Friday, September 19, 2014

Hong Kong, May 2014

Tiba-tiba terasa rindu nak menulis.  Lama sungguh tak update blog.  Sebenarnya kehidupan macam biasa, cuma masa nak menulis tu memang tak ada.  Balik rumah memang tak mengadap notebook la, faktor usia, malas. hahahhaha.

Hari ni terasa rindu dengan suasana nak bercuti sekeluarga. Selalunya bila waktu-waktu beginilah kami berkumpul dan spent quality time together.  Layankan kerenah anak-anak, walaupun penat tapi memang sesuatu yang membahagiakan.  Saya ni jenis yang tak boleh berpisah dengan anak-anak.  Mungkin sebab waktu babah diorang tak ada, diorang dengan saya.  Cukuplah pengalaman bercuti ke Korea tanpa anak-anak tahun lepas.  Hubby pun letih kena layan isteri yang asyik menangis aje hahahaa.

Percutian ke Hong Kong kali ini memang nak melayan anak-anak.  Walaupun pernah ke Hong Kong 2 tahun lepas, tetapi bagi kami Hong Kong tetap best untuk dikunjungi.  Ada rezeki, Alhamdulillah kali ni dapat bawa anak-anak menginap di dalam Disneyland, kami menginap di Holloywood Hotel.  Tempah awal untuk dapat harga yang berpatutan.

Kali ini kami ambil 2 days entry ticket to Disneyland. Jadinya tak terkejar-kejar dan anak-anak lebih enjoy.  Sempat pusing bandar naik tram dan bawa anak-anak pilih toys yang mereka nak di Tai Yuen Street, tak jauh dari Stesen Wan Chai.

Oklah, layan gambar-gambar sikit.  Kalau rajin nanti update lagi.  Nak tunggu rajin tu makan bulan la kot.  Silap-silap makan tahun, tapi di sebabkan mood nak pergi bercuti dah datang tu yang tiba-tiba rasa nak menulis kah kah kah.


My small family.  Tengok anak-anak ni rasa cepatnya mereka membesar

Makin besar makin susah nak suruh bergambar hahahaha


Buah hati mama dan babah. 



sebelum mula menjelajah Disneyland kita bergambar dulu....


time ni Kauthar tidur, tengok Raisa yang takut tu hahahaha
Ok, pose wajib depan istana kekekekeke

Abang yang seronok, tapi ramai umat masa ni


Pengalaman seronok (mama yang over) bila dapat tidur dalam fantasi kekekekek


5 comments:

Weny Mitiska said...

seronoklahhh. ahahhaa

alialisa said...

nak p hongkong gak lerr..

sue said...

sweetest memory at HK Disneyland!

Ania said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

norzakiya norzain said...

hi kak, tak tau akak tulis blog. Saya pun baru nak berkecimpung...

http;//rokakyah.blogspot.com/

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!