Sewaktu hubby beritahu ada komen dari seorang penulis di blog barulah saya periksa semula komen-komen yang ditinggalkan di blog. Terlepas pandang sebenarnya. Saya hubungi Mastura, dari majalah Ibu & Anak seperti yang di minta. Pada mulanya bimbang juga nak terima jemputan nak di interview, bimbang pula orang kata gila glamour..hahhaha. Selepas berbincang dengan hubby, saya bersetuju untuk berkongsi cerita dan maklumat tentang Hadif. Hari ini, Mastura email kepada saya JPEG file majalah Ibu & Anak tentang cerita Abang Hadif. Tersenyum saya membacanya... semoga cerita, ilmu dan pengalaman yang dikongsi boleh memberi manafaat pada orang lain yang turut membaca... Insyaallah.
Tak sabar nak tunjuk dan beri Abang Hadif baca cerita dia. Saya nak dia tahu yang saya dan babahnya sangat berbangga mempunyai anak seperti dia.
1 comment:
proud of you kak...u such a strong mom
Post a Comment