana leeya: tq leeya..setiap ibu bapa mesti mahukan yang terbaik untuk anak-anak kan...dan yang pasti along dan abang long mencuba sedaya yang kami mampu untuk memberikan yang terbaik buat abang hadif dan adik1nya...

@hasney^-^ said...

Intan, tak semua orang faham akan masalah orang yang punyai ank Disleksia ni.....hanya orang/kita yang melaluinya sahaja akan faham...

Sabarlah, anggaplah itu anugerah Allah pada kita yang tiada pada orang lain.

Intanaziela said...

hasney: insyaallah sabar dan redha has, cuma ada masa ada cerita yang perlu kita kongsi biar jadi pengajaran buat orang lain kan...

shuweet said...

sedih nyer mimie baca entry nih...takpe la kak...orang yang tak mengalami die takkan faham...macam mimie ade sorang anak sedara yang mempunyai disleksia jugak...die sentiasa di sayangi...kurniaan Allah yang istimewa untuk akak dan suami...

nurulhuda said...

saya kagum dengan ibu2 diluar sana yang dapat mendidik dan menyayangi anak2 istimewa sebab saya jugak punya adik istimewa (bisu dan pekak)

Nurul Says said...

ziarah tujuan datang sini cari info psl percutian ke HK..baca punya baca sampai pula ke entri ni...

berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul..semoga yang baikbaik sahaja utk keluarga awak

Unknown said...

Boleh saya contact puan for sharing...😊

lara kaaseh said...

Salam.. anak saya juga disleksia... harap saya dpt berkenalan dgn puan.. anak saya 7tahun 2019. terima kasihhhh...

baridah.ahmad@gmail.com

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!